Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>
Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

06 January 2024

Death Whisperer Kini Di Pawagam Seluruh Malaysia

Death Whisperer adalah sebuah filem seram Thai yang berdasarkan urban legend sebenar akan kini di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Januari 2024.

Lebih menarik, apabila filem Death Whisperer adalah satu satunya sekarang ini filem Thai PERTAMA yang ditayangkan dalam IMAX dengan Laser, menggabungkan imej tayang 4K Laser sejernih kristal dengan sistem bunyi termaju IMAX. 

Dengan teknologi terkini sebegini sedikit sebanyak akan membawa roh dan rasa seram ke tahap seterusnya dengan pengalaman sinematik yang paling maju, dikuasai semula khas dalam teknologi DMR (Digital Re-Mastering) proprietari IMAX.

Filem ini juga merupakan salah satu filem box office terbesar Thailand pada tahun 2023, memikat hati di seluruh negara dan ditutup dengan kira-kira THB475 juta box office dalam kejayaan.

Death Whisperer dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat dan Nina Nutthatcha Padovan, bersama dengan Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam

Diarahkan oleh Kui Taweewat Wantha dan Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, pasukan terkenal di sebalik filem seram itu melanda “Long Weekend” daripada lagenda internet yang menggerunkan kepada kengerian skrin besar yang menggegarkan darah.

Sebuah filem seram ghaib di luar bandar Thailand mengisahkan tentang pertemuan mengerikan sebuah keluarga dengan roh syaitan yang merasuk anak perempuan mereka dan menyebabkan kematian misteri, memaksa adik-beradik itu mengambil langkah melampau untuk menghentikan kehadiran jahat yang menghantui kampung mereka.


Sinopsis Filem Death Whisperer 

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan terpencil di Thailand di mana seorang gadis muda mati secara misteri selepas mendengar nyanyian “Tee Yod” yang menyeramkan. 

Bertahun-tahun kemudian, sebuah keluarga digeruni oleh roh jahat yang sama merasuk tubuh anak perempuan mereka Yam. Abangnya Yak meminta bantuan daripada ahli sihir untuk melakukan ritual untuk menghalau syaitan. 

Selepas perjalanan berbahaya untuk membawa Yam ke hospital, Yak terpaksa menembak adiknya untuk menghalau roh yang keluar dari mulutnya. Di hospital, syaitan itu merasuki Yam sekali lagi dalam bentuk kucing hitam. Yam mati ngeri, tetapi roh jahat masih menghantui keluarga. Yak berikrar membalas dendam terhadap kuasa jahat purba yang melanda kampung itu.

Death Whispererntelah ditayangkan pada 4 Januari 2024 ini ke IMAX dan skrin standard berhampiran anda.

Read More

04 January 2024

Review Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Filem yang dinanti-nantikan ini berjaya menambat hati penonton dengan kisah sejarah dan perjuangan pejuang tanah air suatu ketika dahulu.

Filem yang berdurasi 110 minit ini merupakan filem terbaru terbitan Studio Kembara dan bakal memasuki pawagam pada 11 Januari 2024. 

Naskah yang mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza menjadikan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah sebagai filem wajib tonton tahun ini.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Filem ini mengisahkan tentang penjajahan British di bumi Pahang, Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. 

Kebangkitan Mat Kilau merisaukan British dan mengarahkan askarnya memburu Tok Gajah.

Awang menggalas tanggungjawab untuk menyelamatkan Tok Gajah dari ditangkap dan dibunuh.

SINOPSIS

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. 

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong (bapa mertuanya) yang telah ditangkap British dan Awang perlu mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. 

Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

WATAK DAN PELAKON

Awang Fattah Amin

Sayang Nur Fazura

Tahir Nadhir Nasar

Tok Gajah Wan Hanafisu

Hj. Sulong Nam Ron

Andak Amir Ahnaf

Siti Heliza Helmi

Minah Hazwani Helmi

Besah Tissa Biani

Tobah Amerul Affendi

Kapten Syers Geoff Andre Feyaerts

Kodi Hasnul Rahmat

Jalak Ruzaidi Rahman

Nadim Syed Ali Murtadha

Brahim Ali Karimi


WATAK UTAMA

AWANG

Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

Fattah Amin sebagai Awang

SAYANG

Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

Fazura sebagai Sayang

TAHIR

Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan. 

