- 15-05-2026
- Baharu
Semua pengguna eGUMIS
AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM eGUMIS
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyelenggaraan Sistem eGUMIS akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh dan Masa Mula | Tarikh dan Masa Tamat |
15 MEI 2026 (JUMAAT) 07:00 MALAM | 18 MEI 2026 (ISNIN) 07:00 PAGI |
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna eGUMIS tidak akan dapat mengemukakan permohonan secara dalam talian. Pengguna hanya boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi tempoh penyelenggaraan tersebut.
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
15 MEI 2026
- 13-05-2026
- Baharu
PERHATIAN KEPADA:
Semua pengguna Sistem eGUMIS
PENGHAPUSAN AKAUN PENGGUNA SISTEM eGUMIS YANG TIDAK AKTIF
Dimaklumkan bahawa akaun pengguna Sistem eGUMIS yang telah didaftarkan lebih dari 24 bulan dan tiada permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) yang sedang aktif atau belum selesai akan dihapuskan secara automatik oleh sistem. Mohon pengguna untuk membuat pendaftaran akaun baharu di Sistem eGUMIS, sekiranya ada permohonan baharu. Untuk sebarang maklumat lanjut, mohon emelkan kepada alamat emel tuntutan.bwtd@anm.gov.my.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
13 Mei 2026
- 13-04-2026
- 16-03-2026
- Baharu
Semua pengguna eGUMIS
PERKHIDMATAN AGEN TUNTUTAN WTD
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) tidak
pernah melantik mana-mana individu/syarikat/firma sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik WTD). Orang awam
dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan pihak ketiga atau
individu yang menawarkan khidmat sebagai agen bagi urusan berkaitan WTD kerana:
- Permohonan tuntutan WTD adalah percuma dan boleh dibuat secara terus oleh pemilik melalui portal rasmi https://egumis.anm.gov.my
- Pihak JANM tidak mengenakan sebarang caj bagi proses semakan atau tuntutan WTD. Sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada pihak tidak sah boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, orang awam boleh emel ke alamat tuntutan.bwtd@anm.gov.my
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
16 Mac 2026
- 17-12-2025
- Baharu
WASPADA EMEL PALSU BERKAITAN WANG TAK
DITUNTUT (WTD)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin
menarik perhatian orang awam berhubung penularan emel palsu yang menggunakan
nama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Bahagian Pengurusan Wang Tak
Dituntut (BWTD) berkaitan Wang Tak Dituntut (WTD).
Untuk makluman, BWTD, JANM tidak pernah
menghantar sebarang emel pemakluman kepada orang awam atau mana-mana firma/
syarikat/ entiti serahan berkaitan tuntutan Wang Tak Dituntut.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan
supaya:
- Tidak
mengklik sebarang pautan dalam emel yang mencurigakan;
- Tidak
mendedahkan maklumat peribadi, maklumat perbankan atau butiran log
masuk;
- Menyemak kesahihan sumber emel sebelum mengambil sebarang tindakan.
Maklumat yang sahih dan terkini berkaitan Wang
Tak Dituntut boleh diperolehi melalui portal rasmi eGUMIS Jabatan Akauntan
Negara Malaysia di https://egumis.anm.gov.my
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
17 Disember 2025
- 28-11-2025
Elakkan penggunaan APKPure atau mana-mana sumber pihak
ketiga. Aplikasi dari sumber tidak rasmi berisiko mengandungi malware,
menyebabkan kebocoran data serta menjejaskan keselamatan
peranti. Sila gunakan hanya aplikasi daripada platform rasmi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
28 November 2025
- 22-05-2025
Dimaklumkan bahawa masalah teknikal semasa pendaftaran akaun pengguna melalui laman web eGUMIS telah berjaya diselesaikan. Sebagai alternatif, pengguna baharu juga boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih eGUMIS JANM Mobile yang boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store dan AppGallery seperti berikut:
Bagi pengguna sedia ada
yang telah dinyahaktifkan, sila hantarkan maklumat ID, emel dan nombor
pengenalan diri ke emel tuntutan.bwtd@anm.gov.my untuk semakan dan bantuan
lanjut.
Semakan dan permohonan
bayaran balik juga boleh dilaksanakan di kaunter JANM seluruh Malaysia. Klik di
sini untuk lokasi kaunter JANM di setiap negeri:
https://www.anm.gov.my/hubungi/lokasi-janm
Segala kesulitan amat
dikesali dan kerjasama anda amat dihargai.
Jabatan Akauntan Negara
Malaysia
31 Julai 2025
SERAHAN
Serahan WTD oleh syarikat/firma di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965.
SEMAKAN
Carian Rekod WTD secara atas talian yang diserahkan oleh pihak Syarikat/Firma.
Log masuk untuk Carian Rekod dan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian.