Khutbah Jumaat : Pesta Maksiat DiSanggah, Jatidiri Umat DiTambah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩

Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Keadaan cuaca yang tidak menentu di mana ada negeri dilanda kemarau, banjir kilat, ribut, kebakaran dan sebagainya di mana ia merupakan teguran Allah agar kita sebagai umat beriman yakin tentang kekuasaan Allah dalam mengatur alam ciptaannya. Al-Quran dan hadis nabi banyak membicarakan tentang punca atau sebab datangnya bala bencana daripada Allah ke atas umat manusia antaranya : [1] akibat kekufuran dan keengkaran mereka kepada Allah dan rasulNya. [2] Turunnya bala Allah akibat manusia melakukan kezaliman dengan melakukan maksiat termasuk hanyut dengan hiburan yang melampau dan sebagainya. [3] Turunnya bala Allah akibat kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa terutama pemimpin yang menipu rakyat, rasuah, pecah amanah. Golongan kaya yang menipu dalam perniagaan demi mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram. Golongan kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat yang dianggap membebankan. Tidak terlepas golongan Ulama yang bisu dalam menegur perkara yang hak akibat mengejar habuan dunia.

Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥

Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩

Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

            4] Turunnya bala Allah akibat kerosakan akibat maksiat dan juga pengkhianatan terhadap alam termasuk memusnahkan hutan simpan, tempat tadahan hujan, pembangunan di lereng bukit yang membahayakan, pencemaran sungai dan laut serta banyak lagi kerosakan terhadap alam yang dilakukan oleh umat manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

قال الرسول: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي

Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin bertanya :” Wahai Rasulullah ! bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak.

                Kita menyokong penuh kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang membantah Rain Rave Water Music Festival 2026 dianjurkan di Kuala Lumpur sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang boleh mencetuskan persoalan dari sudut nilai, adab, dan hukum syarak.

Islam tidak menolak hiburan secara mutlak, bahkan mengiktiraf keperluan manusia kepada hiburan sebagai satu bentuk kerehatan jiwa. Namun begitu, hiburan tersebut hendaklah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak agar tidak membawa kepada kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai. Selain aspek akhlak dan pergaulan, penganjuran festival ini juga boleh dinilai dari sudut pembaziran, khususnya penggunaan sumber air, kewangan dan tenaga secara berlebihan tanpa manfaat yang jelas.

Perbelanjaan besar digunakan untuk menganjurkan program hiburan yang melalaikan, sedangkan terdapat keperluan masyarakat yang lebih utama seperti kebajikan, pendidikan dan bantuan kepada golongan memerlukan, maka hal ini bertentangan dengan keutamaan dalam Islam (fiqh al-awlawiyyat).

Dari sudut norma adat pula, masyarakat Malaysia yang majoritinya berpegang kepada nilai Islam dan budaya ketimuran amat menitikberatkan aspek kesopanan, kesusilaan dan penjagaan maruah diri. Penganjuran festival berkonsepkan rave dilihat tidak selari dengan nilai-nilai adat dan budaya di negara ini. Keadaan ini boleh menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat serta memberi kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah generasi muda.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Isra’ :

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦

Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

            Kitab sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada agama wajib tahu dan berwaspada dengan agenda Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :

[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam dan akhlak umat Islam. Radio Televisyen Malaysia (RTM) disaran memperkukuh proses tapisan kandungan susulan penamatan tayangan siri animasi Cleopatra in Space yang meraih bantahan kerana mengandungi elemen berunsur LGBT. RTM sebagai penyiar nasional yang dibiayai oleh dana awam memikul tanggungjawab moral dan sosial yang besar dalam memastikan setiap kandungan yang disiarkan mematuhi garis panduan serta sensitiviti tempatan.

[2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

[3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول e  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan.

Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

[5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita begitu bimbang apabila baru-baru ini pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memadam hantaran senarai syarikat yang ditarik sijil halal dan mempertahankan tindakan itu . Ini menimbulkan masalah besar berkaitan hak pengguna untuk mendapatkan maklumat mengenai status halal sesuatu produk, selain menimbulkan persoalan mengenai tahap ketelusan pihak berkuasa dalam menguruskan pensijilan halal negara

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Ketika kita di sini diserang dengan serangan pemikiran dan budaya yahudi yang merosakkan Aqidah dan ahkhlak, penduduk Gaza diserang serangan fizikal yang menghancurkan tubuh dan bangunan. Ketika anak-anak kita di sini leka bermain dengan telefon, anak-anak Gaza di“dendang”kan dengan bedilan peluru dan bom. Ketika kita di sini buntu memilih aneka juadah yang banyak, mereka di sana terpaksa mencatu makanan bagi bekalan untuk hari mendatang. Ketika kita masih boleh bergelak ketawa bersama keluarga tercinta, mereka di sana hilang semuanya sekelip mata. Mereka juga saudara kita yang wajib kita kasihi dan dibantu apatah lagi dalam keadaan mereka yang ditindas dan dizalimi. Mereka sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada negara-negara luar terutamanya saudara-saudara seiman

مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ

Maksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat/peduli hal ehwal orang Islam, maka dia tidak termasuk dari golongan mereka (muslimin)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Rejab

