Showing posts with label beg. Show all posts
Showing posts with label beg. Show all posts

23 September 2014

Beg Jeans For Sales

Jomlah cuci cuci mana tengok beg jeans yang aku buat. Mana tahu ada yang berkenan boleh email edyeda@gmail.com. Hari ni mood nak mengarang agak malas walhal banyak nak cerita...

Beg beg ni ada yang aku buat sebelum tak larat dan orang reqeust. Lepas dah siap aku wassap pm senyap.. Aku ni jenis yang tanya sekali je. Kalau lepas tu korang senyap, bagi aku korang dah tak berminat. Dengan laki je aku tanya puluh puluh kali sampai laki pun kengkadang bosan.. hehehe...


Sling Beg
Measurement : 7" width X 6" height X 2" tapak
SOLD

Sling beg bebudak
Measurement : 6.6" width X  7" height 
AVAILABLE
Price : RM 19.00



Simple Sling Beg
 Measurement : 8" width X 8" height 
*tak leh adjust tau talinya
AVAILABLE
Price : RM 25.00

 Sling Beg Bebudak
Measurement : 6.6" width X 7" height 
AVAILABLE
Price : RM 19.00


Tote Bag
 Measurement : 12.5" width X 12" height 
*finishing snap button. 
*Beza depan belakang. Depan ada butang 4 ketul tu...
AVAILABLE
Price : RM 28.00

Harga semua belum masuk postage ye...
More beg available boleh tengok kat MY LITTLE SHOP
Happy Shopping (^_^)

18 September 2013

#For Sales : Manik Tote Bag

Cerita beg lagi. Kerna selagi nyawa dikandung badan, menjahit pasti diteruskan. Im lov it! gitu.. walaupun sekarang sibuk dengan business bundle my hubb. Penat wei setiap hari kena sort baju, kasut. Memalam kena angkat sampah buang kat tong sampah. Berat macam angkat mayat. Dah gaya pembunuh angkat mayat dalam guni..

Aku rasa nak tarik balik je statement siapa order beg sekarang tak yah tunggu lelama. Hahaha.. Macam lama jugak je uolls kena tunggu. Korang ni betul tau... aku tau la kalau order beg dengan aku berkurun baru dapat keennn :). Banyak pulak order yang masuk pas aku tulis statement gitu..Tak pe selagi ada kudrat, selagi terdaya akan aku segerakan.

Sebelum tu sapa yang tak larat nak tunggu ni ada satu tote beg ready stock yang aku dah buat sebelum order melebat. Lebat la sangat.... Beg ni nak kata jeans pun bukan tapi guna seluar ala2 jeans slack la...


 
Measurement : 12" height X 13" width X 4.5"
 
Dalam ada dua compartment. Novel sekadar hiasan :p
Berminat email tau edyeda@gmail.com.  
Sms/ call call tak berapa nak layan. Motif nak bagitau kredit tak banyak. hehe...


03 June 2013

Random story

Aku macam biasa kalau hari cuti sabtu ahad memang masuk bilik belakang dan menjahit. Minggu ni mood menjahit kelaut. Satu family tak sihat. Cuaca sekarang tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Habis aku, hakeem dan mr. edy sakit kepala, demam dan selsema. Cuma sofea je antibodi kuat. Elok je dia...

Ni kejadian hari ahad. Dalam pada malas-malas nak jahit, aku jahit jugak seluar aerobik kakak aku. Jahit getah pinggang. Dah lama seluar ni terperuk kat dalam bilik jahit aku tu. 

Ko boleh imagine. Aku tak tahulah manusia jenis apa kakak aku ni. Imaginasi tinggi betul. Disuruhnya aku cantum bahagian getah seluar merah dengan seluar hitam biru dia tu. 

Seluar hitam biru tu pinggang dia jenis tak bergetah. Korang biasa tengok kan pesen seluar gini tak ada getah. Beli mahal tapi lelama pakai melurut ke bawah. Tu yang kakak aku suh buat gitu. 

 Bahagian dalam seluar lepas cantum. Buruk benar lepas cantum tapi tak pe orang tak nampak pun. Kalau hantar kedai mahu ke diorang nak terima tempahan cam gini. Haissh rasanya tak ler aku...

Pastu aku siapkan pulak sling bag. Body dia dah lama siap tapi aku tak bubuh-bubuh lagi tali. Sebab bilik jahit dah rupa sarang tikus tu yang aku siapkan mana yang senang-senang dulu. Minggu ni memang orang order aku tak sentuh langsung. Tak larat sesangat...

Beg ni sesuai untuk bebudak sebab tali pendek. Kalau aku pakai takat pinggang je panjangnya. Tapi beg ni best, banyak poket depan belakang. Boleh letak tab kalau ada tab ler. Aku tak ada. Finishing aku guna tape velcro tu je..

Korang tengok jelah senang citer....

 Macam biasa model tak berbayar aku sofea. Abaikanlah hakeem tu, aku suh pakai seluar tak memahu.






 Amacam cantik tak? Ke ada yang dah berkenan. Beg ni non empunya lagi..

Masa aku tengah jahit beg dan seluar, kat luar rumah aku tengah ada orang operasi pembersihan kawasan sekeliling rumah. Tengah mesin rumput dan potong pokok petai. Kitaorang tension dengan kawasan belakang rumah arwah mak aku tu. Banyak sangat pokok petai.

