0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan5 halaman

Rentap

Rentap adalah pahlawan Iban dari suku Iban yang melawan penjajahan Inggris di bawah James Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Ia memimpin perlawanan terhadap upaya Brooke untuk menguasai tanah suku Iban. Pertempuran besar terjadi antara pasukan Rentap dan Inggris pada tahun 1849 dan 1861, yang menyebabkan banyak korban jiwa di pihak Rentap namun Rentap selalu melarikan diri. Rent

Diunggah oleh

punita
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
2K tayangan5 halaman

Rentap

Rentap adalah pahlawan Iban dari suku Iban yang melawan penjajahan Inggris di bawah James Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Ia memimpin perlawanan terhadap upaya Brooke untuk menguasai tanah suku Iban. Pertempuran besar terjadi antara pasukan Rentap dan Inggris pada tahun 1849 dan 1861, yang menyebabkan banyak korban jiwa di pihak Rentap namun Rentap selalu melarikan diri. Rent

Diunggah oleh

punita
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 5

Rentap (1800 - 1870) - Pahlawan Sarawak

Rentap - pahlawan Iban


Rentap menggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebut nama
Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya terhadap kuasa
penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo,
pada abad ke-19.

Penentangan terhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap


yang berpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong, sebagai
lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang pejuang yang mempertahankan
negeri dari penjajahan Inggeris, bukannya lanun seperti anggapan penjajah.

Pengkaji sejarah tempatan, Dr Chang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau
menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud
Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau
selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya. Rentap dikatakan
membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar dari Barat yang berniat jahat ingin
menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu.

Disebabkan sikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri
menggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancang menghapuskan
kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas dan Skrang.
Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang Iban

Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap di Pustaka Negeri, di
Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentangan Rentap adalah berdasarkan keterangan
keturunan generasi keenam pahlawan itu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau
dalam bukunya `History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.

Rentap yang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turut menggelar
James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduk negeri ini dan
mengenakan pelbagai bentuk cukai.

Pertempuran pertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844
membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-dua pihak. Rentap
berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris mati dalam pertempuran itu manakala
56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk
menyerang Skrang dan Saribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di
sana.

Kali ini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis dan Ranee serta 80
kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentap bersama pengikutnya Abang Apong
dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yang turut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan
Rentap di Beting Maru, Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuran
angkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.

Rombongan pengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserang
angkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalam pertempuran lima
jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh dan ramai melarikan diri ke dalam
hutan serta memaksa mereka berundur jauh ke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai
Skrang.
Kubu Rentap di Tabbat

Rentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kaki Gunung Sadok
menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atau awal 1850 menghantar
Arthur Crookshank membina Fort James di Lingga yang menjadi persimpangan Sungai
Skrang dan Sungai Lupar.

Pembinaan kubu Inggeris tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluan
mereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan yang selain itu
bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnya Linggir dan Aji di persisir
pantai. Pada 1852, Brooke membina satu lagi kubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari
mengganggu pengikutnya sekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan
pahlawan itu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga.

Brooke kemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang , mengajaknya
keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakan rundingan damai, namun Rentap
enggan.

Setahun kemudian, pengikut Brooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari
Nanga Skrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah dan membunuh
seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawab mengukuhkan pasukan
penjajah di Lingga.

Pasukan Rentap kemudian berundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi
melancarkan serangan balas dan kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagai wira
kaum Dayak di Sarawak.Bagi menghalang orang lain membantu Rentap dan menjadikannya
lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke ke merata tempat untuk menahan mereka
disyaki membantu pahlawan Iban itu.

Pada Ogos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untuk menyerang
kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata api manakala pasukan
Rentap menyerang balas menggunakan meriam. Pada sebelah petang, wanita dan kanak-
kanak kelihatan meninggalkan kubu Rentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban
yang lengkap berpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadok
dengan membawa Rentap yang tercedera.

Brooke bagaimanapun tidak meneruskan serangan ke Bukit Sadok, ini membolehkan


Rentap menguatkan kedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau
Kuta Rentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahil dihampiri musuh.
Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintah dengan gelaran Rajah Ulu atau
Raja Ul dan menjadikan Bukit Sadok pusat kepada semua penduduk tempatan yang
menentang pemerintahan Inggeris.

Berikutan kedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagi


memusnahkan kekuasaannya. Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkan bagi
memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepas melancarkan serangan
bertali arus pada ekspedisi terakhir Brooke berjaya menawan dan membakar Kuta Rentap
pada 28 Oktober 1861, Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga
Entabai, Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia akibat
tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Kronologi:

Pada 7 Jun 1857, Ekspedisi Sadok Pertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan
semua kawasan pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan
pengikut Rentap.

Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadok yang sama tinggi dengan
kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat dan melancarkan serangan ke kedudukan
musuh. Dengan kekuatan 4,000 askar, Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana
dibina menggunakan kayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentap
juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika menyerang Allan
Lee, di Lintang Batang pada 1853.

Pasukan Brooke ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan
akhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.

Pada Ogos 1858, Brooke melancarkan Ekspedisi Sadok Kedua untuk menghapuskan kuasa
Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampu menembak lima puluh
peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turut gagal kerana senjata itu tidak mampu
menembusi dinding Kuta Rentap dan Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas
dengan serangan betubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan
senjata api.

Pada September 1861, Brooke melancarkan Ekspedisi Ketiga Sadok yang lebih besar
dengan buruh untuk membuat jalan di hutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam
pertempuran jarak dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang
digelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok, keesokan paginya,
serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlaku berbalas serangan menggunakan meriam
antara Bujang Sadok dengan Bujang Timpang Berang yang dimiliki Rentap.

Malangnya, salah seorang pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok
dan darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang tidak
berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan dinding keras Kuta
Rentap.

Anda mungkin juga menyukai