TOK GAJAH

Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.

HAJI SULONG

Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

BRAHIM

Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. 

Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.

Kos Filem Pendekar Awang ialah 12 juta ringgit dan penggambarannya bermula pada bulan Januari tahun 2023.


REVIEW

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah betul-betul dapat menarik penonton ke panggung wayang untuk menonton filem ini.

Penceritaan tentang penjajahan pada zaman dahulu dimana generasi muda pada zaman sekarang dapat diberi gambaran kesusahan masyarakat terdahulu memperjuangkan tanah air dan generasi muda kini lebih menghayati sejarah dengan baik.

Gandingan suami isteri Fattah Amin dan Fazura sedikit sebanyak menghidupkan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah. Sekaligus mengubat rindu peminat kepada lakonan mereka.

Nadhir Nasar sebagai Tahir dan Ali Karimi sebagai Brahim juga berpencak silat dan tangkas, seronok melihat aksi ketangkasan pelakon bersilat.

Lebih menarik lakonan pejuang wanita yang mahir berkuda dan memanah turut menyertai misi ini.

Berjayakah misi Tok Gajah ke Terengganu? 

Jom sama-sama tonton filem ini dipawagam berdekatan anda.


Read More

07 December 2023

Wonka Christmas Tour Di Aeon Mall Cheras Selatan

Colourful Wonka! 

Aeon Mall Cheras Selatan telah dibuka semula. Ada pelbagai aktiviti menarik diadakan. Aeon Mall bersama Warner Bros. Picture dan TGV Cinemas menyantuni anak-anak yatim dari rumah kebajikan yang terpilih untuk memberi sumbangan serta menonton preview filem Wonka ini.

Wonka Christmas Tour Di Aeon Mall Cheras Selatan

Acara diadakan pada 3 Disember 2023 dalam suasana yang cukup sederhana tetapi tetap meriah. Selain daripada anak-anak dari rumah kebajikan, majlis ini turut dihadiri wakil pihak Aeon, wakil dari rakan kongsi acara, media, pempengaruh dan juga ahli Aeon yang terpilih.


Kemeriahan dan kegembiraan dikongsi bersama anak-anak yatim dari rumah kebajikan terpilih dengan memberi hadiah sumbangan dan juga menonton preview filem Wonka.

Ada persembahan tarian dan pertunjukan silap mata yang membuatkan kanak-kanak teruja.



Selain itu tetamu acara turut dihidangkan dengan pelbagai snek ringkas yang bukan sahaja enak tetapi comel dan unik.

Penebusan Hadiah Menarik

Belanja minimum RM100 (ahli Aeon) ataupun RM200 (bukan ahli Aeon) dan berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri (melalui gashapon).

Untuk penebusan Wonka limited edition tumbler, perbelanjaan minimum RM800 (ahli Aeon) dan RM1000 (bukan ahli Aeon).

Manakala untuk candy jar, minimum perbelanjaan ialah RM380 (ahli Aeon) dan RM580 (bukan ahli Aeon).

Sempena sambutan Krismas, Aeon menawarkan wrapping secara PERCUMA kepada semua pengunjung yang datang berbelanja di sini. Syaratnya untuk ahli Aeon minimum belanja RM10, bukan ahli Aeon minimum adalah RM200.

Count the Wonka Chocolate Bar Contest.

Dengan hanya berbelanja RM30 daripada mana-mana tenant Aeon Mall, kira berapa coklat bar Wonka di pokok Krismas gergasi. Scan barkod, isi butiran diri, masukkan jawapan dan sertakan salinan resit. Hantarkan penyertaan dan anda berpeluang untuk bercuti ke London.


 Jom tonton Filem Muzikal Wonka

Jangan lupa untuk tonton filem Wonka yang bermula tayangannya pada 7 Dec 2023 nanti! Sedih, gembira, kelakar disatukan dalam sebuah filem yang cukup menghiburkan.

