(kisah umrah dan
idea behind bagi yang pertama kali)
Kisah bermula
dengan saya tidak pakai celana dalam, dan sedang lena tidur dalam kapal
terbang, siap pekej berdengkur, tiba tiba isteri kejut sebab kepten pilot
sedang buat pengumuman, bahawa pesawat akan melintas laluan Miqat Qarnul
Munazir, maka Jemaah yang mahu buat umrah, boleh berniat sekarang.
Saya yang telah
pakai kain ehram dua helai, terus raba kepala takut ada kopiah, raba punggung
takut terpakai seluar dalam (larangan ehram).
Okey, yakin
semua keperluan ehram dah siap, takde langar pantang larang, maka terus
bersedia untuk berniat umrah.
Niat ni wajib
buat, wajib rukun, jika tak buat maka tak sah. Manakala lokasi untuk berniat
bukan wajib rukun, masih sah umrah walau niat dekat hotel, tapi kena denda
seekor kambing bagi orang kelyarga miskin makan.
Maka eloklah
dalam kapal terbang terus berniat siap siap, lantas terlihatkan kami semua
berkumat kamit membaca niat dalam hati masing masing.
“Sahaja aku
berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”
Kemudian, Jemaah
lain yang turut sama memaikai ihram mula melaungkan takbir Laibakallah dengan
lembut dan sayu.. yang mana jika di alih ke dalam Bahasa melayu akan berbunyi
begini lebih kurang..
"Panggilan
Allah kami sahutkan , Tiada yang setara Mu kini kami datang
Segala pujian,
segala kenikmatan,
Kaulah Al mulk!
Kau tiada Tandingan!
Kami sahut
seruan Yang Maha Baik, Kau Terbaik, kepadaMu kami balik
Segala Hamda,
segala nikmatNya
Dikaulah Raja,
Segala Raja!
Tiba tiba,
isteri disebelah mulai menangis. Kenapa?
Katanya, terharu
sebab Allah panggil lagi, walau diri banyak dosa.
Saya juga turut
sebak, sebab tahu diri banyak dosa, dan tak layak jadi tetamu Allah, tapi masih
dipanjangkan umur dan dilorongkan untuk jadi duyufurahman.
Sambil sambil
lap air mata, sambil terkenang sebuah riwayat dari Al-Qurtubi menceritakan
perihal Nabi Ibrahim yang mana selepas siap membina kaabah, maka Allah
memerintahkan Nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke rumah Allah.
Baginda hairan
bagaimana seruan itu akan sampai ke semua manusia diseluruh dunia sedangkan
baginda hanya seorang diri di Makkah.
Allah berfirman:
“Serulah, dan seruanmu akan sampai, yang menyampaikan adalah urusan-Ku.”
Lantas Nabi
Ibrahim pun menyeru, dan Allah terus sampaikan suara itu ke seluruh alam hingga
sampai ke alam roh mendengarnya
Maka jika ada
natara kita semua yang berada di alam roh menjawab “Labbaik Allahumma Labbaik”
pada waktu itu, akan ditakdirkan berangkat menjadi tetamu Allah mengikut kadar
jawapan masing masing, jika jawab sekali, maka sekali dia akan datang sewaktu
hidup, jika tiga kali, maka tiga kalilah akan menjadi duyufurahman. Jika tak
jawab, maka tak datanglah… wallahulam, semua pilihan dari Allah.
Lantas
berguguranlah air mata duyufuRahman yang beribu ribu tahun kemudian, dapat
menyahut panggilan Allah, hingga sesak seluruh kota Mekkah dengan Jemaah umrah
sepanjang zaman.
Sampai ke
lapangan Jeddah, naik bas ke Kota Mekah, check in hotel, letak bag, dan terus
bergegas ke Masjidl Haram.
InsyaAllah,
tiada apa larangan ehram yang kami langar sepanjang perjalanan. Jika ada (kalau)
habis umrah nanti, carilah fakir miskin untuk bersedekah dengan niat membayar
dam.
Tidak lama
kemudian, dalam langkahan penuh teruja, akhirnya sampai ke pintu Masjid yang
sangat besar, lalu kami berhenti untuk basuh selipar dibimbangi ada najis
burung
Setelah yakin
selipar bersih, simpan selipar dalam Uncang besar, dan melangkah masuk Masjid
Al Haram.
Alkisahnya,
Kaabah semua dah tahu rupa bentuknya, ada di sejadah, di dinding masjid, dan
ada di video azan stesen TV, hingga tak rasa “Ajaib” lagi, tapi bila terpandang
Kaabah secara live depan mata, terus bercucuran air mata.
Ada pepatah lama
berbunyi: “Apabila keranda di usung, barulah bercuran air mata”
Tapi depan
kaabah, ““Apabila Kaabah telihat, barulah bercuran air mata”
Ada banyak
faktor manusia menangis sebaik melihat kaabah. Mungkin kesan aura rohaniyat
ibadat seluruh makhluk termasuk makaikat dan manusia sekitar kaabah.
Atau mungkin
rasa terharu sebab Allah pilih dari jutaan manusia atas dunia, kita dipilih
untuk menjadi tetamu Allah… mendekati kaabah yang banyak menjadi saksi
peristiwa kenabian.
Atau mungkin
sebab teringat dosa yang banyak, hingga tak layak mendekati kaabah, tapi Ehsan
Allah, dipilih kita.
Atau mungkin
sebab terbayang kesusahan Nabi dan sahabat, oh depan kaabah inilah Nabi
dipukul, sahabat dipukul, dicemeti, di seksa, dan di bunuh..
Apapapun
sebabnya, semua itu pilihan dan izin Allah, dalam titasan air mata, teruskan
bertaubat dan berdoa, kerana waktu ini, doa sangat mustajab.
Oh, rasa nak
peluk kaabah!
Tapi kejap,
jangan peluk, sentuh, melekat, atau cium akan kaabah lagi, masih dalam ehram
kan? Takut kena dam al maklumlah banyak minyak wangi pada kain kaabah dan batu
hajar aswad, larangan ehram mencoium bau wangi.
Eloknya mulakan
tawaf, selesaikan umrah wajib terlebih dahulu sebelum nak buat ibadah sunat.
Eh? Nanti nak
tawaf perlu niat lagi tak? tadi dah niat umrah dalam kapal terbang kan?
Jawapannya, tak
wajib dah niat, seolah kita solat, niat awal solat jer, waktu rukuk dan sujud
tak perlulah nak niat: “sahaja aku rukuk kerana Allah..” tak perlu!
Tapi jika nak
niatpun boleh, Cuma tak wajib dah.
"Ya Allah,
sesungguhnya aku berniat tawaf di Baitullah tujuh pusingan tawaf umrah kerana
Allah Taala"
Rujuk sejarah,
Nabi lepas niat umrah, teruskan Talbiah dengan suara yang kuat, dan berhenti
sampai betul betul depan kaabah, lalu nabi kucup Hajarul aswad, dan mulakan
tawaf, 7 kali, Nabi juga buka bahu kanan waktu tawaf, dan tiga pusingan awal
nabi berlari anak, dan sebelum tiba di Hajaratul asward, Nabi doa dijauhkan
dari api neraka.
Perlu di ingat,
Nabi tidak buat solat Tahayatul Masjid sewaktu sampai depan Kaabah, Nabi terus
mengucup Hararatul Aswad dan mulakan Tawaf.
Jika ada
kemampuan dan kesempatan, ambillah peluang pergi mengucup Hajarul Aswad. Jika
orang terlalu ramai dan sesak, maka cukuplah dengan melakukan istilam.
Istilam
bermaksud melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan
mencium tangan itu dengan mengucapkan: Bismillah, Allahuakbar,
Dengan nama
Allah, Allah Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah SWT
Apa-apapun,
Tiada doa khusus waktu Tawaf, boleh doa, zikir, istigfar, mengaji, semua boleh.
Jangan nak
selfie yer waktu tawaf sebab hukumnya sama macam solat, kena ada wudhu, dan
tawajjuh (tumpu perhatian)
Jom menanda tawaf
dengan Zikir, takut lupa..
1. Tawaf
Satu-Zikir mensucikan Allah (SubhanAllah 33 kali)
2. Tawaf
dua-Zikir Memuji Allah (Alhamdulillah 33 kali)
3. Tawaf
tiga-Zikir Membesarkan Allah (Allahuakbar 33 kali )
4. Tawaf
empat-Zikir paling Afdal (LaillalhailaAllah 100 kali)
5. Tawaf
Lima-Selawat untuk Nabi (selawat 100 kali)
6. Tawaf enam
-Taubat untuk diri sendiri (Istigfar 100 kali)
7. Tawaf
tujuh-Taubat Nabi Yunus 100 kali
Laa ila ha illa
anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”
“Tidak ada tuhan
selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.”
Habis Zikir nak
Doa apa?
Doa apa apa yang kita hafal, jangan lupa bertaubat, serta
doa hidayah, dan jangan lupa setiap kali kita lalu dekat dengan rukun Yamani,
kita baca doa selamat dari azab api Neraka, sebab ada 70 malaikat yang akan mengaminkan
doa khas di Rukun Yamani sampai Hajarul Asward, maka doa dijauhkan api nereka
ini, dan doa selamat dunia akhirat, jangan tinggal.. penting juga kita
bertaubat dari segala dosa dan maksiat.
