Commercial Break

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Madinah: Komunikasi secara online (Facebook, Twitter, Email)

Buat pertama kalinya, Madinah Haj Ministry telah melancarkan perkhidmatan komunikasi secara online melalui beberapa saluran social networking, seperti Twitter dan Facebook.

Kementerian itu turut menyediakan saluran telefon yang boleh di hubungi untuk sebarang pertanyaan oleh para jemaah.

Muhammad Al-Beijawi, ketua kementerian berkata langkah ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki dan menaiktaraf perkhidmatan Haji dan Umrah.

Kementerian ini akan memastikan perkhidmatan baru ini menepati piawaian dan kualiti yang di tetapkan untuk memastikan perhidmatan yang cemerlang kepada jemaah haji dan umrah.

Buat masa ini ia masih lagi di dalam Bahasa Arab, tetapi ia akan dinaiktaraf secara berperingkat.

Untuk bakal jemaah haji dan umrah, ini maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut:

Haj Ministry's Twitter account: Hajmadina@
Facebook account: Hajmadina

Untuk berita lanjut dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini http://www.arabnews.com/news/574301

Thursday, May 22, 2014

Tahap Kesihatan Jemaah Haji tahun ini akan di saring dengan teliti

Berikutan penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi, visa umrah untuk 15,100 bakal jemaah umrah Malaysia masih menjadi tanda tanya. 

Dan kerana itu juga, Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuat kajian lebih teliti terhadap tahap kesihatan mereka yang akan dipilih mengerjakan ibadah haji di Mekah pada tahun ini. Ia adalah untuk kebaikan jemaah haji.

Berita daripada Sinar Harian bertarikh 21 Mei 2014 adalah seperti di bawah:


KOTA BHARU - Lembaga Tabung Haji (TH) kini membuat kajian lebih teliti terhadap tahap kesihatan mereka yang akan dipilih mengerjakan ibadah haji di Makkah tahun ini berikutan penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di Arab Saudi.


Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesihatan yang terbaik untuk menghindarkan mereka dijangkiti penyakit berkenaan.

"Tabung Haji mempunyai sistem saringan kesihatan terbaik untuk bakal jemaah, kita tengah kaji dengan teliti siapa yang hendak pergi mengerjakan haji, kita tidak nak jemaah pergi dan meninggal dunia di sana kerana masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Membara Seminar Keusahawanan Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Abdul Azeez berkata walaupun saringan kesihatan yang lebih ketat dilakukan, ia tidak menjejaskan kuota jemaah haji negara ini kerana terdapat lebih satu juta orang berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi kini berusaha dengan inisiatif yang proaktif dalam memantau dan mengawal penularan penyakit berkenaan agar keadaan kembali normal, katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi dalam menangani penularan penyakit berkenaan.

"Kita kena hormat undang-undang negara Arab Saudi, dia bukan tidak beri (mengerjakan umrah) tetapi dia minta tunggu sekejap dia hendak kemas kini dalam konteks kesihatan.

"Kita nak pergi, ejen pelancongan hendak orang pergi, tetapi kalau kita tahu tempat itu bahaya buat masa ini biar mereka selesaikan dahulu masalah itu, mereka tahu tahap dan kawal situasi tersebut," katanya.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi tidak akan membuat keputusan sewenang-wenangnya kepada Malaysia sebuah negara yang sentiasa dihormati malah disanjung dalam mengendalikan jemaah haji dan umrah.

Akhbar hari ini melaporkan agensi dan syarikat pelancongan yang menguruskan perkhidmatan umrah dijangka mengalami kerugian sekitar RM100 juta jika sejumlah 15,100 permohonan untuk mendapatkan visa umrah tidak diluluskan. - Bernama


Sumber:

Thursday, May 8, 2014

Penipuan Pakej Umrah


Nampaknya baru-baru ni kes penipuan umrah kerapkali terjadi dan ianya semakin meningkat tahun ini iaitu lebih 100 peratus berbanding tahun lepas. Ia mengakibatkan orang ramai berasa ragu dan bimbang untuk menunaikan umrah.

Untuk lebih yakin dan selamat, umat Islam yang berhasrat menunaikan umrah bolehlah menggunakan pakej swasta yang telah diluluskan oleh tabung haji.

