100% found this document useful (2 votes)
418 views18 pages

Kajian Kes

Laporan kajian ini mengenai sejarah penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Malaysia. Ia bermula pada tahun 1952 dengan penguatkuasaan undang-undang anti dadah. Pada tahun 1996, beberapa agensi anti dadah telah digabungkan menjadi AADK untuk menangani masalah dadah secara bersepadu. AADK terus diperkukuhkan dengan pelbagai inisiatif seperti Dasar Dadah Negara 2017 untuk memastikan Malaysia bebas dadah.

Uploaded by

yutra
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (2 votes)
418 views18 pages

Kajian Kes

Laporan kajian ini mengenai sejarah penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Malaysia. Ia bermula pada tahun 1952 dengan penguatkuasaan undang-undang anti dadah. Pada tahun 1996, beberapa agensi anti dadah telah digabungkan menjadi AADK untuk menangani masalah dadah secara bersepadu. AADK terus diperkukuhkan dengan pelbagai inisiatif seperti Dasar Dadah Negara 2017 untuk memastikan Malaysia bebas dadah.

Uploaded by

yutra
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 18

Laporan Kajian Kes Agensi Anti Dadah Kebangsaan

1.0 Pengenalan

Satu kes kajian telah dilakukan atas Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) di mana
ibu pejabatnya tertelak di Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang, Selangor. Kes kajian ini
telah dilaksanakan berkaitan dengan sejarah, kaedah dan proses penubuhan, aktiviti dan
perkhidmatan yang diamalkan, perbandingan perkhidmatan, strategi menjana kewangan,
isu – isu berbangkit dan cadangan penambahbaikan dan analisis SWOT(Unit
Kokurikul,2015).

2.0 Sejarah penubuhan

Sejarah penubuhan AADK telah pun bermula dari tahun 1952 lagi. Pada tahun 1952
sebagai usaha awal kerajaan menangani isu dan masalah dadah adalah melalui tindakan
undang-undang dengan menguatkuasa Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi pelaksanaan
undang-undang ini dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan secara berasingan.

Selepas itu, pada tahun 1972, Biro Narkotik Pusat telah diwujudkan untuk mengawal
dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan,
penyelarasan dan penyelidikan di bawah Kementerian Undang-undang telah diwujudkan
untuk mengawal dan mengawasi masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan,
pencegahan, penyelarasan dan penyelidikan.

Langkah seterusnya, pada tahun 1975 Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet


Mengenai Dadah (JKMD). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri. JKMD berfungsi dan bertanggungjawab adalah untuk menyemak dan
menetapkan dasar mengenai penggunaan, pencegahan dan pembasmian dadah.

Seterusnya, Unit Bertindak Eksekutif (UBE) ditubuhkan pada tahun 1978 dan


dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri. Fungsi dan tanggungjawab UBE
adalah untuk menyelaras pelaksanaan segala keputusan dan perakuan berkaitan
pengawalan dan pencegahan dadah yang dibuat oleh JKMD.

Walaubagaimanapun, ekoran masalah dadah yang semakin meruncing sehingga


menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Negara. Maka pada 19 Februari,
1983 kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai Musuh Nombor 1 Negara.
Sebagai langkahnya, Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) diwujudkan. Di
bawah akta tersebut, Pusat Serenti sebagai One Stop Centre turut diwujudkan sebagai
tempat rawatan dan pemulihan kepada mangsa – mangsa penagihan dadah. Lanjutan
dari perkembangan ini, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 22 Jun, 1983 telah
meluluskan penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD) dan Pasukan Petugas Anti
Dadah (PPAD) untuk bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara dalam
semua aspek masalah dadah. Dengan itu, JKMD dan lain-lain jawatankuasa anti dadah
yang ditubuhkan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah telah dimansuhkan.

