Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

08/08/2011

hari ke7

Salam ramadhan..
Nak masak apa hari ini ye? masak simple2aje dahlah..

Sham/Illa datang berbuka bersama.. bawak daging masak yougrt. dah mintak resepi nanti akk masak pulak.
sayur lemak boncis dan udang..
akk masak sambal ikan salar..
ayam goreng..

05/08/2011

hari keempat,ada resepi sambal giller..

Salam ramadhan..
Macam terlebih rajin dan terlebih berselera pulak hari nie..


masak lemak udang..feveret Oya..

sayur campur kobis n brokoli CH punya..rangup dan manis. Kobis CH memang sedap..berbanding kobis yg di jual di pasar biasa or supemarket..
 ayam masak kicap..

Sambal gila setahun!!!

tak tahu nak namakan sambal ni sambal apa..
kisahnya begini..masa kami anak beranak makan ramai2  sehari sebelum menyambut puasa..akk berborak dengan Nora pasal makanan yang kami makan dan apa yang emak kami masak semasa kecik dulu..
Nora kata..dia teringat masakan emak dia yang di namakan 'sambal gila'. Mendengar cerita Nora.. resepinya dan cara memasaknya  lebih kurang, akk dah dpat agak yang sambal ini serupa dengan emak akk masak masa akk kecik dulu.. cuma olahan masakan berlainan sikit. Sambal yang emak/nenek akk masak namanya 'sambal tahun'. sambal ini kalau makan dengan nasi panas2 dengan ikan goreng pun dah cukup..pergh! pedas mengancam!!


resepinya..
segenggam cili api..akk campur 4 biji cili hijau
segenggam ikan bilis
beberapa biji bawang kecil. bawang besar pun boleh
1 ulas bawang putih
garam ,asam jawa, sedikit gula secukup rasa.klau tak suka gula..jangan bubuh. pak aji pun ikut suka..
caranya..
kalau mak akk masak dulu2..tumbuk semua bahan tak berapa lumat. pastu tumis sampai berdesin..maklum api dapor kayu kan besor..heheh. tambah air..kecikkan api jadi bara..bior sampai air kering kat dalam kuali. Setiap hari panaskan..sampailah sambal tu habis di makan. tak ingat pulak berapa hari tahan sambal tu. agaknyalah...itulah sebabnya sambal tu di panggil 'sambal tahun'..kihkih

Yang akk masak tu..guna resepi sama..cuma akk blender lumat..
 cubalah..pedas giler!! pastu tahan setahun pulak!! akk namakan aja sambal giller setahun!!..ngee..


 laksa johor dari Azira restoran

01/08/2011

sepetang sebelum menyambut puasa..

Salam,
Panjangnya tajuk..suka suki aje nak bubuh takuk apa..
Seperti biasa.. sama seperti tahun2 sebelumnya..petang sebelum menyambut puasa kami akan berkumpul anak beranak, buat makan2. Kalau orang N9 kata mantai...sampai tumbanglah sekor kerbau/lembu. Tapi keluarga akk takat tumbang 2 ekor ayam pun dah cukup.
Kali ini ada lain sikit..anak2 bawa makanan masakan mereka sendiri. Suka sangat..semuga anak-anak akk mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka..Amiin..

masakan akk yang anak2 suka makan.
kek keremel oder dari nane.sedap sangat..semua sukakannnya. lain kali boleh oder lagi dari nane..
 rendang ayam..

 sambal / kuah kacang. sambal tumis akk masak juga..sedap makan dengan nasi empet..

Nadiah bawak dua jenis pizza dan pudding.. lupa tanya nama dia apa. dlm dia ada biskut dan pisang..sedap sangat ..




Nora bawa laksa dan ubi rebus dgn sambal tumis ( feberet pak mentua dia..heheh )


Illa pun masak laksa, kuala kangsar..terbaik punya. takde lak dlm gambo sebab selepas sesi bergambo baru dia mari..hihhi

15/04/2011

Sambal halia tumbuk

Menu makanan ini kakyon buat semalam. Nama masakan ( tak pasti nama sebenarnya apa..kakyon saja namakan sambal halia tumbuk ) Tetiba teringat dulu..masa kakyon dalam pantang bersalin..emak kakyon selalu buatkan sambal ini..untuk buang angin dalam badan katanya. Walaupun tak berpantang lagi..sesekali kakyon buat juga..untuk buang angin dalam badan. Camtulah cara orang dulu-dulu memanfaatkan herba di sekeliling mereka untuk mencegah dan merawat penyakit. Alternetif sekarang..minum saja 'eno halia' .


caranya senang saja...
1 bahagian halia muda
1 bahagian ikan bilis putih ( goreng garing )
sedikit garam

Semuanya di tumbuk bersama hingga lumat dan terus di hidang bersama nasi panas-panas. memang terbuka selera..