Jom tonton!

@aeonmallmalaysia

@warnerbrosmy @tgvcinemas

#aeonmallcherasselatan

#WonkaMovie #AEONMallMY

#tgv

#aeon

Read More

22 June 2022

Filem Mat Kilau | Filem Wajib Tonton

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau. Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Poster Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Datuk Adi Putra Sebagai Mat Kilau

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Fattah Amin Sebagai Awang

Beto Kusyairy Sebagai Wahid

Yayan Ruhian Sebagai Toga

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur. Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.



Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.


Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA

Usai tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini. 

Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada Filem Mat Kilau

Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa  sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan  sangat mengalakkan  yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”

Menurutnya, setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.  Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.

“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara.  Studio Kembara bersedia bersama membantu  mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.

Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan. 

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British. 

Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara. 

Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Untuk berita terkini, sila layari:

Facebook:

https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843

Instagram: https://www.instagram.com/filem_matkilau/

Twitter: https://twitter.com/Filem_MatKilau

TikTok:

https://www.tiktok.com/@filem_matkilau

Youtube:

https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg

Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/

#kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama



Read More

12 March 2021

Bulan & Pria Terhebat Tegar Harung Cabaran Pandemik

Sama seperti sutradara lain, Ghaz Abu Bakar juga menyimpan impian besar untuk melihat filem terbaru garapannya, Bulan & Pria Terhebat mencatat kejayaan luar biasa apabila ditayangkan di pawagam.

Keyakinannya itu tidak tersasar kerana ketika ditayangkan selama lima hari serentak di pawagam tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 12 Mac tahun lalu, filem yang menampilkan Zahirah MacWilson dan Zizan Razak sebagai teraju utama itu menerima pelbagai reaksi positif.

Bulan & Pria Terhebat


Namun, kegembiraan yang dikecapinya itu hanya bersifat sementara  dan Ghaz terpaksa akur apabila filem terbitan Nizra Entertainment itu terpaksa dihentikan tayangan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Situasi itu bagaimanapun, tidak sesekali membuatkan Ghaz berputus asa. Besar harapannya untuk melihat filem yang menyajikan elemen segar dalam industri perfileman tempatan apabila mengangkat tema hero wanita terus diberikan perhatian oleh khalayak apabila kembali ditayangkan.

Meskipun impian untuk melihat filem itu kembali diputarkan di pawagam tidak menjadikan kenyataan, Ghaz percaya,  keputusan penerbit untuk menayangkannya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 11 Mac ini menyimpan hikmah tersendiri.

"Secara peribadi, saya agak kecewa kerana tidak dapat berkongsi pengalaman mendengar gelak ketawa bersama penonton di pawagam. Namun, saya melihat keputusan menayangkan filem itu di skrin televisyen dari sudut positif. 

Saya percaya filem ini akan dapat ditonton lebih meluas apabila disiarkan menerusi Astro First dan berharap penonton akan mengulang langganan untuk menikmati kepuasan tontonan yang sebenar.

Saya juga mengharapkan pandangan daripada semua penonton kerana ia memberikan saya semangat untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih bermutu," katanya.

Ketika negara masih bergelut untuk bangkit daripada ancaman pandemik Covid-19, Ghaz akur, pengkarya turut berdepan situasi mencabar, terutama berkaitan garis panduan atau SOP di pawagam yang membataskan jumlah penonton dan ia secara tidak langsung memberi kesan dari sudut kutipan tayangan.

Menyambut baik kehadiran platform penstriman digital dan OTT seperti Astro First yang disifatkannya sangat membantu pengkarya dalam mengharungi cabaran pandemik, Ghaz turut melihat ia sebagai pemacu semangat untuk mereka terus mengetengahkan karya kepada khalayak.

"Cuma, perkara yang paling merisaukan pengkarya dari sudut isu cetak rompak kerana ia lebih mudah berlaku menerusi platform penstriman digital. Saya berharap pihak pengedar akan memantau secara serius perkara ini. Dari satu sudut lain, saya yakin filem ini akan dapat menemui penonton secara lebih menyeluruh apabila ditayangkan menerusi Astro First," katanya.

