Wasiat
Wasiat
Jasni Sulong∗∗
ABSTRACT
∗∗
Lecturer at Department Islamic Studies, School of Humanities, University Sains
Malaysia, jasni@usm.my.
∗
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa 5 Peringkat
Kebangsaan pada 22-23 Ogos 2007 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur
163
PENDAHULUAN
1
Omar Awang (1981), “The Major Arabic Sources which Determined the Structure of
Islamic Thought in the Malay Archipelago Before the Nineteenth Century A.D. In the
Field of Law, Theology and Sufism” dalam Lutpi Ibrahim (ed.), Islamika - Esei-esei
Sempena Abad ke-15 Hijrah. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, h. 81
2
Rujuk Re Ismail bin Rentah, dec. (1940) 9 MLJ 98; Lihat juga Jamilah Karim Khan, “Isu-
isu Sosiologikal dalam Pembahagian Harta Pusaka dan Harta Sepencarian di Pulau
Pinang dan Kedah” (Kertas Kerja Bengkel Undang-undang Syarak dan Sivil:
Perkembangan, Pelaksanaan dan Kedudukan Wanita Islam di Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, 23 September 1989, h. 3
164
3
Wahbah al-Zuhayli (1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Beirut: Dar al-Fikr, j. 10, h.
7772.
4
Wahbah al-Zuhayli (1997), op.cit., h. 7737.
5
Abd. Rashid Hj. Dail dan Hailani Muji Tahir (1988), “Sumber Kewangan dan Pengurusan
Baitulmal”, dalam Mohd. Riduan bin Awang (ed.), Undang-undang dan Pentadbiran
Harta Pusaka Orang-orang Islam di Malaysia. Selangor: al-Rahmaniah, h. 200, 210-
211
6
Wahbah al-Zuhayli, op.cit., j. 10, h. 7706; Syaykh Husayn Yusuf Ghazal (1996), al-
Mirath ‘ala al-Madhahib al-Arba’ah. Beirut: Dar al-Fikr, h. 14.
165
Kedudukan baitulmal yang mewarisi di bawah konsep jihat al-Islam ini lebih
tinggi daripada konsep baitulmal sebagai pemegang harta semata-mata. Dalam
hal ini, Imam Syafi‘i menganggap baitulmal juga adalah merupakan badan yang
layak menerima harta pusaka bagi kepentingan umum umat Islam. Ia berlainan
dengan pandangan Mazhab Hanafi dan Hanbali yang menganggap baitulmal hanya
bertindak sebagai pemegang amanah ke atas harta yang tidak bertuan
.7 Bagaimanapun, pada akhir abad ke-4 Hijrah, Imam Syafi‘i telah
merujuk kembali pandangannya dalam pemberian pusaka kepada baitulmal apabila
baitulmal tidak ditadbirkan dengan baik sehingga menyebabkan harta umat Islam
menjadi tidak terurus. Dalam keadaan ini, Imam Syafi‘i berpandangan harta pusaka
hendaklah diwarisi oleh waris dhu arham.
Dalam lain-lain persoalan, Imam Syafi‘i juga mempunyai perbezaan pandangan
dengan mazhab lain seperti dalam kes pembunuh yang dihalang pusaka di mana
Imam Syafi‘i memakai kepada semua pembunuh secara mutlak.8 Sementara
dalam kes pusaka harta orang yang hilang (mafqud), Imam Syafi‘i telah memakai
doktrin istishab apabila menganggap orang yang hilang adalah masih hidup
sehingga ada bukti sebaliknya. Oleh itu, harta orang yang hilang tidak boleh
dibahagikan secara pusaka sehingga suatu tempoh masa tertentu yang diperakukan
oleh mahkamah tentang status sebenar orang hilang tersebut sebagai telah
meninggal dunia.9
Semasa era pra-kemerdekaan, persoalan Islam untuk hal ehwal diri orang-orang
Islam adalah diiktiraf khususnya di negeri-negeri Melayu. Sebagaimana keputusan
kes Ramah lawan Laton (1927)10 diperakui bahawa Islam is law of the land
di mana masyarakat berpegang dengan hukum Islam yang berteraskan ajaran
Mazhab Syafi‘i. Hakim Inggeris semasa memberikan pengiktirafan bahawa
undang-undang Islam sebagai undang-undang tempatan dan undang-undang negeri
7
Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin (1966), Hasyiyah Radd al-Muhtar. Mesir: Matba‘at
Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu, j. 6, h. 766
8
Wahbah al-Zuhayli (1997), op. cit., j. 10, h. 7717.
