Rentap
Rentap
AGI IDUP
AGI
NGELABAN
DOL SAID
PENGHUL
U NANING
SYARIF
MASAHOR
DATO’
MAHARAJ
A LELA
DATO'
BAHAMAN
TOK
JANGGUT
MAT
SALLEH
.ANTANOM
YAMTUAN
ANTAH
MEMPERTA
HANKAN
KEDAULAT
AN SERI
MENANTI(I)
HJ ABDUL
RAHMAN
LIMBONG
RAJA
MAHADI
BIN RAJA
SULAIMAN
Kubu Dato’
Maharajalela.
KESAN PENENTANGAN
Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’
Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum
gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan
Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke
Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail
dibuang negeri ke Johor.British tegas
menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’
Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan
orang Melayu.
Dato' Bahaman
Dato' Bahaman
1868-1931
Dalam darah keturunan Melayu mengalir
semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah.
Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur.
Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman
ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap
British di negeri Pahang pada tahun 1892.
Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman
menentang pelaksanaan Undang-Undang barat
yang telah mengetepikan adat resam orang
Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato'
Bahaman(Orang Kaya Semantan) dengan
lantangnya menyuarakan bantahan terhadap
pelaksanaan undang-undang tersebut serta
ketidakadilan terhadap masyarakat Melayu pada
waktu itu. Semangat keperwiraan Dato'
Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa
kekuatan senjata yang mencukupi, beliau tetap
berupaya mempertahankan orang Melayu di
negeri Pahang.
TOK JANGGUT
Posted by AqilahAhmad Monday, March 2 2015
LATAR BELAKANG
Nama sebanarnya ialah Haji Mat Hassan bin
Munas
Beliau juga dikenali sebagai “Tok Janggut”
keran beliau menyimpan janggut sehingga ke
paras dada.
Anak kelahiran Kampung Jeram, Pasir Puteh,
Kelantan.
Mendapat pendididikan di sebuah pondok di
negeri Kelantan.
Beliau menetap di Kampung Nering, Kelantan
Sangat mahir dalam ilmu persilatan.
Bekerja sebagai petani dan peniaga.
SEJARAH PERJUANGAN TOK JANGGUT
Tok Janggut atau nama sebenar beliau Haji Hassan
bin Panglima Mat Munas. Beliau dikatakan
menyimpan janggutnya sehingga keparas dada,
disebabkan itulah beliau digelar Tok Janggut.
Beliau mendapat pendidikan di Mekah serta mahir
bersilat.
Punca perang Tok Janggut adalah cukai yang
diperkenalkan oleh kerajaan British yang masuk
campur dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan
sejak Perjanjian Inggeris-Siam 1909.
Pada awalnya Tok Janggut dan pengikutnya
tidaklah menentang soal cukai.Tetapi disebabkan
proses untuk membayar cukai menjadi sulit dan
menyusahkan, membuat Tok Janggut serta
pengikut lewat membayar cukai, dan kena hadir ke
mahkamah. Tok Janggut Ingkar dan tidak hadir ke
mahkamah, begitu juga pengikutnya.
Dari situ tercetusnya perang. Tok Janggut dan
pengikutnya pada waktu di gelar sebagai
'pemberontak'. Kini barulah beliau dipandang
sebagai wira dan perjuang yang berani menentang
Bristish. Walaupun dia terkorban dalam
menpertahankan hak. Jenazah tok janggut teruk
diseksa.
FAKTOR PENENTANGAN TOK JANGGUT
British memperkenalkan peraturan cukai tanah
yang mewajikan petani membayar cukai tanah
pada tahun 1915.
Petani dikenakan pelbagai cukai yang
membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sireh dan
ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di Bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan ditangkap dan didenda.Sikap biadap
pegawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British.
Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad
menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut
seruan tersebut dengan melancarkan penentangan
terhadap British di Pasir Puteh.
.ANTANOM