Menyentuh kenangan sepanjang menyiapkan Bulan & Pria Terhebat, Ghaz berkata, filem itu memahat makna tersendiri buat dirinya sebagai sutradara, terutama pemilihan lokasi penggambaran yang mengimbau memori ketika dia membesar.

"Ia memberikan kenangan yang manis apabila dapat menjalani penggambaran di Johor yang juga tempat saya membesar dan bermain seperti di pantai Stulang Laut, selain jalan di sekitar Pasar Karat.

Kesempatan mengarahkan nama besar seperti Maya Karin dan Khir Rahman turut memberikan kepuasan yang tersendiri. Kepuasan itu lebih saya rasai apabila melihat Zahirah berjaya merealisasikan watak Bulan dengan baik. Ia pencapaian yang cukup membuatkan saya berpuas hati," katanya.

Terdahulu, penerbit yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Entertainment, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata, meskipun berada di pawagam ketika negara dalam situasi pra-pandemik Covid-19, tempoh singkat tayangan menyaksikan filem itu mendapat sambutan positif penonton di ketiga-tiga negara.

“Filem ini sempat ditayangkan selama lima hari di pawagam pada Mac tahun lalu, tetapi terpaksa dihentikan tayangannya berikutan pelaksanaan PKP. Namun, sambutan yang diberikan penonton begitu positif.

Setelah berbincang dengan rakan penerbit dan mengambil kira faktor semasa, kami memilih untuk menayangkan Bulan & Pria Terhebat di platform Astro First. Kami percaya, dalam keadaan norma baharu sekarang, platform Astro First mampu membawa karya ini terus kepada penonton di luar sana secara menyeluruh. Harapan kami, kehadiran filem ini dapat menghiburkan penonton dengan hasil kualiti produksi yang menampilkan keunikan tersendiri," katanya.

Selain menggandingkan Zahirah dan Zizan, serta kemunculan Maya dan Khir, Bulan & Pria Terhebat turut menampilkan kehebatan lakonan Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Marissa Yasmin, Sofia Dendroff, Sein Qudsi, dan Yus Noor. 

Menyentuh pembabitannya dalam filem itu, Zahirah yang memegang watak sebagai Bulan berharap, Bulan & Pria Terhebat menjadi penanda aras baharu untuk menyaksikan lebih banyak filem yang mengetengahkan wanita sebagai penggerak utama.

Sebagai pelakon, Zahirah menyimpan keinginan untuk merasai sendiri keseronokan menonton bersama peminat menerusi tayangan khas, selain mendengar secara langsung maklum balas mereka pada sesi 'meet & greet'.

"Industri perfileman kini meniti norma baharu dan saya berharap, situasi itu tidak mempengaruhi kualiti filem dan kesungguhan pembikinan yang berusaha memberikan yang terbaik. Peralihan medium tayangan filem mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri. Dari satu sudut, ia memberi keselesaan kerana kita dapat mengakses filem dari kediaman sendiri pada bila-bila masa.

Namun, faktor sosial juga perlu diambil kira. Kita tidak lagi bebas untuk keluar dan bertemu rakan-rakan untuk menikmati filem seperti biasa. Demi keselamatan, ia sesuatu yang harus kita korbankan.

Setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang tersendiri dan kita masih boleh menikmati filem menerusi medium lain seperti TV," katanya.

Teruja dan tidak sabar menantikan maklum balas penonton terhadap kemunculan pertamanya itu di layar perak, Zahirah berkata, pandemik Covid-19 turut mempengaruhi industri dalam pelbagai cara. 

"Pelakon umpamanya, kini bergantung sepenuhnya kepada media sosial untuk mempromosikan projek kami. Ia memberikan cabaran baharu, terutama cara untuk menjangkau penonton.

Banyak filem yang bagus terpaksa ditangguhkan tayangan kerana pawagam tidak dapat beroperasi dan kekangan itu pasti mempengaruhi perkembangan serta pertumbuhan industri filem," katanya.