Hayati Isra’ Mikraj Perkuat Syariat Sekat Murtad

 Israk Mikraj DiHayati, Riba dan LGBT DiTangani

 Israk Mikraj DiHayati, Sugarbook dan Judi DiPerangi

Isra’ Mikraj Hebatkan Dakwah Tegakkan Daulah

Suburkan Sistem Islam Kuburkan Sistem Jahiliah

Ujian Ditangani Dengan Iman Untuk Kejayaan Gemilang

Isra’ Mikraj Penyemarak Perjuangan Islam

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Isra’ Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai

Julang Islam Raih Kemenangan Gemilang

Isra’ Mikraj DiHayati Sistem Islam DiJulang Tinggi

Ikut Wahyu Bahagia Turut Nafsu Binasa

Isra’ Mikraj DiHayati Kemenangan Dirai

Ruh Islam DiHayati Kemenangan Islam Dirai

Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat Wujudkan Negara Berkat

76. HINDARI CIRI MASJID DHIRAR

77. SOLAT DIJAGA UMAT MULIA

105. SOLAT TERAS KEKUATAN UMAT

Isra’ Mikraj dan Pembebasan Masjid Aqsa

150. ISRA’ MIKRAJ PERINGATAN BERHARGA

55. IKTIBAR PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Islam DiSanggah Fitnah Bercambah

Islam DiUtama Nasib Umat Terbela

54. IKTIBAR PEPERANGAN TABUK

13. PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Himpunan Khutbah Hijraturrasul s.a.w

Hijrah Julang Islam Hancurkan Jahiliah

Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah

Hijrah Daulatkan Ketuanan Islam

Hijrah Diri Daulah Perangi Jahiliah

Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang

23.Tiga Asas Terbina Selepas Hijrah

87. Cabaran Sebelum Hijraturrasul S.A.W

22. Syarat Penubuhan Daulah Islamiah

152. Lima Langkah Bina Daulah

110. Hijrah Dihayati Nabi Disanjungi

161. Jahiliah Dipuja Umat Derita

3. Hijraturrasul Dan Daulah Islamiah

88. Islam Pentingkan Kepimpinan

39. Daulah Islamiah Memperkasakan Islam

119. Hijrah Bina Identiti Umat Merdeka

40. Hijrah Menjulang Kehebatan Islam

96. Hijraturrasul S.A.W Luaskan Peranan Agama

160. Hijrah Disahut Daulah Terbentuk

128. Ukhwah Islamiah Terjaga Ummah Berjaya

71. Islam Dijulang Umat Gemilang

Hijrah Dimartabat Palestin Berdaulat

127. Korban Segalanya Demi Islam

Khutbah Jumaat : Garis Panduan Agama DiPerkasa Aqidah Terjaga

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 133 surah al-Baqarah :

 أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ ‎﴿١٣٣﴾

Maksudnya : Adakah kamu hadir ketika nabi Yaakub didatangi tanda-tanda maut di mana baginda bertanya kepada anak-anaknya : “ Apakah yang kamu akan sembah selepas kewafatanku ini?”. Lalu mereka menjawab : “ Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk moyang kami iaitu Allah Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya”.

                Manusia dan agama tidak dapat dipisahkan dalam menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan kepada setiap bangsa seorang nabi atau rasul bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia tentang kewajipan yang perlu dipatuhi dan larangan yang mesti dihindari agar kehidupan mereka diredhai oleh Allah. Para nabi dan rasul tidak meninggalkan harta benda yang banyak untuk diwarisi oleh umat manusia sebaliknya mereka meninggalkan ilmu agama yang mengukuhkan aqidah Islam dalam memastikan keluarga terdekat dan kaum mereka terus menyembah Allah selepas kewafatan mereka. Jika para nabi dan rasul meninggalkan harta maka ia pasti akan kehabisan dan umatnya akan menjadi lebih kufur kepada Allah serta saling berperang kerana berebutkan harta kekayaan dunia. Sebaliknya dengan meninggalkan ilmu agama maka ilmu dan agama terus berkembang sehingga umatnya terus berada di bawah suluhan wahyu Allah dan sentiasa berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dunia agar tidak terlibat dengan sebarang penindasan terhadap orang lain dan juga tidak terlibat dengan sumber haram seperti riba, judi, rasuah dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ‎﴿١٢٠﴾

Maksudnya :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

                        Perkara 11 pula menyatakan: ‘Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya’. Kebebasan ini membentuk perpaduan kukuh antara kaum dan dibuktikan dengan keamanan dikecapi rakyat selama ini.

Justeru, sepatutnya tidak timbul rasa prejudis komuniti bukan Islam apabila JAKIM hendak mewujudkan garis panduan mengenai kehadiran umat Islam dalam majlis atau acara membabitkan bukan Islam. Dalam Islam, ada peraturan tertentu mengenai jenis pergaulan dibenarkan, terutama dalam konteks agama dan kepercayaan. Garis panduan itu bertujuan membantu umat Islam terutama pemimpin berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam serta cara menghormati prinsip agama mereka, tanpa melanggar batasan syariat.

Garis panduan ini juga memberi panduan bagaimana umat Islam boleh berinteraksi dengan bukan Islam dengan cara sopan dan beradab, tanpa menyinggung perasaan atau menyebabkan konflik untuk menjaga keharmonian masyarakat pelbagai agama dan budaya. Ini kerana sesetengah acara mungkin mengandungi unsur bertentangan syariat Islam, maka garis panduan ini membantu umat Islam membuat keputusan bijak memilih jenis majlis atau acara patut dihadiri serta mana perlu dielakkan.