Untuk senarai pakej swasta yang telah diluluskan oleh tabung haji sila rujuk entri ini. 


Ini berita penuh mengenai penipuan pakej umrah yang bertarikh 7 Mei 2014. (sumber Astro Awani)



KUALA LUMPUR: Persatuan Agen-Agen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mendesak pihak berkuasa agar mengenakan hukuman yang lebih berat kepada individu atau agen pelancongan yang terbabit dalam penipuan pakej umrah.


Presiden MATTA, Hamzah Rahmat berkata desakan tersebut dibuat ekoran peningkatan kes penipuan pakej umrah yang semakin menjadi ekoran undang-undang sedia ada hanya mengenakan denda kepada pesalah.

Katanya, ekoran hukuman yang ringan itu, kejadian penipuan pakej umrah ini masih berlaku biarpun sudah banyak pendedahan dibuat.

"Kami (MATTA) mahu pihak kementerian (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) mengambil tindakan yang lebih keras seperti penjara disamping denda yang sedia ada kepada mereka yang terlibat dalam penipuan pakej umrah," katanya dalam satu sidang media di Wisma MATTA, di sini pada Selasa.

Selain itu, MATTA juga mahu kedutaan Arab Saudi menyenarai hitamkan syarikat atau individu yang terbabit dalam penipuan pakej umrah.

Hamzah berkata, pihaknya juga akan berusaha mengenalpasti serta menghantar senarai agensi serta individu yang terbabit dengan penipuan untuk diambil perhatian pihak Kedutaan Arab Saudi.

Kes penipuan yang meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lepas telah mengundang kerisauan umat Islam di negara ini terutamanya mereka yang berhasrat mengerjakan umrah tahun ini.

Katanya, MATTA juga akan mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai penipuan pakej umrah ini di media massa dalam masa terdekat.

Tambah beliau, antara masalah utama yang menjadikan kes penipuan pakej umrah terus meningkat ialah sikap mudah percaya orang ramai terhadap individu atau syarikat yang mendakwa mereka agen muasassah.

Agen-agen tersebut, kata Hamzah turut mengiklankan khidmat palsu mereka melalui media massa.

Beliau menasihatkan umat Islam yang mahu menunaikan umrah agar meneliti setiap tawaran yang diiklankan menerusi media massa.

"Iklan yang dilengkapi nombor lesen pendaftaran agensi serta syarikat wajar diteliti sepenuhnya agar tidak terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan," katanya.

Hamzah juga tidak menolak kemungkinan MATTA dengan kerjasama Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) akan memperkenalkan harga minimum yang realistik bagi rujukan pengguna sebelum terus membuat bayaran tempahan untuk pakej umrah pada masa depan.

Selain daripada itu, MATTA juga menggesa agar bahagian pengiklanan di media massa memberi perhatian penuh kepada pengiklan pakej umrah dan juga pakej pelancongan lain dengan meneliti butiran serta latarbelakang syarikat sebelum disiarkan.  

Sumber: 

Monday, April 21, 2014

Panduan dan tips di imigresen dan lapangan terbang untuk bakal jemaah umrah

Berikut adalah beberapa panduan dan tips di imigresen dan lapangan terbang sebelum berangkat untuk tatapan bakal jemaah umrah: 



1. Bagasi - Kebanyakan pakej umrah membekalkan beg-beg seperti berikut:

a)1 beg kasut
b)1 beg telekung
c)1 beg sandang
d)1 beg kabin
e)1 beg baju. 

Kebiasaannya, TA akan menasihatkan anda check in beg kabin, dan menyimpan barang2 kecil dalam bag sandang. Sebaiknya anda simpan baju-baju dalam beg kabin, dan masukkan beg kabin, dan yang lain2 dalam beg baju dan check in bag tersebut. Semudahnya hanya bawa beg kecil yg mengandungi buku doa kecil, ubat2, tisu, telefon, sedikit wang dan passport ke dalam kapal terbang. Dengan cara ini pergerakan kita akan lebih pantas tanpa perlu risau tentang beg2 yg lain.