Mengakui karakter Bulan membekas kenangan yang cukup indah, Zahirah berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk melakukan sendiri babak aksi yang sangat menguji.

"Saya mempunyai jurulatih yang hebat, malah saya banyak melakukan latihan untuk mematapkan koreografi. Saya tidak punya banyak masa rehat demi memastikan saya melakukan yang terbaik dalam filem ini," katanya.

Sementara itu, Zizan pula melihat transisi tayangan dari pawagam ke skrin televisyen sebagai norma baharu yang perlu diterima, namun positif penonton dapat menyesuaikan diri dengan pengalaman baharu itu.

"Mungkin pengalamannya tidak sama seperti menonton di pawagam, tetapi ia tetap mempunyai nilai tambah kerana filem ini dapat dinikmati bersama seisi keluarga. Ia mencipta keseronokan yang berbeza, malah penonton berpeluang mewujudkan keriangan yang sama seperti menonton di pawagam.

Jika ke pawagam, penonton terikat dengan jadual tayangan sedia ada. Tetapi, apabila di rumah, mereka bebas menonton pada bila-bila masa. Bagi saya, ia memberikan pengalaman yang cukup menyeronokkan," katanya.

Pemegang watak Haris itu tidak menafikan, sebagai pengkarya, dia turut merasai getir yang dilalui penggiat industri perfileman untuk terus berjuang mengharungi pandemik. Namun, kehadiran platform seperti Astro First menjadi wadah kesinambungan hayat industri filem.

"Bagi saya, ia platform yang baik untuk menyelamatkan industri. Memang kami sebagai artis boleh beralih dan mempelbagaikan medium seni lain, tetapi bagaimana dengan mereka yang bekerja di balik tabir?

Apabila ada platform seperti Astro First, ia memberikan sinar kepada penggiat industri untuk meneruskan kerjaya mereka. Saya berharap filem ini memberi kepuasan kepada mereka yang menonton, malah terhibur dengan jalan cerita dan aksi yang disajikan," katanya.

Teruja dapat bekerja dengan pengarah berkaliber seperti Ghaz, Zizan berkata, sepanjang dua minggu penggambaran di Johor, dia melalui pengalaman menyeronokkan dan sukar dilupakan.

"Saya seperti tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana seronok menjalani penggambaran di sana. Makanan dan lokasi juga menarik, selain pasukan kerja yang saling membantu untuk memberikan yang terbaik," katanya.

Bagi Maya Karin pula, dia berharap kemunculannya sebagai Tony dalam filem itu menjadi pengubat rindu terhadap peminat yang sentiasa ternanti-nanti lakonan terbarunya di  layar perak.

"Filem ini sangat berbeza daripada produksi yang pernah saya bintangi sebelum ini. Sebagai pengkarya, saya berharap penonton akan berpuas hati dengan produksi filem ini. Saya juga berharap pandemik ini akan segera berlalu dan industri filem kita akan kembali meriah seperti dahulu," katanya.

Saksikan filem Bulan & Pria Terhebat di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 11 Mac ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 


Read More

29 January 2021

'The Witches' Filem Dibuat Untuk Layar Perak Karya Roald Dahl Ditayangkan Secara Eksklusif Menerusi HBO GO Di Malaysia Mulai Hari Ini, 29 Januari 2021

 Ahli sihir glamor tetapi licik bertemu dengan tandingan mereka iaitu Hero Boy dan Grandma



MALAYSIA, 26 JANUARI 2021 – Para peminat Roald Dahl tidak perlu menunggu lama lagi untuk  menonton filem terbaharu yang dibikin semula, The Witches apabila ia akan ditayangkan buat kali pertama dan secara eksklusif di HBO GO dan Astro On Demand mulai Jumaat ini, 29 Januari!

