Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan

Isnin, 27 Julai 2026

Pergi CM semata beli katak

Central Market Kuala Lumpur is a centre for Malaysian culture, art and craft located in the heart of the city. As a building with significant historical value Central Market Kuala Lumpur has come a long way from its early beginning as a wet market built in 1888 to a delightful destination for tourists, shoppers, and art lovers.

- centralmarket -

......................................................................

Semalam pergi Central Market naik LRT. Bawa si kakak. Dia teringin sangat nak pergi situ. Lagi pun sabtu ahad tu ada event Selangor Travel Fair 2026. 

N3 hari ni aku cuma saja nak tunjuk benda yang aku beli semalam. Boleh pula jumpa dia semalam kat CM😜 Comelkan.

Ahad, 7 Jun 2026

SRG vs VAMOS - Grand Final MPL Malaysia Musim 17

"There is no escaping the turtle!" 

.................................................................................



Yeeeeee yeeee... Kedua-dua team pilihan kami mara ke peringkat akhir MPL Malaysia Season 17. Alhamdullilah. Nak sokong kedua-duanya tanpa berbelah bagi.

So kejap lagi games bermula. Hope mereka have fun dan berikan games yang gempak.

Sebabkan Pasukan SRG dan Vamos mendapat tempat Grand Final dalam MPL Malaysia Musim 17 di Stadium Juara, Bukit Kiara so secara rasmi 2 team ni layak ke MSC di Esports World Cup (EWC) 2026 di Paris nanti. Tahniah!

saja nak show off.. aku dah ada jaket SRG 😝

Khamis, 4 Disember 2025

Selangor International Book Fair 2025 (SIBF 2025)

“Jangan pandang rendah seketul isi yang digelar hati. Kau bagilah amaran macam mana pun, kalau hati dah menyuruh, tak akan berhenti.”

- LAGA PUJANGGA -

..................................................................................................



Ahad hari tu aku ke  2025. Second time dia buat dekat Setia City Convention Center2, Shah Alam. Aku lagi suka Selangor buat kat sini dari yang sebelumya masa kat MBSA Convention Center.

Sini tempat dia luas. Booth pun tersusun. Tempat makan pun luas. Parking Alhamdullilah ada.

yang pernah pergi masa kat MBSA tu tau lah.. kawasan dia sempit.. berterabur pula. parking... jangan cakaplah.. memusing berkali-kali. Masa tahun 2023, aku pergi berpusing-pusing cari parking. Ada parkingnya tapi kebanyakkan kenderaan vendor. Untuk pelawat mmg sikit. last-last aku balik je. Sedih


Si Ikhlas ni yang ajak pergi. Ikutkan aku dah tak mau beli buku dah. Last month beli 2 buku pun belum baca lagi. Buku yang beli masa kat Jakarta pun ada 4 belum buka plastik.

Abahnya pun sama.. banyak lagi tak baca :P

Kami gie lah juga sebab Ikhlas suka baca buku. Dalam otak dok fikir pergi ni cuma nak cukupkan langkah dengan cuci mata je. Tapi bila sampai sana. Allah... dugaan sungguh. Aku ni kuatkan lah iman agar tak terbeli lagi.

Alhamdullilah kami laki bini berjaya menahan diri. huuu huuuu


Ini lah hasil tangkapan Ikhlas.. Dia ni suka genre misteri-misteri je. Kalau yang kisah cinta-cintun macam buku ibu dia memang dia tak pandang.

Berpusing-pusing dok cari buku karya Osman Deen. Gie search kat IG tak pula dia mention booth no berapa. Nasib lah akhirnya jumpa.

Rozanna tu dia baru berkenalan. Pandai abang yang jual tu berkata-kata. Akhirnya duit ibu dia juga yang terbang. huu huu

Ada lagi satu penulis Syafiq Aizat bawah terbitan Fixi. tapi kali ni tak terpegi pula booth dia. Nasib.. sebab baru je berhabis ratusan beli karya dia masa Karangkarf buat jualan ari tu.

Jumaat, 27 Disember 2024

Postcard from Indonesia

Postcards are like mini voyages, taking us on a journey through the eyes of another

- the postcard -

........................................................................................


