Kami telah berpindah ke:
http://adamalya.mudin001.com
Jumpa di sana. Datang, jangan tak datang. OK???
Kami telah berpindah ke:
Jumpa di sana. Datang, jangan tak datang. OK???
Hari sabtu lepas Baba ajak ke kenduri kawan baba K Ieka di Alor Gajah,Melaka. Baba pesan suruh bawak baju spare Adam dan ALya..kot2 nak singgah ke Zoo Melaka.
Makan gulai orang alor gajah
Kami berkonvoi dengan sorang lagi kawan Baba, Zainal and family.Sampai2 sana elok2 jer pengantin nak berangkat masuk ke dewan…lepas tu tunggu kejap sampi set2 kompang berhenti mengompang..baru kami start makan..best jugak rendang daging oreng Melaka..
Lepas makan,kami singgah ke surau berdekatan..lepas tu kami dengan Zainal, K Hany (Wife Zainal), Ida (adik Zainal), Nufayl dan Nuha bepakat nak ke Zoo Melaka..alang2 dah sampai pergi je lah lagipun bukannya jauh sangat..Ummi pun apa lagi suka sangat ler buleh jalan2:P
Zoo Melaka, Ayer Keroh
Sampai di zoo seronok la Adam dan ALya melihat segala jenis binatang2 yang Ummi sendiri tak pernah lihat…Baba paling teruja bila tengok seladang..huhhh besar gler..dah pupus binatang ni yer..Alya pulak suka betul tengok burung warna warni tuh..Adam suka tengok TIGER!!!!Ummi pula paling suka tengok gajah buat persembahan..Wahhh terrer betul gajah 3 ekor tuh melukis, main alat muzik..siap berjoget2 lagi…memang seronok glesss…
Lepas habis persembahan, gajah 3 ekor tuh bagi hadiah spesel untuk penonton2..disemburnya air kat kami…kekekeke adoila…nasib baik sempat mengelak….nak kena gajah nih!
Lepas tuh kami ambil kesempatan bergambar ngn gajah..Ummi punyelah takut nak g dekat..gajah tue steady jer buat kaki dia sebagai bangku untuk duduk..masa nak mbik gambar tuh Ummi pura2 duduk..org yang jaga tuh kata duduk betul2 ler…nak duduk macamana takut gless nih..Ummi try duduk aduii tajam2 plak bulu dia nih..last2 sekali Ummi berdiri je tepi gajah tuh…kekekek…bijak2 gajah tuh pun mana tau silap2 bila Ummi duduk dia marah pulak..nyanya…;P
Menjejaki Alien
Lepas berseronok2 tengok hayawan2 kami ke MITC pulak..nak tengok Alien..betul ke wujud alien nih???? Baba kata seluas2 alam semesta tak kan Allah tak cipta makluk lain di tempat lain selain bumi…Ummi pulak sedaplah mereka2 cerita..entah2 alien nih lagi bijak dari kita..dia dah lama tahu pasal kita ..siap boleh tengok kita macam dok tengok tv jer…kekekeke..
Yang ganaznya kami boleh hantar message bergambar kepada alien2 nih..tapi tak tau ler..ntahkan sampai entahkan tidak…hehehehe
Seafood di Umbai Baru
Hari dah petang..perut pun dah lapar..apa lagi..cari tempat makan ler sebelum balik..Zainal suggest makan seafood kat Umbai Baru..dia kata best. Fresh seafood? Ohhh itu Ummi tak boleh tolak..suka betul! Kami pun bergerak la ke Umbai baru..sampai sana memang membuatkan Ummi dah tak sabar2 nak makan nih…gerai2 makan dibina terapung atas gigi pantai..wahhhh suasana memang mengancam! Kami ke gerai paling hujung..gerai Shima..recommended by Zainal.Memang ramai orang kat gerai nih..soheh best nih!
Apa lagi acara memilih benda2 yang nak dimakan pulak…tengok apa yang kami amik tuh..sessi tak ingat dunia dah bermula….
Lambatnya hidangan nak sampai ni..
