Showing posts with label question. Show all posts
Showing posts with label question. Show all posts

01 June 2012

Ada sesiapa pernah pos barang ke luar negara?

U all tahu kan sekarang ni aku tengah sibuk menjual novel terpakai dan dalam masa yang sama saje test market jual my prelove item (baju kurung).

Tak sangka lah pulak ada yang berminat. First customer from Sarawak. Tapi kali ni bukan nak story pasal customer dari Sarawak tu tapi nak story pasal second customer yang sedang dealing dengan aku.

Malam semalam aku dapat email dari seseorang yang bertanyakan pasal Baju Kurung Moden aku tu. Ni semua cara-cara petang semalam aku gatai-gatai tangan pi iklankan kat mudah.my. Tak sangka ada yang email bertanyakan pasal baju tu.

Korang tengok first email dari customer ni yang aku dah print screen.


Then aku reply in short word ' Yes..still available... interested?

Kemudian customer tu balas macam ni pulak.. Korang cuba baca betul-betul. Klik untuk pembesaran.



Customer ni dari US tau u all. Pastu nak pos baju tu kat Greece. Siap nak guna perkhidmatan pos office. Aku dah check dah harga postage kalau nak hantar ke greece RM100. Baju tu aku nak jual RM25 jer. Postage lagi mahal dari harga baju.

Pastu aku bukan ada akaun paypal. Aku tak berani nak guna akaun paypal ni. Sebab kawan aku dah pernah terkena. Customer tipu.

Then dia ada mention kata nak guna bank transfer. Masalahnya aku tak tahu macam mana pulak bank transfer tu kalau dari negara lain? Korang tahu tak? Boleh explainkan tak pada sesiapa yang tahu?

Ok ker kalau aku bagi nombor akaun bank aku ke customer ni. Diorang boleh buat apa-apa tak bila dah tahu nombor akaun kita...

Aku bukanlah desperate sangat nak jual baju-baju tu semua. Takut setakat nak dapat dua tiga puluh hinggit sekali kena tipu. Ha canne, sape nak jawab tu.

Tapi kan u all, dalam masa yang sama aku excitedlah jugak. Omputih nak beli baju kita kan.... Terbang oversealah baju aku tu...