Pada tahun 1995, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mencadangkan kepada
YAB Perdana Menteri untuk menggabungkan semua agensi dan unit yang
bertanggungjawab menangani masalah dadah ke dalam satu agensi tunggal. Agensi-
agensi yang terlibat ialah Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah(KDN),Unit
Pencegahan Penyeludupan(JPM) Cawangan Anti Dadah Negeri,Polis Di Raja
Malaysia(PDRM), Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Khas
Dadah, Kementerian Pendidikan dan Unit Narkotik.

Pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah Kebangsaan


(MDK) bagi menggantikan JKAD untuk mencegah dan mengawal masalah dadah di
negara ini yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Menteri
Dalam Negeri sebagai Timbalan Pengerusi. Kerajaan juga telah menggabungkan
Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, KDN dan PPAD, JPM sebagai satu agensi
tunggal yang dinamakan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK). ADK diberi tugasan untuk
memberi khidmat urusetia kepada MDK dan menjadi salah satu agensi pelaksana
membanteras dadah di samping dua puluh agensi kerajaan yang lain. Tambahan pula
pada tahun yang sama, Dasar Dadah Negara diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan
(MDK) merangkumi aktviti-aktiviti Pendidikan, Pencegahan dan Publisiti, Penguatkuasaan
Undang-undang, Rawatan dan Pemulihan dan Kerjasama Antarabangsa.

Pada tahun 2004, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 28 Januari, 2004 telah
bersetuju menubuhkan JKMD sebagai badan tertinggi negara bagi menggantikan MDK.
Di bawah JKMD, jentera-jentera pelengkap telah dibentuk. Iaitu

Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Kebangsaan

Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-undang (JPU)

Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan (JRP)

Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan dan Publisiti (JPPP)

MTMD Negeri, Daerah dan Bahagian.

Rajah 1 menunjukkan jentera – jentera pelengkap yang ditubuh


Terdapat juga beberapa rasional bagi penubuhan JKMD dan jentera penyelarasan
pelaksanaan adalah berasaskan faktor-faktor berikut:

Penglibatan
bersepadu agensi-
agensi Kerajaan,
swasta serta Cabaran merealisasi
sokongan padu Malaysia Bebas
masyarakat Dadah menjelang Kesanggupan dan
tahun 2015 komitmen politik
negara

Rajah 2 menunjukkan rasional penubuhan JKMD

Pada 30 Disember 2004, kerajaan telah meluluskan Akta AADK 2004 dan juga


meluluskan penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang diberi mandat dan
fungsi utama dalam aspek – aspek pencegahan, pengesanan, penangkapan,
penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan ke atas pesalah – pesalah yang
melibatkan kesalahan dadah serta rawatan dan pemulihan penagih dadah. Bukan sahaja
itu, Akta AADK 2004 ini memberi kuasa kepada AADK untuk melakukan tahanan
pencegahan khas bagi mereka yang mempunyai kaitan dengan apa – apa aktiviti
berhubung dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah. Di samping itu, AADK juga
mempunyai kuasa di dalam pelucutankan harta yang dikaitkan dengan apa-apa aktiviti
berhubung dengan kesalahan-kesalahan dadah dan pengumpulan risikan keselamatan
yang berhubung dengan aktiviti dadah. Pada tahun 2007, Bahagian Pengkuatkuasaan
ditubuh dan diberi kuasa. Pada tahun 2009, pusat serenti diberi penjenamaan semula
kepada PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Nakotik).

Pada tahun 2010, Transformasi Rawatan dan Pemulihan yang memfokus


kepada memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan
dadah mendapatkan perkhidmatan secara sukarela. Terdapat beberapa pusat pemulihan
ditubuhkan. Iaitu :
Pemulihan Dalam Institusi : Klinik Cure & Care
1Malaysia dan Cure & Care Rehab Centre

Pemulihan Dalam Komuniti : Cure & Care Service


Centre dan Caring Community House

Program Kerjaya dan Latihan Vokasional : Cure &


Care Vocasional Centre

Pencegahan : Pendidikan dan Kesedaran Awam


(SHIELDS, TEKAD, SMART), Skuad1Malaysia

Rajah 3 menunjukkan pusat pemulihan

Pada tahun yang sama juga, Transformasi Bisnes Utama melalui ICT iaitu ‘Sistem
Profiling Klien’ (MyAADK) dapat dilaksanakan.

