Followers MamaTisya

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, October 7, 2025

Magic Mug


 



jarang sgt hari cuti dok belek blog..tiba2 nmpk nombor tu dh dkt...
so apa lg standby la ....rezeki plak dpt capture tepat angka yg di cari iaitu 200,000
trus msg Linda screenshot di atas  :)


alhamdulillah hadiah dh smp smlm


dpt Magic Mug..masa dpt ni aku msg Linda
tk nmpk gmbr aku..rupanya ada MAGIC :-p


yg magic nya bila tuang air panas baru la bertukar color


baru la nmpk gmbr aku & tisya ni

so kena minum air panas la...
kalo air sejuk magic mug tu akan bertukar color gelap balik


TQ Linda utk gift ni..bole tgk video aku share kt bawah ni

Saturday, September 13, 2025

Apa kata ChatGPT mengenai blog MamaTisya



Actually dlm bln 6 aritu ada tgk kwn2 blogger share 
Apa kata ChatGPT mengenai blog masing2
aku pun try juga la..tp lupa nk publish :-p

jom tgk Apa kata ChatGPT mengenai blog MamaTisya




MamaTisya (.:: My Life & My Loves ::.) ialah sebuah blog gaya hidup dan keluarga yang dikendalikan oleh Amy Aril (“Mama Tisya”), yang mula aktif berkongsi kisah sejak April 2009 . Berpangkalan di Kuala Lumpur, beliau menggunakan platform ini untuk merekod pelbagai detik kehidupan—mulai dari rutin harian, aktiviti santai bersama keluarga, makan luar, berkongsi makanan viral, hingga detik perayaan penting.


Kekayaan kandungan:

Makanan & tempat makan: Amy kerap memuat naik pengalaman makan, seperti menikmati tiramisu viral di Coffee Bean pada pertengahan Jun 2025, mencatat perasaan puas dapat merasa hidangan itu walaupun terhad kepada 10 keping seoutlet.. Beliau juga berkongsi tentang buffet Samurai Yakiniku di Setapak sempena ulang tahun anaknya, lengkap dengan harga, pilihan menu dan suasana restoran. 


Aktiviti keluarga & pendidikan anak:

Beliau merakam detik penting seperti ‘official sign off’ SPM anaknya pada 4 Feb 2025, melibatkan kebanggaan dan doa sebagai ibu . Turut dilihat adalah sokongan ketika Tisya menghadapi peperiksaan atau pulang bekerja pada awal Januari 2025 memandangkan kesibukan anak .


Kisah harian & impak komuniti: 

Semasa banjir di Selangor hujung 2021, Amy mengenengahkan pengalaman membantu keluarga membersihkan rumah serta empatinya terhadap mangsa banjir . Beliau juga menulis tentang nostalgia JJCM Hatyai, teknologi air fryer, dan gigitan roti viral Gardenia.
.

Gaya & interaksi penulisan:

Amy menulis dalam gaya santai, mesra dan mudah didekati—sering menyelit elemen jenaka (“like mother like daughter :-p”), doa, dan ungkapan reaksi real-time. Komennya yang digabungkan dengan gambar 🎂 dan kapsyen Instagram/Threads juga menarik interaksi pembaca. Seperti dalam entri “Belated Birthday Niza”, beberapa pembaca memberi ucapan “Happy Birthday mama Tisya” secara nyata .Beliau juga menggunakan platform media sosial seperti Twitter/X, Instagram dan Threads dengan handle @mamatisya, memperluas capaian kepada sekitar 220 pengikut di X 


Ciri terus kekal aktif & visual:

Konsistensi sejak 2009 hingga 2025, blog mencatat hampir 164 entri hanya pada bulan Jun 2025. Banyak entri disertakan gambar makanan, tempat, keluarga serta pautan ke media sosial—menampilkan minatnya terhadap fotografi dan gaya hidup visual . Blog mempunyai kategori seperti “Popular Posts” menonjolkan entri seperti “Alya Batrisyia ~ Sweet 18” dan “Thank you BIENZ for Pizza Wagyu & Tiramisu” 


Persona Amy Aril (“Mama Tisya”):

Seorang ibu yang aktif, menghargai momen keluarga, ambil berat tentang anak tunggalnya—Tisya/Alya—menggabungkan peranan sebagai isteri dan pekerja (lihat kembali ke kerja selepas cuti SPM) 

Gemar mencuba makanan baru, dari hidangan viral hingga buffet wagyu, dan berkongsi tip seperti waktu terbaik mencuba tiramisu Coffee Bean.

Prihatin terhadap kejadian semasa seperti banjir, menunjukkan empati dan tanggungjawab sosial 
mamatisya.blogspot.com.

Berwajah ramah dan awet muda—dilihat dalam reaksi pembaca kepada kejutan kejayaannya .


