ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 25, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah-UTM: Customer Kedua Berjaya Hamil dengan EKF!!


Assalamualaikum
Nak share dengan pantas testimoni customer nie
Alhamdulilah.. Ini adalah kali kedua saya dapat berita gembira dari customer. Sebenarnya ini adalah testimoni kali ke 3 customer berjaya hamil dengan EKF tapi testimoni customer yang kedua dah hilang ..puas saya carik tak jumpa.. so tanpa bukti tak bolehla nak cakap yang ini yang ke 3.. so saya anggap ini yang ke dualah ye.. nanti yang hilang tue dah jumpa..itulah testimoni ke 3.. haha pening korang baca kedua ..ketiga.. ketiga ..kedua..

Dan sebenarnya customer nie pernah share  haid beliau kembali normal selepas consume EKF. Entry tue boleh baca kat sini. Baru rasa bestkan baca testimoni dari awal.. Dari mula2 makan EKF kerana masalah period> period kembali normal>berjaya hamil! Mari kita sama2 doakan customer nie & baby selamat hingga akhirnya. Aminnn

Sebenarnya customer nie ada masalah kitaran haid. Haid beliau cuma akan datang kalau makan pil turun darah tue. Kalau tak makan pil tue tak datang periodlah.. Kalau kitaran period macam tue memang sukar untuk hamil..sukar ye bukan tak boleh.. urusan hamil  itu urusan Allah.. Customer saya nie dah 4 tahun kawin.. Dan berita nie memang dinanti2kan oleh beliau dan suaminya..

Selain EKF-UTM beliau juga amalkan habatusauda.. Nampaknya bukan saya je yang amalkan kombinasi  EKF-UTM+habatusauda ye.. Customer saya yang entry cyst hilang/mengecut nie pun amalkan EKF-UTM+habatusauda.. Nampaknya kombinasi yang berjaya.. Bak kata lagu adam&stacy..bergabung meletop!! haha mulala merepek..dah ngantuk sebenarnya tapi gigih nak buat entry testimoni nie..takut testimoni hilang lagi  :P



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)

Sunday, August 24, 2014

Ekstrak Tongkat Ali : Info Dari Blog Dr Zubaidi



Assalammualaikum semua
Untuk makluman semua, saya juga kini dah menjual Ekstrak Tongkat Ali-UTM keluaran UTM. Saya mula menjual ETA-UTM nie atas permintaan puan-puan yang membeli EKF-UTM dari saya. Puan-puan nie nak beli untuk husband mereka yang katanya selalu sangat letih. So saya mulalah menjual ETA-UTM.  Boleh baca di entry pertama saya tentang ETA dan saya cuma berjaya mendapat satu sahaja testimoni dari customer walau ada yang dah reapeted order dari saya.. Segan ye :) Takpe saya paham.. Tak bagi pun takpe tapi bila reapeated order dari orang yang sama maksudnya ada perubahan pada kesihatan customer  dan ETA-UTM nie supplement yang membantu kesihatan customerlah kan?

Saya juga dapat komplen hikhik dari yang baca blog nie "BOLEH TAK ILA BUAT ENTRY ETA SEBANYAK ENTRY EKF?" hihi terasa i tau.. yela dah jual ETA-UTM dari April lagi tapi entry ETA baru ada dua ketul je haha... Okla demi memenuhi permintaan customer yang banyak support saya.. Saya akan cuba buat entry ETA sebanyak mungkin.. walau tak sebanyak EKF.. Kalau nak entry ETA banyak2 ..puan2 tolong bagi testimoni husband boleh tak? hihi.. Wassup saya tau.. Untuk sementara saya akan buat entry tentang info ETA dari blog Dr Zubaidi dahulu ye.. manja2 ye.. nak jugak baca dari blog nie.. meh kita amik sikit dari blog Dr Zubaidi.. Boleh ye doc?



Saya dah baca artikle dari blog Dr Zubaidi nie. Dan takleh nak copypaste kecuali printscreen sahaja. Dr Zubaidi letak security tau tak boleh main curi dgn copypaste muahaha... So saya dah dapatkan ringkasan kegunaan ETA-UTM nie.. Semuanya boleh dikatakan merangkumi apa yang ada dalam artikle di link yang saya berikan..

