Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Saturday, October 18, 2025

:::Ambil Kak Anis di Maktab:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Habis kursus di Alor Setar
Terus gerak ke Pendang
Ambil Kakak Anis dah mula cuti sempena Cuti Deepawali 
Dapat notis tamat cuti sekolah nanti
Maktab akan sambung PDPR pula
Untuk putuskan rangkaian influenza 


Moga anak-anak sihat selalu
Semalam pun eqin meeting dengan Pengurusan Muafakat untuk dapatkan info suntikan vaksin Influenza kepada pelajar di Maktab Pendang.

Harga pasaran RM150-RM200 
Untuk hire klinik swasta perlu persetujuan 250 orang pelajar yang setuju untuk ambil vaksin
Then, klinik boleh datang maktab untuk beri suntikan dengan harga RM40.00/seorang

Masih dalam perbincangan sebab bukan semua parent setuju untuk beri suntikan pada anak².

Sekian.


Monday, September 29, 2025

:::Zumba 29.9.25:::

 Assalamualaikum 

Da Jia Hao ❤️ 

Kisah tak sempat Monday Blues bersambung tau
Balik kerja tadi
Sempat balik rumah sekejap solat asar dan tukar trek suit
5.45pm terus attend Zumba class

Coach Kak Pah 
Class on Sun,Mon,Tue & Friday
RM5/1hours
Murah sangat kan
Rasa rugi tak join

Act dah lama tau Coach memang buat class Zumba
Tapi keinsafan dan kesedaran untuk join tu tak datang
Sekarang baru sedar apa yang kita nak Kita kena kejar
Kita nak sihat, Cuba la paksa diri untuk berada di zon sihat


Jadilah kan
 kelas 1jam 22m dapat burn kalori 447.
Tenang-tenang aja nak sihat ni
Janji buat
Dah mula jatuh cinta dengan Zumba selain Brisk Walk.
Tak buat rasa tak kena..
Harap terus istiqamahπŸ’—

Saturday, November 18, 2023

:::Solusi Baby Batuk:::

 Assalamualaikum

Da Jia Hao πŸ’—

Sekarang Aisy kurang sihat dan ianya bermula dari SINI 

Kesian baby masih batuk berkahak maka cikpuaneqin cuba ikhtiar cara lain pula.

Suggest by - rakan office
Katanya anak dia lega lepas guna 
Minyak Herbal Asmak.
Batuk yang berminggu akan hilang
Muntah pun akan keluar kahak.

Makanya kita try beli di tiktok shop.
Harap sesuai untuk baby.


Bukan nak promote pun, sebab cikpuaneqin tak jual pun..Ni pun beli je kat Tt shop.

Ada rakan Blogger pernah guna tak..
Function teruks ke?? Any suggestions πŸ˜”

Love as always πŸ’