Jelas di sini, prejudis yang berbangkit adalah disebabkan kekeliruan sesetengah pihak mengenai prinsip ‘boleh dan tidak boleh’ umat Islam boleh terbabit dalam sesuatu acara atau majlis bukan Islam. Prinsip asas garis panduan itu adalah untuk melindungi umat Islam daripada pengaruh yang boleh mengganggu kehidupan beragama mereka, bukan menyekat kebebasan perhubungan antara kaum. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 37 surah al-Ra’adu :

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا وَاقٍ ‎﴿٣٧﴾

Maksudnya :Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam. Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini. Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Firman Allah dalam  ayat 217 surah al-Baqarah:

…..وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ‎﴿٢١٧﴾‏

Maksudnya : …..Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup melakukan demikian itu. Dan sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya Islam lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka mereka merupakan orang yang rosak binasa amalannya yang baik di dunia dan akhirat dan mereka itulah ahli neraka di mana mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Himpunan Khutbah Bulan Sya’aban

Berqiblatkan Sistem Islam Merawat Penyakit Umat

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang

Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan

Pengajaran Peperangan Bani Mustaliq 6H

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

Cemburu dan malu julangkan maruah umat

117. BERSUNGGUH MEMBINA JATIDIRI MUSLIM SEJATI

14. PERUBAHAN QIBLAT

94. BERSATU BERQIBLATKAN SISTEM ISLAM

32. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM

Khutbah Jumaat : Kekuatan Jihad DiBina Palestin Merdeka

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 144   surah al-Baqarah:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٤٤﴾

Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

            Kini kita berada pada minggu pertama bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Nabi s.a.w bila ditanya tentang amalan baginda yang banyak berpuasa sunat pada bulan Sya’aban lalu baginda menjelaskan bahawa Sya’aban adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Sya’aban merupakan bulan yang di dalamnya di angkat amalan-amalan kepada Allah. Maka nabi s.a.w ingin amalan diangkat sedangkan baginda dalam keadaan berpuasa.

Ibarat kata Ulama’ : “Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.” Begitu juga Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada  segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling  baik bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa, sedekah, membaca al-Quran dan memohon keampunan kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Renungilah firman Allah dalam ayat 150  surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar) 

Kita baru sahaja meninggal bulan Rejab yang mencatatkan peristiwa Isra’ Mikraj dan perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula nabi Muhamamd s.a.w sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Akibat dipasak dan ditanam dengan system penjajah begitu lama telah melahirkan umat Islam yang berfikiran penjajah yang mengagungkan segala system kuffar serta memandang hina system Islam.

2 peristiwa yang besar ini membuktikan bagaimana Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah ibarat 2 saudara yang tidak boleh dipisahkan. Jika terabai salah satunya, maka yang satu lagi juga turut akan terjejas.

David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).”

Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.”

Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa perhambaan diri kita kepada Allah dan semangat berjihad dijalan Allah adalah satu jalan untuk membebaskan Masjidil Aqsa.  

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :

إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri

Kita sebagai umat beriman yang wajib mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama terutama di bumi Palestin di mana pembunuhan beramai-ramai zionis Yahudi dan sekutu penjahatnya  sejak Oktober 2023 telah mengorbankan 47,583  nyawa dan mencederakan 111,633 orang sebagaimana laporan Kementerian Kesihatan

Akhirnya beberapa minggu lepas setelah semua pelbagai keganasan dan tndakan tidak bertamadun maka  Zinois Yahudi menerima gencatan sejata dalam keadaan terus dibekalkan senjata oleh negara sekutunya, kerana desakan di dalam negaranya sendiri supaya boleh membebaskan tawanan perang mereka dengan pertukaran, tidak sama menerima kematian dan penawanan tenteranya. Akhirnya, Israel bertindak menerima gencatan senjata laksana menyerah diri kerana gagal menghapuskan pejuang Islam dan menguasai Gaza yang juga menghakiskan tentera dan semangatnya. Adapun pihak pejuang Islam dan sekutunya bertahan menerima gencatan senjata kerana prinsip Islam mendahulukan perdamaian, walaupun mencapai kejayaan menyerang dan bertahan, bukan menyerah kalah tanpa melawan. Malah tawanan perang mujahidin telah dibebaskan dalam keadaan sihat dan selamat sedangkan tawanan Islam dizalimi dan diseksa dengan dahsyatnya oleh musuh Allah. Keadaan yang berbeza ini telah membuka mata dunia tentang keadilan Islam sehingga ramai yang memeluk Islam

Mati syahid terus menjadi idaman para pejuang Islam. Tiada perasaan takut dalam memerdekakan bumi Aqsa yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 186  surah Ali ‘Imran:

 لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٨٦

Maksudnya : Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)

Kita mengecam sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mencadangkan agar Amerika Syarikat mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran. Cadangan ini bukan sahaja tidak masuk akal, malah ia merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan sesebuah negara, mencabuli undang-undang antarabangsa, dan menunjukkan kejahilan yang jelas terhadap realiti konflik di Palestin. Tindakan sedemikian jelas melanggar prinsip asas Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva, serta resolusi-resolusi antarabangsa yang menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri. Cadangan ini juga mencerminkan sikap angkuh dan jahil terhadap penderitaan berjuta-juta rakyat Palestin yang telah sekian lama ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajib mengambil pendirian yang tegas terhadap Amerika Syarikat dalam menolak sebarang tindakan yang mencabuli hak asasi rakyat Palestin dan menjejaskan kestabilan rantau tersebut.

