REVIEW BUKU ‘PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W. : KAJIAN DAN PENGAJIAN (AL-SIRAH AL-NABAWIAH)’

Buku Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w. : Kajian dan Pengajian (Al-Sirah Al-Nabawiah) ini merupakan buku ringkas yang mengisarkan tentang sirah Rasullah s.a.w. bermula baginda dilahirkan sehingga wafat.

Buku ini merupakan terjemahan daripada buku asal iaitu “As-Sirah An-Nabawiyah Durus wa ‘Ibar” yang memberi makna “Sirah Nabi, Pengajian dan Pengajaran” tulisan Dr. Mustafa Al-Siba’ei. Terjemahan dibuat oleh Prof Madya Dr. Abdul Rashid Haji Ahmad.

Buku ini menekankan aspek pengajaran dan pelajaran yang perlu diambil oleh setiap Muslim dari setiap peristiwa yang berlaku di zaman Rasullah s.a.w., menyebabkan penceritaan fakta-fakta sejarah tidak dibentang secara detail dan mendalam.

Bagi penulis, pengajaran adalah yang teramat penting untuk dipandang dan dikorek dalam membaca sirah berbanding hanya mengambil fakta-fakta sejarah. Ini kerana pengajaranlah yang akan menjadikan umat Islam itu lebih baik dan lebih memahami agama Islam itu sendiri.

Dalam memahami sirah Rasullah s.a.w., penulis membawa pembaca melalui dua cara iaitu mengikut sorotan masa (timeline) dan peristiwa besar yang berlaku.

Sebagai penutup, buku ini sangat sesuai untuk memahami pengajaran dalam setiap peristiwa yang berlaku di zaman Rasullah s.a.w. Ia juga sesuai untuk mereka yang mula berjinak-jinak dalam membaca buku sirah.

-Terima Kasih-phnm

Perjuangan Parti Islam Semalaysia

Malam ini terbaca suatu tulisan tentang Himpunan 355 di portal MalaysiaKini. Portal yang sering kali menimbulkan masalah, beri tajuk yg negatif dan sekian banyak yang buruk. Lebih2 lagi bila melibatkan Parti Islam Se-Malaysia.
Tak berminat utk beritahu tulisan yg mana, carilah sendiri..tetapi tulisan tersebut datang dari pemimpin satu kumpulan yg kononnya mahukan ‘keharmonian’ tapi yg menunjukkan sikap tidak harmoni adalah dari kumpulannya. Sebagai contoh, mengganggu ceramah orang..
Himpunan 355 ini adalah sebagai tanda sokongan dan manifestasi rakyat terhadap usaha Ahli Parlimen Marang untuk menaik taraf Mahkamah Syariah yg rendah tarafnya sekarang melalui Usul Persendirian.
Jikalau dibuat sedikit kajian, sebenarnya banyak sgt dah peruntukan perlembagaan yg telah dipinda. Malah sepatutnya, Rang Undang-Undang 355 ini sepatutnya dipinda sudah lama dahulu. 
Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan oleh parti Islam ini. Melibatkan parti-parti politik, ngo Islam, pengamal undang-undang, bekas hakim, peguam termasuk peguam negara dan pemimpin politik umat Islam sebelum membawa usul tersebut ke parlimen. Memberi gambaran bahawa perincian yg sgt terperinci telah dibuat oleh Ahli Parlimen Marang sebelum bawa.
Jikalau diimbau kembali sejarah, pelbagai penerangan ttg hukum Islam telah diberikan oleh parti ini khususnya di Kelantan. Lebih2 lagi sebelum dan selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan II 1993 berjaya dibentangkan dan diluluskan di DUN Kelantan pada 25 Nov 1993. Tetapi dihalang pelaksanaannya oleh Kerajaan Pusat pada masa itu apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi amaran untuk mengambil tindakan jika dilaksanakan.
Sudah lupa?

Seterusnya, Parti Islam ini jikalau dikhabarkan bahawa ia tidak berusaha untuk menangani dan merungkaikan permasalahan rakyat dan kebejatan tadbir-urus negara, maka abaikan dan tolak saja kenyataan ini.
Parti Islam ini telah membentangkan Dokumen Hijau sbg alternatif utama utk menyelesaikan masalah ekonomi negara, mencadangkan Sistem Waqaf dan mencadangkan supaya cukai GST dimansuhkan di Parlimen pada Oktober 2016.
Malah ahli-ahli parlimen dan ahli DUN drpd parti ini yg kerap turun padang membantu rakyat marhaen. Lihat saja kejayaan di Kelantan dan Selangor.
Tetapi mengikut pemerhatian saya, sebenarnya pihak lain yg tidak berbahas secara matang di parlimen, asyik bertengkar. Malu pun ada kadang2, nasib baik bukan Ahli Parlimen kawasan saya.
Maka konklusinya, perjuangan Parti Islam ini adalah perjuangan yg cukup lama. Bukan baru semalam atau kelmarin, tetapi sebelum mencapai kemerdekaan lagi. 
Lihat kembali sejarah, bagaimana parti Islam ini selepas memenangi walaupun hanya 1 kerusi semasa PRU 1955 berjaya mendesak Suruhanjaya Reid utk meletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Malah sehingga sekarang komited menaikkan Islam supaya ia tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya.
Maka usahlah kita meletakkan batu penghalang buat parti Islam ini, tetapi memberi buah tekong buat sang penentang. Bergeraklah sekali, moga Allah berkati.
Seorang hukama’ mengatakan :”Orang yg celik melihat cahaya, akan tetapi dia tidak akan dapat melihat sesuatu tanpa cahaya”
Sekian dari mahasiswa yg hadir ke Himpunan 355 tempoh hari.
Sumber :

1. http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43348-dun-kelantan-lulus-enakmen-kanun-jenayah-syariah

2. http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/halangan-sebenar-pelaksanaan-hudud-di-kelantan-1.278617

3. https://www.youtube.com/watch?v=qudtcuBTZZo

4. https://www.youtube.com/watch?v=Oiy85b4OeNo&t=568s

Bicara Murabbi 3.0

Bicara murabbi kali ini ialah nasihat daripada Ust Mohd Rosdi. Pengasas Arab Mikro.

