The Ruma

RM780.00

Hotel mewah 5 bintang dengan sentuhan warisan Malaya, dengan vibe taikun kaya di pinggir KLCC.

Best Kat Sini
  • Bilik gabungan moden dan tradisi
  • Kolam renang infinity dengan view KL
  • Servis bertaraf dunia dengan suasana eksklusif
Ideal Untuk
Solo, Couple, Luxury Traveler
Lokasinya
Lokasi :

  • 15 minit jalan kaki ke KLCC
  • 10 minit berkereta ke Pavilion Kuala Lumpur

Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Add to Cart
the ruma room
The Ruma
RM780.00

MEWAH

Gaya Orang Timur

Bilik dalam The RuMa membawa reka bentuk dalaman yang dengan elemen tradisional Malaysia dengan gaya moden.

Hasilnya, suasana mewah old Malaya yang dihiasi dengan siling tembaga dan lantai jubin berusia seabad. 

Bilik anda juga luas dengan tingkap dari lantai ke siling untuk pencahayaan semulajadi.

Senang cerita, ini hotelnya jika anda mahu bercuti dengan aman dan selesa.

the ruma

the ruma

LOKASI AMAN

Antara KLCC dan Bukit Bintang

Terletak di Jalan Kia Peng, hotel ini berada di sempadan antara Bukit Bintang dan KLCC.

Jadi anda ada pilihan untuk jalan kaki ke tarikan sekitar KLCC seperi KLCC park dan Aquaria.

Dan untuk ke kawasan Bintang Walk, anda boleh berkereta atau naik Grab untuk trip yang tidak sampai 15 minit saja.

Satu kelebihan kawasan ini ialah ianya adalah kawasan yang lazimnya lapang dan mudah untuk keluar masuk.

SARAPAN MEWAH

Di Restoran Atas

Anda bakal menjamu selera di restoran ATAS, salah satu restoran hotel yang dikatakan menyajikan lauk pauk terbaik di Kuala Lumpur.

Dari lauk pauk organik dan jus buah segar hingga nasi lemak, mee rebus dan pandan waffles, anda pasti gembira dengan pilihan lauk pauk yang ada.

Kalau buffet hotel lain mementingkan saiz, restoran di ATAS pula terkenal dengan kualiti dan rasanya.

the ruma

Harga Bilik

Harga BiasaRM 780 ++
Tempah
Tempah

Tarikan Berdekatan