Kami berdiri teguh bersama rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk bebas dari kezaliman dan penjajahan.

Akibat dijangkiti virus yang merbahaya iaitu bimbang hilang kuasa dan kekayaan menyebabkan kebanyakan pemimpin umat Islam sendiri hanya memandang kecil tentang kebiadapan musuh Islam ini. Ketamakan Amerika ini bukan Sahaja untuk menjayakan perluasaan Israel Raya malah untuk membolot hasil mahsul Gaza di mana Penemuan baharu gas asli di Lembangan Levant berada dalam julat 122 trilion kaki padu manakala minyak yang boleh diperoleh semula dianggarkan sebanyak 1.7 bilion tong, menurut kajian yang bertajuk “Kos Ekonomi Pendudukan untuk Rakyat Palestin: Minyak Yang Tidak Disedari dan Potensi Gas Asli.”

Menurut kajian UNCTAD, rizab minyak dan gas asli itu mampu memberi keuntungan sehingga AS$524 bilion (RM2.45 trilion) kepada Palestin.  Yakinlah kemenangan dan pertolongan daripada Allah dengan syarat kita memenuhi syarat kemenangan. Islamlah nescaya kita Berjaya dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :

 يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ‎﴿٨﴾

Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Isra’ Mikraj DiIngat, Arak DiSekat, Umat Selamat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Kita baru sahaja meninggal  bulan Rejab yang telah menyaksikan pernah berlakunya suatu peristiwa besar pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita  dan mengimani tentang kebenaran tanpa rasa ragu dan was-was walau sedikit pun. Contohilah iman Saidina Abu Bakar  tidak mempertikaikan apatah lagi meragui peristiwa luar biasa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW pada saat ada penduduk Makkah ketika itu yang ragu tentang peristiwa tersebut.

Peristiwa yang menakjubkan ini mengajar kepada kita bagaimana cekalnya jiwa nabi Muhammad s.a.w yang mulia dalam menunaikan amanah dakwah Islam sehingga berdepan dengan onak duri ujian yang bukan sahaja berbentuk cercaan manusia malah meliputi serangan fizikal. Kesabaran nabi s.a.w dalam berdepan penentangan dakwah Islam begitu terserlah terutama setelah nabi s.a.w dilontar batu oleh penduduk Taif sehingga membawa diri ke padang pasir yang kontang dalam keadaan kepala baginda tertunduk ke bawah kerana dibimbangi umatnya yang degil dan keras ini bakal berdepan dengan laknat Allah yang dahsyat termasuk kehancuran sebagaimana yang pernah menimpa umat sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w juga menolak tawaran untuk dihancurkan umat yang degil ini sebaliknya memandang bahawa kedegilan mereka akibat dakwah Islam yang dibawa belum dapat diterima oleh generasi yang telah lama hidup dalam kepekatan jahiliah di mana baginda berharap zuriat yang bakal lahir nanti akan menerima kemanisan Islam

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  88  surah al-Maidah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨

Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

            Sebelum berlangsungnya perjalanan yang hebat ke atas diri nabi s.a.w maka diriwayatkan bagaimana dada nabi s.a.w telah dibelah dan hatinya telah disuci oleh malaikat. Sebagaimana yang ditulis pengarang Simthut Durrar, Habib Ali Al Habsyi:

 وَمَا أَخْرَجَ الْلأَمْلَاكُ مِنْ قَلْبِهِ أَذَى وَلَكِنَّهُمْ زَادُوْهُ طُهْرًا عَلَى طُهْرٍ

Maksudnya : “Malaikat tidak menghilangkan kotoran dari hati Nabi, tetapi agar hati yang suci semakin menjadi suci”

Ini juga sebagai peringatan penting agar kita sentiasa menjaga hati daripada kotoran penyakit hati seperti riya’, takabbur, dengki dan sebagainya disamping memperbanyakkan ibadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Begitu juga hati kita menjadi kotor dan punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram samada sumber dapatan atau makanan itu sendiri yang haram . Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 sebab utama mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:

[1] Takut pada neraka Jahannam

قال النبي : لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ – رواه  أحمد

Maksudnya : Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya.

[2]  orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.

[3]  orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  114 surah an-Nahlu:

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾ 

Maksudnya : Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.   

Dewasa ini industri halal negara banyak dipelopori oleh mereka yang bukan Islam. Kebanyakan syarikat pembuatan makanan khususnya syarikat bertaraf “multinational” yang dikuasai mereka yang bukan beragama Islam menguasai sebahagian besar daripada pasaran industri halal negara. Berdasarkan perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 80 peratus pemegang sijil halal JAKIM adalah syarikat-syarikat asing. Manakala selebihnya dikuasai oleh usahawan Muslim yang mempunyai kemampuan kewangan dan ilmu pengetahuan yang terhad yang menyebabkan usaha mereka untuk pergi lebih jauh dalam industri pengeluaran barangan halal negara ini tersekat.