9
N. J. Coulson (1971), A History of Islamic Law. Edinburgh: University Press, h. 92.
10
6 FMSLR 128; Lihat juga Salleh Buang (1996), Sejarah Undang-undang Malaysia:
Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 63, 181.
166
kepada rakyat, telah memperakui bahawa amalan agama yang diamalkan adalah
selaras dengan Mazhab Syafi‘i. Walaupun persoalan kes ini lebih tertumpu kepada
tuntutan harta sepencarian, sandaran kepada Mazhab Syafi‘i berhubung
peruntukan harta sepencarian meletakkan kedudukan harta pusaka dalam kapasiti
rujukan yang sama sekiranya isu-isu pusaka menjadi persoalan undang-undang.
Keselarasan ini diterima dan dikaitkan berikutan Mazhab Syafi‘i adalah mazhab
rujukan utama dalam masyarakat dan ajarannya terpakai secara umum.
Penerimaan ajaran Mazhab Syafi‘i dalam konteks pentadbiran undang-undang
adalah berpunca daripada peranan para penjawat tertinggi agama di negeri-negeri
Melayu dan juga guru-guru agama. Misalnya, ajaran ini dihidup dan dikembangkan
melalui “Syaykh al-Islam” di Kedah, “Sayyid” di Perak, “Imam” di Terengganu
dan Kelantan, “Mufti” di Johor dan “Qadi” di Pahang dan Selangor. Begitu juga
dalam amalan guru agama masyarakat, mereka menjadikan ajaran dan penulisan
dalam Mazhab Syafi‘i sebagai panduan. Kenyataan ini berikutan banyak
manuskrip Melayu yang tersimpan di pelbagai pusat sumber di negara ini telah
menggunakan kitab-kitab bertulisan tangan yang cenderung kepada Mazhab
Syafi‘i.11 Keadaan ini menjadikan sebarang penyelesaian masalah pembahagian
pusaka termasuklah pembahagian harta pusaka tinggalan raja-raja Melayu ditangani
mengikut acuan hukum syarak yang berlandaskan Mazhab Syafi‘i.12 Sebagai
contoh dalam kes pembahagian pusaka Sultan Perak yang diwartakan dalam
Sultan Idris Estate Enactment 1935,13 Tuanku al-Sultan mengarahkan pusaka
dibahagi berdasarkan hukum faraid kepada dua orang isteri, enam orang anak
lelaki dan tujuh orang anak perempuan baginda.14
Pengaruh pemerintah sangat terserlah dalam memastikan dominasi Mazhab
Syafi‘i dalam hal perkara hukum syarak sehingga pegawai penjajah Inggeris ada
menyatakan bahawa sejak abad ke-14, tafsiran berdasarkan Mazhab Syafi‘i benar-
benar mendominasi Semenanjung Tanah Melayu.15 Sebagai contoh, dalam undang-
11
Lihat MS 325, MS 641, MS 1139, MS 1484 mengenai Faraid di Perpustakaan Negara
Malaysia, Kuala Lumpur; Lihat juga MSS 8 Kitab Pusaka di Perpustakaan Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan, h. 15.
