Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Aktiviti Lepas Jumpa Client

With Love Ied @ May at 9:42 PM 0 comments
Khamis lepas jumpa client husband ajak makan asam pedas. And of course la tempat asam pedas fav kami kat gerai penjaja MPAJ Tmn Dagang kat Commando Kiosk. Dari belum kawen sampai anak dah nak masuk tiga (insyAllah) memang ni la kedainya. Sampai kami kawen pun pakcik commando ni bagi kami hadiah.

Oh ye. Pakcik ni memang bekas komando ATM. Dia ore kelate. Makcik aka wife dia org Melaka. Awal-awal buka dulu memang makcik dgn pakcik ni je yang jaga. Pastu ada anak dia lelaki masa tu blom masuk belajar. Kalau anak dia ni potong cili, abes biji-biji cili dia buang termasuklah biji cili api! Tapi sekarang diorg da pakai pekerja. Ada gak la anak perempuan diorg sekali dah skrg.

Btw dulu masa diorg bertiga je jaga kedai memang asam pedas diorg marvellous. Tip top to the mountain. Skrg ok cuma da tak mencapai standard saya je la kot. Maybe sebab asam pedas mak saya lagi meletup-letup kebaboom bila makan sampai meleleh air mata termasuk air hidung dan memercik mercik peluh jantan bila makan! Overstated pulak ye.

Anyway one set asam peda pari with rice, vege, telur asin & ulam2 RM 7 only!

Monday, February 27, 2012

Pisang Bakar Coksuke - Saya Suka!

With Love Ied @ May at 12:40 PM 2 comments
Tengah tengah hari ni memang sedap buat entry pasal makan
Kali ni food highlight saya di Estellar 77
Sebelah Central Market
Kedai McD dolu dolu
Tempat lepak masa sekolah Convent dulu
Ouuchhh

Pisang Bakar Coksuke
Ni must buy setiap kali lalu depan CM lepas balik kelas kat PJ
Marvelous babeh
Harga RM 5.20
Bakso dia pun sedap

IDA
PruBSN Takaful
019 288 7041 
emay910[at]gmail.com

Thursday, February 23, 2012

Man vs Food Malaysia - Burger Bakar Seksyen 2 Wangsa Maju

With Love Ied @ May at 3:33 PM 0 comments
Yummeehhh! 
Ini baru 2 tingkat ye.
It may up to bertingkat-tingkat
Just tambah RM 5 untuk 1 patty
Cubalah!


IDA
PruBSN Takaful
019 288 7041 
emay910[at]gmail.com

Wednesday, February 15, 2012

Not So Wordless Wednesday - Aroma Ikan Bakar @ Jeram, Kuala Selangor

With Love Ied @ May at 11:57 AM 0 comments
lala masak cili
butter prawn
sotong goreng tepung
mr crab telur masin
main course - pari bakar
appetizer - kerang bakar
Maybe I tak letak watermark dekat all my pictures. But please give credits to this blog if you use any of my picture tau!


IDA
PruBSN Takaful
019 288 7041 
emay910[at]gmail.com

Monday, April 25, 2011

Murtabak Singapore 1 Lapis. 2 Lapis. 3 Lapis

With Love Ied @ May at 3:56 PM 0 comments
Moh kita citer pasal makan. 2 minggu lepas kami anak beranak ikut Mama dgn Papa pegi Bangi. Disebabkan budak kecik 2 orang tu belum breakfast, my mum suggest kami makan dekat Sri Bestari Bangi. Mama kata kedai ni famous dengan Murtabak Singapore berlapis-lapis. Dah berkali-kali juga diorang makan kat sini. Dulu my brother sekolah kat Sungai Merab. So setiap kali melawat budak tu, diorang akan makan kat sini. JJCM pun pernah datang kat sini.

Tapi kami order selapis je
Kalau order yang dua tiga lapis lagi besar tau. Jenuh nak makan. Saya tengok kat menu dia yang 3 lapis harga RM 18 la jugak seingat saya. Mama order Beriyani Kambing. Sedap. Dak Aryff makan roti canai. Dak Akma mamam Beriyani. Actually kitorang pegi Bangi sebab nak tengok kain kat Butik Toko Tanah Abang. Dah settle kat situ, nampak lak Tutti Fruitty. Frozen yougurt yang sangat yummie ok.

Tengok budak ni. Aiskrim takmo. Bekas mau. Nak main masak-masak katanya
Gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hp je.

Monday, April 04, 2011

kek Bantat tapi Gebu

With Love Ied @ May at 12:45 PM 0 comments
Semalam buat kek.
Butter cake je
Jadi
Gebu
Tapi ketinggian tak cukup lak
Surf2 tgk sebab apa
Banyak sebab juga
Tapi sebab yang menyedapkan hati
Loyang besar sgt
Memang pun
Sebab pintu oven takleh tutup rapat lak tadi
Takpe
Nanti ai beli loyang baru yang kecik sket
Pastu kita cuba lagi
Dan lagi 
Sampai berjaya
hahahaha...

Friday, April 09, 2010

pekena nasi ganja????