Saja lah nak berlagak.. aku dapat postcard dari Indonesia

ok bye 😝

😝

Jumaat, 25 Oktober 2024

Postcard from Milan, Paris

Travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on, deep and permanent, in the ideas of living.”

- Miriam Beard -

.............................................................................................


Last two week, bos kecik aku gie paris untuk tranning simulator pesawat kat paris.

Bos-bos ni kalau outstation jauh selalu lah beli survenior kat aku. Tapi fridge magnet paris aku dah dapat banyak. so kali ni aku request nak poskad.

Macam nak start kumpulkan poskad sekarang lah. New hobby plus new habit nak paksa orang bagi poskad kat aku :P


Cantik kan.. suka sangat. Ni poskad kedua yang aku terima. Sebelum ni aku ada terima dari member yang pergi sabah.


Lepas ni kalau travel mana-mana nak beli poskad lah.

Ingat nak guna poskad ni untuk buat jurnal. sayang pula. cantik sangat. susah pula nak dapat lagi kan.

Kita simpan dia dalam album lah.

thanks tuan fazulli sanggup layan kerenah anak buah sengal dia ni. haaa haa

Ahad, 20 Oktober 2024

Replica of my house, Year 3 English

 “Home is where one starts from.” 

 - T.S. Eliot - 

..............................................................................................


Ingat tak aku ada  mention pasal projek si kecik ni kat sini?

Taraaaaa

inilah projeknya



buat replika rumah untuk subjek english.

14 September ari tu cikgu dia masuk dalam gorup whatsup kalau ada sesiapa yang sudi buat replika rumah. Macam projek cuti sekolah lah.

so kita pun bersemangat lah nak join.

Tapi buat slow-slow je. 

Bab potong memotong memang maknya lah.

Si kecik ni tolong bab gam dengan semua tulisan untuk tanda dan nota.

Bila cikgu tengok ramai pula yang join makin bertambah seronok cikgu. Buat pameran kat dewan. Guru besar minta semua kelas dari darjah 1 sampai darjah 3 (sesi petang) turun untuk tengok pameran.

Cikgu yang jadi juri pun dah rambang mata nak bagi markah.

Happy betul guru besar. Cikgu english pun tak sangka ramai parents yang nak join.





Cantikkan replika diaorang no

Hebat-hebat ciptaannya. Sangat Kreatif!

Alhamdullialh.. rumah replika kami dapat no 7.

tapi hadiah dia si kecik ni bolot sorang-sorang ye

hmmmmmmmmmm

Sabtu, 14 September 2024

Perlu tapi tak penting - Mouse Travel

“We usually save money to waste it.”

-Mokokoma Mokhonoana-

.......................................................................................................


Semalam aku tengah update blog pasal Cafe Salim tu

Dan-dan notification masuk kat whatsapp kata barang aku dah sampai.

oh barang yang aku tunggu-tunggu dari hari isnin.. Isnin pun belinya :P tapi excited nak tengok bendanya macam mana.

Aku pun berlari ke lobi untuk menerima bungkusan tersebut.

Ok tipu.. tak lari pun.. jalan terkedek-kedek je.


Kita story dari awal balik apa yang terjadi ye.


Kisahnya....

Aku selalu bawa laptop ni hayak ke hulu ke hilir. Pergi opis, pergi outstation hatta balik kampung.

Sebabnya aku tak leh nak ramal bila akan guna dia. Dia macam pengalaman mengajar kita erti kepentingan sesuatu benda.

Pernah tau sekali dua tiga kali entah lah tak ingat. Time aku tak bawa laptop mesti kena guna.

Lagi-lagi time bercuti. Sakit betul hati ni.

Aku tak marah pun orang atasan. cuma geram.. bila kita ni tercongok kat opis tak dicari.. tak di tanya.. time takde berdesup-desup whatsup masuk tanya macam-macam.

ye aku tahu aku sorang je yang pegang duitnya kat situ. Jangan lah tunjuk yang korang sayang aku sangat sampai kalau sehari tak jumpa tak lengkap hidup tu.

haaa haaaa


Aku pula kan 'orang lama'. even laptop ni jenis touch screen tetap nak kan mouse. 

wei.. naik menyampah aku kalau takde mouse. Kadang-kadang bila kita touch tah apa-apa jadinya. Gemok sangat ke jari aku ni?


