Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

24 May 2016

Pencapaian dan Cashout Kali ke-5

Seperti yang sedia maklum, aku start blog bulan 4/2010. Sepanjang tempoh enam tahun tulis blog berjaya cash out dengan nuffnang sebanyak lima kali. Sikit jer... Tak membanggakan sangat pun. 
First time cash out adalan Jun 2012. Tengok amaun di bulatkan itu. Tepat je RM 50.77 terus aku cash out. Tolak RM1 duit pemprosesan dapatlah rm49.77. Hihi tak cukup lima puluh pun. Excited sangat time tu nak merasa duit hasil blog dan nak tengok macam mana nuffnang bayar. 

Lama tunggu ko nak dapat 49.77 tu.. Aku start dapat CPUV dulu BE bulan Nov 2011. Setelah setahun tujuh bulan berblog! Orang lain dua tiga bulan dah dapat. Nak harap CPC campaign berjanggutlah kan. Tak pe. Lambat pun atleast ada... Rezeki orang tak sama. 

Lepas tu korang tengok tahun bila pulak aku cash out. 2014 hokey.. Dekat dua tahun pas tu. Kali ni aku simpan lama sikit bagi banyak. Masa ni ada dapat advertorial job dari nuffnang. Pastu dapat pergi event seketul dan terkini pay per post. Alhamdulillah dapatlah tiga angka.

Last week untuk julung-julung kalinya terima cek yang kelima pulak. Tak banyak pun. Masih tiga angka. Hopefully one day boleh empat angka pulak.  Berangan dulu tak salah. Dari angan-angan tak mustahil jadi kenyataan. (~.^)

14 October 2015

Cek keempat nuffnang

Assalamualaikum
Salam maal hijrah buat semua pembaca blog aziazidah...
Semoga tahun baru ni membawa lebih sinar buat kita semua.
Semoga hari ni dan hari-hari mendatang membawa lebih banyak kebaikan dalam diri kita berbanding hari semalam.
Semoga kita menjadi insan yang berjaya di muka bumi dan di akhirat kelak. Insyaallah

Pembakar semangat untuk terus berblog.

Aku start berblog bulan empat tahun 2010. Kakak aku yang bagitau pasal blog memblog ni. Dia pun tahu sebab masa tu redmummy masuk harian metro. Aku buat blog sebab terpengaruh dengan cerita redmummylah. Gigih aku create blog sampai tidur-tidur lewat. Kebetulan time tu laki keje kat kelantan. Elok benar...

Buat blog hari ni, hari tu jugak daftar nuffnang. Tiap hari bukak akaun nuffnang. Check uv, cpc & be. Dah blog baru mana nak ada pengunjung. Dah tak war warkan kan. Sampai satu masa aku pun dah malas nak fikir pasal duit, pasal nuffnang ke apa. Dah tulis belog tu rasa satu tanggungjawab. Setiap hari menaip dah alah bisa tegal biasa kata orang. Ntah bila sedar sedar dah ada dua tiga be sekitar penghujung 2011. Ada yang dah jadi meter earning pun. Lama kan baru nak dapat. Setahun lebih. Orang lain dua tiga bulan dah dapat pikat nuffnang.

Alhamdulillah bersyukur apa adanya. Sampai sekarang be@cpuc masih menyinggah walaupun earning tak banyak mana. Blog picisan jer. Itu sebab dah lima tahun lebih berblog baru lah empat kali cashout. Itu pun tak sampai empat angka. Doakan semoga tahun baru ni kita semua akan lebih dimurahkan rezeki. Amin.

10 June 2014

Cek nuffnang ke-2


Alhamdulillah setelah empat tahun berblog ini kali kedua terima cek dari nuffnang. Lambat giler kan jika dibandingkan dengan blogger blogger yang lain. Tak apalah apa nak dikata. Blogger suam-suam kuku. Bersyukur pada apa adanya. Daripada tak ada langsung... Sekarang aku tengah sibuk bersurvey pulak. Nanti aku cerita kemudian..

Aku cashout hari tu 30/4, minggu lepas baru dapat. Belum masuk dalam bank lagi ni. Tak sabar nak beli apa yang di idamkan. Betullah uolls kalau nak cashout duit dalam akaun nuffnang kena hujung-hujung bulan. Sebulan lepas tu dah boleh dapat...

15 April 2013

Event Nuffnang : Dumex Dugro 5 - POWER Nutri Media Launch

Seperti yang di beritahu di entry sebelum ini aku telah di invite oleh pihak nuffnang untuk menghadiri Dugro 5-POWER Nutri Media Launch. Ini adalah event pertama anjuran nuffnang yang aku hadiri. Thanks nuffnang sebab sudi invite. Event ni berlangsung Rabu lepas (10 April) di AEON BIG, Mid Valley Megamall.

