Monday, 1 December 2025

Kenapa Padi Sentral Homestay Sekinchan Wajib Masuk Wishlist Percutian Anda

 5 Apr 2025-7 April 2025(Sekinchan 3 hari 2 malam) Assalamualaikum 

Bersambung dari cerita di sini.  

Kami menginap 3 hari 2 malam di Padi Sentral Homestay Makcik tempah Deluxe Twin Room yang ada dua katil single. Bilik luas dengan pemandangan sawah padi yang cantik. Disediakan tuala, shower gel, pengering rambut, selipar. Barang lain boleh ambil di kaunter masa check-in. Tiada cerek elektrik, tapi ada bekas dengan 4 cawan, dan boleh ambil air minum dari dispenser Cuckoo dekat lif. Seterika dan papan seterika pun ada kalau nak gosok baju. TV ada saluran asas, tapi boleh sambung YouTube atau Netflix. Tiada mini bar.Satu benda lucu, pintu bilik mandi bunyi agak kuat kalau tak tahu cara buka/tutup.he he he

Rooftop luas dan cantik, tapi kerusi dan meja untuk lepak petang agak terhad. Ada juga beberapa hiasan dekat sawah padi untuk gambar Instagram. Pengunjung yang tak menginap kena bayar RM1 untuk guna tandas di tingkat bawah.

Walau apa pun, kami enjoy menginap sini sebab bilik bersih dan luas . Oh ya, ada lif untuk ke semua tingkat, so tak payah risau .Bahagian paling best masa menginap kat sini tentulah pemandangan dia. Terletak tengah-tengah sawah padi, view waktu matahari terbenam dan pagi memang cantik giler (terutamanya kat rooftop,).

Sejujurnya, makcik kurang suka self check-in walaupun cepat dan moden. Panggil je makcik old school, sebab makcik suka ada interaksi dengan orang. Bab interior bilik pulak, dia ikut gaya industrial—rasa sejuk sikit untuk makcik, tapi itu memang konsep dia. Cuma tak berapa kena dengan taste makcik ngan Daus je. Takde la nak fikir banyak, chill je. Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua benda. Kalau nak yang 5-star, memanglah tak dapat tidur menghadap sawah padi. Jadi, kena syukur je dengan apa yang ada.la la la


Homestay ni berkonsepkan industrial—simple, moden, ada feel sejuk sikit. Sesuai kalau korang suka style minimalis, tapi still chill je. Cuma kadang-kadang tak kena dengan taste semua orang, tapi itu lah seronoknya, setiap tempat ada vibe dia sendiri


Budak yg  awalnya wat muka pelik  tengok homestay yg berkonsepkan  industrial


Jeng jeng… Daus buka pintu, makcik pun berdebar. Dia tak tahu macam mana rupa dalam homestay ni


Waktu paling best nak tengok sawah padi tengah hijau ialah musim pertama dari Mac sampai Mei/Jun, dan musim kedua pula dari September sampai awal November





Bilik luas, selesa untuk bergerak. Cuma sedikit terkejut sebab katil cuma ada dua bantal — kalau ada lebih, lagi best untuk keselesaan.

Yang bestnya, view dari bilik cantik, lokasi pun strategik — senang nak explore kawasan sekitar. Staff pun mesra. Untuk harga tu, memang berbaloi, dan secara keseluruhan menepati jangkaan. 




Mula-mula tu Daus pandang keliling dengan muka pelik. Makcik pun cuba tenangkan dia, ‘Dik, kau nak expect apa? Okey lah tu, janji depan tu sawah padi.’ Hahaha.



Budak yang tengah pujuk diri sendiri-ha ha ha



Takpelah tak ada almari, janji ada tempat nak gantung baju.

air minuman beli sendiri, ma


Seronok gila dapat tidur sejuk sambil menghadap sawah padi yang tengah menghijau.


Chill kat Padi Sentral, tengah sawah padi Sekinchan. Bilik selesa, tingkap menghadap sawah—matahari terbit  cantik, angin segar, tenang je!