Apa yang kami order
Berapa nak kena bayar nih
WOW! Terkejut jugak tengok harganya…tapi makan besar punya pasal redha jer lah….sekali sekala belanja perut makan best2 lepas setahun membanting tulang…kikiki..yang penting memang puas hati..lain kali kalau datang Melaka lagi Ummi nak datang sekali lagi ke sini
Motor polis
Lepas makan melayan Adam pulak nak naik motor polis kat dataran depan tempat makan tuh..bukan main seronok lagi Adam main..2 kali Baba bayar untuk Adam..ye lah RM 3 untuk 5 minit..mana cukup…
Perut dah kenyang..mata dah layu..badan dah penat..masa tuh dah pukul 10 rasanya..singgah ke rumah member Baba, Muslim and Kak Yati..bersihkan badan..mandikan Adam dan Alya..baba tidur sekejap..kesian Baba memang tak larat betul..dengan selsemanya..lepas tuh kami bertolak pulang
ZZZZZZZZZZZZZ
Sampai kat RnR seremban Baba memang tak larat betul..Zainal teruskan perjalanan mereka pulang ke Klang, kami berhenti sekejap lelapkan mata..lepas tu terukan perjalanan..pukul 2.30 pagi sampai kat rumah..flat…zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Itulah catatan percutian kami ke Melaka..memang menyeronokkan..thank you Baba sebab bawak kami jalan2! Cayang baba! Yang paling penting Adam dan Alya sungguh berseronok hari itu…
Nota: Gambar upload kemudian..kat opis tak boleh bukak wordpress nih..geram ler! Mintak baba tolong postkan dulu catatan ini
Semalam ada cerita gembira
Cerita gembira 1
Baba belikan Ummi langsir baru..2 3 kali melawat kedai tu..finally setelah ditimbang2 dari segenap segi: budget, jumlah yang disubsidikan Baba, ketinggian dan kelebaran sliding door, warna langsir, yang sudah siap dijahit dan terus boleh dipasang..dapatlah yang di bawah nih..cantik tak? Baba yang pilih langsir ni..Ummi suka! Thank You Baba 😀
Cerita Gembira 2
Buat pertama kalinya Ummi berjaya membuat kek coklat kukus..memang gembira betul..maklumlah Ummi memang tak pernah buat kek..menunggu kek tu dikukus 1 jam sungguhlah lama..tak sabar nak tengok hasilnya..
Bila buka jer…yes! Yes! Menjadi!! Memang excited betul tengok hasil pertama Ummi..tambah2 lagi bila tengok adam dan Alya bersunguh2 makan..Baba pun puji sedap..heheheh..Ummi pun kembang ler hidung..kekekeke
Idea nak buat kek coklat kukus ni timbul masa kami pergi kenduri kahwin sepupu Baba di Kuala Krai hari tuh..Ummi ada makan kek coklat kukus ni tapi dalam bentuk bulat2 kecil..rasanya macam twiggies..memang best..kebetulan adik Ummi, Tah ada resepi tu..Ummi pun ambil..akhirnya semalam lah baru berjaya buat…
Resepinya
1) 1 cawan gula perang (Ummi guna gula biasa jer)
2) 1 ¼ cawan tepung
3) ¾ cawan serbuk koko (Ummi guna van houten )
4) 1 cawan susu segar coklat (Ummi guna dutch lady coklat)
5) ½ cawan susu pekat manis
6) 1 susu teh soda bikarbonat
7) 1 susu the baking powder
8) 1 cawan minyak masak (Ummi guna minyak soya)
9) 3 biji telur
Cara2
1) Ayak tepung+soda bikarbonat+baking powder
2) Pukul telur sampai kembang
3) Campur serbuk koko+susu+gula+minyak =masak atas api kecil sampai sebati
4) Masukkan telur dalam campuran atas tu
5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit –gaul sebati
6) Lengser Loyang dengan minyak-masukkan campuran kek tadi
7) Tutupkan loyangn dengan kertas aluminium
8) Bila air dalam kukusan dah gelegak..boleh letak loyang tadi
Tunggu sejam
Tips yang Ummi dapat dari Internet
1)Susu segar dan telur kena dalam keadaan suhu bilik..maknanya tak boleh dalam keadaan sejuk keluar dari peti ais
2)Kertas aluminium tuh untuk mengelakkan air kukusan menitik masuk dalam kek
Nota: Gambar upload nanti..