12
Fasal ke-18 Enakmen Kerajaan Negeri Trengganu 1911/1329H memperuntukkan
“Rumah atau kampung kediaman yang diberikan kepada bekas Raja akan menjadi
harta pusakanya dan diwarisi berdasarkan hukum syarak”.
13
Seksyen 12 (i), Chapter 208, the Laws of the Federated Malay States 1935. J. M.
Gullick (1992), Rulers and Residents Influence and Power in the Malay States 1870-
1920. Singapore: Oxford University Press, h. 202, 225.
14
Jadual Kedua, Chapter 208, the Laws of the Federated Malay States 1935.
15
B. J. Brown (1962), “Justice and the Adat Perpateh: Law or Lore?”, dalam K. G.
Tregonning (ed.), Papers on Malayan History. Singapore: Journal South-East asian
History, h. 137.
167
Tugasan kadi ini telah diterangkan dalam kes Re Haji Pais, decd. (1928) iaitu:19
16
John E. Kempe dan R. O. Winstedt (1947), A Malay Legal Digest Compiled for ‘Abd
al-Ghafur Muhaiyu’d-din Shah Sultan of Pahang 1592-1614 A.D. with Undated
Additions. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia., h. 2.
17
A. H. Johns, “From Coastal Settlement to Islamic School and City: Islamization in
Sumatras, The Malay Peninsula and Java”, Hamdard Islamicus, v. IV no. 4, winter
1981. Pakistan: The Hamdard Faoundation, h. 24.
18
Perak Supreme Court No. 232/1919.
19
Kuala Pilah Distribution Suit No. 32/1928; E. N. Taylor (1970), “The Customary Law
of Rembau”, dalam M.B. Hooker (ed.), Readings in Malay Adat Laws. Singapore:
Singapore University Press, h. 174
168
20
J. M. Gullick (1991), “William Maxwell and the Study of Malay Society”, JMBRAS, v.
64 Part 2, No. 261, Dec. 1991, h. 8.
21
C. H. Withers Payne (1932), The Laws of Administration of and Succession to Estates
in the Straits Settlements. Singapore: Printers Limited, h. 188; Ahmad Ibrahim (1971),
“The Administration of Muslim Law in South-East Asia”, Malaya Law Review, v. 13
No. 1. Singapore: Faculty of Law, University Of Singapore, h. 128.
22
Seksyen 2, Ordinance No. 26 (Mahomedans) Amendment Ordinance, 1923. CO 274/
17 - Straits Settlements, Act 1923; C. H. Withers Payne (1932), op. cit.., h. 187-188;
Ahmad Ibrahim (1971), op.cit., h. 163; Moshe Yegar (1979), Islam and Islamic
Institutions in British Malaya Policies and Implementation. Jerusalem: The Magnes
Press, The Hebrew University, Jerusalem, h. 138.
23
Seksyen 5. Roland Knyvet Wilson (1912), Anglo-Muhammadan Law: A Digest,
preceded by aHistorical and Descriptif-Introduction of the Special Rules, 4th edition.
London: W. Thacker.
24
[1948] MLJ 155.
169
25
Ismail bin Mat (1985), “Adat and Islam in Malaysia: A Study in Legal Conflict and
Resolution” (Ph.D Dissertation of Temple University), h. 6.
26
Contoh, Seksyen 3 Peraturan Baitulmal Johor; lihat juga Peraturan Baitulmal Negeri
Kedah 1970.
27
Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan No. Fail 4/93.
170
28
10 MLJ 51.
29
26 MLJ 2.
30
P. U. 109/62 A – “Harta Tarikah Maidin Malbari yang ada Pembahagian Baitulmal”
dalam Arkib Negara Malaysia
31
Seksyen 10 (3)(b)(i)(ii)(iii)(iv), Enakmen Perbadanan Baitulmal Sabah No. 11 tahun
1998; Abd. Rashid Hj. Dail dan Hailani Muji Tahir, “Sumber Kewangan dan Pengurusan
Baitulmal”, h. 198.
