Assalamualaikum. Apa khabar, sahabat-sahabat maya yang dikasihi? Entri terakhir saya di sini adalah pada 20 Ogos yang lalu (entri Wordless Wednesday, gambar ketika saya berada di Klinik ENT untuk prosedur laringoskopi.) Setelah itu, blog terabai lama. Hendak masuk tiga bulan barulah berjaya muncul semula. 😅
Sebenarnya, pada 17 September, saya telah menjalani pembedahan untuk buang kelenjar tiroid sebelah kanan (Partial thyroidectomy). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Setelah pembedahan, sibuk dengan proses pemulihan, follow-up treatments & check-ups, pergi bercuti sekejap, rehatkan badan dan fikiran… haaa, sekarang baru berpeluang untuk lepak santai dan kembali menulis di blog.
Insya-Allah, selepas ini dapatlah catch-up balik dengan kalian semua. Banyak cerita dan kisah-kisah menarik yang saya tertinggal ni.
Betik Limau Nipis
Cuaca di tempat kalian bagaimana? Hari ini, di kawasan saya terik betul. Panas-panas begini, mulalah tekak tercari-cari, inginkan sesuatu yang segar.
| Betik dan limau kasturi |
Okey, itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi nanti. Enjoy the rest of your day! 😊
Cuaca di tempat saya mendung dan sejuk je harini. Beberapa hari ni petang je hujan.
BalasPadamAllahuakbar...patutlah lama Kak Fara menyepi. Semoga cepat proses penyembuhan dan kembali sihat seperti biasa. Aamiin...
Ohh sedap juga ye perah limau kesturi. Kalau saya suka perah lemon tapi bukan betiklah. Macam epal hijau ke, guava atau buah lain yang sesuai. Sedap!
Allahu, baru tau...adik SA pun yang no 3 tu hyperthyroid..tapi sedang makan ubat...harap lepas ni makin sihat seperti sediakala ye..eh..SA x pernah makan betik mcm tu..sedap ye? boleh la cuba nanti
BalasPadamlama tk mkn betik..sedap tu
BalasPadamLama tak singgah sini. Baru je nak kembali BW rakan rakan blogger..
BalasPadamMesti rasa manis manis masam.. Segar.. Makan sejuk pulak fuhhh
Cie tak makan betik. Kalau buat tembikai sedap jugak buh limau kasturi tu. Letak pulak asam boi. Fuhhh sedapnyaZ
BalasPadamBoleh cuba resipi ni
BalasPadam