Orang bukan Islam begitu giat menceburi industri halal disebabkan unsur ekonomi. Mereka mengetahui pasaran umat Islam negara ini begitu luas selaras dengan pengumuman kerajaaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub halal. Itu belum lagi membincangkan pasaran ke negara-negara dunia Islam yang lain. Namun bagi syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam, tidak boleh memandang remeh soal sijil halal kerana masyarakat Islam tidak boleh dipermain-mainkan dalam hal ini. Mereka perlu lebih berusaha menjaga keperluan pengguna Muslim khasnya dalam menggunakan status halal. Kepentingan makan makanan halal antaranya [1] Menyihatkan tubuh badan dari aspek fizikal, mental dan rohani. Pemakanan yang baik dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin. [2] Terhindar dari kemungkaran [3] Terhindar daripada penyakit yang merbahaya seperti haramnya daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 219 surah  al-Baqarah :

 يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir

            Ketika menghayati Israk Mikraj dan juga diriwayatkan bagaimana nabi s.a.w memilih susu yang merupakan fitrah Islam yang terbaik sebagai cara hidup. Nabi s.a.w tidak memilih arak yang merupakan perosak. Arak membawa ancaman dan bahaya kepada ketenteraman ruang awam serta memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini sudah lama dipraktikkan di negara bukan Islam lain terutama di Barat seperti New Zealand, Australia dan United Kingdom malah Singapura sendiri yang mengambil langkah proaktif mengawal penjualan minuman keras seperti mengehadkan lesen penjualan, mengkhususkan premis tertentu sahaja serta menetapkan masa terhad bagi penjualannya. Ini semua dilakukan atas dasar kesedaran bagi membendung gejala sosial dan melindungi masyarakat umum daripada bahaya yang timbul daripada arak. peningkatan berterusan statistik kes pemandu mabuk, keganasan domestik dan gangguan awam dilakukan pemabuk.

Kita sebagai umat beriman wajib menyokong sebarang usaha dalam menghadkan penjualan arak apatah lagi di Kawasan majoriti Islam. Peringatan daripada Rasulullah SAW:

اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ –  رواه الحاكم

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  114 surah an-Nahlu:

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨

Maksudnya : “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membenci.

            Ketika membicarakan tentang Isra’ dan Mikraj maka tidak lengkap tanpa menyentuh tentang perjuangan umat Islam di bumi Palestin tempat terletak Masjid Aqsa yang menjadi tempat persinggahan nabi s.a.w dalam perjalanan menakjubkan ini. Perkembangan terkini di mana perjuangan memerdekakan bumi Palsetin dan Masjid Aqsa terus berlangsung di mana zionis Yahudi gagal menghapuskan pejuang Islam yang diumumkan kononnya boleh dilaksanakan dalam masa beberapa hari, tetapi sebaliknya berpanjangan memakan masa bulan dan tahun. Ramai bala tentera Zionis dan sekutunya dibunuh dan ditawan. Adapun Palestin, Gaza, Lubnan, Yaman, Iraq, dan negara yang bersama mereka, ramai orang awam yang dibunuh dan dicederakan, khususnya kanak-kanak, warga tua, dan pesakit.

Akhirnya, setelah semua itu, Zinois Yahudi menerima gencatan sejata dalam keadaan terus dibekalkan senjata oleh negara sekutunya, kerana desakan di dalam negaranya supaya boleh membebaskan tawanan perang mereka dengan pertukaran, tidak sama menerima kematian dan penawanan tenteranya. Akhirnya, Israel bertindak menerima gencatan senjata laksana menyerah diri kerana gagal menghapuskan pejuang Islam dan menguasai Gaza yang juga menghakiskan tentera dan semangatnya. Adapun pihak pejuang Islam dan sekutunya bertahan menerima gencatan senjata kerana prinsip Islam mendahulukan perdamaian, walaupun mencapai kejayaan menyerang dan bertahan, bukan menyerah kalah tanpa melawan

Yakinlah kita tentang janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah walau berdepan dengan tentera bersekutu kuffar dan munafik. Pejuang Islam sentiasa yakin di depan kita adanya 2 keadaan samada kemenangan atau syahid yang menjadi idaman.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Taufan Aqsa Pemangkin Palestin Merdeka

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali Imran :

 وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ‎﴿١٣٩﴾

Maksudnya :  Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman

Kita umat Islam yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, ada para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:

[1] Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.

[2] Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.

[3] Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.

Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.

Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.

Seorang lagi penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  4-6   surah al-Isra’ :

﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦

Maksudnya : “Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka menjelajah di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6)

Tanggal 7 Oktober 2024, genap setahun operasi Taufan al-Aqsa yang telah menarik perhatian dunia terhadap apa yang berlaku ke atas penduduk  Palestin terutama di bumi Gaza. Tarikh ini membuka mata semua pihak daripada pelbagai agama dan warna kulit tentang kekejaman zionis laknatullah. Selama satu tahun ini, dunia luar dapat melihat satu krisis kemanusiaan yang paling buruk pada abad ini. Dalam serangan genosid yang dilakukan oleh penjenayah dunia rejim yahudi Israel dan sekutunya ke atas Palestin telah mengorbankan lebih 41,870 orang. Kementerian Pendidikan Palestin pula melaporkan lebih daripada 10,888 murid dan 529 guru serta kakitangan pentadbiran telah terbunuh. Sementara itu, 17,224 orang kanak-kanak dan 3,686 guru mengalami kecederaan. Manakala 45,000 para pelajar telah terkandas dengan sesi persekolahan telah ditangguhkan bagi tahun kedua. Di samping itu, setakat September 2024, sekurang-kurangya 297,000 unit rumah di Gaza mengalami kerosakan teruk, manakala 87,000 kediaman musnah. 