171
ini merupakan alternatif bagi waris dhu arham untuk mendapatkan hakmilik harta
pusaka si mati atau sekiranya harta pusaka masih berbaki selepas pembahagian.
Pada masa kini, prosedur tuntutan penebusan baitulmal boleh dibuat melalui
permohonan bertulis kepada Majlis Agama Islam. Namun sehingga kini, masih
belum ada peruntukan undang-undang atau pekeliling khusus yang memperuntukan
dengan terperinci prosedur tuntutan ini dan pertimbangan-pertimbangan yang akan
diambilkira dalam meluluskannya.32
Di samping hak mewarisi harta pusaka, baitulmal juga mempunyai
bidangkuasa pengurusan ke atas harta pusaka orang Islam di mana baitulmal
mendapat keutamaan (syuf‘ah) untuk membeli harta pusaka yang sedikit atau
sukar diselesaikan. Dalam satu fatwa di Pulau Pinang, baitulmal boleh membeli
tanah-tanah pusaka yang tidak ekonomi untuk pembahagian pusaka atau
bermasalah untuk membayar cukai.33 Kaedah ini merupakan sesuatu yang baik
agar harta pusaka orang Islam tidak berpindah ke tangan orang asing. Di Kedah,
Warta Kerajaan pada 12 Mac 1970 telah memperuntukkan mengenai peraturan-
peraturan bagi pentadbiran baitulmal apabila menubuhkan sebuah jawatankuasa
yang dinamakan Jawatankuasa Baitulmal bagi membuat perjanjian, pembelian
atau pemilikan ke atas mana-mana harta yang menjadi milik Majlis Agama Islam
Kedah.
Manakala di Sabah, Enakmen Perbadanan Baitulmal Sabah 1998 34
memperuntukkan bahawa Perbadanan mempunyai fungsi yang lebih besar untuk
mengendalikan harta pusaka orang-orang Islam yang meninggal dunia serta
menguruskan wakaf dan wasiat. Perbadanan berkuasa untuk menyiasat waris-
waris si mati, membuat pembahagian secara faraid kepada waris-waris si mati
dan menyiasat harta yang dirizabkan kepada baitulmal hasil daripada lebihan
pusaka.35 Di Selangor, terdapat Unit faraid yang bertugas di Baitulmal Negeri
bagi mengurus dan memproses penerimaan harta lebihan faraid milik kepada
baitulmal yang diterima dari pejabat Pusaka Daerah. Unit ini juga
bertanggungjawab untuk memproses pindah milik pembayaran tebusan
penyelenggaraan rekod-rekod dan penilaian hartanah lebihan pusaka. Unit ini
juga terdapat di Kelantan yang bertanggungjawab untuk mendapatkan harta
32
Temubual dengan Ustaz Nasri bin Buchik, Ketua Unit Sumber Am Majlis Agama
Islam Melaka pada 19.05.2004 dan Ustaz Md Yusuf, Pembantu Hal Ehwal Islam
Majlis Agama Islam Johor Bahru pada 18.05.2004.
33
Fatwa pada 20.9.1981. Lihat Ahmad Hidayat Buang (2004), “Analisis Fatwa-Fatwa
Syariah di Malaysia”, dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.), Fatwa di Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang Universiti Malaya, h. 178.
34
No. 11 tahun 1998.
35
Seksyen 10 (3)(b)(i)(ii)(iii)(iv), Enakmen Perbadanan Baitulmal Sabah No. 11 tahun
1998; Abd. Rashid Hj. Dail dan Hailani Muji Tahir, “Sumber Kewangan dan
Pengurusan Baitulmal”, h. 198.
172
36
Jasni bin Sulong (2005), “Undang-undang Pusaka Islam: Kajian Terhadap
Pembaharuan Undang-undang dan Aplikasinya di Malaysia” (Tesis Ph.D, Universiti
Malaya: Akademi Pengajian Islam), h. 273.