2 Muharram 1430 H | 30 Disember 2008 M
Hari ini hari baru kedua dalam kalendar islam dan 1 hari lagi nak masuk tahun baru kalendar masehi..apa azam baru???
Apa nak cerita ni yer..tak de idea lah pulak…letak gambar jer lah..
kemeriahan sambutan krismas di suria KLCC hari jumaat hari tu..di mana hari Ummi bekerja di hari orang lain ramai ambik cuti..bekerja tapi tak banyak kerja..best!!!
Ini pula aksi adam pakai tudung pengasuhnya, Mama Ros..comel lottey cik Alya 😛
Hari ini sebelum ke opis Baba ajak breakfast kedai mamak dulu..order roti bom, teh tarik dan nasik lemak..makan semua..licin..
Sampai opis lengang jer..keje pun tak lah banyak sangat..ingat nak update blog..tapi wordpress plak tak boleh bukak..
Tak pe lah balik rumah karang baru post…
Semalam cuti Mery-mery cristmas
Pagi-pagi lagi Adam dan Alya dah bangun..mandi dan breakfast nasik goreng
Projek Hijau
Lepas tuh Adam dan Alya teman Ummi siram pokok..Ummi ada pokok baru ..pokok favourite Adam..pokok pisang
Abah bawa anak pokok tu dari kelantan ..pisang berangan dan pisang kebatu…Baba dan Abah yang tanam
Adam asik tanya jer bila lah boleh makan pisang tuh..Baba pulak tiap2 hari tengok pokok pisang tuh..
Taman Mainan
Lepas tu Adam ajak Ummi main kat taman mainan depan rumah tuh..suka lah dia ..lama dah tak main..maklumlah balik kerja jer dah nak maghrib..time cuti macam ni lah baru sempat main..Alya pun bukan main seronok lagi membuaskan diri..Ummi pun turut main sama..hehehehe
Giant & Makan2
Petang tu pergi Giant…beli barang2 keperluan..sebelum tuh singgah makan kat Kluang Station..hurmmm memang sedap makanan kat sini..Baba order nasi kari kambing , Ummi order nasi ayam masak merah..dan roti bakar untuk Adam dan Alya..tapi Adam dan Alya suka makan kari kambing Baba tuh..memang best..tak pedas pulak tuh..ayam masak merah dia pun sedap..rasa macam yang mak buat jer..
Si Botak 2
Lepas setel semua sebelum balik singgah kedai gunting rambut…potong rambut Baba dan Adam..baba nih memang pelanggan tetap kat kedai nih..cakap macam biasa jer..tau lah dia macamana pesen yang Baba nak..ala2 mawi gitu..kekeke ..ke mawi yang tiru style Baba…
Nota:Slownya internet kat rumah..lain kali lah upload gambar
Seminggu ini Ummi memang tak masak balik kerja..ye lah time lunch hour makan tak ingat..bila balik rumah masih kenyang..so beli je lah untuk Baba
Hari Isnin hari tu 1st day kerja memang lapar betul.Maklumlah masa kat kampung makan jer kerjanya. Lunch tu kebetulan member pun ‘kelaparan’ juga.So kami order asam laksa sorang satu then order nasi goreng tomyam share..licin..lepas tu pergi makan wafel pulak..balik tu singgah beli goreng ubi..makan lagi..untuk makan malam beli nasi ayam jer sebungkus untuk Baba serta Adam dan Alya.
Selasa pulak Ummi lunch dengan x-housemate;Niza.kebetulan dia datang sini..makan nasi+ayam sweet sour..lepas tu kemaruk nak makan wafel pulak..balik kerja macam biasa singgah beli goreng ubi..lepas tu Baba singgah Giant nak pergi maybank..Ummi belikan nasi goreng Yong Chow untuk Baba serta Adam dan Alya
Kelmarin Ummi ambik MC..lunch tu Ummi masak meggi jer sebungkus..balik kerja Baba ajak makan kat JUSCO Tmn Equine. Ummi order nasi goreng paprik, Baba nasi goreng ayam dan untuk Adam dan Alya nasi ayam..semua tempat asing..food court kat bawah tuh..Alya makan banyak..Adam pulak makan juga sikit lepas dipaksa Ummi..
