Bertungku
Gambarajah tungku batu sungai, daun mengkudu dan kain batik
Bertungku adalah proses memanaskan besi ataupun batu. Selepas itu, bungkus dan tuam haba itu ke badan. Zaman sekarang di pasaran ada pelbagai jenis tungku tetapi kita perlu tahu yang mana tungku bagus dan tidak bagus digunakan.
Antara tungku yang tidak bagus adalah tungku yang di cas pada elektrik kerana cas yang masuk ke dalam tungku itu menjadi radiasi kepada kita dan badan semakin sakit. Seeloknya kita gunakan tungku batu sungai kerana batu sungai apabila di tuam ke badan haba akan meresap dan kita akan rasa selesa.
Selain itu, kesakitan itu akan berkurangan dan peredaran darah menjadi lancar. Jika menggunakan tungku besi kita akan merasa panas dan pedih sahaja. Kemudian tungku herba pula ada manfaatnya tetapi mudah sejuk. Jadi perlu kerap panaskan tungku itu.
Batu yang dipanaskan selama 1 jam boleh digunakan sehingga 2 jam. Tungku garam pula lebih bagus daripada tungku batu sungai. Walau bagaimanapun, tungku garam ini agak susah sedikit kerana perlu dipanaskan menggunakan ketuhar .
Pada zaman dahulu, bukan semua negeri mengamalkan teknik bertungku. Hanya di negeri Pulau Pinang dan negeri pantai iaitu timur Terengganu, Kelantan dan Pahang sahaja. Tetapi sekarang semua ilmu dikumpulkan hampir semua negeri menggunakan teknik bertungku. Bertungku ni hampir sama dengan mengurut. Fungsi bertungku dan mengurut sama sahaja iaitu untuk melancarkan peredaran darah, pecahkan angin dan melembutkan urat.
Herba bertungku bagus jika ada banyak. Tungku herba apabila sudah dipanaskan, bau herba itu akan bangkit. Bau herba akan merangsang sistem badan, akan mengesan bau herba adalah ubat dan apabila bau ubat masuk ke hidung ianya akan merasa tenang, rasa lebih sihat, dan rasa gembira. Batu panas yang diletakkan ke badan akan rasa selesa, melancarkan darah, rasa semakin sihat dan apabila angin pecah badan akan terasa lebih ringan.
Misal kata kita sibuk mengurut, kita tidak sempat menyediakan bahan yang banyak untuk bertungku, sekurangnya kita perlu ada satu jenis daun untuk mengelakkan kain terbakar. Jika tidak lapik dengan daun, kita akan sentiasa menukar kain disebabkan kain terbakar.
Kadang-kadang apabila kita aktif dalam bidang ini, daun mengkudu pun akan jadi botak. Jadi pilihan terakhir boleh menggunakan daun pisang. Daun pisang ini tebal jadi ambil 1-2 helai sahaja sudah mencukupi. Jangan gunakan surat khabar kerana kita hendak mengambil khasiat dari herba daun tersebut.