 

Dibintangi pelakon jelita, Anne Hathaway (“Les Misérables”, “Ocean’s 8”) yang menjayakan watak sebagai Grand High Witch bersama bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno sebagai Hero Boy, filem klasik yang memberi nostalgia zaman kanak-kanak ini mendapat sentuhan penuh teatrikal daripada sutradara yang pernah menggondol Oscar, Robert Zemeckis (“The Polar Express”, “Who Framed Roger Rabbit?”, “Forrest Gump” dan trilogi “Back to the Future”) dan pasukan impian termasuk penerbit Alfonso Cuarón (“Harry Potter dan  Prisoner of Azkaban”) dan Guillermo del Toro (“Rise of the Guardians”, “Book of Life”), penulis skrip Kenya Barris (“Barbershop 3: The Next Cut”) serta komposer Alan Silvestri (“Ready Player One”, “The Mummy Returns”).

Anna Hathaway sebagai ahli sihir dalam The Witches 

 

Distrimkan terus ke skrin di rumah anda menerusi HBO GO, kombinasi hebat itu turut dibintangi Octavia Spencer (“The Help,” “Onward”) sebagai Grandma, Stanley Tucci (“The Devil Wears Prada” dan filem-filem “The Hunger Games”) sebagai pengurus hotel iaitu Mr Stringer, Kristin Chenoweth (Drama “Glee”, “American Gods”) sebagai tikus ‘Daisy’ dan Chris Rock yang menaratifkan pengalaman Hero Boy ketika dewasa.
 
Sebagai tambahan kepada barisan pelakon yang mengagumkan, tidak ada satu pun perincian yang ditinggalkan dalam mewujudkan pengalaman yang autentik dan menarik kerana pereka set, pakar prostetik dan pakar kostum mengambil inspirasi dari era yang lalu dan menggabungkannya dengan ‘special effects’ untuk menarik penonton ke dunia yang membuatkan penonton percaya ahli sihir sebenarnya memang wujud! Dari cetakan vintaj dan alat peraga autentik hingga rambut palsu mewah serta transformasi fizikal yang dramatik, filem ini adalah karya moden yang tidak boleh dilepaskan!
 
“Ia satu kisah yang diabolikal (jahat),” kata Zemeckis, yang teruja dengan peluang untuk membikin semula novel kesayangan itu. “Buku-buku Roald Dahl sebenarnya bukan sahaja untuk kanak-kanak. Sememangnya karakter kanak-kanak memegang watak utama, oleh itu mereka sangat menikmatinya, tetapi pembaca dari semua peringkat usia boleh menikmati bukunya, dan filem ini juga serupa.”


 Tonton trailer rasmi sini


Dalam pembikinan semula karya Roald Dahl yang disukai ramai ini sebagai filem, Zemeckis menceritakan kisah komedi gelap dan menawan hati mengenai seorang anak yatim piatu pada akhir 1967 yang tinggal bersama neneknya yang penyayang di kota Demopolis, Alabama. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa ahli sihir glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijaknya membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut bernama Grand Orleans Imperial Island Hotel. Malangnya, mereka tiba pada waktu yang sama ketika Grand High Witch telah mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya untuk menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.



Seperti yang dijangka, Hero Boy tidak dapat membiarkan itu berlaku tanpa berlawan, dan dia bekerjasama dengan kawan yang baru dikenalinya, Bruno Jenkins, penuh dengan semangat keberanian yang luar biasa untuk menghadapi ahli sihir jahat yang benar-benar menakutkan. Ini lebih ketara apabila rambut palsu, sarung tangan elegan dan sepatu menawan mereka ditanggalkan untuk mendedahkan kepala mereka yang botak, kuku tajam dan kaki yang tidak berjari!

 

Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

 

Akhirnya, para peminat Anne Hathaway dapat menyaksikan kehebatan wanita berbakat besar dan versatil dalam menjayakan pelbagai peranan ini sebagai ganjaran istimewa di HBO GO. Dari ‘cat buglar’ kepada usahawan, saksikan bakat ikonik wanita ini dalam koleksi filem hebat seperti Locked DownDark WatersThe HustleThe Dark Knight RisesLes Miserables dan The Intern!

 

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO GO tanpa bayaran tambahan.


Ikuti HBO Asia di laman sosial dan gunakan #TheWitches dan #HBOGOExclusive untuk menyertai perbualan:

Facebook: HBOAsia

Instagram: @hboasia

Twitter: @HBOAsia


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com