Pada 10 Mac 2017, Jemaah Menteri meluluskan Dasar Dadah Negara 2017,


digubal bertujuan menjamin kesejahteraan, kesihatan, harga diri dan keselamatan
negara. Dasar dadah ini menjadi kerangka kerja yang komprehensif dan selaras dengan
usaha mencegah, merawat dan memulih, menguatkuasakan undang-undang,
mengurangkan kemudaratan masalah penagihan dadah dan inisiatif kerjasama
antarabangsa. Dasar dadah ini juga menjadi rujukan dan panduan semua agensi
penguatkuasaan dadah, agensi – agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan yang
akan membantu usaha – usaha kerajaan untuk mencapai matlamat mengurangkan
penawaran dan pemintaan terhadap dadah di Malaysia.

3.0 Kaedah dan Proses Penubuhan

AADK telah pun memenuhi kaedah dan proses penubuhan yang betul bagi menjadi
satu agensi di bawah naungan kerajaan Malaysia. Pertama sekali, AADK telah pun
didaftar sebagai satu persatuan di bawah akta pendaftaran Malaysia. Pada tahun 1996,
AADK menjadi satu agensi tunggal yang dinamakan sebagai Agensi Dadah Kebangsaan
untuk menggantikan Majlis Dadah Kebangsaan.

Selain itu, AADK juga mempunyai Misi, Visi, Moto, Kod Etika dan Ikrar AADK yang
tersendiri. Misinya ialah

Agensi Utama Memerangi Dadah

Visinya pula

Masyarakat Malaysia Bebas dari Dadah

Moto bagi AADK ialah


Bersama Membasmi Dadah

Keempat pula Kod Etika bagi AADK

Mendukung Visi dan Misi AADK Sebagai satu amanah

Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan


sebagai insan yang memepunyai maruah dan harga diri

Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan


pembangunan diri secara berterusan

Bekerjasama dan berurusan secara profesional

Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

Rajah 4 menunjukkan Kod Etika AADK

Ikrar AADK pula

Junjung Ikrar Titah Negara Sentiasa Menurut Perintah Wawasan


Gemilang Terus Dijulang Demi Generasi Cemerlang

Telus Luhur Semangat Kental Perangi Dadah Tanpa Gentar


Bersatu Tenaga Mengatur Minda Dadah Sifar Menjadi Nyata

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia Sentiasa Bersedia


Membasmi Dadah Jadi Pegangan Musuh Negara Mesti
Dihapuskan Berkibar Megah Jalur Gemilang AADK Jadi
Kebangsaan Bersama Membasmi Dadah

Rajah 5 menunjukkan Ikrar AADK


Tambahan pula, AADK juga mempunyai logo tersendiri.

Rajah 6 menunjukkan logo rasmi AADK

Logo AADK juga mempunyai maksud tersendiri. Pertama sekali, burung berwarna
putih bermaksud seseorang individu perlu membebaskan diri daripada penagihan dadah
dan haruslah menikmati kehidupan yang meriah. NADA ialah singkatan bagi National Anti
– Drugs Agency.

4.0 Aktiviti dan Perkhidmatan yang diamalkan

Pemulihan daripada penagihan dadah adalah satu usaha sepanjang hayat.


Penagihan dadah adalah penyakit kronik yang mudah berulang (relapse) dan
berpanjangan (long lasting). Bagi memerangi dadah di Malaysia AADK telah pun
merancang dan mengamalkan beberapa aktiviti dan perkhidmatan.