Kalau malas nak baca panjang2 artikle tue..baca yang diringkaskan nie pun cukup.. Kalau customer minta fungsi&kegunaan ETA-UTM saya wasup je gambar nie dan customer terus order :)

FB Ekstrak Tongkat Ali - UTM


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK TONGKAT ALI (ETA) keluaran UTM!!
msg/call/wasap/telegram: 017-3201998(ilasaleh)


Friday, August 15, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah : Testimoni Cyst "Hilang/Mengecut" Dengan EKF


assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan saya nak buat entry tentang testimoni customer berkaitan cyst. Sebenarnya dah banyak testimoni customer . ada yang tentang kitaran haid, keputihan, tenaga bertambah etc etc etc...Saya sangat hargai semua testimoni tue.. Cuma nak update dalam blog memang amik masa .. sebabnya kekangan masa menguruskan anak2 dan juga gadget yang canggih.. saya rasa tak boleh nak tukar handphone sebab terlalu banyak info EKF yang penting dalam handphone "canggih" nie hihi.. tapi kalau tak tukar handphone sangatle payah nak update kat blog.. Takpe janji ada usaha jugak nak share dengan semua ..Meh kita start tengok testimoni ye..

Betuah betul isteri dia.. Sanggup suaminya datang rumah saya untuk beli EKF. Kali pertama datang rumah katanya isterinya risau sangat bila disahkan oleh doktor ada cyst. Siapa tak risaukan? Yang hadapi je tahu camana risaunya. Lebih2 lagi belum punyai cahayamata.Tak silap saya telah 2 tahun mereka berkahwin. Mereka bimbang  jika cyst itu berkemungkinan menganggu kesihatan isterinya dan menyebabkan mereka sukar dapatkan cahayamata.  Semua orang kalau boleh nak elak dari jalani pembedahan. tahukah anda tak semua cyst perlu jalani pembedahan? Anda boleh dapatkan info penting ini di blog Dr Zubaidi : pembedahan-untuk-ovarian-cysts

Berbalik kepada testimoni tersebut..alhamdulilah selepas satu botol si suami whatsup saya semula.. memaklumkan cyst isterinya dah hilang! Dan dalam istilah lain dah mengecut.. Dan whatsup saya lagi untuk beli botol ke dua pula..  Mungkin ada yang kata sekdar satu testimoni tak semestinya hasilnya sama untuk semua.. Yes tak semestinya semua akan dapat hasil yang sama. Tapi at least tak rugi untuk mencuba sebelum decide utk jalani pembedahan. Ada ke orang yang bila confirm ada penyakit terus offer diri utk kena bedah? Seboleh2 nak carik alternatife utk jalani pembedahankan? Kalau selepas berusaha dan tiada cara barulah setuju untuk dibedahkan?


Berkenaan satu lagi supplement yang diamalkan oleh isteri customer saya nie iaitu habatusauda. Habatusauda seperti yang semua tahu adalah makanan sunnah. Sebelum saya amalkan EKF. Saya juga amalkan habatusauda di atas saranan kawan office dulu untuk sakit tulang belakang yang saya hadapi. Mulanya untuk masalah tulang bellakang sahaja tapi selepas itu banyak khasiat yang lain juga. Boleh baca entry saya yang dah berkurun lama iaitu pada tahun 2012 di entry habbatusauda MInsyam: Supplement yang buat saya mengandung? Baca full entry. Jangan baca tajuk je..

Tak salah untuk amalkan lebih dari satu supplement. Tengok pada kesesuaian diri. Tapi pada saya tak perlulah terlalu banyak pulak makan supplement. Adoiii letih. Kalau saya mau saya lupa nak makan haha.. EKF saya amalkan setelah membaca saranan Doktor Zubaidi di blog untuk beberapa masalah  saya selepas melahirkan Khairy. Habatusauda adalah supplement saya yang pertama saya amalkan dan masih diamalkan sehingga kini. Habatusauda saya amalkan kerana ia merupakan pemakanan sunnah dan alhamdulilah turut membantu memperbaiki kesihatan saya.

Saiz cyst pada isteri customer saya nie lebih kurang 3.7cm. Tuan/puan boleh baca pandangan Dr Zubaidi berkenaan saiz cyst yang disarankan untuk mencuba EKF di link ini pula Dr Zubaidi : adakah-ovarian-cyst-merbahaya. Boleh juga dapatkan info dari saya untuk saiz cyst yang digalakan mencuba EKF. Bukan saya pandai2 beri info tapi kami dapatkan info secara terus dari Dr Zubaidi apabila mendapat pertanyaan daripada customer.