Saya minta nasihat beliau seusai ceramah beliau di masjid Nilam Puri.

Pada awalnya, saya dengar beliau beritahu di dalam ceramahnya bahawa mahasiswa sekarang pemalas dan tidak terkehadapan.

Usai ceramah, saya jumpa beliau untuk minta penjelasan disamping minta nasihat beliau untuk elakkan daripada tergolong dikalangan mahasiswa yang malas dan tidak terkehadapan.

Ujar beliau :

  • Sistem pendidikan negara yang menyebabkan mahasiswa kita tidak mampu ke hadapan. Universiti di Malaysia dipenuhi oleh silibus silibus yang tidak diperlukan langsung oleh mahasiswa untuk menjadi pakar (ahli)! Contohnya, subjek TITAS dan tamadun yang diajar untuk pelajar kejuruteraan..adakah subjek subjek ini membantu kepada pelajar menjadi pakar? Jawapannya tidak..
  • Oleh sebab itu, mahasiswa perlu keluar mencari untuk menjadi pakar. Masuk persatuan, baca jurnal, kerja di bengkel dll.

Sekian.

Nasihat Murabbi 2.0

Cuti sem baru baru ini, saya dan seorang sahabat buat ziarah murabbi. 

Tujuan ziarah untuk lepaskan rindu dengan murabbi dan minta nasihat untuk saya teruskan perjuangan dan study di universiti.

Murabbi pertama yang saya jumpa ialah Ust Hushaimi, sekarang guru di Maahad Muhammadi Tumpat dan Ketua Pemuda PAS Tumpat.

Ustaz yang hebat!

Nasihat beliau untuk saya ialah :

  • Mahasiswa Muslim kena jaga amalan, lebih lebih lagi dia adalah lepas Maahad Tahfiz. Curilah masa untuk murajaah atau membaca Al-Quran.
  • Waktu cuti, isilah dengan perkara yang berfaedah. Benda yang wajib perlu buat ialah keluar kepada masyarakat. Ikutlah..asalkan ada. Jadi imam ke, dekati mat2 motor..bergantung dengan apa yang kita boleh buat.
  • Bila anta dah grade, teruskan bergerak di cawangan atau kawasan atau negeri atau pusat. Tujuannya ialah supaya momentum untuk bina tarbiah dan dakwah di kampus terjaga bila di luar. Ramai graduan yang di kampus jawatannya tinggi, presiden, MPP..tapi bila grade, hilang, hilang. Tak dapat dikesan. Rugilah dia, jemaah tak rugi.
  • Bila dah grade, dekati masyarakat. Buat program dengan budak muda, jadi imam surau masjid. Rugilah kita, belajar tinggi tinggi tapi tak nak masuk dengan masyarakat. Masyarakat tak dapat tumpang kehebatan dia.
  • Dalam buat dakwah ni, perkara paling biasa dihadap ialah terima tentangan. Sebab itu kita di mana mana tamrin kita dididik supaya susah. Kena toca, kena marah..biasa lah tu, sebab dakwah tu perit.
  • Dalam menjalankan kerja kerja dakwah, kita kena pegang prinsip untuk buat walaupun sikit. Tidak boleh buat banyak, buat sikit sikit. Usaha juga, jangan mudah jatuh.

Terkesima sekejap.

Masuk terus ke dalam kalbu nasihat nasihat yang diberi. 

Moga Allah permudahkan semua urusan ustaz.

AKU, CINTA & BULAN

Diri yg berdarah muda ini masih istiqamah mencuba mengkhatamkan sebuah buku sebulan. Bulan lepas buku Dr Riduan menjadi mangsa kerakusan.

Buku ini buku memukau ttg hidup si anak muda dlm realiti dakwah yg sebenar. Dunia penuh nista, cacian dan makian jadi saksi betapa dakwah sukar disebarkan oleh anak muda Islam melalui sang BULAN PURNAMA.
Sang BULAN PURNAMA dituduh berbagai kerna berdakwah, berpolitik dan mentarbiah. Seakan berputar kembali sirah Rasullah saw yg dihina dan dicaci oleh si Jahiliyah.

Argh!! Nyah manusia yg dengki dan berhasad. Anak muda perlu bergerak membetulkan sang masyarakat yg kian rosak.

Buka lah kembali buku sejarah, betapa sang BULAN memainkan peranan dakwah yg besar dlm negara yg rencam ini.

Soroti lah cerita lepas, betapa sang BULAN berpolitik utk menaikkan nama Islam di persada negara.

Kaji lah si hikayat, betapa sang BULAN berjaya mentarbiah ahlinya sehingga berjaya menggapai taraf murabbi dan syahid.

Maka, sang BULAN ini sang BULAN yg berjasa buat negara. Sang BULAN ini tidak hanya muncul di waktu malam, tetapi muncul setiap hari membetulkan masyarakat yg songsang. Sang BULAN ini tak kenal erti lelah menegur penguasa. Sang BULAN ini memahamkan manusia ttg hukum Islam.

Anak muda sepatutnya bersama utk menaikkan sang BULAN. Biar sang BULAN dapat mengembalikan negara sperti zaman Khalifah.