2. Pastikan mana kaunter yang anda perlu check in di KLIA. Sila rujuk TA anda terlebih dahulu. Kaunter bagasi selalunya dibuka 3jam sebelum penerbangan. Anda boleh check in beg dikaunter, berjumpa TA dan selebihnya merehatkan diri di cafe ditingkat bawah. Jika anda perlu megerjakan solat, bersolatlah disurau di bahagian arrival, kerana surat ditingkat 3 terlalu jauh dibelakang.

3. Briefing oleh TA selalunya akan diadakan 1 jam sebelum check in. Passport, boarding pass, arrival slip dan medical card akan diserahkan diwaktu ini. Jika TA anda menawarkan servis prepaid, belilah disini kerana iannya lebih murah. Semasa briefing dgn TA, pastikan anda dimaklumkan no kaunter utk melepasi imigresen (item 4) dan gate berlepas (item no 5). Kebiasaannya kerana gate berlepas ini jauh, anda akan menaiki train selepas urusan imigresen selesai. Bila turun train, carilah No Gate Berlepas. Jika tidak pasti, boleh tanya petugas KLIA disitu @ lihat monitor2 screen yg berada di kaunter pertanyaan. Kemudian boleh sambung item 5. ini memudahkan anda jika anda terlepas keluar dari group anda.

4. Urusan di imigresen - sila pastikan privacy pengguna lain. Berdiri dibelakang line kuning. Jgn potong que kerana anda akan di tegur oleh pegawai imigresen dan di suruh beratur semula dibelakang sekali. Di Malaysia, sistem scan passport dan cap jari diaplikasikan, dan bagi mereka yg jarinya kering, dinasihatkan letaklah losyen di ibujari supaya senang scanner tu scan ibu jari. Disini, anda akan diminta utk letak passport anda dan letak ibu jari. Lihat screen arahan bergambar cara2nya. 

5. Scanning kaunter. Anda akan diarahkan meletakkan beg2 yg anda bawa kedalam mesin imbasan. Harap maklum bahawa bahan cecair seperti mineral water, air panas, shampoo, minyak2 urut, air doa dan sebagainya TIDAK dibenarkan bawa masuk pesawat. Anda boleh minta air panas dlm flight jika perlu. Begitu juga barang2 tajam seperti pin baju, ketip kuku, pengorek telinga, dan gunting juga tidak di benarkan. Simpanlah semua baran ni dlm bagasi yg anda check in itu. Kadang-kadang disini juga pegawai akan tengok passport, boarding pass, arrival slip dan medical card anda. 

6. Begitu juga jika anda memakai sebarang pakaian yang ada besi, contohnya seperti kasut tajam dan megandungi bahan besi, tali pinggang besi, scanner akan berbunyi. Jangan panik. Maklumkan kepada pegawai imigresen. Sebaiknya buka kasut, hp dan talipinggang dan masukkan dlm mesin scanner. Anda dibenarkan memakainya semula selepas itu.

7. Anda boleh menyimpan passport, medical card dan arrival slip anda. Selepas ini anda akan menaiki kapaltrbang dan hanya perlu tunjuk boarding pass. Ikut arahan flight attendance.

8. Dalam kapalterbng, seat number selalunya berada diatas tempat mnyimpan barang. Jika anda perlu simpan barang, lakukannya segera dan duduk, kelewatan anda akan mengganggu laluan penumpang lain. 

9. Menu dalam flight: Jika anda menaiki Saudi Airlines, menu yg disediakan adalah berbentuk western, mengandungi karb, protein dan sayur. Jika anda perlukan karb berbentuk nasi, mintalah protein berbentuk ikan, utk karb kentang pula, anda akan diberi ayam atau daging. Jangan trperanjat jika anda pilih ayam atau daging, anda akan dpt bersama mash patato, atau wedges. Jika nak nasi, pilihlah ikan.

10. Ini adalah penerbangan 8 jam, hormati penumpang lain. Rendahkan suara bila berbual. Bawalah mask tidur jika anda silau. Pillow kecil dan selimut kecil ada disediakan. Selamat menikmati penerbangan anda.....


Thursday, May 30, 2013

Ministry of Hajj reduce the number of Umrah visas during Ramadan due to expansion under work which will not be completed

Only '' 500 000 Umrah visas '' 
for next Ramadan

26 May 2013

The Ministry of Hajj on an annual basis opens the door to pilgrimage(Umrah during Ramadan) for nearly 1.5 pilgrims, but the Chambers of Commerce and Tourism in the Arab countries and Islamic surprised by the arrival of the decision of the Ministry of Hajj goal of reducing pilgrims to about 500 thousand pilgrims in the world during the month of Ramadan next is the peak season for Umrah. 

Due to expansion of the Grand Mosque in Makkah, which will not be completed by the month of Ramadan and therefore would not accommodate the Grand Mosque to all the numbers that come to perform Umrah in the month of Ramadan, which brings the number of visitors for about a million and a half pilgrims.

Original text:

وقال بركات: إن وزارة الحج وبشكل سنوي تفتح باب العمرة لما يقارب 1.5معتمر إلا أن الغرف التجارية السياحية بالدول العربية والإسلامية تفاجأت بوصول قرار وزارة الحج المتمثل في خفض المعتمرين لنحو 500 ألف معتمر على مستوى العالم خلال شهر رمضان القادم وهو موسم الذروة بالنسبة للعمرة بسبب توسعات الحرم المكى والتي لن تنتهي بحلول شهر رمضان وبالتالي لن يستوعب الحرم المكي كل الأعداد التي تأتي لتأدية مناسك العمرة في شهر رمضان والذي يصل عدد الزائرين نحو مليون ونصف معتمر.

Thursday, May 16, 2013

Kuota jemaah umrah dikurangkan





Dokumen yang bertarikh 5 Mei 2013 ini adalah daripada pihak Muhasasah mengenai perjalanan Umrah. Kuota jemaah umrah dikurangkan dari Rejab Syaaban dan Ramadhan 1434H. 

Mungkin ini adalah arahan/langkah terbaru dari Kerajaan Arab Saudi bagi mengurangkan jemaah memasuki Al Haram disebabkan kerja kerja pembesaran Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. 

Pada jemaah yang terpaksa menangguhkan penerbangan harap bersabar kerana sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui.

Nota: Terima kasih kepada rakan FB yang berkongsi maklumat ini. Alhamdulillah.

Monday, April 15, 2013

Jika hati rindukan Mekah (ii)

Video klip ini berkisar di sekitar Masjidil Haram pada tahun 2007. Masa ni hotel benar-benar  berdekatan dengan Masjidi Haram. Sangat syahdu dan sayu melihat video ini.
Video ini di kongsi oleh rakan FB. Tidak tahu siapa yang empunya. Harap tuannya redhakan saya berkongsi di blog. Terima kasih.





Pada yang di luar sana yang rindukan Mekah, boleh juga rujuk entri ini.

Friday, April 12, 2013

Jika hati rindukan Mekah..




Jika hati rindukan Mekah.......tetapi ia amat jauh untuk di gapai
Jika hati rindukan Mekah......tetapi untuk pergi lagi sekali serasa tidak mampu
Jika hati rindukan Mekah......dan terasa diri agak goyah untuk mempertahankan kemabruran haji dan mahu menyedarkan diri agar mengingati saat-saat hati tersentuh di tanah suci

Mungkin menonton link ini akan mampu mendekatkan anda padanya. 

http://makkahlive.net/makkahlive.aspx


Anda boleh juga lihat video suasana Masjidil Haram tahun 2007 di sini

http://www.ijaie.blogspot.com/2013/04/jika-anda-rindukan-mekah.html 





Thursday, April 11, 2013

Doa yang bagus di baca semasa Tawaf

Ini adalah di antara doa-doa yang di cadangkan amat bagus di baca semasa tawaf, selain daripada doa yang telah di sediakan oleh agensi haji/umrah para jemaah melalui buku-buku kecil yang sering di edarkan.

Sebenarnya tidak ada doa yang khusus untuk setiap pusingan tawaf, malah kita boleh tawaf dengan berzikir atau doa apa sahaja yang terlintas, namun sebaik-baiknya pilih doa yang indah dari ayat-ayat suci Al Quran.


Pertama

 
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اللَّهُمَّ  إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِكتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ وَحَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِيْ الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.
 
