Setelah result SPM keluar, biasanya kita akan menerima pelbagai jenis surat tawaran. Sama ada yang dimohon ataupun tidak. Pasti kita pening kan nak pilih kolej mana the best untuk diri kita.
Di Malaysia ini ada banyak institusi pendidikan tersedia untuk kita sambung belajar bagi mendapatkan ilmu, pekerjaan atau kenaikan pangkat. Namun, adakah kita perlu menerima tawaran ini sedangkan tawaran belajar IPTA tidak diperolehi?
Ianya terpulang pada niat dan tujuan anda. Jika anda saja-saja sambung belajar sebab ikut kawan, anda akan terbeban dengan hutang di kemudian hari.
Terdapat beberapa perkara yang sentiasa menjadi persoalan bagi adik-adik yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi swasta. Antaranya:
1. Siapa yang akan dapat tawaran ini?
Kebiasaanya, pelajar yang banyak dapat tawaran seperti ini adalah adik-adik lepasan SPM. Adik-adik perasan tak banyak orang korporat atau staf kolej-kolej datang ke sekolah adik-adik untuk membuat pameran atau hari kerjaya?
2. Mahal ke belajar kat swasta?
Tidak dinafikan, kolej swasta memang mahal lebih-lebih lagi jurusan profesional. Lagipun tiada subsidi atau bantuan daripada kerajaan.
Kalau nak tahu mengenai kos pengajian, lihat dalam surat tawaran yang diberikan. Biasanya ada disediakan pamplet penerangan mengenai jurusan yang ditawarkan di situ, ataupun melalui emel anda.
Nak masuk tetapi tidak ada duit? Tak pe, mana-mana kolej swasta ada menyediakan pinjaman, biasanya PTPTN atau MARA. Ada juga biaya dari Baitulmal. Bagi pelajar Sabah dan Sarawak juga, mereka juga ditawarkan pinjaman dari negeri diorang sendiri. Contoh, adik-adik yang berasal dari Sarawak boleh mohon pinjaman atau biasiswa negeri melalui portal online kerajaan negeri.
3. Tempat tinggal disediakan tak?
Kebiasaanya, tempat tinggal disediakan untuk para pelajar yang baru memulakan pengajian. Iyalah, ini bertujuan untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana kolej. Tetapi anda kena pastikan yuran pengajian ini termasuk atau tidak dengan bayaran hostel.
.
Adik-adik juga perlu check hostel ini hanya disediakan untuk tahun pertama ataupun tidak. Hal ini supaya adik-adik bersedia dari segi kewangan lain.
4. Berapakah kos pengajian, berapa tahun belajar, pendaftaran macam mana?
Ini semua adik-adik kena tanya pihak kolej. Biasanya ada person in charge yang handle pertanyaan macam ni, rujuk pamplet, surat tawaran atau emel yang diberikan. Ada nama kat situ kan? Call saje.
5. Dapat kerja ke belajar kat kolej swasta ni?
Haha. Ini soalan maut dan sensitif. Mana-mana adik belajar pun kalau tak skor pointer atau main-main, susah untuk adik survive di dunia pekerjaan. Yang penting penguasaan bahasa. Kalau tak pandai bahasa english, silalah belajar.
.
Sebabnya, di dunia pekerjaan ini, nak survive eloklah diperkayakan pelbagai bahasa. Perkukuhkan bahasa Inggeris dan timba ilmu bahasa lain seperti bahasa Cina, India dan lain-lain lagi.
.
Lagu satu, sediakan diri dengan pelbagai jenis kemahiran. Contoh, pandai bercakap dengan orang, bermulut manis, pandai buat presentation depan orang ramai, pandai masak, reti menjahit, bijak menjual, mahir guna excel, pandai cakap melalui telefon dan sebagainya. So adik-adik pun tak ralat nak mohon kerja dari pelbagai bidang.
6. Okey ke tak kalau masuk kolej swasta ni? Kita tak pandai belajar.
Yang ni, akak faham apa yang adik-adik rasakan. Kadang-kadang bila telah berlaku sesuatu pasti kita akan ada suatu perasaan kesal dalam diri.
'' Menyesal aku tak belajar betul-betul...''
Usah dikenang hal yang sudah berlaku dik oi. Lupakan semua tu dan bina keadaan baru. Kalau kita rasa tak pandai, kita jadikan diri kita pandai di dalam kolej. Kalau kita rasa bodoh, susah nak pick up ilmu, lihat semula hubungan adik-adik dengan Tuhan. Minta dengan dia agar adik-adik diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan.
Nak dapat satu A, bukannya mudah dik dalam SPM, apatah lagi untuk straight A. Berapa banyak usaha yang telah dicurahkan adik-adik yang ada A ini untuk berjaya score? Tanyalah mereka. Akak pasti usaha yang dilakukan mereka tidak sama dengan adik-adik.
Itu baru dunia akademik di sekolah, belum lagi dunia kampus. So, bila dah masuk kolej ni pastikan adik score betul-betul, belajar sama-sama dengan rakan-rakan, banyakkan study group dan perbincangan dengan Lecturer. Insya-allah, adik boleh score dengan baik di dalam kolej.
Mana-mana belajar pun sama je dik, janji usaha dan tawakal. Masuk je la belajar di kolej untuk menggapai cita-cita adik. Lagipun, bodoh sekali tidak bermakna bodoh selamnya kan?
Nasihat
Setelah masuk belajar nanti, jangan sesekali lupa nawaitu kita. Kalau salah nawaitu, adik-adik mungkin akan terpesong dari landasan sebenar. Al-maklumlah, bila dah berada di tempat baru, kita mudah culture shock. Lebih-lebih lagi pabila adik-adik banyak dikelilingi rakan sebaya, mempunyai wang poket, dan berada di persekitaran baru.
Pastikan adik-adik pilih kawan yang betul, takut adik yang sebelum belajar akan berbeza dengan adik selepas belajar. Sebagai contoh, sebelum belajar, adik seorang yang baik, jaga solat, dan tidak menipu ibu bapa. Tetapi bila habis pengajian, adik sudah free hair, hisap rokok dan menipu. Perkara-perkara inilah yang kita takut tatkala mahu melepaskan adik-adik atau anak-anak untuk sambung belajar. Kita pun tak nak mak bapak kita kecewa dengan diri kita kan?
Mana-mana tempat pun ada orang yang tidak baik. Maka, jadilah benih yang baik jika jatuh ke laut akan jadi pulau.
Sekian.
By #batumelukut
#sambungbelajar #lepasanspm #kolejswasta