Korang jangan ingat pokok petai yang boleh buat sambal petai dan udang tu. Kalau pokok tu tak adalah aku nak rungsing. Boleh jual kat pasar. Dapat duit lagi. Tapi ni pokok petai yang jenis buah petai kecik dan kering tu. Apa namanya ntah.


Banyak giler pokok petai. Nak harap kudrat manusia memang tak larat nak tebang. Tebang tumbuh tebang tumbuh. Ada tak sesiapa tahu cara nak nyahkan terus pokok petai ni selain dari kena guna jentolak korek terus akar. Berapa pulak harga nak sewa jentolak tu.

Buaian tu jiran sebelah rumah aku siap gantung diantara satu pokok petai dengan pokok yang lain. Ini dah kira menceroboh tanah orang. Boleh saman ni....


27 May 2013

Beg yang berjaya dibuat hujung minggu

Aku sampai tak tahu nak bubuh tajuk apa bila time nak publish gambar beg ni tau.. Ceritanya sama cerita pasal beg jeansla apa lagi kan. Dah la design pun yang itu itu jugak...

 Beg 1

 Beg 2

 Beg 3

Semua ni order dari Unit Admin my opis. Next nak siapkan tempahan dari Unit Kewangan pulak sebelum nak concentrate buat beg sorang customer yang dah pos dia punya  jeans sendiri.

Kalau korang tengok pesen beg yang aku buat semua sama je dari dulu. Tak berubah langsung, dok design yang itu jer. Tak ada kemajuan langsung ye dak. Cuma ada tambahan letak nama guna kain felt. At least ada la pembaharuan kan...

Sampai mr. edy dah naik muak tengok design beg aku cam gini. Katanya ubah-ubahlah ma buat yang berlekuk ke berkelok ke kat atas bawah tu.

Mr edy hang ingat bini hang pandai jahit bebenor ker? Koho koho (slow slow) jahit je ni.. *apsal nak tulis bahasa kelantan tetiba nih... :p

24 January 2013

Jeans Sling Bag

*Penata cahayaan kurang baik.  (",)

Hari ni nak show off  salah satu beg yang diorder oleh my friend. Beg ni talinya tak boleh adjust sebab kaki seluar jeans panjang mana je kan. 

Kalau nak buat yang boleh adjust kena pakai tali beg ready made tuh. So costy sikit..... 

Ada yang minat tak?

17 October 2012

Order Customer : Beg letak h/p & purse

Tak habis-habis cerita pasal order memanjang. 
Dah malas nak karang ayat jadi kita tengok gambar jelah.

Beg ni my friend request. 
Katanya untuk senang nak bawa h/p & purse time merewang ke Alamanda. 
Amboi....

Bahagian depan beg. Buat simple jer sebab nak kasi impak elegant. hehehe..



Bahagian belakang. Jalur-jalur tu poket.




Sekali customer tak mau yang elegent. Nak yang colourful.
Selepas di outer... Cantik tak??

06 October 2012

Order Customer : Beg Piknik

Hari ni nak tunjuk kat gambar BEG untuk buat pergi PIKNIK yang customer order. 
My customer act. mintak buatkan beg untuk letak bekal makanan nak bawak pergi opis.
Nak letak nama BEG BEKAL MAKANAN buruk benar bunyinya.
Jadi aku bubuh nama BEG PIKNIK sedap sikit kan.......... 


.
Material Luar : Jeans brand GAP

Beg selawa ini (lawa ker?) berani ke korang nak bawak bekal nasi dengan lauk sambal udang petai, sayur lemak. 
Kalau tumpah mahu menangis wooo...

Letak bread and jem oklah. Kalau nak buat pegi photoshoot sambil berkelah sesuai bebenar rasanya.

Material Dalam : English cotton.
Tepi beg aku letak getah supaya tak kembang.

Kalau sesiapa yang berminat nak tempah bolelah 
email : edyeda@gmail.com.
Thanks...

19 September 2012

Order Second Customer : BEG TELEKUNG

Alhamdulillah, ada rezeki tuk aku. Walau pun baru bertatih belajar jahit, ada jugak yang menaruh kepercayaan nak suruh aku buat beg.

Kat luar sana berlambak dah orang jual beg-beg macam gini. Murah-murah pulak tu. Sepuluh hinggit dah boleh dapat. Tapi maybe sebab aku guna kain jeans, levis lagi tu... Itu yang unik dan lain dari yang lain. That why orang nak tempah. Kot la yea ( >_< ). Perasan....

Cuba korang survey harga beg jeans kat KLCC tu. Ratus-ratus tau....



 Full view. Kawan kakak aku suruh buat beg nak isi telekung.


Close up. Aku letak tiga butang, reben dan yang paling aku suka tag levis tu. Memang material daripada jeans levis.

Kellass kawan kakak aku nak simpan telekung. Beg telekung kenalah cantik kan. Takkanlah beg jalan jer nak lawa...




Bahagian dalam beg. Poket tu aku tampal poket belakang seluar je. Malas nak buat poket. Beg telekung tak ada poket pun tak apa.

Zip beg tu first time aku belajar buat. Berdoa sebenarnya kawan kakak aku tu tak nak beg ada zip. Nervous nak jahit. Tak berapa pandai.

Next time nak jahit zip pattern lain pulak. Sebab pattern ni memberi impak susah nak masukkan barang dalam beg. Slowly slowly la belajar. 

Macam mana, ok tak? Any comment please.... Harap-harap kawan kakak aku tu sukalah.