Maksudnya ;
Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah , Allah Yang Maha Esa, tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah 
 
Ya Allah Tuhanku! daku kerjakan ibadat ini ialah kerana beriman kepadaMu dan membenarkan kitabMu, menyempurnakan janji denganMu dan menurut perjalanan (sunnah) nabiMu dan kekasihMu, Saidina Muhammad s.a.w .
 
Ya Allah, sesungguhnya daku meminta kepadaMu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan dari bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.

Kedua

 
اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتُكَ ، وَالْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمْنُكَ وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَهَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ النَّارِ ، فَحَرِّمْ لُحُوْمَنَا وَبَشَرَتَنَا عَلَى النَّارِ .
 
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِيْ قُلُوْبِنَا ، وَكرِّهْ إِلَيْنَا الْكفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ .
 
اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ . اللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ الْجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ.
 
Maksudnya ;
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.
 
Ya Allah ya Tuhanku! jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.
 
Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.
 
 

Ketiga

 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّكِ وَالشِّرْكِ وَالشِّقَاقِ وَالنِّفَاقِ وَسُوْءِ الأَخْلاَقِ ، وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِيْ الْمَالِ وَاْلأَهْلِ وَالْوَلَدِ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.
 
Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik sama ada terhadap harta, isteri dan anak-anak.
 
Ya Allah, sesungguhnya daku pohon daripadaMu keredhaan dan syurgaMu, daku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka.
 
Ya AlIah ya Tuhanku, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.
 

Keempat

 
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكوْرًا ، وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا ، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً ، وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ يَا عَالِمَ مَا فِيْ الصُّدُوْرِ أَخْرِجْنِي يَا اللهُ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوْرِ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كلِّ إِثْمٍ وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالْنَجَاةَ مِنَ النَّارِ ، رَبِّ قَنِّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَنِي وَأَخْلِفْ عَلَى كلِّ غَائِبَةٍ لِيْ مِنْكَ بِخَيْرٍ.
 
Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah hajiku haji yang diterima, usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, amal salih yang makbul dan berdagangan yang tidak rugi. Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap gelita kepada terang benderang cahaya, ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon dariMu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmatMu serta mendapat keampunan, keselamatan daripada segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syurga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantikanlah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu.
 
 

Kelima

 
اللَّهُمَّ أَظِلَّنِي تَحْتَ ظِلِّ عَرْشِكَ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّكَ ، وَلاَ بَاقِيَ إِلاَّ وَجْهُكَ ، وَاسْقِنِي مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً مَرِيْئَةً لاَ نَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيْمَهَا وَمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ عَمَلٍ .
 
Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah daku naungan ArasyMu pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan ArasyMu, tidak ada yang kekal melainkan zatMu dan berilah daku minum dari kolam nabiMu Muhammad s.a.w  satu minuman yang sedap, lazat yang kami tidak akan merasai dahaga sesudah itu buat selama-lamanya.
 
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku pohon kepadaMu kebajikan sebagaimana yang dipohon oleh nabiMu Muhammad s.a.w , dan daku berlindung denganMu dari kejahatan seperti yang dipohon perlindungan oleh nabiMu Muhammad s.a.w.
 
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya daku pohon daripadaMu syurga dan nikmatnya juga daripada apa-apa yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan. Daku berlindung denganMu daripada neraka dan apa-apa jua yang menghampirkan daku kepadanya sama ada dengan perkataan, perbuatan atau amalan.
 

Keenam

 
اللَّهُمَّ إِنَّ لَكَ عَلَيَّ حُقُوقًا كثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِيْ وَبَيْنِكَ ، وَحُقُوْقًا كثِيْرَةً فِيْمَا بَيْنِي وَبَيْنَ خَلْقِكَ .
 
اللَّهُمَّ مَا كانَ لَكَ مِنْهَا فَاغْفِرْهُ لِي وَمَا كانَ لِخَلْقِكَ فَتَحَمَّلْهُ عَنِّي وَاغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ ، يَا وَاسِعَ الْمَغْفِرَةِ .
 
اللَّهُمَّ إِنَّ بَيْتِكَ عَظِيْمٌ ، وَوَجْهَكَ كرِيْمٌ ، وَأَنْتَ يَا أللهُ حَلِيْمٌ كرِيْمٌ عَظِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي.
 
Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya banyak tanggungan-tanggunganku terhadapMu dan diantara daku dengan makhlukMu.
 
Ya Allah ya Tuhanku, apa-apa jua kesalahanku terhadapMu, maka ampunkanlah, apa-apa juga kesalahan di antara daku dan makhlukMu, maka daku minta Engkau tanggungkan untukku. Dan kayakan daku dengan yang halal dari yang haram, dengan ketaatan dari kemaksiatan dan dengan kurniaanMu dari kurniaan selainMu. Ya Tuhan Yang Maha Luas Keampunan
 
Ya Allah sesungguhnya rumahMu ini Maha Agung, zatMu itu Maha Mulia dan  Engkau ya Allah Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah, Maha Agung sukakan keampunan, ampunilah dosaku.
 

Ketujuh

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كامِلاً ، وَيَقِيْنًا صَادِقًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَقَلْبًا خَاشِعًا . وَلِسَانًا ذَاكرًا ، وَحَلاَلاً طَيِّبًا وَتَوْبَةً نَصُوْحًا ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَاحَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً بَعْدَ الْمَوْتِ ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ. وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ بِرَحْمَتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ.

Maksudnya ;
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu pohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-menyebut namaMu, barang-barang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga, dan keselamatan dari neraka, dengan kasihan belasMu ya Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Pengampun, ya Tuhan, tambahkanlah ilmu kepaddaku dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yang baik.
 


Wednesday, April 10, 2013

Polisi baru kedutaan Arab Saudi untuk dokumen pemprosesan Visa

Ini adalah maklumat terbaru mengenai visa ke tanah suci. Ia adalah berkuat kuasa serta merta

1) Semua SALINAN SURAT BERANAK perlu dicop DIAKUI SAH (Certified Thru Copy) dan ditandatangani oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan seterusnya PENGESAHAN DARI WISMA PUTRA


2) Semua SALINAN SURAT NIKAH perlu dicop DIAKUI SAH (Certified Thru Copy) dan ditandatangani oleh Jabatan Agama Islam (JAI) dan seterusnya PENGESAHAN DARI WISMA PUTRA

-Kebiasaannya pengesahan dari Wisma Putra akan diuruskan oleh agensi travel yang berkenaan

Pastikan cop (Certified Thru Copy) tersebut mempunyai
1) Nama Pegawai
2) Jawatan
3) Alamat & No tel pejabat 

Bagi wanita yang berumur lebih 45 tahun:
Bagi jemaah wanita yang telah melebihi umur 45 tahun dan pergi bersama suami, surat nikah tidak diperlukan sekiranya dimasukkan di dalam "Woman Group". Sekiranya jemaah berkeras untuk tumpang mahram kepada suami maka prosedur diatas diguna pakai.

Semoga segala urusan jemaah di permudahkan, InsyaAllah

Monday, February 18, 2013

Peluang mengerjakan umrah dengan tambang yang murah

Air Asia telah memulakan penerbangan pertamanya ke Jeddah semalam. Mungkin peluang ini boleh direbut bagi individu yang mahu menggunakan tambah murah untuk mengerjakan umrah. Namun begitu, sebelum menempah sebarang penerbangan dengan hajat untuk mengerjakan umrah, ada beberapa perkara yang harus di ambil kira dan di selidiki terlebih dahulu iaitu:-

1) Visa umrah, wajib!! Bagaimana nak dapat visa umrah? Prosedur apa yang perlu di ikuti?
2) Mutawif -sekiranya anda tidak berpengalaman menjejakkan kaki di tanah suci atau kurang ilmu mengenai umrah. 
3) Hotel - cara-cara nak booking hotel sejak di Malaysia lagi dan sebagainya.
4) Kos pengangkutan dan cara pengangkutan dari dan ke Jeddah. Kos pengangkutan ke tempat-tempat ziarah.
5) Program Ziarah lengkap. Ambil peluang untuk ziarah terutamanya untuk yang pertama kali menjejakkan kaki di tanah suci. Ia tidak wajib tetapi ia amat signifikan untuk kita mengambil tahu sirah dan sejarah lokasi-lokasi yang amat bersejarah dalam Islam.