Zionis yahudi Israel melanggar Konvensyen Geneva, juga melanggar protokol keselamatan PBB. Jumlah tan metrik bom yang digugurkan menimpa bumi Gaza, berlipat kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945. Inilah fakta yang memperlihatkan betapa kejinya Israel dan sekutunya melakukan pembantaian terhadap rakyat Palestin, kekejaman ini pasti kekal dalam ingatan kita dan wajib dihentikan segera dengan apa saja usaha

Nyatakan sokongan dan solidariti kita bersama pejuang dan saudara segama di Palestin. Umat Islam yang memiliki kemanisan iman dengan berpegang teguh kepada semangat persaudaraan Islam yang disifatkan oleh Rasulullah SAW:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : “Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan mengadu sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.”

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  82   surah al-Ma’idah :

۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢

“Demi sesungguhnya, engkau (wahai Muhammad) akan mendapati manusia yang keras sekali permusuhan mereka kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan demi sesungguhnya, engkau akan mendapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesra mereka kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.’ Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”

Memerangi Yahudi adalah lebih penting daripada mengharungi perselisihan dalaman umat Islam, kerana golongan Yahudi ialah orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, dasar penjajah Zionis dan Tentera Salib serta rancangan mereka untuk menghapuskan dunia Islam telah gagal dan tumbang walaupun terdapat juga kerajaan yang zalim menghalang manusia dari jalan Allah.

Namun, penyebaran agama Allah dan dakwah masih berterusan selagi adanya malam dan siang. Gerakan jihad terus tidak berhenti, menepati janji Allah SWT

Jika musuh menyerang melepasi sempadan negara dan lebih jauh ke tanah air yang terdapat tempat-tempat suci bagi umat Islam, bahayanya lebih besar dan kewajipan mempertahankannya juga lebih besar. Namun orang-orang yang lemah iman mereka, orang-orang yang jahil, dan orang-orang munafiq akan memandang remeh akan perkara ini.

Teknologi moden telah mengubah lakaran sejarah dalam bentuk hubungan antarabangsa yang telah menjadikan negara-negara tanpa sempadan, begitu juga dalam hal ehwal peperangan, politik, ekonomi, dan media.

Kini, setiap orang perlu memainkan peranan dalam medan ini dan terlibat secara fizikal dan rohani, terutamanya dalam menghadapi kekejaman perang dan pencerobohan yang memilukan serta tidak membezakan antara sasaran tentera dengan masyarakat awam, di samping meranapkan masjid, gereja, sekolah, dan hospital, termasuk pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan orang tua. Semua itu dilakukan dengan propaganda demi menjaga keselamatan negara Israel dan kesejahteraan warganya yang zalim.

Terdapat perbezaan antara berjihad menegakkan agama Allah dengan melakukan kerosakan di muka bumi sebagaimana tindakan orang-orang yang dimurkai oleh Allah. Taufan al-Aqsa yang dicetuskan oleh pejuang Islam yang hanya melaksanakan kewajipan besar ini untuk melaksanakan perintah jihad dalam batas-batas yang ditentukan Allah SWT. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190 :

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.”

Pejuang-pejuang Islam hanya menyasarkan pihak tentera musuh dan tidak melebihi had ketetapan syariat yang adil dalam melaksanakan operasi ketenteraan mereka. Perkara ini disebarkan oleh media massa di serata dunia sehingga masyarakat dunia mula menolak Zionis dan demonstrasi mula meledak di seluruh dunia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Seluruh kekuatan ummat Islam sewajibnya dikerah untuk menggalang dana, melantunkan munajat serta doa, menggerakkan kempen kesedaran peduli Gaza serta membantu umat Islam Palestin yang sedang berkubang darah mempertahankan kiblat pertama ummat Islam. Penduduk Gaza membayar harga yang mahal, kerana merekalah benteng kepada keselamatan Masjid al Aqsa.

 Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel disamping kita perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam

Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah

قَالَ الرَّسُوْلُ : لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ-رواه أحمد

Maksudnya :“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi Muhammad s.a.w DiLaksana Sijil Halal DiPerkasa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا 

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Rabiul Awwal  yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan  khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu  . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah kepada umat manusia agar mereka mampu memilih jalan terbaik untuk berjaya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang sepatutnya kita laksanakan sebagai bukti cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w :

[1] Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana ia merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW.

[2] Memperbanyakkan selawat

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً –  رواه الترمذي

Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” 

[3] Mendalami sirah Nabi bersama ahli keluargadi manakita wajib mengajarkan kepada anak-anak tentang kisah perjuangan, cabaran dan kejayaan Rasulullah s.a.w dan para sahabat agar anak-anak terus bersemangat untuk mewarisi perjuangan Baginda.

[4] Mewarisi dan menyambung perjuangan Rasulullahdi manaSunnah terbesar yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah mendirikan negara Islam. Oleh itu, kita mesti bertekad dan bersungguh-sungguh menyambung kerja dakwah Rasulullah agar Islam terus kuat dan kukuh.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  88  surah al-Maidah:

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨

Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Antara ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w ialah dengan memperbanyakkan ibadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram samada sumber dapatan atau makanan itu sendiri yang haram . Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 alasan mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:

[1] Takut pada neraka Jahannam

قال النبي : لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ – رواه  أحمد

Maksudnya : Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya.

[2]  orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.

[3]  orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.

