salam n hye semua :) ok-ok aku nak tanya korang ada beli insurans tak???ari ni aku nk bagitahu korang tentang isu insurans haram ok...baiklah info ni ak dapat dari surat khabar ok...meh baca ok...jangan mudah terpedaya...selidik dulu sebelum beli insurans yerp...hati-hati ok :) Kenali insurans haram SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat. Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830. Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. ...