Hb aku adalah beli mouse.. jenis bluetooth. warna hijau of cozzzz

Sekali mouse tu kena rembat ek. Si abang amik untuk main game.

Dia tak mau yang berwayar-wayar. tak best katanya

hamboiii anakkkkkk.

makin berlemak

tapi aku tak sampai hati lah nak amik balik.

Nasib mak ko baik.. berhati mulia


Stress takde mouse aku pun masuk lah kedai oren tu.

Taraaaaaaa.... ini lah mouse terbaru aku. Mouse Travel.

Di kecik dari yang biasa tapi ok di tangan aku ni. 

Salah satu kenapa aku beli dia sebab senang letak dalam beg case yang aku sumbat charger dan pelbagai wayar. Takde lah kembung semacam. Ringan je dia.

Kalau buat kerja yang lama tak sesuai rasanya. Ini kalau bawa lepak-lepak kat cafe ke.. taman ke.. untuk update blog  just nice.

Dia ada sekali bagi bag case. Maunya jap lagi case dia ni aku sumbat sekali dengan tumb drive yang dah berlambak dalam beg tu.

Ok dah sampai mousenya mesti bersemangat kan nak update blog. haaaa haaaa tak juga!


sampai terus test. bluetooth semua ok

dia bagi beg case dan wayar

Ahad, 17 Disember 2023

I love journaling for memories

 “I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out.” 

- Elizabeth Barrett Browning -

...................................................................................................................................


Aku suka buat jurnal.. 

Aku suka menulis tapi aku lebih suka karya kreatif. kadang-kadang bukan semua benda dapat aku kongsi dalam FB, Insta, Tik tok hatta blog.

Walaupun umur dah lanjut macam ni tapi aku tetap nak menghasilkan sesuatu yang comel dan cantik.. kalau bukan pada mata orang tapi cukup pada pandangan mata aku.

the point is... shopping tadi aku beli lagi sticker comel-comel.. terbang duit lagi. haaa haaa

Rabu, 21 Jun 2023

My first and maybe my last Starbucks Tumbler

 Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia 

- Imam Syafie -

....................................................................................................................................................

Orang selalu kata siapa yang minum kat Starbucks ni orang 'have-have'.. orang katalah. ye ke? tapi pada aku itu pilihan masing-masing. setiap orang kan ada kehendak dia tersendiri.

Macam aku.. minum kalau aku nak. Buat layan tekak je..


Sebenarnya lepas pindah tempat baru ni, aku dah kerap bawa air panas. Iya lah nak travel sejam lebih. Konon buat peneman kebosanan lah. Sambil hadap jem sambil layan lagu sambil minum secawan kopi :P Lagi satu sebab selalu beli kat kantin air dia manis sangat. 

Sebelum ni aku buat air panas dalam tumbler jenama COFFEE. ok lah memang tahanlah. tapi sejak cik abang tu dah start selalu buat kerja luar... tumbler aku tu asyik kena rembat. Dia pun nak bawak gak kopi gi opis katanya. So aku kenalah beli tumbler baru!

Haaa haa alasan kan.. tapi betul.. tiba-tiba termasuk Starbucks.. tiba-tiba terbekenan pastu tiba-tiba terbeli.

Patutlah orang kata siapa layan Starbucks ni 'have-have'.. harga dia.. Ampun!!! tapi bila semuanya tiba-tiba... hulur jelah kad tu.. haaa haaa

hope ini yang first and last lah.. harap bertahan lama.. Mahal kot :P

Nasib dapat free gift.. member kaki Starbauck bengang sebab dia selalu beli tapi tak pernah dapat free gift ni.. wakakakakaka

Nasib free gift dia hijo :)

Wordless Wednesday #28

yup.. sebenarnya bukan aku tak pandai tapi aku M.A.L.A.S tapi kalau ada upah automatik aku akan rajin. cuma orang yang suruh tu pun MALAS na...