37
Kes Abdul Razak bin Hamid (PTG/WP 15/148/2003); Khalid bin Salleh (PTG/WP
15/064/2003).
38
Kes Abdul Malek bin Hj. Md. Yatim (PTG/WP 15/312/1993).
39
Kes Samirin bin Karijasentana (PTG/WP 15/055/2003).
40
Ahmad Hidayat Buang (2004)(Penyunting), op.cit., h.106-107.
173
41
Azizan Abdul Razak (1983), “Conflict Resolution: Reasonal Laws System, Civil Law
System and Muslim School of Law (Madhahib)” (Kertas Kerja Shariah Administrators’
Conference Workshop, Manila, Philippines, 7-11 Ogos 1983,), h. 80.
42
Sebagai contoh, seksyen 42, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Melaka Bil. 7 Tahun
2002.
43
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu. Surat Jabatan Mufti Negeri
Terengganu: JMN.TR.:1/4 BHG. 6 – (117).
174
175
48
Jun 2002/244 dalam Fail Pusaka Jabatan Mufti Perlis.
49
April 2002/190 dalam Fail Pusaka Jabatan Mufti Perlis.
50
1999/68 dalam Fail Pusaka Jabatan Mufti Perlis.
51
Mac 2002/116 dalam Fail Pusaka Jabatan Mufti Perlis.
52
MLJ 229: Lihat Abdul Rashid Haji Abdul Latif (1986), Wasiat dalam Islam Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 47.
176
Sementara dalam kes Shaik Abdul Latif lawan Shaik Elias Bux (1915).53
mahkamah memperakui bahawa the only law at that time applicable to Malays
was Mohammedan modified by local custom (undang-undang yang hanya
terpakai ke atas orang Melayu pada masa itu ialah undang-undang Islam yang
disesuaikan dengan adat). Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan, umumnya
undang-undang Islam yang dimaksudkan di sini ialah berdasarkan pandangan
Mazhab Imam Syafi‘i. Dalam kes ini, wasiat diputuskan tidak sah kerana telah
diwasiatkan kepada anak angkat dengan melebihi daripada satu pertiga harta
yang bertentangan dengan ajaran Mazhab Syafi‘i. Namun, sekiranya kurang
daripada kadar ini, wasiat kepada anak angkat adalah diharuskan seperti pernah
diputuskan dalam kes Nik Salma Zaidah binti Haji Wan Zaid lawan Nik
Hasnah binti Nik Din & Nik Ruhiya Zaidah binti Wan Zaid. 54 Mengambil
pandangan dalam Mazhab Syafi‘i juga, hukum melakukan wasiat kepada waris
diputuskan sebagai tidak sah secara per se sebagaimana keputusan kes Mohamad
Hadi bin Yaso‘a dll. Lawan Siti Hawa Deraman (2001).55 Mengulas persoalan
wasiat kepada waris ini, tidak timbul pertikaian di antara ayat al-Qur’an mengenai
wasiat dan larangan al-Hadith daripada berwasiat kepada waris kerana Imam
Syafi‘i telah mentakwil bahawa ayat al-Qur’an mengenai wasiat itu ditujukan
kepada bukan waris, sementara ayat pusaka ditujukan khusus untuk waris sahaja.56
Justeru, tidak boleh lagi melakukan wasiat kepada waris melainkan dengan
kebenaran waris-waris yang lain. Manakala wasiat kepada selain daripada waris
diharuskan dengan syarat tidak melebihi kadar satu pertiga harta. Di Sabah,
peruntukan mengenai wasiat kepada anak angkat telah dimasukkan dalam Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam 1992.57 Enakmen memperuntukkan bahawa anak
angkat boleh menerima wasiat yang tidak melebihi daripada satu pertiga harta
dan sekiranya anak angkat tersebut adalah waris yang layak untuk mendapat
pusaka maka peruntukan ini tidak terpakai.58 Di Sarawak pula, peruntukan wasiat
kepada anak angkat adalah sebagaimana di Sabah dan telah diperuntukkan dalam
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 2001.59 Kodifikasi mengenai wasiat ini