With Love Ied @ May at 9:53 PM 0 comments
kami skrg berada di ipoh. nak merisik bunga di grik esok untuk kumbang dalam keluarga kami. alang2 da sampai ipoh, kami jalan-jalan cari makan. kat ipoh ada kedai jual nasi ganja. pusing punya pusing, jumpa la kedai yang dimaksudkan. tapi bukan letak ganja dalam nasi tau. dia ala-ala nasi kandar. sesapa yg familiar tempat2 kat ipoh sure tau punye lah. alangkan kami dari kl pun tau.

kalau nak pekena mee kicap, kami pegi kat area super kinta. tapi super kinta da tutup da. kedai tu dekat dengan pasar kat pekan ipoh ni. nak letak gamba, malas. layankan aje gamba saya dgn akma masa wedding kat kluang ni je la


Saturday, March 13, 2010

by the way, kluang is not a small town after all

With Love Ied @ May at 11:31 PM 2 comments
kami skrg berada di kluang. ada wedding. a quick update. 

baru je habis wedding ptg tadi. lepas en suami abes amik gambar, kami ke town cari kluang rail coffee. kami makan macam-macam. kluang rail coffee adalah tempat must-go kalau sampai di kluang. tempat makan yang famous kat sini. masa kami datang dah ada team suria fm tgh makan-makan kat situ. ada few people tgh sebok bergambar dengan halim othman. yes, he was here just now. kpd peminat HO, sorry saya bukan salah seorang yg sebok nak bergambar dgn dia. 

even though my husband is a photogrpher, i find that it is difficult for me to upload photos. why? sebab malas nak kecikkan pixel utk percepatkan proses uploading. 

btw, kluang sedang mengalami masalah air. lucky for us, the rest house that we staying at doesn't have that problem. mungkin depa ada tangki ayaq besar. dan di setiap pintu bilk air, dah letak warning soh berjimat cermat air. 

ye, warga kluang, gunakanlah air sebaik mungkin. pesanan khidmat masyarakat dari SAJ...

Saturday, January 02, 2010

From Malacca With Love

With Love Ied @ May at 7:11 PM 3 comments
Sekarang ni all of us in a hotel room somewhere in Malacca. Our first holiday for 2010. Last minute decision. Takde plan2 punye okeh... Lepas last delivery tshirt Karnival Gegar Generasiku kat Dataran Merdeka pagi tadi, terus shoot off ke Melaka.

Sekarang cik abang dgn Aryff ku sedang lena diulit mimpi. So ada masa nak update blog yang dah berkurun tak update. After this kami plan nak pegi Night Zoo. Ada lagi ke? Hopefully ada lagi la. Takpun enjoy ikan bakar anywhere in Malacca ke???? Sound delicious. Kalau Abang larat nak drive la ye...

Few days before New Year and Awal Muharram, Nenda ku telah pulang ke rahmahtullah. rasa terkilan juga tak sempat nak pegi tengok walaupun dah takde. Bukan kami sengaja. Tapi terlalu banyak halangan sampai kami tak sampai2 ke sana.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah...

Wokey la... Dua2 hero kesayangan dah bangun. It's the time to get ready bebeh... Till next time...

Wednesday, November 04, 2009

Saya Tak Pandai Menulis Tapi Saya Suka Baca Blog Makanan

With Love Ied @ May at 4:37 PM 3 comments
I'm a food lover. Suka sangat blog hopping cari-cari resipi utk dicuba di rumah. Ada gak resepi yang tak dicuba2 pun. Tadi blog hopping jumpa resepi ayam tandoori goreng. Meleleh air liur ku. Terasa lapar lak perut ini. Ayam ada kat rumah. Boleh la cuba. Nampak macam easy cooking tapi kena perap lak ayam tu dgn ramuan2 lain for half an hour. Kena balik awal la gamaknye hari nih.

Jalan punya jalan lg blog org, jumpa resepi masak hati ayam dgn kacang buncis. Macam sedap. Boleh try lagi. Ada lak prawn omelette. Meleleh lagi air liur. Mak uihh...lapar sungguh aku nih. Berenti jap pegi makan...

Thursday, October 22, 2009

Saya Sangat Lapar Tapi...

With Love Ied @ May at 4:22 PM 0 comments
Saya sangat lapar tapi saya tak nak makan apa. Perut saya dah mula menyanyi lagu keroncong. Ni sume gara-gara saya suka googled pasal masakan. Asyik pikir nak masak apa malam ni. Saya sudahpun melantak McD semalam

image by google

Saya juga sudahpun masak begedil daging idaman saya tuh. First time masak tu dan sangat bangga begedil itu menjadi. 3 biji kentang boleh makan untuk 3 hari berturut2. Saya tak buat berempah sangat supa anak saya boleh makan masakan saya.

image by google

Saya tak scan2 lagi iklan yang saya keluarkan dalam Harian Metro minggu lepas. Saya malas nak pasang kabel scanner di kedai saya ni. Jadi saya keluarkan la apa yang saya iklankan dalam bentuk jpeg. Lebih kurang je dalam paper tuh. Pada sesapa yang terlepas, ni la dia


Nampak ke tulisan2 kat gambar tu? Kalau tak nampak, kepada mereka2 yang hendak membeli tshirt round neck cotton dan kolar tshirt lacoste dengan harga borong, boleh la datang ke kedai saya di G 35, Galaxy Ampang Shopping Centre Taman Dagang Ampang. Dibuka Isnin hingga Jumaat. Requirement : Sila bawa business card anda untuk tujuan rekod. Digalakkan mereka yang membuat bisnes printing tshirt. Tak ada minimum kuantiti. Tak ada diskaun sebab harga memang harga borong aka harga dealer aka harga agen. So please jangan tanya boleh kurang ke tak kalau amek banyak mana pun. Sebab saya selalu dapat SMS tanya soalan ni. Dan banyak jugak walk in yang tanya macam ni. Kalau anda sume biasa dengan oren, qm dsbnya mesti korang pun tau harga diorg mcm mana kan... Sekarang ni, ini la harga saya. Tshirt ni KOSONG shj. Takde printing tau. Dan kami pun ada servis printing tshirt ni. Kalau nak, datang kedai bawak design supaya kami boleh evaluate. OK?

Harga
T-SHIRT Round Neck RM 6.00
T-SHIRT Berkolar RM 10.00


No Telefon
019 288 7179
019 288 7041
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting