2007
Penampilan
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2007 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Isnin dalam kalendar Gregory. iA berlangsung dari 11 Zulhijah 1427 hingga 21 Zulhijah 1429. Tahun ini diisytiharkan sebagai:
- Tahun Kutub Antarabangsa
- Tahun Heliofizikal Antarabangsa
- Tahun Ikan Lumba-lumba
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari:
- Bulgaria dan Romania menyertai Kesatuan Eropah; Slovenia mula menggunakan euro sebagai mata wang.
- Ban Ki-moon dari Korea Selatan menjadi Setiausaha Agung PBB yang baru menggantikan Kofi Annan.
- Penerbangan 574 Adam Air dilaporkan hilang berdekatan dengan Pulau Sulawesi, Indonesia.
- Angola menyertai OPEC.
- Pejuang Kesatuan Mahkamah Islam meninggalkan kubu terakhir mereka di Kismayo, Somalia dan melarikan diri ke sempadan Kenya.
- 4 Januari - Nancy Pelosi (gambar) menjadi speaker wanita pertama Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.
- 8 Januari - Rusia memotong bekalan minyak ke Poland, Jerman dan Ukraine apabila pertikaian tenaga Rusia-Belarus memuncak; disambung semula 3 hari kemudian.
- 10 Januari - Presiden Amerika Syarikat George W. Bush mengumumkan rancangan menempatkan 21,500 askar tambahan di Iraq.
- 11 Januari:
- Darurat diisytiharkan di Bangladesh oleh Presiden sementara Iajuddin Ahmed, akibat bantahan ganas sementara menunggu pilihan raya.
- Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) sebagai anggota ke-150.
- China berjaya menguji peluru berpandu balistik dari-tanah yang boleh menghancurkan satelit dalam orbit.
- 12 Januari:
- Komet McNaught, komet tercerah dalam tempoh 40 tahun, mencapai perihelion.
- Bencana banjir besar melanda buat kali kedua dalam tempoh sebulan di beberapa negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang, dan Sabah.
- 14 Januari - Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa secara rasminya menerima Kristal Merah sebagai lambang bukan-keagamaan.
- 17 Januari - Jam Hari Kiamat ditetapkan pada 5 minit sebelum tengah malam.
- 18 Januari:
- Komet McNaught, komet paling cerah dalam tempoh 40 tahun, boleh dilihat di Hemisfera Selatan.
- Hurikan Kyrill menyebabkan sekurang-kurang 44 orang maut di 20 negara di Eropah Barat.
- 19 Januari - Israel melepaskan $100 juta aset beku kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmud Abbas dalam usaha memperkuat kedudukan beliau.
- 24 Januari - Menteri Keadilan Israel mengumumkan bahawa Presiden Moshe Katsav akan didakwa atas tuduhan rogol dan penyalahgunaan kuasa.
- 28 Januari - 4 Februari - Sukan Asia Musim Sejuk 2007 diadakan di Changchun, China.
- 30 Januari - Microsoft melancarkan Windows Vista dan Microsoft Office 2007.
- 31 Januari - Perhimpunan Kebangsaan Venezuela memberikan kuasa kepada Presiden Hugo Chávez untuk memerintah dengan dekri selama 18 bulan.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 2 Februari:
- Republik Rakyat China menandatangani satu siri perjanjian ekonomi dengan Sudan.
- Konflik Fatah-Hamas: Hamas dan Fatah memperbaharui kedamaian sementara selepas keganasan meletus berikutan gencatan senjata awal.
- Martti Ahtisaari mendedahkan rancangan PBB untuk Kosovo; pemimpin Serbia mengecam usul itu.
- IPCC menerbitkan laporan penilaian keempatnya, yang menyimpulkan bahawa perubahan iklim sejagat adalah "amat besar kemungkinan" disebabkan oleh tindakan manusia.
- 3 Februari:
- Darurat diisytiharkan di Indonesia selepas banjir besar seperti 'El Nino'.
- Satu pengeboman di sebuah pasar di Baghdad mengorbankan tidak kurang 135 orang dan mencederakan 339 yang lain.
- 10 Februari - Senator A.S. Barack Obama dari Illinois mengumumkan kempen menjadi presiden di Springfield, Illinois.
- 11 Februari:
- Para pengundi Portugis bersetuju membenarkan pengguguran di sisi undang-undang dalam satu pungutan suara kebangsaan.
- Anugerah Grammy ke-49 berlangsung di Los Angeles.
- 13 Februari:
- Korea Utara bersetuju menutup kemudahan nuklearnya di Yongbyon sebelum 14 April sebagai langkah pertama ke arah penghapusan program nuklearnya, dan menerima bantuan tenaga bersamaan 50,000 tan minyak bahan api berat sebagai ganti.
- Pemimpin pembangkang Taiwan Ma Ying-jeou meletak jawatan sebagai pengerusi parti Kuomintang selepas didakwa menggelapkan wang; Ma juga memgumumkan pencalonannya untuk pemilihan presiden Republik China 2008.
- 25 Februari:
- Agensi Angkasa Lepas Eropah mengesahkan kejayaan terbang lalu trajektori Marikh kapal angkasa lepas Rosetta.