Sebelum tu nak tanya korang tahu tak Danone Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd baru mengeluarkan susu Dugro 5 Power Nutri.  

Apa itu 5 Power Nutri?

- Penghadaman
- Minda 
- Imuniti
- Tulang
- Kecergasan


Dumex Dugro 5 Power Nutri di datangkan dalam perisa Asli yang diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan. Manakala perisa Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Perisa Coklat Strawberi pula telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E. 

Aku terbekenan dengan Dumex Dugro 5 Power Nutri ni sebab ada perisa madu kurma. Korang pun tahu kan betapa banyaknya khasiat yang ada pada buah kurma. Tu yang ingat nak bagi sofea hakeem cuba susu ni. Harga pun reasonable. Below thirty.

Hari tu aku pergi berdua je dengan sofea. Mr. edy tak dapat nak teman sebab tak sihat. Hakeem aku tinggalkan kat rumah dengan mr. edy. Payah nanti nak handle diorang berdua.

Event sepatutnya start pukul dua petang. Dalam pukul 12 tengahari aku dah keluar rumah. Kemain awal. Takut kalau lewat-lewat tak jumpa cari Mid Valley macam mana. Nak parking pun satu hal tu. Tu yang belum pukul satu dah sampai. 

Dua hari sebelum pergi event tu pulak puas dah aku menggoogle mengkhatam jalan nak masuk parking Mid Valley. Tahu-tahu je lah Mid Valley tu mak bapak besar. Salah parking matilah nak cari jalan keluar.


Di luar pintu masuk event. Kul 1.30 aku dah tercongok depan pintu masuk AEON BIG. Time ni  cuma ada staff yang tengah sibuk buat persiapan terakhir untuk event petang tu.


Setiap yang hadir di wajibkan mendaftar terlebih dahulu dan diberi tag. Suprisingly media tag with thumbdrive.  I loike....



Ada photobooth  by  MySnappy (FB : www.facebook.com/MySnappy). Yeszaa apa-apa pun kita bergambar dulu. Homeyynya  aku sofea macam puteri raja.


Mc hari tu Yasmin Hani. Hoyeayy dapat tengok yasmin hani depan depan. Cantik sangat orangnya. Putih gebu...

Orang kuat Danone Dumex (Malaysia).

Dari kiri Marketing Director Mr Ang Chong Lee
Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd’s Managing Director, Ms Toni Brendish (Tengah)
Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro) (Kanan)


Acara di mulakan dengan ucapan dari Managing Director Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Ms Toni Brendish. Di ikuti dengan ucapan dari Mr Korula Chandy, Senior Marketing Manager (Dumex Dugro), pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri serta sesi soal jawab mengenai produk Dumex Dugro 5 Power Nutri. 

Kalau nak tahu juga sebelum event bermula si Ms Toni Brendish asyik tengok-tengok je sofea. Sofea ni kan aktif semacam. Berlari sana berlari sini. Tanya itu tanya ini. Tu yang menjadi tumpuan Toni Brendish. Ke Toni Brendish berkenan nak jadikan sofea model Dumex. Hahah... 


The pelayan..

Selepas selesai upacara pelancaran Dumex Dugro 5 - POWER Nutri kami di hidangkan dengan minuman dan makanan yang enak lagi sedap. Aku suka bab makan-makan ni. Tapi sebab first time pi event nuffnang selera nak makan tu kurang pulak. Nervous lebih kot. hi3..

Diorang ada hidang strawberry coklat tau. Ni mesti bersempena dengan perisa susu dumex dugro 5 Nutri tu kan. Aku tak dapat nak menangkap gambar makanan sebab time tu sofea dah mula buat perangai. Masa launching Dumex Dugro 5 - POWER Nutri tu ada sedikit letupan yang buat dak sofea takut. Kalau sofea dah menangis memang habis bab la. Satu keje pun tak leh nak buat. 

Event berakhir sekitar jam empat petang. Sebelum pulang aku sempat berkenal-kenalan dengan blogger-blogger yang hadir. 

Bersama blogger Ciklaili.com.

Sempat jugak kenal dengan blogger lieyalatif. Gambar dengan lieya ada dalam kamera lieya. Lupa lak aku nak snap untuk kenangan aku sendiri.

Ternampak juga blogger lelaki myvitrd.com dan shakiddo.com. Tapi tak tegur. I kan pemalu. Auwww...

Sofea bersama anak-anak lieyalatif. 
Bakal-bakal model susu dumex dugro next year. :-)
Insyaallah mana tahu masin mulut.

Posing lagi sebelum balik.