Pejam celik
pejam celik, eh? Silap, kanan kiri, kanan kiri langkahan kaki tujuh pusingan,
Tawaf wajib rukun sudah selesai. Alhamdulilah.
Habis tawaf
terus buat solat sunat area depan pintu kaabah, atau makam Ibrahim, atau mana
mana ruang yang ada, dan sambung doa kat situ apa apa yang nak tambah..
Jangan lupa
minum air zam zam lepas tawaf, sebab nak doa banyak lagi kat Sa’e.. hukumnya
sunat dan sunnah, insyaAllah.
Lepas minum,
ayuh bergerak ke bukit Safar melalui pintu Safar, sampai Safar nampak Kaabah,
(zaman sekarang terlindung), di sana Nabi puji Allah, bertakbir tiga kali,
bertahlil, dan berdoa sambil pandang kaabah, dan doa Nabi adalah lama dan
panjang.
Apa Nabi doa?
Ada Riwayat, doa
Nabi adalah..
“Tidak ada yang
berhak disembah dengan benar melainkan ALLAH semata-mata, tidak ada sekutu
bagi-NYA, yang mempunyai kekuasaan, mempunyai segala pujian yang menghidupkan
dan mematikan dan Maha berkuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang berhak
disembah melainkan ALLAH, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-NYA, yang selalu
menunaikan janji-NYA, yang selalu menolong hamba-NYA serta mengalahkan musuh”
Tuan puan yang
mulia, berdoa di Safar dan Marwah ini sangat makbul, tempat yang Allah sebut
dalam Al quran dan Nabi doa berkali kali, Maka dibukit safar ini amalan Nabi
adalah bertakbir, Bertahmid, dan memperbanyakkan doa
Bacaan doa pula
tidak ada yang dikhususkan dan mintalah apa sahaja yang baik dan terniat di
hati. Nanti sampai lampu Hijau disunatkan berlari bagi lelaki.
Tips berdoa
waktu Sae.
Baiklah, Oleh
sebab ada tujuh pergerakkan ulang alik, maka saya tanda bilangan Sae dengan
gunakan Modal dari enam rukun Iman.
Sae pertama,
saya zikir dan puji Allah sempena beriman kepada Allah
Sae kedua, saya
doa sebut nama 10 malaikat sempena beriman kepada Malaikat
Sae ketiga saya
doa guna Ayat Al Quran sempena beriman pada kitab
Sae keempat saya
doa mohon sifat baik semua Nabi sempena beriman kepada Rasul
Sae kelima saya
doa selamat alam kubur, selamat di padang mahsyar, di neraca mizan, di titiap
sirat dan selamat dari api neraka sempena beriman kepada hari kiamat,
Sae ke enam:
Beriman kepada
takdir baik, maka doa khas tentang bersyukur dengan semua nikmat, walau
sekecil-kecil nikmat, hitung satu persatu, sedar sedar dah sampai Bukit Safar
Sae ke tujuh:
Beriman kepada
takdir buruk, maka doa khas tentang bersabar dengan semua ujian, walau sekecil
kecil ujian, hitung satu persatu, dan minta ilham agar dapat berjumpa hikmah
dalam setiap takdir buruk, biarkan air mata bercucuran.., sedar sedar dah sampai Bukit Marwah..
Alamak,
peninglah nak doa macam abang keretamayat, nak baca Al quran boleh tak?
Boleh….
Tahukah Korang,
Nabi pernah bersabda“Sesiapa mengucapkan Lā ilāha illallāh wahdahu lā sharīka
lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu wa huwa ‘alā kulli shay’in qadīr: seratus kali
maka baginya pahala seperti memerdekakan 10 orang hamba, dituliskan 100
kebaikan, dihapuskan 100 kesalahan, dan ia menjadi pelindung dari syaitan.
Tiada seorang pun yang lebih baik amalnya kecuali yang melakukan lebih daripada
itu.”
(Hadis Bukhari
no.6403, Muslim no.2691).
Allahuakbar,
bayangkan jika baca waktu umrah, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda
ganda.
Lepas tu kita
baca Surah Al-Ikhlās tiga kali yang mana
Nabi bersabda: Qul huwallāhu aḥad itu sebanding dengan sepertiga
al-Qur’an.” (Hadis sahih – Riwayat
Bukhari & Muslim).
Maksudnya,
membacanya sekali mendapat pahala seperti membaca ⅓ al-Quran, jadi baca tiga
kali maka mendapat pahala seperti seluruh al-Quran.
Allahuakhbar,
bayangkan jika baca dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala
berganda ganda.
Kemudian, baca
Surah Al-Kāfirūn kerana diiriwayatkan “Qul yā ayyuhal-kāfirūn menyamai
seperempat al-Qur’an (¼ al-Quran).”
(Hadis riwayat al-Tirmizi no.2894,)
Maksudnya,
membacanya sekali mendapat pahala seperti membaca suku al-Quran, jadi baca
empat kali maka mendapat pahala seperti seluruh al-Quran.
Allahuakbar,
bayangkan jika baca dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala
berganda ganda.
Lepas tu baca
dua kali Surah Az-Zalzalah iaitu Surah Idzā zulzilati (Surah 99) kerana
menyamai separuh al-Qur’an (½ al-Quran).”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)
Allahuakbar,
bayangkan jika baca dalam waktu umrah, dalam Masjidil Haram yang pahala
berganda ganda.
Tak cukup lagi?
Masih banyak pusingan?
Ada hadis
menyebut bahawa “sesiapa yang membaca Surah Qul Huwa Allāhu Aḥad (al-Ikhlās) 10
kali, akan dibina untuknya sebuah mahligai di syurga.” Hadis ini diriwayatkan
antaranya dalam Musnad Ahmad dan Sunan al-Darimi.
Bukit Marwah
masih jauh? ada hadis Rasulullah SAW mengajarkan zikir 33 kali subḥānallāh, 33
kali al-ḥamdulillāh, 33 kali Allāhu akbar yang mana Sabda Nabi SAW: “Jika kamu
lakukan (zikir ini), kamu akan mengejar orang yang telah mendahului kamu (dalam
pahala) dan tiada siapa dapat mengatasi kamu…” – yakni pahala zikir ini
menyamai kelebihan mereka yang bersedekah, berhaji, berumrah dan berjihad
Allahuakbar,
bayangkan jika baca dalam sae, dalam Masjidil Haram yang pahala berganda ganda.
Eh? Ada masa
lagi? boleh doa taubat dan minta apa apa, baca ayat kursi pun ada ganjaran
besar, baca Al Mulk dijanji bebas azab kubur, baca Al Kahfi boleh selamat dari
fitnah dajjal, banyak sangat pahala Allah nak bagi cuma kita tak ambil cakna.
Cuma suka saya
nak kongsi, ada hadis cerita bab kelebihan berdoa kepada saudara Islam tanpa
mereka tahu.
Daripada Abū
al-Dardā’ RA, Nabi ﷺ bersabda:
“Doa seorang
Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuan orang itu adalah mustajab. Di sisinya
ada malaikat yang ditugaskan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk
saudaranya, malaikat itu berkata: Amin, dan engkau juga akan mendapat seperti
itu.”
— Riwayat
Muslim, no. 2733.
Allahuakbar,
bayangkan jika doa dalam tawaf atau sae, dalam Masjidil Haram yang pahala
berganda ganda, maka tolong doakan saya, Hamka keretamayat mudah urusan dunia
akhirat serta dapat masuk syurga paling atas. Nanti malaikat akan berkata:
Amin, dan engkau juga akan mendapat seperti itu.”
Amin...
Maka selesailah
Umrah wajib sekali seumur hidup, eh? Kejap, tinggal perkara yang terakhir,
iaitu bertahalul dengan cara bercukur atau gunting rambut.. umrah selesai kat
sini sebab dah ikut tertib.
Boleh jer potong
sendiri dan hati hati jika ada orang nak tolong potong, sebab bimbang dia cas
potong rambut mencecah 50 Riyal ke seratus Riyal, padahal jika pergi bercukur
di area kedai gunting rambut luar Masjid harga sekitar 10 riyal sahaja..
Nagus cukur
sebab pahala sebanyak rambut yang kiat botakkan.
Saya terus pergi
Mall Safwa, cukur rambut kat sana, 10 riyal kos sahaja, dan terus pergi food
court, pekena Adanie tea campur karak tea dan nasi kambing.
Woha!
Sekian kisah
umrah yang boleh dibaca sebagai salah satu bahan rujukan oleh semua jemaah
umrah dalam kapal terbang, dan detail bab doa, dam, adab, sirah, serta semua
POV rakyat marhain, ada saya cerita dalam ebook Haji seronok. Elok baca dalam
kapal terbang sebab internet takde, korang download siap siap!
Woha sampai
syurga!
Ps: Semoga Allah
terima Umrah kita semua, dan makbulkan
semua doa yang baik baik sesama ummat.