53
1 FMSLR 204.
54
Kes Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan. Sila lihat Kertas Kerja Daud bin
Muhammad (2002), “Pelaksanaan Harta Wasiat” (Kertas Kerja Diskusi Wakaf,
Wasiat,Hibah dan Harta Pusaka di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor,
15-17 Disember 2002), h. 9.
55
Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan, No. Fail 348/01; Lihat juga kes lama iaitu Siti
binti Yatim lawan Mohamed Nor bin Bujai (1928) 6 FMSLR 135.
56
Wahbah al-Zuhayli (1997), op. cit., j. 2, h. 971.
57
Seksyen 126, Enakmen No. 15 tahun 1992.
58
Seksyen 126 (2), (3) dan (4) Enakmen No. 15 tahun 1992.
59
Seksyen 125, Ordinan Bab 43 tahun 2001.
177
penting bagi menunjuk bahawa kedudukan anak angkat di bawah hukum Islam
adalah sebagai penerima wasiat dan bukannya penerima pusaka, kecuali anak
angkat yang diambil tersebut adalah merupakan ahli waris yang berhak menerima
pusaka.60 Hukum wasiat juga diaplikasikan ke atas penamaan yang dilakukan ke
atas bukan waris. Berdasarkan kes Wan Puziah binti Wan Awang lawan Wan
Abdullah bin Muda dan Seorang lagi (2001),61 mahkamah memutuskan
bahawa penamaan yang dilakukan kepada bukan waris seperti anak angkat
diputuskan sebagai wasiat kerana mereka tidak berhak mendapat pusaka.62
Dalam penerimaan wasiat (qabul), Imam Syafi‘i menekankan bahawa
penerimaan adalah syarat untuk berlakunya perpindahan hakmilik atas harta wasiat
dan bukannya syarat sah wasiat seperti yang dikemukakan oleh Imam Malik.63
Penerimaan mesti menyebabkan pindahmilik harta berlaku serta merta selepas
kematian pewasiat. Oleh itu, perbuatan menangguh pembahagian harta wasiat
adalah tidak sah mengikut Mazhab Syafi‘i sebagaimana diputuskan dalam kes
Saeda lawan Haji Abdul Rahman (1918)64 dan Abdul Rahim lawan Abdul
Hameed (1983).65 Seterusnya penerimaan ke atas wasiat adalah penting kerana
sebarang penolakan daripada orang yang diwasiat boleh menyebabkan wasiat
tersebut batal. Dalam penggubalan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor)
1999,66 peruntukan seksyen 17 dan 18 ada menyatakan berhubung penerimaan
dan penolakan wasiat serta memperuntukkan tempoh masa selama 30 hari untuk
menerima atau menolak. Merujuk pula kepada kes Re Alsagoff Trusts (1956),
keperluan mandatori kepada penerimaan ini tidaklah sedemikian. Dalam kes ini,
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penerimaan wasiat dianggap telah berlaku
apabila wasiat itu sah menurut hukum syarak. Bagaimanapun dalam kes
terkemudian iaitu Amanullah bin Haji Hasan lawan Hajah Jamilah binti Sheikh
Madar (1975), sikap mendiamkan diri seseorang waris selepas suatu wasiat
dibacakan di hadapan mereka telah diputuskan sebagai bukan petunjuk bahawa
waris tersebut bersetuju dengan wasiat itu. Justeru, perkembangan kes dan
peruntukan undang-undang terkini menunjukkan bahawa penerimaan dalam wasiat
adalah sesuatu yang penting. Bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, tidak
disyaratkan berlakunya qabul seperti wasiat kepada janin atau bayi yang berada
60
Lihat Jasni bin Sulong (2005), op. cit., h. 291.
