
Pernyataan diatas boleh disemak di laman web KSSB. Agak aneh bila menyusuri laman tersebut kerana sebagai sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor, tidak kelihatan senarai Board of Director KSSB. KSSB bukan kompeni kecil, ia dibawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar yang ditubuhkan selepas Khalid Ibrahim dijadikan Menteri Besar Selangor. KSSB membuka operasi pasir yang pertama adalah di Dengkil.
Dipercayai Khalid Ibrahim telah melantik kroninya dalam operasi KSSB . Bagaimanapun dalam kebanyakan kroni yang dilantik Khalid Ibrahim, pelantikan Dato’ Anuar Mad Nor adalah paling mengejutkan. Ini kerana, beliau telah diistiharkan muflis selain mempunyai rekod buruk dalam perniagaan.
Ini untungnya jika ada kenalan dalam politik pasti akan terkena sedikit tempias. Walaupun sudah ada rekod negatif selain diberi surat muflis, Khalid telah melantik Dato’ Anuar Nor sebagai Penasihat Air dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan ditawarkan dengan gaji yang cukup lumayan.
Difahamkan ketika SPRM mula menjalankan penyiasatan terhadapnya Khalid Ibrahim telah membawanya keluar daripada KDEB dan melantik beliau sebagai Pengarah Urusan KSSB. Disinilah dilihat bagaimana PR yang melaung-laungkan ketelusan sebenarnya sama saja dengan BN bila dah dapat kuasa. Semua parti politik sama saja balin batu sembunyi tangan.
KSSB mempunyai 3 lombong pasir dengan 2 di Sepang dan 1 di kuala Selangor dan 8 syarikat yang dilantik untuk mengawal selia lombong pasir KSSB. Ada logiknya jika DAP berkeras mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB walaupun di peringkat parti di Selangor, Khalid adalah sampah yang belum dikutip. 4 daripada 8 syarikat yang diberi tanggungjawab adalah milik Cina.
Mengikut maklumat yang diterima penulis, setiap syarikat konsesi yang berjaya mendapat tender, perlu membayar RM 50,000 sebagai cukai kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui KSSB. Selain daripada itu, syarikat konsesi juga perlu membayar RM 500,000 sebagai deposit kepada KSSB untuk mengeluarkan pasir dan RM 100,000 kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang dilantik.
Siapa kumpulan pelobi?
Penulis difahamkan, kumpulan pelobi ini terdiri daripada Nurul Izzah, Yaakob Sapari, Shuhaimi Shafie dan Mejar (B) Zulkifli dimana kesemuanya telah diaturkan sendiri oleh Anwar Ibrahim dengan kelulusan serta merta. Antara syarat yang dikenakan untuk mendapatkan kelulusan membeli pasir ialah perlu membayar RM30,000 sehari, deposit RM150,000 dan syarikat melombong pasir perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah syarikat membeli pasir.
Jika kita masih ingat, MP Kapar pernah membangkitkan perkara ini kepada Khalid Ibrahim dengan membuat laporan Polis setelah tempoh untuk Khalid Ibrahim mengambil tindakan keatas Pegawai KSSB tidak menjadi.
Dalam laporan Polis YB Mike, mendedahkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Dato’ Anuar Mad Nor, Ramli Majed, Pengarah Eksekutif KSSB dan Wong Swee Leong, Pengurus Pemasaran KSSB dalam menetapkan harga yang perlu dibayar oleh pihak kontraktor pelombong pasir dan mendedahkan sebanyak RM10 juta oleh syarikat konsesi yang tidak direkodkan. Akibat daripada pendedahan tersebut, YB Mike telah diugut bunuh dan disimbah cat merah sebagai tanda amaran.
Kenapa mesti ada RM10 juta yang tidak direkodkan kehadirannya?
Sebenarnya isu curi pasir telah menampakan kelemahan PKR yang pertama kali mentadbir sebuah negeri dengan ketiadaan pengalaman dan kepakaran. Ini membuktikan penglibatan kepimpinan PKR dalam curi pasir adalah bertujuan mahu memenuhkan kantung PKR menjelang PRU akan datang. Terpulang pada BN untuk eksploitasi isu ini walaupun dikhabarkan Ketua Pemuda Selangor pernah terlibat dalam kerja haram ini.
Selepas isu pasir ini, Khalid Ibrahim tidak perlu melupakan krisis air yang bakal menemui kesejahteraan Selangor. Tahniah rakyat Selangor kerana kebijaksanaan pentadbir telah membahagiakan hidup kamu semua.