Next time kalau nuffnang ada nak anjurkan apa-apa event lagi jangan lupa jemput i ye.. :-)

14 March 2013

Huggies Dry Pant di hatiku

48hours sponsored posts


Buat pengetahuan semua, kurang dari dua bulan lagi aku akan mula masuk kerja. Tapi ada satu hal yang sangat merungsingkan aku selama ini. 


Kalau dah kerja nanti pasti sibuk. Kalau nak tahu setiap hari aku kena travel ke tempat kerja seawal jam 6.30 pagi. Balik pulak kengkadang tak tentu masa. Lebih-lebih lagi time hujung tahun. Kena closing akaun. Confirm kena stay back sampai malam. Belum lagi kena kerja hari sabtu, ahad dan cuti umum. 


Terfikir jugak siapalah nak jaga anak aku nanti. Nursery mana bukak memalam buta. Nak suruh mak mertua jaga jauh. Nak harapkan mr. edy, selalu je outstation. Satu-satunya insan yang aku rasa boleh diharapkan ialah kakak aku yang single mingle tu. Dia memang calon yang paling sesuai. Tapi agaknya pandai ke dia nak tukar pampers hakeem nanti. Boleh ke nak handle hakeem yang tengah aktif melasak sekarang ni.


Tapi sejak aku mengenali lampin seluar HUGGIES DRY PANT, aku tahu masalah aku boleh diselesaikan. Ciri-ciri yang ada pada huggies dry pants menjadikan huggies dry pants adalah pilihan yang tepat bagi ibu-ibu yang mempunyai baby yang sedang membesar dan aktif. Didatangkan dengan empat size - M, L, XL & XXL sesuai untuk baby seberat 5 kg hingga 14kg. Pendek kata huggies dry pants bukan untuk baby yang dah boleh berjalan macam hakeem tapi juga untuk baby yang baru nak mula meniarap dan mengguling-gulingkan badan.


Yang paling best pasal huggies dry pant ni nak tahu sebab apa? Haaa.... Hanya perlukan kurang dari 30 saat untuk menukar huggies dry pants. Wowww... so fast...


Untuk menukar huggies dry pant hanya dengan tiga langkah diperlukan.
 Koyak, Salin & Lepas. 


Pertama Koyak pada bahagian jahitan tepi lampin huggies dry pants. Tak kisahlah nak koyak belah kanan atau kiri. Janji koyak bila nak tukar huggies dry pants. Bukan boleh pakai balik pun lampin tu.


Kedua Salin. Tak payah nak kena baringkan baby, dengan berdiri sahaja. Tak payah jugak nak kena lekat-lekat. Just sarungkan huggies dry pant ke kaki kiri dan kanan anak anda macam kita pakai seluar. 


Ketiga Lepas. Apa lagi dah siap bolehlah lepaskan anak anda meneroka setiap inci rumah. Easy right? Sangat menjimatkan masa dan tenaga.

Tak kanlah benda senang macam ni pun my sister tak boleh buat. Budak-budak sekolah pun boleh. Incase kalau aku kena bawak hakeem pergi opis atau travel rasanya pun tak de masalah time nak tukar lampin nanti. Tak payah nak cari baby room.


Satu lagi ciri menarik yang aku suka pada huggies dry pants ialah peregang di bahagian tepi. Peregang huggies dry pant sangat lembut dan juga elastik. Tidak terlalu ketat atau longgar. Ini memberi keselesaan pada baby ketika memakainya. Selain bertujuan membantu menghalang kesan merah semasa baby sedang bergerak ia juga bertindak sebagai sistem pengunci yang mengawal kebocoranDan satu lagi, jenama huggies telah terbukti secara klinikal sebagai lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang dapat membantu menghalang ruam lampin tau!!. 


Look at my son. So comfy... tiada masalah ruam lampin mahu pun kebocoran.

Jadi buat apa nak susah-susah fikir nak pakaikan pampers apa untuk anak anda kalau dah ada pampers yang di cipta untuk menyenangkan tugas seharian kita. Ibu-ibu bekerja seperti aku atau surirumah yang sentiasa padat dengan jadual harian tapi masih mementingkan keselesaan bayi anda, marilah ber TUKAR KEPADA YANG LEBIH SENANG - CHANGE FOR BETTER CONVENIENCE. 

Nom i'm really-really falling in love  dengan Huggies Dry Pants. Tak akan bertukar kepada yang lain dah. Terima kasih huggies kerana membantu menyelesaikan masalah yang aku hadapi. 

Anda ingin rasai sendiri pengalaman bagaimana huggies dry pants dapat membantu memudahkan kehidupan anda seharian? Dapatkan  sample huggies dry pant secara percuma di http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx.  

Maklumat lanjut mengenai Huggies, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia

25 January 2013

Cara berkesan mendapatkan BE/CPUV

Aku memang tak layak nak bagi tips macammana nak dapatkan BE/CPUV. Berblog dah dekat tiga tahun tapi cashout baru sekali. Dapat first BE pun lepas lebih setahun berblog. huhuhu....