61
Kes Mal No: 41-003-1-99, Jurnal Hukum (2001), Jilid XIV Bahagian II. Putrajaya:
Jakim, h. 273.
62
Ibid., h. 276.
63
Ibn Rusyd (1935), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Kaherah:
Matba‘at al-Ma‘hud, 2, h. 252.
64
1 FMSLR 352.
65
2 MLJ 78.
66
Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
178
dalam kandungan. Seksyen 24, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 199967
menyatakan bahawa wasiat kepada anak dalam kandungan adalah sah dengan
syarat dilahirkan dalam tempoh yang sah menurut hukum syarak.
Kebaikan mempunyai undang-undang substantif khusus seperti Enakmen
Wasiat Orang Islam (Selangor) 199968 ini menunjukkan bahawa keterikatan pada
pandangan Mazhab Syafi‘i tidak lagi berlaku sepenuhnya. Terdapat beberapa
peruntukan yang turut menerima pakai pandangan daripada mazhab lain seperti
mengambil pandangan Mazhab Syi‘ah Ithna ‘Asyariyyah69 dalam persoalan wasiat
kepada waris sekiranya wasiat yang dibuat tidak melebihi daripada satu pertiga
harta. Peruntukan ini boleh didapati daripada Seksyen 11 (2) dan Seksyen 26
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999.70 Seksyen 11 (2) memperuntukkan:
Dalam Enakmen Selangor 1999 ini, tiada peruntukan khusus yang menyatakan
mengenai wasiat kepada waris yang kurang daripada kadar satu pertiga harta.
Penggubal undang-undang hanya menyampaikan maksud tersirat (implied
meaning) menerusi peruntukan seksyen 11 (2) dan 26 (2) bahawa wasiat kepada
waris yang kurang daripada satu pertiga tidak perlu mendapat kebenaran daripada
waris yang lain dan wasiat tersebut adalah sah dan boleh dilaksanakan (nafadh).71
Jelas bahawa peruntukan ini berlainan dengan kes yang telah diputuskan oleh
Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan sebagaimana dibincangkan sebelum ini.72
Undang-undang wasiat di Selangor ini jelas merupakan satu anjakan yang besar
daripada pengaruh dominasi ajaran Mazhab Syafi‘i. Pendekatan ini selaras dengan
pertimbangan sosial semasa73 dalam hukum Syarak iaitu bagi menjamin kebajikan
67
Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
68
Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
69
Wahbah al-Zuhayli (1997), op.cit., j. 10, h.7545; Tahir Mahmood (1972), Family Law
Reform in the Muslim World. Bombay: N. M. Tripathi Pvt. Ltd, h. 290; A. A. Fyzee
(1964), Outlines of Muhammadan Law. Oxford: T.P, h. 353.
70
Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
71
Rujuk seksyen 11 (2) dan seksyen 26 (2); Ahmad Hidayat Buang (2004), op. cit.., h.
9.
72
Mohamad Hadi bin Yaso‘a dll. Lawan Siti Hawa Deraman (2001) dalam Mahkamah
Rayuan Syariah Kelantan, No. Fail 348/01.
73
Zakariya al-Bari, Jamal al-Din Muhammad Mahmud (1981), al-Fatawa al-Islamiyyah,
Jilid 3. Kaherah: Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, h. 984, 1029; Ibrahim Mustafa Makarim
(1980), Majmu’at al-Mabadi’ al-Lati Qarraratha Idarat al-Fatwa wa Tasyri ‘, Jilid
