Lamanya tak jenguk blog, fuhh tiup sikit hehe. Pada korang yang sudi berkunjung ke blog ni walaupun tiada cerita baru, terima kasih diucapkan. Idea menulis ke laut, hari-hari buka laptop cari pasal jahit-menjahit ,saya sebenarnya nak belajar jahit dress..memang pening banyak sangat yang saya tak faham hmm.. tak apalah oleh kerana dress ni saya nak pakai nanti, jadi nak tak nak, kena belajar juga.. Boleh saja kalau nak hantar kedai jahit tapi mesti kosnya mahal kan, kalau jahit sendiri jimat sikit.
Opps lari tajuk pula hihi.. hari ni saya nak kongsi resepi serunding kelapa, bahan pun lebih kurang ja dengan serunding yang lain cuma gantikan dengan kelapa parut. Okey jom semak resepi.
p/s : terima kasih pada korang yang ucap selamat hari lahir untuk saya .. sayang korang.. ^_^
RESEPI : SERUNDING KELAPA
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
1 biji kelapa-ambil yang putinya saja.
Sedikit serbuk kunyit.
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 hirisan lengkuas.
1 tsp jintan manis.
1 tsp jintan putih.
1 tsp biji ketumbar.
5 biji cili kering-rebus.
2 batang serai.
2 helai daun limau purut.
1 keping asam gelugur.
Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :
- Gaul kelapa dengan serbuk kunyit dan goreng tanpa minyak sekejap.
- Jintan manis,jintan putih,ketumbar,serai,lengkuas,bawang merah,bawamg putih dan cili kering dikisar halus.
- Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.Masukkan kelapa parut,garam,gula,asam keping dan daun limau purut.
- Perlahankan api dan masak perlahan-lahan hingga agak kering.
- Siap:)
p/s : terima kasih pada korang yang ucap selamat hari lahir untuk saya .. sayang korang.. ^_^