Antaranya ialah AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP)
telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program
rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK. AADK berkhidmat dengan
menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai
pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri,
keluarga dan masyarakat.

AADK telah menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui


pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah
diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan
kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan.
Bersesuaian dengan moto “We Care, We Serve” adalah komitmen warga AADK bagi
menyampaikan perkhidmatan secara profesional.
AADK sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang
meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap
dalam penagihan dadah ini boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan
hidup bebas dadah.

Baru – baru ini, Program Transformasi AADK adalah selaras dengan Program
Tranformasi Kerajaan (GTP) yang meletakkan halatuju organisasi ke arah perubahan
yang besar dan lonjakan berganda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada
masyarakat dan dirasai oleh mereka. AADK telah memperkenalkan beberapa pendekatan
baru dibentuk dengan menjadikan program dan pemulihan lebih terbuka. Melalui ini AADK
telah membuka ruang kepada masyarakat untuk memilih perkhidmatan pemulihan secara
sukarela tanpa perlu melalui proses tangkapan dan perintah mahkamah. Antara
transformasi yang digerakkan ialah

Untuk memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat yang mempunyai masalah


dadah
Memberi pilihan kepada penagih dadah untuk datang secara sukarela
Mendekati pelanggan dengan mengadakan program outreach dengan
bekerjasama Rakan Pintar dan Rakan Strategik
Memberi kesedaran bahaya dadah dari segi kesihatan
Mengesan dan menahan mereka yang enggan datang mendapatkan rawatan dan
pemulihan secara sukarela
Mempertingkatkan program rawatan-memberi perkhidmatan rawatan secara
klinikal dan Memperkenalkan dan mempertingkatkan Program Terapi Gantian
Metadon (MMT).

5.0 Perbandingan perkhidmatan

Terdapat juga perbandingan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan. Antaranya ialah


sebelum membentuk AADK tidak pertubuhan yang didaftar mengikut peraturan –
peraturan pertubuhan persatuan. Tetapi, AADK telah pun diiktirafkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara sebagai satu agensi kerajaan untuk membanteras dadah.

Pertama sekali, AADK telah pun membentuk beberapa akta untuk mengerakkan
agensi ini di Malaysia.
Rajah 7 menunjukkan Akta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Selain akta – akta yang dibina dan dilaksana, AADK juga menubuhkan beberapa
strategi lain untuk memerangi penagihan dadah dan menyelamatkan mangsa dadah. Iaitu

Klinik Cure &


CURE & CARE CARING
Care 1Malaysia
SERVICE CENTRE COMMUNITY
(KLINIK C&C
(CCSC) HOUSE (CCH)
1MALAYSIA)

Rajah 8 menunjukkan strategi AADK

Klinik Cure & Care 1Malaysia berkonsep terbuka kepada penagih. Ianya
berdasarkan amalan terbaik dan prinsip-prinsip asas rawatan (best practices and guiding
principles) kepada para penagih dadah. Selain itu, Cure & Care Service Centre
dikendalikan dengan lebih terbuka bertujuan mempercepatkan proses kepulihan dan
seterusnya membantu bekas-bekas penagih kembali berfungsi semula sebagai individu
yang lebih produktif dalam masyarakat. Caring Community House pula merupakan
sebuah institusi yang menyediakan perkhidmatan pertolongan kepada mereka yang
menghadapi permasalahan dadah. Ianya dikendalikan sepenuhnya oleh komuniti
setempat dengan menggunakan kepakaran individu tertentu di dalam komuniti tersebut.
Objektifnya mempelbagaikan program rawatan dan pemulihan dalam komuniti dan
memperkasakan komuniti setempat ke arah membantu bekas-bekas penagih dadah
meneruskan kepulihan.