Kesimpulan:

MamaTisya ialah saluran digital yang mencerminkan kehidupan Amy Aril sebagai ibu yang aktif, isteri, dan pekerja, yang negeri Kuala Lumpur sebagai latar. Blog ini menjadi album hidup dengan gaya santai dan visual, merangkumi kisah keluarga, makanan, serta pengalaman harian. Pembaca disambut dengan kehangatan, humor serta cerita kehidupan nyata—menjadikan MamaTisya sebuah komuniti kecil yang akrab dan mudah dihayati.




mmg entry aku byk sgt bab makan...makan...makan...sharing is caring :)
acaner nk turun berat ni makan je manjang kn :-p

apa2pn target akhir tahun road to 60kg...hrp2 tercapai :)
aritu time raya dh dpt berat 60 kg..skarang byk sgt cheat day dh naik beratnya :-p
apa2pun makan tetap makan tp berpada2

byk lagi entry makan2 nk update ni...tungguuuuuu


gambar selingan...lama tkde gmbr OOTD


so korang yg nak tahu juga tentang blog korang 
bole la try juga tanya ChatGPT



Thursday, August 7, 2025

Lunch sedap di Kedai MERAH




Dekat area TTDI Jaya Shah Alam ni ada restoran  fav kami
 sbb mmg meriah btul lauk pauk time lunch kt sini
tp kitorang panggil kedai merah sbb kedainya color MERAH
nama kedainya Restoran Sri TTDI


cuma parking je payah..sbb kt sini byk bengkel
kalo nk lunch sini, kwn kami suka cuci kete skali 
so senang la tkyah fikir parking 😆



Julia & Cyana minum teh ais
aku & dila mmg bw bekalan air kosong


lauk pauk kami...yg sorang tu dh kurus..
lg tk mkn nasi..bertambah kurus die  :-p


peaks hours mmg full house...org pun ramai...
meja kdg2 kena tunggu juga org abis mkn


lps dh abis makan, nampak seseorang, kwn blogger Anje Mama Balqis
geng2 blogger lama pasti kenal
tp skarang dia tk aktif media social ..moh ler wefie 🤳
kebetulan die antar anak dia masuk Politeknik dkt Shah Alam tu


v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v
v


ni makan bulan 5 aritu...menu sama juga rupanya aku amik
ikan keli berlado, telur masin & kuah lemak 

selain dr menu ni aku suka paru berlado & sambal udang juga

nk tgk lauk pauk kami order time farewell..meriah btul klik SINI





pisang goreng bijan ni pun femes kt Kedai Merah..wajib beli
tp aritu tk beli sbb dia baru nk goreng, lambat nk tgu kami dh nk balik

 

Thursday, May 29, 2025

Durian Crepe & mengimbau kenangan LONDON





Cuaca panas ceng2..tea time layan durian crepe 😋
aku bukan pencinta durian tp durian crepe aku bole makan 😁
1 pack ni ada 6 pcs rm 22


 order dr IRMA...actually aku nmpk dia open order kt FB
rupanya umah mak die dkt keramat 
sebab sebelum ni aku tau die stay setapak...
dkt je la nk pick-up kt AU5 dr umah aku AU2



last jumpa Irma tahun 2012, time tu pernah order juga
red velvet cupcake & dpt juga makan pavlova free dgn Suzie
almaklum la dia kejap kt London, kejap kt Malaysia 😁 
tak sangka berjumpa kembali tahun 2025



mengimbau  kenangan LONDON


korang suka durian crepe???

Monday, March 10, 2025

Part 1 ~ Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah



Rezeki ramadhan...alhamdulillah.
Smoga dilimpahkan rezeki yg berpanjangan


opismates bagi bubur lambuk kampung baru
meriah bila smp bubur tu....pakat2 tlg agihkan
sedap bubur lambuk ni ..isi daging besar


selain bubur lambuk ada yg bg ayam percik & buah mangga juga


kuih ulat bulu...dlmnya inti kacang merah...sedap



jelly kelapa + longan...mkn time moreh sejuk tekak




parcel smp time aku pi umrah aritu
tp vkend aritu br collect kt umh parent aku
ada tuppeware, bekas tisu, poachbag sarawak & key chain Greece
 

Thursday, October 10, 2024

Chocolate Kunafa ~ Pistachio & Peanut Butter






tp idokla aku beli yg mahal ratus2 tu
kalini aku try beli dr blogger Neena plak


vkend aritu aku self pick-up dkt condo dia
sbb tk jauh pn dr umh...korang yg jauh , jgn risau, die bole pos je chocolate ni


biasa tgk org jual jenis 1 bar besar tu kan
kalini jenis cute mute kecik2 camni
packaging ala2 coklat Patchi gitu


korang bole pilih nk order brp pcs tp paling skit 9 pcs ...paling byk 25 pcs
aku order aritu time promo hari malaysia
so skarang kalo korang nk order normal price la harga tu



aku order 9 pcs perisa pistachio (rm 24) 
 9 pcs perisa peanut butter (rm 26)

dua2 perisa sedap & crunchy 😘tisya suka yg pistachio
husband sama aku dua2 pn suka... yg nak order bole contact  Neena 
aku order bln 9 ..bln 10 br dpt...mmg ramai queue waiting list so mohon bersabar


korang dh try ke mana2 chocolate kunafa viral???