Pastikan perut dah kenyang sebelum balik hotel malam nanti. Malam-malam dekat hotel ni susah nak cari makan.





Pintu bilik air  besi, jadi kena tutup perlahan sikit. Kalau tutup kuat, bising nanti jiran sebelah boleh dengar kan


Pintu bilik  besi, bukak tutup bunyi memang kuat. Kalau benda ni boleh diperbaiki, lagi best. Bilik mandi pula mcm licin sikit . Nasib baik disediakan selipar, senang sikit nak bergerak.














Pagi tu kami sarapan kat Medan Selera Taman Sekinchan Jaya. Pagi lagi  dah ada jual  nasi berlauk.








Nampak sedap belaka









Pekena Nescafe tarik pagi2 , barulah semangat.he he he


Sedap jugak


tanjat , rendang kerang dia kerang fresh






Padi Sentral Homestay
Lot 3925, Jalan Parit 5,
 Pekan Sekinchan, 
45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia.

Tuesday, 18 November 2025

Restoran Seafood D'Bendang Sekinchan:Tempat santai untuk pencinta seafood segar!

 5 Apr 2025 - 7 April 2025 (Sabtu-Isnin)

Takkan lah ye kitaorang dari Klang  ke Sekinchan semata-mata nak makan seafood ye dak Memang taklah, nyah. Sementara Daus tunggu result STPM dan kerja part-time kat 7-Eleven, masa yang tepat makcik ajak dia jalan-jalan. Dia pun tak pernah lagi pergi kawasan sawah padi dan desa-desa. Kalau ada pun, sekejap je di sini, tu pun masa dia kecik. Ha ha ha. Esok dia dah start belajar, malas nak kacau dia. Jadi hari ni kita manfaatkan je masa — jalan-jalan tengok sawah, hirup udara segar, ambik gambar cantik, dan opcos , makan seafood sedap! Santai habis, nyah


Kitaorang sampai Sekinchan dah petang, almaklumlah tunggu Daus habis kerja pukul 2, kalau tak silap makcik. Sampai homestay dalam pukul 5 petang. He he he, makcik ajak Daus duduk homestay — layan je, janji bilik ada tingkap nampak sawah padi menghijau. Nasib baik padi tengah menghijau, cantik mata memandang!Lepas settle check in, semua, makcik ajak Daus jalan-jalan sekitar homestay dulu. Ambik angin petang, hirup udara segar, dan sempat snap beberapa gambar sawah yang luas menghijau. Lepas tu, baru kitaorang gerak cari tempat makan seafood — memang heaven lah rasa seafood segar sambil layan pemandangan sawah yang terbentang hijau, sejuk je mata memandang. Angin lembut pun meniup perlahan, buat suasana rasa tenang gila. 



Restoran Seafood D'bendang  terletak di tengah sawah padi bersebelahan Chee Villa. Ruang parking terhad




Tempat yang selesa dan tenang


Bosan campur lapar… memang tak boleh bawa bincang


Waktu ni perut lapar gila, tak sabar nak tunggu makanan sampai



wah lega fun fries sampai dulu







Makcik syorkan sotong telur masin



Tak tahu kenapa, telur ni memang special di hati ramai orang. Untunglah jadi telur.he he he




Feveret Daus, sotong salted egg



Daus minum  jus tembikai & Makcik minum chinese tea suam



Kailan goreng bawang putih & telur dadar



Jenahak stim asam pedas ni dah siap dengan bendi dan tomato, jadi tak payah order sayur dah.



Jenahak stim asam pedas ni serius sedap, isi ikan pun fresh gila

Pengajaran dari percutian makcik ke Sekinchan — lepas ni tak boleh dah nyah jalan-jalan kat desa sampai 3 hari 2 malam. Buat 2 hari 1 malam pun dah cukup nyah



Restoran Seafood D'Bendang
Lot 3919., Jalan Sawah Ban Site B
Pekan Sekinchan
45400 Sekinchan
Selangor