MEWAH
Gaya Orang Timur
Bilik dalam The RuMa membawa reka bentuk dalaman yang dengan elemen tradisional Malaysia dengan gaya moden.
Hasilnya, suasana mewah old Malaya yang dihiasi dengan siling tembaga dan lantai jubin berusia seabad.
Bilik anda juga luas dengan tingkap dari lantai ke siling untuk pencahayaan semulajadi.
Senang cerita, ini hotelnya jika anda mahu bercuti dengan aman dan selesa.
LOKASI AMAN
Antara KLCC dan Bukit Bintang
Terletak di Jalan Kia Peng, hotel ini berada di sempadan antara Bukit Bintang dan KLCC.
Jadi anda ada pilihan untuk jalan kaki ke tarikan sekitar KLCC seperi KLCC park dan Aquaria.
Dan untuk ke kawasan Bintang Walk, anda boleh berkereta atau naik Grab untuk trip yang tidak sampai 15 minit saja.
Satu kelebihan kawasan ini ialah ianya adalah kawasan yang lazimnya lapang dan mudah untuk keluar masuk.
SARAPAN MEWAH
Di Restoran Atas
Anda bakal menjamu selera di restoran ATAS, salah satu restoran hotel yang dikatakan menyajikan lauk pauk terbaik di Kuala Lumpur.
Dari lauk pauk organik dan jus buah segar hingga nasi lemak, mee rebus dan pandan waffles, anda pasti gembira dengan pilihan lauk pauk yang ada.
Kalau buffet hotel lain mementingkan saiz, restoran di ATAS pula terkenal dengan kualiti dan rasanya.