100% found this document useful (1 vote)
5K views3 pages

Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli

Laporan ini mengenai lawatan 99 orang pelajar ke Pusat Serenti di Jeli, Kelantan. Laporan itu memberikan maklumat tentang lokasi dan aktiviti Pusat Serenti, jenis dadah yang paling banyak menyebabkan ketagihan di pusat itu, dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah.

Uploaded by

Muhammad Na'im
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
5K views3 pages

Laporan Lawatan Ke Pusat Serenti Jeli

Laporan ini mengenai lawatan 99 orang pelajar ke Pusat Serenti di Jeli, Kelantan. Laporan itu memberikan maklumat tentang lokasi dan aktiviti Pusat Serenti, jenis dadah yang paling banyak menyebabkan ketagihan di pusat itu, dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah.

Uploaded by

Muhammad Na'im
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 3

Laporan Lawatan ke Pusat Serenti Jeli, Kelantan

Pada 25 Ogos 2008 seramai 99 orang pelajar Diploma Kejururawatan Tahun 1


telah mengikuti lawatan ke Pusat Serenti di Jeli, Kelantan. Lawatan ini diiringi
oleh beberapa orang pengajar Diploma Kejururawatan iaitu Pn. Fadhilah Husin,
Pn. Hasni Embong, Pn. Mas Nor Masaloni Ibrahim, Pn. Low Kim Lian dan Pn.
Zuraida Yusoff. Para pelajar diminta berkumpul di hadapan perkarangan Pusat
Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) pada pkul 7.45 pagi. Sebanyak 3 buah bas
telah disediakan untuk lawatan ini. Tepat pukul 8.00 para pelajar telah berangkat
ke destinasi yang mengambil masa lebih kurang 2 ke 3 jam. Setelah sampai di
lokasi yang dituju kami di jemput ke Bilik Mesyuarat Pusat Serenti untuk
mendengar taklimat oleh Timbalan Komandan, Wan Jalani bin Wan Ismail.
Di sana beliau telah menerang dan memberikan maklumat yang amat berguna
tentang Pusat Serenti Jeli ini.

Pusat serenti ini terletak di Kg. Kuala Long, Batu Melintang, Jeli, Kelantan iaitu
berada di antara Lebuh raya Timur Barat dan Sungai Pergau di atas tanah rezab
negeri Kelantan. Pusat serenti ini berkeluasan 20.23 hektar (50 ekar) yang
meliputi bangunan pentadbiran, asrama pelatih, kawasan rekreasi, detox,
padang kawat, kawasan pertanian dan penternakan. Kawasan ini telah
diwartakan pada 9 April 1987 dalam akta (P.U.(B) 190). Ia mula dibina pada 7
Oktober 1987 dengan menggunakan tenaga penghuni Pusat Serenti Perlop,
Sg. Siput, Perak. Pembinaan melibatkan 2 orang pegawai, 2 orang Pengawal
Keselamatan dan 30 orang penghuni. Penghuni pusat di sini adalah berasal
daripada golongan penagih tegar. Jumlah penghuni di sini sejak Jan 2007 – 24
Ogos 2008 adalah seramai 361 orang. Walau bagaimanapun, sehari sebelum
kami mengadakan lawatan ini seramai 9 orang pelatih baru telah dimasukkan. Ini
menjadikan jumlah keseluruhan penghuni di sini seramai 370 orang.

Melalui lawatan ini, para pelajar perlu menyelesaikan beberapa objektif yang
telah diberikan oleh Pn. Fadhilah sewaktu berada sepanjang di pusat serenti ini.
Antara objektif terbabit ialah
a) mengenal pasti jenis-jenis penagihan dadah dan golongan yang terlibat
dengan penagihan dadah.
b) menerangkan punca-punca yang dikenal pasti mendorong penglibatan
remaja di dalam penagihan dadah.
c) menerangkan aktiviti pemulihan yang dilakukan oleh Agensi Antidadah
Kebangsaan(AADK)
d) mengadakan temu bual ringkas dengan penghuni pusat yang dipilih untuk
memahami permasalahan sebenar yang dialami oleh remaja hari ini.
Jenis Penagihan Dadah & Golongan yang Terlibat

Melalui taklimat yang telah diberikan, kami telah dapat mengenal pasti jenis-jenis
penagihan dadah dan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah. Dadah
jenis Morphine adalah dadah yang mencatatkan bilangan paling ramai di sini
iaitu seramai 316. Bilangan penagihan dadah ke dua tertinggi ialah dadah jenis
Heroin iaitu seramai 36 orang. Penagih dadah jenis Syabu pula seramai 5 orang
manakala penagih dadah jenis pil kuda hanya seramai 3 orang. Jenis penagihan
dadah yang paling sedikit ialah dadah jenis Ganja iaitu seorang.
Golongan yang dikenal pasti terlibat dengan penagihan dadah adalah bermula
dari golongan remaja sehingga golongan warga emas. Para pelatih yang
menjalani pemulihan di sini berusia di antara lingkungan 15 tahun sehingga 59
tahun. Kaum Melayu merupakan penghuni majoriti di sini. Bilangan mereka
adalah seramai 265 orang. Kaum Cina pula merupakan bilangan ke dua teramai
di sini iaitu seramai 50 orang diikuti kaum India seramai 44 orang.
Punca Remaja Terlibat di dalam Penagihan Dadah

You might also like