Salam Readers..
1. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua, ibarat merpati 2 sejoli kononnya pada pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.
2. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tak mahu atau tak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun. Ini bermakna anda bukan orang yang dia inginkan dan mungkin tiada dalam kamus hidupnya.
3. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih tapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai awek. Dasar crocodile hunter!
4. Lelaki yang anggap dirinya sntiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada matanya. Selalunya anda sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam semua hal. Hal kecik pun nak dibesarkan!
Haa adik-adik. Awas dengan lelaki macam ni okay. Jangan sia-siakan hidup anda dengan melayan lelaki tak guna bak kata Yuna. In Syaa Allah suatu hari nanti akan jumpa dengan prince charming yang Allah jodohkan :)
p/s: Blogger lelaki kalau baca jangan marah/terasa pulak eh.
Tiada kaitan dengan tuan blog. Hanya memerhati dari alam sekeliling.
Peace no emo!