6. Kuwait: Idarah al-Fatwa wa Tasyri, h.108.
179
waris terdekat dengan lebih baik. Hujahnya, sekiranya bukan waris layak mendapat
hak wasiat dalam kadar satu pertiga, maka waris adalah lebih berhak untuk
mendapatkannya.74
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 199975 juga telah mengambil
pandangan Ibn Hazm berhubung peruntukan “wasiyyat wajibah”. Wasiyyat
wajibah ialah wasiat yang dikuatkuasakan melalui peruntukan undang-undang
bagi menjamin hak waris si mati yang terhalang daripada menerima pusaka kerana
penghubung mereka telah meninggal dunia terlebih dahulu. Kaedah ini adalah
merupakan pandangan Imam Ibn Hazm bagi mengelak kezaliman berlaku ke
atas waris akibat tiada wasiat dilakukan untuk sesetengah waris. Justeru, suatu
bahagian untuk waris diwujudkan melalui peruntukan undang-undang daripada
harta peninggalan si mati tersebut seperti suatu wasiat telah dilakukan.76 Kaedah
dikenali sebagai “wasiyyat wajibah” dan ia merupakan sebahagian daripada aspek
pembaharuan hukum pusaka Islam di negara-negara Arab.77
Bagaimanapun di Malaysia, hak ini hanya diperuntukkan untuk waris daripada
susur galur lelaki sahaja. Waris daripada susur galur wanita tidak diberikan
bahagian “wasiyyat wajibah” ini kerana merupakan waris dhu arham yang tidak
diterima oleh Mazhab Syafi‘i.78 Oleh itu, hanya cucu yang kematian bapa mendapat
“wasiyyat wajibah” dengan syarat mereka terhalang daripada pusaka datuk atau
neneknya, dan tidak menerima apa-apa wasiat yang lain. Bahagian wasiat bagi
cucu tersebut ialah sebanyak satu pertiga harta atau setakat kadar di mana ayahnya
berhak sekiranya kurang daripada bahagian satu pertiga.79 Dalam hal ini, sekiranya
datuk atau nenek memelihara seorang cucu daripada anak perempuan yang telah
meninggal dunia terlebih dahulu, cucu tersebut tidak akan menerima “wasiyyat
wajibah” apatah lagi untuk menerima pusaka. Jika ini berlaku, ia adalah sesuatu
yang malang dalam pentadbiran undang-undang Islam yang bertujuan untuk
memastikan kebajikan waris. Lebih-lebih lagi apabila cucu tersebut ditinggalkan
“sebatang kara” tanpa waris dan harta sedangkan sebelumnya, cucu tersebutlah
yang menjaga kesihatan datuk atau neneknya.
74
J. N. D. Anderson, “Modern Trends in Islam”, International and Comparative Law
Quarterly,v.20, 1971, 11-12.
75
Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
76
Ibn Hazm (1970), al-Muhalla. Kaherah: Tab‘ah Munir al-Dimasyqi, j. 9, h. 314; Lihat
juga Dr. Mahmud Muhammad Baadly (1994), Pengurusan dan Penyelewengan Harta
dalam Pandangan Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publisher, h. 113.
77
Zakariya al-Bari, Jamal al-Din Muhammad Mahmud (1981), op.cit., h. 3404; M. A.
Zaki Badawi (2000), “Professor Ahmad Ibrahim Inaugural Memorial Lecture:
Harmonisation of the Shari‘ah and Civil Law”, IIUM Law Journal, v. 8 No. 1. UIA:
Research Centre, h. 19.
78
Seksyen 27, Enakmen No. 4 Tahun 1999.
79
Seksyen 27, Wasiat Wajibah di dalam Enakmen No. 4 Tahun 1999.
180
KESIMPULAN
80
Seksyen 11 (2) dan 26, Enakmen Selangor No. 4 Tahun 1999.
81
Wasiat kepada waris tidak sah diputuskan dalam kes Mohamad Hadi bin Yaso‘a
dll. Lawan Siti Hawa Deraman (2001) dalam Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan,
No. Fail 348/01.
181
RUJUKAN
182
183