Walaubagaimana pun apa yang penting pergilah dengan seikhlas hati, dengan setulus tujuan semuanya kerana Allah semata-mata. Ingat segala Ibadah yang Wajib yang perlu di laksanakan, kerana ia bukannya melancong. Ia adalah IBADAH.

Berikut berita mengenai penerbangan pertama Air Asia ke Jeddah.



AirAsia X’s debut flight to Jeddah takes off

Sepang (Malaysia), 1 days ago

AirAsia X, a leading long-haul, low-fare airline and affiliate of the AirAsia Group, on Saturday celebrated its inaugural flight to Jeddah from Malaysian capital Kuala Lumpur as part of its efforts to promote te Saudi city as the gateway to Makkah and Madinah.

The flight, D7 174, took off from the Low Cost Carrier Terminal (LCCT) at Kuala Lumpur at 4.30pm with 100 per cent passenger load. The flight is bound to arrive at King Abdul Aziz International Airport, Jeddah at 9pm, said a statement from the airline.

To mark the inaugural flight, AirAsia X treated the public at LCCT with kurma giveaways. The guests flying on the debut flight were showered with goodies by AirAsia X’s employees dressed in Arabic attire at the departure hall.

AirAsia X will fly to Jeddah thrice a week which will be increased to four from May onwards, the statement added.-TradeArabia News Service

Sumber:
http://www.tradearabia.com/news/TTN_230775.html

Monday, November 19, 2012

Day 41 (3 Disember 2011) - Nikmatnya susu segar unta, part 3

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud Ayat 6


Destinasi seterusnya kami dibawa ke ladang unta, tempatnya adalah tidak jauh dari Bukit Magnet. Sebenarnya, dalam perjalanan tadi memang sudah kelihatan banyak unta-unta yang dibela di ladang-ladang ini.

Kali pertama kami mengalami pengalaman yang menarik, kerana kami di benarkan masuk ke dalam ladang unta itu sendiri, berdiri di celah-celah unta dan dibenarkan menyentuh unta sekiranya berani. Bau semerbak tahi unta terawang-awang menyambut kami.

Saya tidak berani menyentuh badan unta, tetapi pendapat saya unta sememangnya binatang yang 'pemalu'. 

Dan apa yang paling menarik, kami juga di beri peluang menyaksikan susu unta di perah, dan akhirnya kami di jamu dengan susu yang segar, yang baru di perah di hadapan mata kami sebentar tadi!


Harganya 5 riyal semangkuk. Walaupun melihat cara penyediaan (i.e. memerah, menapis dan etc) susu unta tersebut agak kurang bersih disamping harganya agak mahal juga kami memutuskan untuk tetap mencuba kerana memikirkan inilah mungkin peluang hendak merasa susu unta yang segar. Rasanya memang lazat berkrim dan kelemakannya agak lebih berbanding susu lembu atau kambing segar yang mudah kita perolehi di Malaysia. Syukur juga tiada sebarang kemudharatan menimpa selepas itu!

Telah berkurun lamanya susu unta dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya ialah dapat mengubati sakit perut, edema (bengkak), masalah hati, asma, sesak nafas , kencing manis, menguatkan gigi dan menjaga gusi .

Saya rasa tak sampai hati nak sebut ini tetapi AIR KENCING UNTA juga dipercayai mampu di jadikan ubat! Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid, ilmuwan Saudi yang juga pekerja King Abdul Aziz University (KAAU) dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.  Wallahualam.





Di kelilingi oleh unta, ia suatu pengalaman yang menarik



Pertunjukan 'live' cara-cara perah susu



Susu Unta



Cuba lihat mengapa unta kat bawah ni makin lama makin mendekat?








Patutla...rupa-rupanya suami ‘mengumpan’ unta dengan menunjukkan susu yang telah di perah tadi.


Sudah puas 'bermain-main' dengan unta, kami berehat dan menikmati pemandangan di sini. Kawasan ini memang santai, ada juga tempat melepaskan lenguh kaki disediakan sementara menunggu susu diperah, ditapis dan diagihkan. Dan kesempatan inilah yang di ambil untuk mencuci mata dan memuji keindahan alam sekeliling.






Ia sememangnya kenangan yang tidak dapat saya lupakan.