Kacang
Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan. Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi. Kacang merupakan sumber zat makanan yang penting bagi manusia dan juga hidupan liar.
Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Takrif botani
Sebiji kacang dalam botani adalah sejenis buah serahim yang kering dengan satu biji benih (jarang sekali dengan dua benih) di mana dinding ovari pokok tersebut menjadi sangat keras (seperti batu atau kayu) semasa matang, dan di mana biji tersebut kekal tidak bercantum dengan dinding ovari. Kebanyakan kacang datang daripada putik yang kurang baik mutunya (lihat bunga) dan tidak letup (tidak terbuka ketika matang). Kacang sebenar dihasilkan, contohnya, oleh beberapa jenis keluarga tumbuhan mengikut urutan Fagales.
- Urutan Fagales
- Keluarga Fagaceae
- Family Betulaceae
Takrif masakan dan kegunaan
Kacang dalam botani mempunyai kategori yang lebih terhad berbanding kacang dalam masakan, kerana perkataan itu digunakan bagi banyak jenis biji sedangkan ia tidak semestinya kacang sebenar secara botani. Mana-mana isirong yang berminyak dan besar, ditemui dalam kulit dan digunakan dalam makanan boleh dikira sebagai kacang. Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut.
Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan dihargai dan menjadi sumber tenaga. Sejumlah besar kacang boleh dimakan oleh manusia dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, atau dipanggang sebagai makanan ringan, atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek. Kacang (atau umumnya biji-bijian) juga merupakan sumber khasiat makanan yang penting untuk hidupan liar. Ini terutama sekali benar dalam iklim sederhana di mana haiwan seperti gagak Eurasia dan tupai menyimpan acorn dan jenis-jenis kacang yang lain semasa musim luruh dapat menyelamatkan mereka dari kebuluran lewat musim luruh, sepanjang musim sejuk dan awal musim bunga.
Kacang, termasuk kacang dari pokok dan kacang tanah, merupakan antara alergen makanan yang biasa.[1]
Beberapa jenis buah dan bijian yang dikira sebagai kacang dari sudut masakan:
- Badam dan Walnut merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan — isinya yang keras dibuang ketika penuaian.
- Kacang Brazil adalah biji daripada kapsul (buah).
- Buah keras (digunakan untuk minyak) adalah sejenis biji.
- Kacang gajus adalah sejenis biji.
- Kelapa adalah drup yang kering dan bergentian.
- Kacang Gevuina
- Buah berangan-kuda adalah kapsul yang boleh dimakan.
- Kacang Makadamia merupakan isirong putih yang penuh berkrim.
- Buah berangan Malabar
- Mongongo
- Kacang tanah adalah dari jenis legum dan biji.
- Kacang pain adalah biji dari pelbagai spesies pokok pain.
- Kacang pistasio adalah biji dari drup berkulis nipis.
Faedah pemakanan
Beberapa kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil kacang berkemungkinan kecil untuk menderita penyakit koronori jantung. Ujian klinikal terbaru telah menemui bahawa pengambilan pelbagai jenis kacang seperti badam dan walnut boleh merendahkan serum pekatan kolesterol LDL. Walaupun kacang mengandungi pelbagai bahan yang dikatakan memiliki kesan cardioprotective, saintis percaya yang asid lemak Omega 3nya sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam tindakbalas kadar lipid (hypolipidemic) semasa pemerhatian ujian klinikal.
Sebagai tambahan kepada mempunyai kesan cardioprotective, kacang umumnya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat rendah.[2] Oleh itu, pakar diet sering mencadangkan supaya kacang dimasukkan ke dalam diet yang ditetapkan untuk pesakit yang mempunyai masalah rintangan terhadap insulin seperti kencing manis mellitus tahap 2.
Satu kajian mendapati mereka yang memakan kacang hidup dua atau tiga tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak. Namun begitu, keadaan ini mungkin juga disebabkan mereka yang makan kacang cenderung untuk tidak makan kurang makanan ringan. [3]
Kegunaan lain
Kacang dari pokok Buah berangan-kuda (spesies Aesculus, terutamanya Aesculus hippocastanum), dipanggil conker (pemecah) di Kepulauan British. Pemecah tidak boleh dimakan kerana ia mengandungi toksik glucoside aesculin. Ia digunakan dalam permainan popular kanak-kanak, dikenali sebagai conkers yang bermaksud pemecah, di mana kacang tersebut dicucuk kepada tali pintal yang kuat dan setiap peserta mencuba untuk memecahkan pemecah lawan dengan menghentam pemecah lawannya menggunakan pemecahnya sendiri. Buah berangan kuda juga terkenal sebagai senjata lastik.
Satu spesies yang berkaitan, Aesculus californica, dimakan oleh Penduduk Asal Amerika di California semasa kebuluran selepas bahan toksik melarut keluar.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Common Food Allergens". Food Allergy & Anaphylaxis Network. Dicapai pada 2007-06-24.
- ^ David Mendosa (2002). "Revised International Table of Glycemic Index (GI) and Glycemic Load (GL) Values". Dicapai pada 2007-11-23. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "ABC News: The Places Where People Live Longest". URL accessed January 18, 2007.