Majlis Perwakilan Pelajar UTeM

Assalamualaikum wbt dan salam memulakan sesi kuliah.

Cuti semester baru sahaja tamat pada 29 Disember 2008 yang lepas. Pasti ada yang merasakan cuti tersebut pendek dan ada juga yang tidak sabar mahu menyambung pengajian dengan semangat membuak-buak ingin memperbaiki status akademik. Ada juga yang tidak sabar ingin bercerita pengalaman bercuti dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

Keputusan peperiksaan semester 1 telah pun dikeluarkan walaupun agak sedikit lambat. Tahniah kepada yang mencapai target yang diletakkan dan jangan putus asa, masih banyak ruang untuk memperbaiki diri. Cuba usaha lebih baik pada semester ini. Ingat kembali kenapa kita disini. Letakkan akademik sebagai perkara utama. Bukan untuk sekarang, tetapi kesannya akan datang di masa hadapan. Kenapa masa hadapan? Kerana masa lampau adalah satu perkara yang kita tidak akan boleh kejar atau ulang kembali dan masa hadapan adalah sesuatu yang pasti. Cuma atas anda yang mahu mencorakkannya.

Untuk menjana modal insan yang berkualiti, akademik sahaja tidak cukup. Jika akademik diabaikan pula, lebih teruk. Sebagai mahasisiwa/i universiti yang berteraskan teknikal, hidup kita bukan bergelumang dengan mesin, komputer, alat-alat dan komponen-komponen di bengkel. Tetapi kita akan berinteraksi dengan pelbagai individu daripada pelbagai latar belakang. Bergiat aktif dalam kerja berpasukan, kelab persatuan atau apa-apa sahaja aktiviti di luar bilik kuliah, makmal dan bengkel akan membantu menyeimbangkan kemahiran akademik dan kemahiran tambahan (soft-skill) pada diri anda.

Mari kita bersama menghidupkan suasana di kampus kita yang semakin kelam kebelakangan ini. Jadikan kita terbaik dalam apa jua yang kita sertai. Perkara yang baik kita tambah baik dan perkara yang kurang baik sama-sama kita mencari jalan dengan menyumbangkan jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan tersebut. Salam tahun baru 1430 hijrah kepada mahasiswa/i muslim dan salam tahun baru 2009 buat semua. Tahun baru, perbaharui azam. Insya’allah akan berjaya. Wallahu’alam.

Mohammad Firdaus

Mantan Yang DiPertua MPP 2007/08

Assalamualaikum wbt & salam perpaduan..

Alhamdulillah, 16 Oktober 2008 yang lepas satu proses penentuan wakil mahasiswa di UTeM telah berlansung dengan lancar. Tiada sebarang masalah yang besar berlaku. Sesi pembuangan undi yang dibuka dari jam 8.30 pagi bemula dengan agak perlahan kerana kebanyakan mahasiswa mempunyai kelas yang perlu dihadiri. Persaingan peratusan yang keluar mengundi berlaku pada waktu sela rehat tengah hari. Jentera-jentera fakulti masing-masing terus menggandakan usaha meningkatkan peratusn yang keluar mengundi. Proses pengundian tamat pada jam 5.00 petang. Sejurus selepas penutupan pembuangan undi, keputusan pemilihan di umumkan oleh Dekan HEPA, Y.Bhg. Prof. Dr. Zolkepli bin Buang disaksikan oleh Naib Canselor dan beberapa Dekan Fakulti serta calon-calon, agen-agen dan jentera-jentera tidak ketinggalan juga mantan MPP. Tahniah di ucapkan kepada mereka yang berjaya meletakkan diri mereka sebagai wakil mahasiswa, tanggungjawab anda bermula dengan memenuhi segala janji-janji anda dalam manifesto sebelum sesi pemilihan MPP. Kepada yang kurang meraih undi, jangan berpatah semangat sampai disini, anda masuk bertanding sebagai pejuang, anda teruskan perjuangan dengan memberi sokongan kepada wakil yang baru. Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan bagi pihak-pihak yang terlibat dalam memastikan proses pembuangan undi pemilihan MPP sesi 2008/09. Semoga barisan yang akan dibentuk kabinet dalam masa terdekat ini dapat meneruskan perjuangan dan pemeliharaan kebajikan mahasiwa di UTeM. Wallahu’alam.

Kalendar

May 2026
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pelawat

  • 3,414 pelawat

Dimana Pelawat Saya?

Siapa Diantara Kita?

site statistics
Design a site like this with WordPress.com
Get started