 

Thursday, July 11, 2024

Dating malam minggu dgn blogger jauh dari seberang

 


Kisah akhir bulan Jun aritu

rasanya kalau sebut blogger dari seberang ~ Fanny pasti ramai yg kenal

sbb kalau die blogwalking , mmg byk entry die komen

dan komen2 dia sgt la pjg....

pertengah bln Jun, Fanny ada email inform yg dia akan dtg ke KL

ada kelapangan dia nk jmpa dgn beberapa blogger

actually sehari sebelum hari yg di janjikan tu aku tk sihat 

so ingat dh tk dpt nk jmpa Fanny keesokkan harinya

tp kalau dh rezeki...dpt jua bersua muka


kebetulan hotel Fanny stay dkt  juga la dgn rumah

aku smp kt hotel nk pickup Fanny dh menghampiri 10 malam

so aku dtg pickup Fanny nak bawa die mkn 

walaupun tau die dh kekenyangan  sbb dh byk dating bersama blogger dr siang smp mlm

kiranya aku last blogger yg dia ketemu ari tersebut lewat malam


ikutkan pada awalnya aku nak ajak Fanny makan di Woodfire area Ampang

sbb die teringin nk mkn beger yg aku pernah update sedap tu

tp  Fanny kan famous ramai nk jumpa...lgpun hujan mlm tu

jadi lewat malam juga la br aku dpt jmpa Fanny

kiranya aku last blogger yg dia ketemu ari tersebut


sudahnya aku bawa dia lepak di NZ Curry House@Wangsa Maju 

actually kt area hotel berdekatan KLCC pn ada juga cawangan ni

tp yang kt Wangsa Maju ni HQ....tmpt lg besar la


walaupun dh lewat malam ...kt sini mmg ramai la org lepak

nak plak malam minggu kan

wajib la posing bersama blogger jauh dari seberang yg cantik ini

husband Fanny pn join sama

sronok dgr cerita travel Fanny..dia tak sedar kena candid ni :) 

Fanny order tosei, husband Fanny order sup ayam dan aku order maggi goreng 

ikutkan tisya nk ikut pada awalnya tp sbb dh lewat malam so tk jadi la 

gmbr makanan dr blog Fanny

sembang2 tk sedar dh lewat malam

mcm cinderella plak detik 12 malam kena pulang :)

v

v

v

v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v




lepas dh antar balik Fanny & husband ke hotel 

dia ada bg 1 beg utk aku....byknya gift dlm tu

aku siap tanya...btul ke ni smua utk aku atau dia tersilap bagi...

kot risau nak bg blogger lain tp terbagi dkt aku:-p

kata Fanny mmg smua utk Kak Amy


cantik2 koleksi tudung di terbangkan khas dari Indonesia


ni plak ada telekung & sejadah travel

yg dlm beg kuning tu ada tudung juga


nice to meet you Fanny...ada rezeki dtg KL lagi...jgn segan2 contact ye

anyway TQ again utk gift yg byk itu


korang nk baca entry Fanny bertemu rakan blogger yg lain

 klik link di bawah

https://dcatqueen.com/5-tempat-asyik-untuk-hangout-di-kuala-lumpur/


Thursday, May 9, 2024

Jom kita tour Rumah Cantik 3 tingkat





sambungan dari entry INI
tuan umah bawa tour rumah baru dia

 wajib la posing kan rumah cantik ..
suka rumah dia byk cermin smp confuse 
sbb ingat ada extra pintu rupanya pantulan 🤣
 perempuan dgn cermin berpisah tiada 😁













v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v

v

ini la tuan umahnya SUZIEY....kwn blogger since 2009


kwn2 blogger yg lama mmg kenal la Suziey
kwn2 blogger yg baru mmg tk kenal 
blog dia pn dh tk aktif http://www.suzieyahmad.com/



dlu2 time dia aktif blogging anak kami kecik2 lg
skarang Aqil dh tinggi dr ibunya....Aqil sebaya ngan Tisya form 5 tahun ni



posing dkt outdoor plak
 

bersama Kakak Tesla :)


Thank you Suziey atas jemputan...lama gile tak jumpa...almost 4 tahun😃
 anyway, tahniah rumah baru, kereta baru & kerja baru

geng kitorang ada 5 org...yg lain tk dpt dtg...so aku je la wakilnya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...