6.0 Strategi menjana kewangan

AADK juga sebagai satu agensi kerajaan mengambil beberapa strategi untuk menjana
kewangan. Bagi merancang strategi kewangan ini AADK telahpun mengeluarkan
anggaran tahun 2011 – 2015 sebagai bukti (Lampiran 1). Antaranya ialah AADK
merupakan agensi di bawah naungan kerajaan Malaysia. Oleh kerana itu, AADK dapat
peruntukan daripada kerajaan untuk menjana kewangan agensi tersebut.

Tambahan pula, AADK juga mengadakan beberapa program – program untuk


mengumpulkan dana. Hal ini membolehkan AADK untuk mendapatkan dana dan menarik
perhatian masyarakat terhadap mereka secara langsung. Tetapi, agensi ini tidak
mengutamakan aktiviti mengumpulkan dana.
7.0 Isu – isu berbangkit

Walaupun AADK merupakan agensi kerajaan, ia juga mempunyai beberapa isu – isu
berbangkit. Isu – isu tersebut pula menjadi cabaran kepada AADK. Antaranya ialah
penggunaan Teknologi dan Maklumat Komunikasi / ICT( Lampiran 2). Teknologi dan
Maklumat Komunikasi adalah elemen yang penting pada era teknologi ini. Bagi
memastikan pengurusan AADK tidak ditelan zaman, AADK haruslah berfungsi melalui
teknologi. Oleh kerana, kurang tenaga yang bijak pandai teknologi AADK tidak dapat
mengakseskan teknologi berbanding dengan pertubuhan – pertubuhan lain.

Selain itu, AADK juga tidak dapat membanteras dadah 100% di muka bumi Malaysia.
Walaupun AADK menyumbang seluruh tenaga dan bersedaya upaya untuk
menghapuskan nama dadah, mereka tidak dapat menjayakannya. Hal ini kerana sebagai
satu agensi mereka menghulurkan tangan kepada masyarakat untuk membantu. Tetapi,
masyarakat yang mempunyai ketagihan dadah tidak mahu pertolongan AADK lalu
melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti yang bertentangan undang – undang Malaysia.

8.0 Cadangan penambahbaikan dan analisis SWOT

Daripada kes kajian yang telahpun dibuat, AADK mempunyai cadangan


penambahbaikan berdasarkan analisis Strengths, Weakness, Opportunities dan Threats
(SWOT).
Kekuatan / Strengths (S) Kelemahan / Weakness (W)

S1. Agensi Kerajaan W1. Penjanaan Kewangan


S2. Tujuan yang baik W2. Tidak dapat mencapai
S3. Mencapai FPK moto
Peluang / Opportunities (O) SWOT
Cabaran / Threats (C)
O1. Senarai aktiviti dan
program yang telah dirancang. C1. Sumber Kewangan
O2. Penglibatan kakitangan C2. Rakyat yang tidak
awam bertanggungjawab.

Rajah 9 menunjukkan analisis SWOT Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)

Pertama sekali, kekuatan AADK merupakan salah satu analisis yang dilakukan.
Antara kekuatan bagi AADK ialah AADK merupakan satu pertubuhan ataupun agensi
kerajaan yang mempunyai pendaftaran berlesen berdasakan undang – undang
penubuhan persatuan di Malaysia. Hal ini membolehkan AADK untuk mengambil sesuatu
langkah yang mengikut undang – undang Malaysia. Selain itu, AADK juga mempunyai
tujuan yang baik untuk menubuhkan di Malaysia. Tujuannya ialah AADK ingin
membanteras penagihan dadah dan menyelamatkan mangsa – mangsa dadah di
Malaysia. Tujuan ini menjadi satu suntikan yang efektif bagi pengurus – pengurus AADK
untuk mengambil langkah – langkah yang sepatutnya. AADK juga menumpukan sepenuh
perhatian ke arah mencapai matlamat penubuhannya serta melahirkan insan yang
berkualiti. Tambahan pula, satu lagi kekuatan AADK ialah ia juga dapat berfungsi untuk
mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hasrat FPK ialah melahirkan insan
yang berseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. AADK juga turut
menghulurkan tangan kepada bidang pendidikan Malaysia untuk realisasikan hasrat FPK
tersebut.