Umat wajib mengambil berat tentang hukum halal haram samada pada makan minum itu sendiri dan sumber dapatan untuk berkat dunia dan selamat di akhirat

أَرْبَعٌ إِذَا كُنَّ فِيكَ، فَلاَ عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ، وَصِدْقُ حَدِيثٍ، وَحُسْنُ خَلِيقَةٍ، وَعِفَّةٌ فِى طُعْمة – رواه أحمد

Maksudnya : Ada 4 perkara apabila keempatnya ada pada dirimu, maka segala urusan dunia yang luput darimu tidak akan membahayakanmu : menjaga amanah, berkata benar, akhlak baik dan menjaga urusan makanan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال النبي : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ – رواه البخاري

Maksudnya : Sungguh akan datang kepada manusia suatu zaman, yang saat itu seseorang tidak peduli lagi dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal ataukah yang haram.

KIta umat Islam wajib memastikan sebarang produk yang gagal mempamerkan logo halal yang boleh menimbulkan keraguan adalah wajar dijauhi. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang menyebutkan:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ –  رواه الترمذي

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”

Al-Imam Ibn Rajab menjelaskan bahawa jiwa orang beriman berupaya untuk merasai keraguan atau syubhat sesuatu perkara.  “Dan adapun perkara yang syubhat itu boleh diketahui oleh hati melalui perasan tidak tenteram.”

Sekiranya kita berasa tidak tenteram dengan sesuatu produk atau restoran, maka tinggalkanlah produk atau restoran tersebut. Ini kerana menjaga makan ini juga adalah sebahagian dari urusan agama juga. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad: “Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh”.

Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. Kata beliau: “Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.”

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Firman Allah dalam ayat  188  surah al-Baqarah:

﴿وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾

Maksudnya : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” 

Rasulullah SAW juga bersabda berkait dengan bahaya rasuah:

الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِيْ النَّارِ- رواه الطبراني

Maksudnya : “Penerima rasuah dan pemberi rasuah kedua-duanya ke neraka.” 

     Kita dapat lihat syariat yang menyeluruh hanya dapat dilaksanakan oleh nabi Muhammad s.a.w apabila berjaya mendirikan Daulah Islamiah di Madinah selepas peristiwa Hijraturrasul. Antaranya pengharaman arak, judi, riba dan rasuah. Oleh itu antara kewajipan pemimpin yang diberikan amanah untuk menjaga negeri atau negara wajib mencontohi nabi s.a.w dalam melaksanakan syariat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, 

Antara sifat yang mesti ada dalam diri umat yang kasih kepada Allah dan rasulNya ialah : [1] Cinta kepada Allah dan rasulNya sehingga sanggup mati demi mempertahankan agar Allah tidak dicela dan nabi Muhammad s.a.w tidak dicela

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Sifat ke-[2] sentiasa kasih dan berlemah lembut dengan saudara seagama serta sentiasa mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama di negara lain terutama yang sedang berdepan dengan pembunuhan dan peperangan termasuk di bumi Palestin

Sifat ke-[3]  bertegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam. Namun Islam tidak memaksa orang kafir untuk memeluk Islam.

Sifat ke-[4]  sentiasa bersungguh-sungguh dalam menegakkan system Islam yang menyeluruh atas muka bumi ini.

Sifat ke-[5] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah tidak takut dan tidak mudah putus asa apabila dicela dan dimaki kerana mahu memperkasakan Islam sehingga dituduh sebagai pengganas, pelampau dan sebagainya. Kita mesti ingat bahawa nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul pilihan Allah lebih teruk dilempar cacian dan makian daripada musuh Islam termasuk dituduh pemecah belah umat, tukang sihir, orang gila, pembawa ajaran sesat dan sebagainya

Yakinlah kita bahawa kita berjuang bukan untuk mencari pujian manusia, bukan mencari pangkat dan harta dunia sebaliknya kita mencari keredhaan Allah walau pun manusia membenci. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١

Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Jumaat : Sunnah Nabi Muhammad s.a.w  DiIkuti Ulama DiHormati

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ   !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

           Kini kita mula memasuki bulan Rabiul Awwal yang merupakan  bulan Maulidurrasul s.a.w. Marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini. Berapa banyak hadis nabi s.a.w yang telah kita hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Sunnah nabi s.a.w merangkumi daripada sekecil-kecil perkara seperti adab masuk dan keluar tandas sehinggalah sunnah dalam berkeluarga, bermasyarakat dan seterusnya dalam bernegara. Oleh itu jangan kita sempitkan pemahaman dan pengamalan kepada sunnah nabi hanya berkisar pada ibadat khusus sahaja sehingga mengenepikan sunnah kepimpinan nabi s.a.w dalam melaksanakan system Islam dalam Negara termasuk dalam sosial, ekonomi dan politik. Kepimpinan nabi s.a.w dalam mengurus Daulah Islamiah telah membumikan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar yag terkandung dalam al-Quran termasuk pengharaman judi, arak serta hukuman ke atas pesalah jenayah mengikut kehendak Allah dapat dilaksanakan dengan jayanya bukan semata-mata dibaca dalam al-Quran sahaja

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه

Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

Antara  ucapan terbaik dalam kehidupan terutama dalam menyatakan kecintaan kita kepada nabi Muhammad s.a.w ialah dengan berselawat setiap hari terutama pada hari Jumaat seperti dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ(Riwayat al-Baihaqi  )

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” 

Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا( Riwayat Muslim) 

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” 

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Maksudnya: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, niscaya Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat.”  (HR. An Nasa’I)

Sabda Rasulullah ﷺ:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ(HR al-Tabrani) 

Maksudnya: “Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.”

Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً(HR al-Tirmizi )

Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam surah Faatir ayat 18:

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ‎﴿٢٨﴾

Maksudnya : Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. 

Antara adab dan nasihat yang dititiberatkan oleh nabi Muhammad s.a.w kepada kita umat Islam ialah menghormati Ulama pewaris nabi. Menurut Ibn Jinni, ulama ialah seseorang yang menceburi dan berkecimpung dengan ilmu dalam tempoh yang lama sehingga ia menjadi seperti darah dagingnya dan istilah ini tidak diberikan kepada orang yang baru ingin belajar kerana mereka ini hanya digelar dengan penuntut ilmu dan bukannya ulama. Menurut Ibn Jinni, ulama ialah seseorang yang menceburi dan berkecimpung dengan ilmu dalam tempoh yang lama sehingga ia menjadi seperti darah dagingnya dan istilah ini tidak diberikan kepada orang yang baru ingin belajar kerana mereka ini hanya digelar dengan penuntut ilmu dan bukannya ulama.

Imam Abu Hayyan dalam kitab tafsirnya al-Bahr al-Muhit menjelaskan bahawa ulama ialah mereka yang mengetahui tentang sifat-sifat Allah SWT dan mengesakan-Nya serta beriman dengan segala yang harus, wajib dan mustahil bagi-Nya, lalu mereka memuliakan dan mengagungkan-Nya sebagaimana yang selayaknya. Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka akan bertambahlah takutnya kepada Allah.

Memadailah untuk menggambarkan kemuliaan para ulama melalui sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ RA, Baginda bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ، وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ، وَمَنْ فِي الْأَرْضِ، وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ، وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ، كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ، وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya: “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan menyediakan jalan untuknya ke syurga. Para malaikat merendahkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu sebagai tanda reda kepada mereka. Semua yang ada di langit dan bumi serta ikan-ikan yang berada di lautan akan memohon ampun untuknya. Keutamaan orang alim ke atas ahli ibadah adalah seperti kemuliaan bulan pada malam purnama ke atas seluruh planet. Para ulama adalah pewaris Nabi, mereka tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya, maka ia telah mengambil keuntungan yang besar.”

Imam Ibn Ruslan berkata: “Memadailah dengan kemuliaan ini, sebagaimana tiada kedudukan yang lebih tinggi daripada darjat kenabian, maka tiada kemuliaan yang melebihi kemuliaan pewaris darjat itu. Para ulama mewarisi Nabi bagi membimbing manusia dan menunjukkan kepada mereka keselamatan di dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada dasarnya, Islam melarang setiap individu Muslim daripada menghina orang lain, malah ia dikategorikan sebagai salah satu bentuk dosa-dosa besar. Allah SWT berfirman dalaam ayat 58 Surah al-Ahzab :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ‎﴿٥٨﴾

Maksudnya: “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.”

Imam al-Qurtubi menafsirkan ayat ini bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz ‘menyakiti’ di sini merangkumi semua perkara sama ada perbuatan yang tidak baik atau perkataan yang buruk seperti membuat fitnah, tuduhan jahat atau melabelkan sesuatu golongan dengan tuduhan yang tidak benar

Kalaulah dosa menghina orang lain, individu Muslim yang lain sudah dianggap berdosa besar dan sebegitu pula penglabelan terhadap mereka, maka bagaimana pula dengan mereka yang menghina, merendah-rendahkan dan mencaci-maki para ulama? Menghina para ulama termasuk dalam dosa besar, Imam Ibn Hajar al-Haitami menyenaraikan dosa menghina ulama sebagai salah satu daripada 70 dosa besar: Imam al-Rafi’i menegaskan bahawa menghina orang yang berilmu dan orang yang menghafaz al-Quran merupakan dosa besar.”

Imam Ibn Mubarak verkata : “Sesiapa yang merendahkan para ulama, maka rugilah akhiratnya dan sesiapa yang meremehkan para pemimpin, maka rugilah dunianya dan sesiapa yang meremehkan rakannya, maka hilanglah maruahnya[7].”

Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata “Menghina orang yang berilmu – terutama ulama besar – adalah termasuk dalam dosa besar

Oleh itu hormatilah Ulama dan ikuti jejak langkah mereka dalam melaksanakan tuntutan agama dan memperjuangkan sunnah nabi yang menyeluruh. Kita jangan terperangkap dalam jerat musuh Islam yang berusaha siang malam dalam memerangi Islam termasuk menjauhkan umat Islam daripada Ulama

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Sebagai menyatakan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w maka tidak lupa untuk terus kita melaksakan perintah nabi iaitu mengambil berat tentang penderitaan suadara seagama dan merdekan bumi Palestin. Marilah kita terus membantu pejuang Islam Palestin dengan pelbagai cara samada kewangan dan doa serta boikot. Semoga kemerdekaan Palestin dan Masjid Aqsa dapat dicapai dengan usaha kita bersama. Jangan biarkan musuh terus membunuh saudara kita dan merampas bumi Palestin tanpa pembelaan daripada kita. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walau selangkah. Biar nyawa melayang namun bumi Aqsa tetap kita pertahankan.

Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩

Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