Bismillah.
Assalammualaikum. Hai!
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
IG: ms.seha
Email: syaidahseha@yahoo.com
Good luck! ❤
Assalammualaikum. Selamat malam.
Lately ni dah jarang pula buka dan update blog. Bukan malas tapi tengah urus sesuatu sekarang ni, harap semuanya berjalan lancar lah. Nak sangat menulis sesuatu sebab tu ja cara nak luahkan. Tak tahu nak cerita dengan siapa jadi blog ni lah jadi mangsa, dari dulu sampai lah sekarang..hihi. Bukan tak nak cerita tapi kadang entah lah mungkin jenis yang tak suka cerita kot dengan orang sebab memang tak pandai nak berkata-kata. Dulu pernah juga lah join satu group ni, ada satu hari tu dorang buat sesi meluah. Time tu nak luah apa, luah lah. So bila sampai turn saya, saya cuba lah nak cakap dan meluah sebab memang agak stress juga masa tu lagi-lagi time study tapi lastly tak tercakap sebab air mata yang keluar dulu. Actually banyak yang saya nak luah tapi tak dapat dah nak tahan perasaan masa tu. So tak tercerita sebab menangis. Bila ingat balik, kesian kat kakak yang handle group tu, penat dia nak tenangkan saya. haha. Tu lah memang tak suka bab-bab nak meluah kat orang ni. So dari hari tu lah saya start menulis. Menulis ja saya boleh luahkan semua. Orang tak nampak pun kalau saya menulis sambil menangis sekalipun. tapi tak lah sampai macam tu ..hihi.
Ok nak cerita apa sebenarnya ni..hihi. Haa, pasal usaha. Kalau nak sesuatu kena lah usaha kan. Tapi tak cukup tu ja, doa juga penting dan seterusnya kita serahkan pada Allah. Kadang ada masa kita rasa dah cukup usaha tapi kenapa masih tak juga dapat apa yang kita inginkan. Kalau rasa macam ni, jangan lah berputus asa. Bukan bermaksud Allah tak nak bagi tapi mungkin belum masanya lagi. Kalau kita dah usaha, doa dan berserah pada Allah sepenuhnya, percayalah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Kita cuma perlu bersabar dan bertenang.
Nak ingatkan diri sendiri juga sebenarnya. Sebab kadang-kadang tu rasa macam nak putus asa juga tapi bila ingat balik kita kena jadi kuat ni bukan untuk siapa-siapa tapi untuk diri kita sendiri juga. Kalau kita sendiri putus asa macam mana Allah nak tolong kita kan. So kena lah bangkit, doa dan minta kat Allah supaya jadikan diri kita seorang yang kuat dan tak cepat putus asa. Dah macam bagi ceramah pula..hihi. Oklah tu ja nak share malam ni.
Whatever happens, stay strong friend! :)
SEGMEN: PENCARIAN BLOGLIST BULAN JUN & PENCARIAN BLOGLIST TAHUN 2016
- April 30, 2016
- By Unknown
- 7 Comments
Assalammualaikum.
Kalau jalan-jalan kat mall, korang selalu pergi mana dulu? Kalau saya confirm akan cari bookstore dulu untuk cari buku. Di samping menulis, saya juga suka membaca. Saja nak bagitahu walaupun tak da yang tanya..hihi. Kalau pergi kedai buku tak sah kalau tak lama. Mesti berjam-jam dalam tu sampai adik pun tak nak bagi teman kalau pergi kedai buku sebab dia tahu saya akan lama kat sana. kesian dia .hihi..
Macam biasa saya terjumpa buku ni kat kedai buku, tak kan kat kedai perabot pula kan, hihi. First thing nampak buku ni tertarik dengan cover buku, lain dari yang lain. Tak tengok lagi kat dalam. Bila dah belek-belek kat dalam, seriously this book is awesome!! hihi..Jadi tak ambil masa yang lama untuk fikir nak beli ke tak, terus ja ambil, bawa pergi kaunter, bayar and tadaa the book is mine..
Faiz Ibrahim merupakan penulis buku Rehabilitasi. Maybe ada yang dah kenal dia. Saya tak kenal sebelum ni tapi dia salah seorang public figure yang saya follow kat twitter so dari situ saya kenal dia. Buku ni merupakan buku ke dua penulisan Faiz Ibrahim selepas Reinkarnasi. Reinkarnasi saya tak baca lagi tapi sure memang best juga macam buku ni.
Ok back to Rehabilitasi, apa sebenarnya maksud Rehabilitasi?
Menurut buku ini, "Rehabilitasi merupakan suatu cara untuk bantu orang sakit agar dia boleh sembuh dan bangkit semula". Senang cerita buku ni memang sesuai dibaca untuk mereka-mereka yang cuba untuk bangkit semula setelah jatuh. Yes, bila baca buku ni korang akan ada semangat semula untuk bangkit.
Dalam buku ni ada puisi, monolog, catatan peribadi yang mana setiap part tu ada tajuk-tajuk kecil. Apa yang menariknya dengan buku ni? Berdasarkan apa yang saya dah baca, buku ni simple, tajuk tak complicated sangat dan Insha Allah senang nak faham kalau anda baca dengan penuh penghayatan. hihi. Ada beberapa tajuk yang saya suka tapi semua tajuk pun sebenarnya best.
Bagi saya buku ni bukan cerita pasal cinta semata-mata, tapi tentang kehidupan. Bagaimana kita cuba untuk bangkit semula setelah jatuh. Pasti setiap orang pun pernah alami semua tu dalam hidup. So bagi yang belum baca, bolehlah baca buku ni sebagai sumber motivasi sebab kadang-kadang kita perlu juga kata-kata semangat ni untuk teruskan hidup kan.
Oklah tu sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Kalau nak tahu lebih pasal buku ni, boleh lah cari kat kedai buku berdekatan dan baca lah. Semoga bermanfaat :)
Assalammualaikum.
Klik banner untuk join
Tips untuk tambah followers:
1. Follow blog blogger lain.
2. Rajin singgah blog orang lain. Tinggalkan jejak kat chatbox atau ruangan komen.
3. Tulis entry yang menarik dan bermanfaat.
4. Buat segmen/giveaway atau contest.
5. Join segmen/ giveway atau contest blogger lain.
Jemput join ya :)
Segmen berlangsung dari 1 April 2016 - 15 April 2016.
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Assalammualaikum.
Setelah fikir-fikir rasa nak buat segmen juga lah..hihi. Asyik ikut segmen je sebelum ni, jadi hari ini dengan rasa rendah hati saya lancarkan segmen pertama saya. Sebab apa mini sebab segmen ni simple ja..hihi. Saya harap ada lah yang sudi join dan jika segmen ni mendapat sambutan, akan datang saya akan buat Giveaway pula. Insha Allah :)
Syarat penyertaan:
1. Buat entry bertajuk "Mini Segmen by Syaidah Seha" dan backlink ke entry ni.
2. Follow blog Syaidah Seha.
3. Tinggalkan link entry di ruangan komen ini.
Hadiah :
Topup RM10 (2 pemenang)
Bloglist (5 blog)
Blog Review (5 blog)
Segmen bermula pada hari ini 6 April 2016 hingga 6 Mei 2016.
Selamat berjaya :)