Seterusnya, terdapat juga kelemahan daripada analisis AADK tersebut. Antaranya


ialah AADK tidak bersedia untuk mengumpulkan sumbangan dana daripada masyarakat
untuk mengendalikan agensi ini. Oleh kerana agensi ini merupakan pertubuhan kerajaan
AADK tidak sepatutnya mengharapkan untuk menyumbang kepada AADK. AADK
seharusnya mengambil tindakan yang betul berdasarkan undang – undang Malaysia
untuk mengatasi masalah kewangan. Selain itu, AADK juga tidak dapat mencapai moto
penubuhannya. Hal ini kerana AADK telahpun bersedia untuk membanteras dadah 100%
di Malaysia. Tetapi, masyarakat tidak mahu mengambil berat tentang hal ini
menyebabkan berlakunya gejala ini.

Selain itu, analisis yang dibuat ialah peluang – peluang AADK untuk
mempertingkatkan lagi tarafnya. Antaranya ialah AADK haruslah melaksanakan pelbagai
aktiviti dan program yang diingini. Hal ini akan membolehkan AADK untuk menarik
perhatian masyarakat dan menepati tujuan penubuhannya. Seterusnya, AADK juga
sewajarnya memastikan penglibatan kakitangan awam terutamanya kakitangan AADK
untuk mengatasi masalah yang bermaharajalela ini. Selain daripada kakitangan awam
AADK juga patut digalakkan dalam membanteras gejala ini.

Analisis yang terakhirnya ialah cabaran – cabaran yang diatasi oleh AADK. Antaranya
ialah sumber kewangan. AADK haruslah berpegang teguh kepada matlamat tersendiri
yang terdiri daripada mencari sumber kewangan secara peribadi. Hal ini akan
mengurangkan lagi beban kerajaan serta dapat mengatasi salah satu cabaran AADK.
Selain itu, cabaran yang utamanya ialah rakyat yang tidak bertanggungjawab. Pada masa
sekarang, rakyat tidak mempunyai masa renggang untuk melibatkan diri dalam program –
program kemasyarakatan. Rakyat yang tidak bersedia untuk berkorban demi negara
hanya menjadi satu lagi cabaran kepada AADK.

9.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) ini dapat memberi


kesedaran serta meningkatkan lagi tahap pemikiran rakyat Malaysia. Hal ini juga dapat
memberi kesedaran kepada semua pihak tentang tanggungjawab mereka di muka bumi
ini. Kemudian, agensi ini juga sedia membantu masyarakat Malaysia untuk bebas
sepenuh daripada penagihan dadah. Oleh itu, setiap individu haruslah menghargai jasa
mereka dan bersedia untuk membantu mereka dalam membanteras gejala ini.
10.0 Rujukan

Abdullah Mokhti (2013). Panduan ringkas menulis kertas kerja. Muat turun:
https://www.slideshare.net/AbdullahMokhti/panduan-ringkas-menulis-kertas-kerja

Agung (2010). Analisa swot. Muat turun: https://www.slideshare.net/jemblunk/analisa-swot

Maklumat Dadah 2015, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Kementerian Dalam Negeri.


Diperolehi daripada : https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/BUKU-MAKLUMAT-
DADAH-2015-1.pdf.

Mkarzee (2014). Contoh Kertas Kerja Program. Muat turun:


https://www.slideshare.net/mkazree/contoh-kertas-kerja-propem

Unit Kokurikulum, SK Masai,Johor. Pengurusan Kokurikulum 2015. Diperolehi daripada :


https://ppaks.files.wordpress.com/2010/06/buku-pengurusan-kokurikulum-2015.pdf.
11.0 Lampiran
Lampiran 1
Anggaran Kewangan 2010 - 2015

Lampiran 2
Keratan Akhbar

You might also like