Tengah malam semalam Alya merengek2 nak susu..lepas tu tersedar bila tengok Alya dah muntah..banyak pula tuh..lepas dah bersihkan semua dia sambung tidur..sesekali bangun nak susu..
Selang beberapa ketika Adam pula bangun..muntah jugak..lepas tu mengadu sakit perut.kesian betul..Ummi sapukan minyak TYT..lepas tu 2,3 kali lagi Adam bangun muntah..sampailah ke pagi still muntah2 dan sakit perut..aduhhh kesian sungguh..ini mesti kes nasi ayam semalam..padanlah adam tak berapa nak makan..Ummi pun tak try dulu..selalunya Ummi memang makan sekali dengan Adam dan Alya dan tukang habiskan makanan diorang..tapi entah macamana Ummi tak try rasa dulu semalam..kesian anak2 Ummi..pagi tu bawa Adam ke klinik
Doktor nak bagi ubat masukkan ikut bawah tu..Ummi kesian pulak kat Adam sebab masa dia demam dulu doctor pernah masukkan ubat meraung2 dia..Ummi minta doctor tukar ubat minum..doktor cakap ubat tu memang pahit takut Adam tak nak..Ummi dengan konfidennya bagitau Adam memang suka makan ubat..ye lah nanti kat rumah pandai2 lah Ummi pujuk Adam makan ubat..doktor setuju..lepas tu tengok nurse datang dengan 2 ml ubat dlm syringe ..nak kena makan terus kat situ..nasib baik ler Adam sporting..dengan terujanya dia nganga mulut..sekali tekan jer semua ubat tuh dah selamat masuk dalam mulut dia..hmmm kagum nurse tu tengok anak Ummi nih berani makan ubat..hehehehheeh
Lepas tu hantar Adam ke sekolah..Ummi pun pergi kerja..
Lepas ni Ummi dah serik nak bagi Adam dan Alya makan nasi ayam kat food Court Jusco Taman Equine..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..
Lamanya tak update blog..maklumlah sibuk bercuti..blog pun turut bercuti sama..seminggu bercuti di kampong..bukan selalu..memang seronok!
Ahad (7/12/08)
Bertolak dari Puncak Jalil. Singgah rumah Mak Su Mah di Gua Musang..rehat2 + makan2..Maghrib sampai rumah Baba
Isnin (8/12/08)
Pagi raya di kampung Baba di Jeli kemudian balik ke kampung Ummi di Kok Lanas.Malamnya `ngattib` arwah di rumah Mok Yoh.
Selasa (9/12/08)
Ke kuala Krai,kenduri kahwin sepupu Baba +akiqah Alya..kemudian singgah ke rumah Mok Nik di Guchil seterusnya ke rumah kawan Ateh bertunang di Labok..sedapnya Adam makan gulai ore Labok..3 kali namboh!
Rabu (10/12/08)
Ke rumah kawan lama Ummi, Atiey di Tumpat..lamo doh tok juppe Atiey..tapi rupo tok berubah…menten muda sokmo..hehehe..tok ingat nak ambik gambar ngn Atiey..Lepas tu singgah KB Mall..Cari baju selai..nok g makan gulai esok 😛
Khamis (11/12/08)
Betolak balik ke Jeli..hantar natu sepupu Baba ..makan gulai ore Dabong..Alya pulok bersungguh makan..tok kabar ingat dah….
Jumaat(12/12/08)
Betolak balik ke Puncak Jalil….
Itulah sedikit catatan ringkas seminggu bercuti di kampong..gambar nanti Ummi upload kemudian..charger battery camera tetinggal kat kampong..tunggu Ayah Min wat mari..
Balik kerja semalam, Ummi ajak Baba singgah kat tempat yang dah lama nak pergi..selalu bila lalu jer mata Ummi mesti melirik ke tempat tu..teringin sangat nak singgah..