Banyak dah blog yang buat entry macam mana nak dapatkan BE/CPUV. Ada yang kata kena selalu update blog. At least one entry perday. Pastu kena update survey dalam akaun nuffnang selalu. Paling tidak sebulan sekali. Kalau rajin updatelah seminggu sekali.

Pasal update survey ni aku tak pasti betul ke tak sebab masa tak pernah dapat BE dulu aku selalu update dengan harapan  BE akan menjelma. Tapi tunggu punya tunggu tak ada ada pun. Last-last aku malas dah nak update. Tapi time dah malas nak bukak akaun nuffnang time tu lah BE pertama aku menjelma. Sedar-sedar dah jadi ME baru perasan.

Sejak pertengahan tahun lepas kalau uolls nak tahu BE/CPUV yang nuffnang bagi kat aku tak pernah putus. Lepas satu satu bersambung.  Paling-paling busuk mesti ada satu CPUV yang on going. Tak putus-putus pun kalau uolls nak tahu amaunnya ciput je. Setakat boleh beli burger dua tiga bijik.. hehe...

Dan dua hari lepas aku check semua BE/CPUV dah credited. Terus aku apply tips update survey dalam akaun nuffnang. Hari Rabu tu aku update, hari kamis semalam aku check dah ada satu CPUV. Mungkin betul lah dengan update survey merupakan salah satu cara mendapatkan BE/CPUV. Atau mungkin juga kebetulan...



First BE untuk tahun 2013. 

*Sekadar mencoretkan pencapaian blog. Uolls mesti dah yang ke lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh.....

24 August 2012

Dapat 5 BE/CPUV sekaligus

Hari ni saja nak update pasal BE. Nak story pasal beraya rasa malas sesangat. Dan entri ni dikira pembakar semangat untuk terus berblog. :-)

Alhamdulillah dah dua hari tak bukak blog dan berhari-hari tak update blog, tup tup hari ni bukak akaun nuffnang tengok ada 5 BE @CPUV kat blog ni tengah on going. 


Amaunnya terpaksalah dihitamkan yea. Malu nak tunjuk sebab adalah dalam seposen dua. Kih kih kih...

Sebelum raya memang blog ni dah ada 2 BE yang sedang running and now still running lagi. 

Jadi sekarang blog ni ada 7 BE yang sedang menari-nari disini (",). Keseluruhan BE tahun 2012 dah lebih dari 15 BE. 

Tahun 2012 blog ni lebih murah rezeki nampaknya.... Amin.

07 April 2012

First BE Tahun 2012

Dalam pada orang lain sibuk BE yang ke-belas belas untuk tahun 2012 akhirnya adalah jugak rezeki aku dapat BE yang pertama tahun 2012. :P

Alhamdulillah.

27 November 2011

Just sharing - Pendapatan Terumpuk@Buffer Earning

Just nak sharing inilah first time aku dapat Pendapatan Terumpuk @ Buffer Earning daripada Nuffnang.

Aku start buat blog masa redmummy kuar paper sekitar April 2010. My sis la duk sibuk-sibuk cerita pasal blog dan terhasillah blog ni. Aku pasti time tu kan mesti ramai yang daftar ngan blogspot.

Tipulah kata sape yang buat blog pastu letak iklan bagai niatnya cuma nak jaja cerita bukan sebab duit. Mesti punya ada salah satu sebab money. Aku pun. Sibuklah that time search sana sini camna nak letak iklan seterusnya nak dapat BE. Untung sape yang buat tutorial pasal nuffnang. Guna SEO depa nih. hihihi.

Tapi sebulan, dua bulan, tiga bulan sampai setahun aku tunggu hapah pun tak ada. Blogwalking tiap hari sampai mata berpinar-pinar. Bila dah tak berhasil aku tukar lak letak iklan advertlets. Dengan advertlets tiap-tiap hari duit masuk tapi kalau traffic ciput duitnya pun ciput ler. 0.01 sen, 0.005 sen.

Sampai aku give up tukar balik ke Nuffnang. Bukan pasal duit dah tapi kali ni aku typing sebab minat. Kalau ada dengan Nuffnang, adalah. Better concentrate ngan busines lebih bagus. Mr. edy pun kata buat blog ni merugikan.

Tapi tanpa sedar rupanya dah sebulan ada BE kat blog ni dan dah bertukar jadi Pendapatan Meter @ Meter Earning pun. Ini ada lagi sikit BE yang tinggal.

tepeklah gambar sikit, nanti orang tak percaya pulak.

Jujur aku tak sangka BE boleh muncul sebab traffik nak capai 100 sehari pun payah.