Pilihan adalah di tangan anda.. Sebelum makan mungkin boleh buat istiharah dulu kalau berbelah bahagi sama ada EKF sesuai dengan anda atau tidak. Ok saya kena siapkan anak2.. Tunggu next entry berkenaan testimoni yang lain pula ye.. Byeee


Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)


Tuesday, August 5, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Testimoni Keputihan Tiada Lagi Dengan EKF :)


 Assalamualaikum
Haha.. Tajuk testimoni EKF tapi nape gambar paling atas adalah si khairy yang montok? Saja nak tunjuk si tenit ne dah tidur so saya boleh dengan jayanya mengupdate segala testimoni yang terperap! Oh jangan risau ..Khairy dah dipindahkan ke atas tilam..takkan nak biar dia kat dalam keta hihi.. Baru je balik hantar kakak & abang ke sekolah.. Lupakan kainbaju dan keja umah yang bertimbun..ambil masa mengadap lappy untuk promotion EKF.. Kalau tidak berkepuk2 testimoni dalam wassup..Takkan saya sorang je nak baca & tahukan? Dibuatnya HP masalah semua testimoni gone with the wind.. saya dengan HP macam love hate story..walau HP buat hal saya terpaksa jugak gunakannya hihi...  tak taula nak tukar HP bape kali.. ok..ok stop membebel..jom baca terus testimoni ...

Alhamdulilah di blog kecil inilah saya memasarkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.. Kat FB pun ada tapi tak serancak di blog ini.. sangat berterima kasih bila customer saya tolong promote dengan rakan2 mereka.. Kalau beli banyak ..ada special price.. boleh whatsup saya ye kalau nak special price tue... Tapi kalau sekotak saya minta maaf ye.. sebab harga ditetapkan oleh pihak UTM & tak adil untuk rakan2 yang juga bertungkus-lumus memasarkan EKF.. tup2 saya bagi harga murah walau sekotak.. Kalau repeated customer boleh dipertimbangkan... mungkin free postage... insya allah .. tolong remaind saya dengan slip poslaju yang saya selalu attach apabila pengeposan kali pertama telah dibuat..  Kalau nak jadi dropshipper pun boleh tapi ada syarat2 ye.. Eh baca testimoni kat gambar whatsup tue..Janganla baca yang saya membebel nie je :)

Alhamdulilah..sesiapa yang ada keputihan teruk tue bolehlah cuba EKF ..insya allah ada perubahan..tak selesa kalau ada keputihan nie..asik tukar pantyliner jekan?

Walau customer hanya type "haha" saya dah terbayang dia ketawa besar & lompat2 happy bila masalahnya selesai..sebagaimana ada customer Sabah yang datang rumah saya..melompat2 & peluk2 saya bila masalahnya bertambah baik.. customer Sabah tue masalah period berpanjangan.. lama tak nampak muka comel dia.... dah baik ye? Ke stok masih ada.. Dah 2x beli EKF....alhamdulilah mungkin dah sihatlah tue.. EKF nie kalau customer nak stop bila masalah dah baik terpulang tapi seeloknya teruskan sebagai supplement.. lagipun dos EKF kecil dan telah ditetap & dipantau oleh UTM..insya allah tiada kesan sampingan... 

Semua yang baik2 je tentang EKF? Yela adik&kakak... dah namanya testimoni hihi... tipu kalau cakap 100% orang serasi dengan EKF-UTM..sedang ubat hospital pun ada yang tak serasi.. tapi rasanya saya dah jual hampir tujuh atau 8 ratus  kotak . ada dalam 2/3 orang sahaja yang tidak serasi.. tapi berbaloi mencuba & harga EKF tidak lebih RM100 untuk stok selama dua bulan (ikut cara pemakanan) ada sesetengah orang terlalu sensetif dengan EKF....petuanya minum air banyak dari biasa .. konsisten.. tawakal.. dan teruskan..dan kalau ada problem sila whatsup saya & kalau tak dapat jawab nanti saya akan dapatkan konsultant dari Dr Zubaidi..Insya Allah..saya bantu takat yang mampu ....

Next testimoni tentang EKF
1)seorang lagi customer preggy
2)cyst mengecut dengan ekf
3)mengantuk bila makan EKF? kenapa ye?

Kena buat nota kat blog sendiri..nanti lupa hihi... Ok kita jumpa di lain entry... Bahaya Khairy cepat sedar bila tak bau mak dia kat tepi hihi... so mama dia wangi ke busyuk? Wangi okey!! Bye..

 

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

JOM CUBA EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) keluaran UTM!!
msg/call/wasap: 017-3201998(ilasaleh)