Sampai2 jer Ummi memang teruja betul..hajatnya nak beli tanah jer tapi banyak sangat benda yang menarik..pokok2 bunga Ummi tak de lah berminat sangat..tapi Ummi sungguh tertarik hati pada pokok2 seperti kari, limau purut, limau kasturi, pokok jambu..bestnya..rasa nak beli semua! Last2 Ummi beli pokok limau kasturi, tanah baik, pasir, baja dan benih sayur kailan. Kailan ni sayur favourite Baba-kailan ikan masin.
Ummi dah sedia nak memulakan operasi…
Sampai rumah, Ummi minta Baba jagakan Adam dan Alya..Ummi menyambung semula projek Ummi di belakang..finally..selamat juga pokok limau kasturi mendiami pasu kosong tu…sukanya!!!!!
Ini pula hasil projek pertama kami..Ummi pun tak pasti kenapa hasil yang keluar tidak seperti yang dijangkakan. Selalunya dulu-dulu kalau Ummi tanam kacang hijau yang keluarnya adalah taugeh..tapi yang ini Ummi hairan..tak keluar taugeh..keluar batang hijau2 terus keluar daun..adakah sebab Ummi guna tanah gambut bukan pasir atau sebab Ummi siram guna air basuhan beras atau sebab jenis kacang tu..atau sebab Adam dan Alya yang tanam…hmmm musykil ;P
Ku sangka taugeh yang tumbuh tapi sejambak daun yang keluar…adehh la..
Kisah Adam dan Alya tanam pokok di sini : Projek Hijau
Hari ini Ummi nak post 2 resepi untuk tatapan kawan2 semua..sesuai untuk dimakan orang dewasa mahu pun budak kecil.
Labu+udang**Adam baru bangun tido terus makan..udang tu favourite Adam
Labu Masak Lemak campur udang
1)Labu potong kecil
2)Santan –Ummi beli yang dah siap diperah tu 1 plastik
3)2 ulas bawang putih dan ¼ bawang besar
4)kunyit
5)buah keras
6)Gula dan garam
Cara-cara
1)Tumbuk bawang putih+bawang besar+kunyit
2)Bubuh dalam santan +air +garam
3)Agak2 dah nak mendidih masukkan buah keras yang dah ditumbuk + labu
4) Bila labu dah agak2 nak masak, masukkan udang dan sedikit gula
5) Bila udang dah masak..siap….
Cerita pasal lauk ini di sini: Hujung Minggu
Ayam Masak Kurma
1)3-4 ketul ayam
2)kentang 2 biji (potong kecil2)
3)Tomato sebelah (potong kiub)
4)Rempah kurma (cairkan dalam air panas)
5)Santan
6)Bunga lawang, kulit kayu manis
7)Serai (diketuk)
8)bawang putih(hiris nipis) , bawang besar (tumbuk)
9)buah keras (tumbuk)
10)carrot (1/4 batang)
Cara-cara
1)Tumis bunga lawang+kulit kayu manis+bawang putih+serai
2)Masukkan kentang
3)Bila kentang dah kuning2 sikit,masukkan rempah kurma
3)Agak2 rempah kurma dah garing, masukkan santan+air
4)Masukkan bawang besar (tumbuk) dan buah keras (tumbuk)
5)Masukkan ayam +carrot+tomato
6) Tunggu ayam masak..siap…
Cerita pasal lauk ini di sini: Sepupu Datang
Teristimewa buat dua cahaya mata Ummi dan Baba…Anakku,
Bila Ummi boleh memilih
Apakah Ummi berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka Ummi akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu Ummi merasakan keajaiban dan kebesaran AllahSembilan bulan nak, engkau hidup di perut Ummi
Engkau ikut kemanapun Ummi pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung Ummi berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim Ummi ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mataAnakku,
Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi harus operasi caesar,
atau Ummi harus berjuang melahirkanmu
Maka Ummi memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat Ummi rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa Ummi ceritakan kepada siapa punDan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan Baba mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmuAnakku,
Bila Ummi boleh memilih apakah Ummi berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka Ummi memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu Ummi telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada Ummi dalam kantuk Ummi,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakanAnakku,
Bila Ummi boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka Ummi memilih bermain puzzle denganmuTetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan Ummi , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan Ummi….Maafkan Ummi
Percayalah nak, Ummi sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka Ummi
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa UmmiPuisi Asal: Hati Ratih Sanggarwati