- Anugerah Akademi ke-79 berlangsung di Hollywood.
- 26 Februari - Mahkamah Keadilan Antarabangsa mendapati Serbia bersalah kerana gagal menghalang pembasmian kaum dalam pembunuhan Srebrenica, tetapi melepaskannya dari tanggungjawab dan keterlibatan langsung.
- 27 Februari:
- Pasaran saham dunia jatuh merudum selepas China dan Eropah mengeluarkan laporan pertumbuhan yang kurang dari jangkaan.
- Pengeboman Lapangan Terbang Bagram 2007: Taliban melancarkan serangan berani mati ketika Naib Presiden A.S. Dick Cheney sedang melawat.
- 28 Februari - Kuar angkasa lepas New Horizons menggunakan bantuan graviti Musytari untuk menukar trajektorinya ke arah Pluto.
Mac
[sunting | sunting sumber]- 3 Mac - Gerhana bulan penuh.
- 6 Mac - Mega Millions mencipta rekod cepumas loteri tertinggi di dunia dengan AS $370 juta.
- 7 Mac - Penerbangan 200 Garuda Indonesia terhempas ketika mendarat di Yogyakarta, Jawa, mengorbankan 22 orang.
- 8 Mac - Perdana Menteri Ehud Olmert mengakui yang Israel memang bercadang menyerang Lubnan sekiranya askarnya diculik, beberapa bulan sebelum Hizbullah melakukannya.
- 12 Mac - Wartawan BBC Alan Johnston hilang di Bandar Gaza, Palestin.
- 17 Mac - Bom klorin mencederakan ratusan di Baghdad, Iraq.
- 18 Mac - Kejohanan Formula 1 2007 bermula di Melbourne, Australia.
- 22 Mac - Askar NATO melancarkan dua serangan di Helmand, Afghanistan, dan membunuh 38 anggota Taliban.
- 23 Mac - Angkatan tentera laut Pengawal Revolusi Iran menahan anggota Royal Navy di perairan Iran-Iraq.
- 25 Mac: Citizendium dilancarkan.
- 27 Mac - Perdana Menteri Latvia Aigars Kalvitis dan Perdana Menteri Rusia Mikhail Fradkov akhirnya menandatangani perjanjian sempadan antara Latvia dan Rusia.
- 31 Mac - Sydney, Australia, menutup lampunya selama 1 jam antara 7:30 pm dan 8:30 pm sebagai kenyataan politik terhadap perubahan iklim sedunia.
April
[sunting | sunting sumber]- 2 April - Kepulauan Solomon dilanda gempa bumi berukuran 8.1 dan tsunami.
- 4 April - Iran mengumumkan yang kelasi dan tentera marin British yang ditangkap akan dibebaskan. Mereka kembali ke UK keesokan harinya.
- 8 April - Zach Johnson memenangi Kejohanan Masters 2007.
- 11 April - Al Qaeda mengaku bertanggungjawab terhadap dua letupan bom di Algiers, Algeria. Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan 222 lagi cedera.
- 12 April - Perang Iraq: Satu letupan di kafeteria Perhimpunan Kebangsaan Iraq membunuh lapan orang termasuk seorang ahli parlimen.
- 16 April - 32 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Virginia Tech di Institut Politeknik dan Universiti Negeri Virginia, Blacksburg, Virginia.
- 17 April - Paun Sterling mencapai kadar tukaran tertingi sejak 15 tahun berbanding dolar AS, memecah aras AS$2 buat kali pertama sejak 1992.
- 19 April - Amerika Syarikat, Korea Selatan dan sekutunya mengadakan latihan tentera udara skala besar di Korea Selatan dengan lebih 500 pesawat.
- 21 April - Pemilihan presiden diadakan di Nigeria.
- 23 April - Bogotá, Colombia, memulakan tempohnya sebagai Ibu Negara Buku Dunia.
- 24 April:
- Pengguguran dibenarkan di sisi undang-undang di Bandar Mexico.
- Gliese 581 c, planet luar suria serupa-Bumi ditemui di buruj Libra.
- 25 April:
- Dow Jones Industrial Average naik 135.95 mata untuk ditutup pada 13089.89; kali pertama ia melebihi aras 13,000.
- Pembinaan Burj Dubai mencapai ketinggian Menara Sears dalam rangka menjadi bangunan tertinggi di dunia.
- 27 April - Pusingan pertama pemilihan presiden Turki dijalankan, namun kemudian dibatalkan oleh mahkamah.
Mei
[sunting | sunting sumber]- 5 Mei - Penerbangan 507 Kenya Airways terhempas di Douala, Cameroon.
- 10 Mei - Tony Blair mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom pada 27 Jun 2007.
- 16 Mei:
- Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan tahun 2008 sebagai Tahun Bahasa Antarabangsa.
- Nicolas Sarkozy (gambar) secara rasminya menjadi Presiden Perancis menggantikan Jacques Chirac.
- 20 Mei - Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum memberikan derma yang terbesar dalam sejarah moden, menguntukkan €7.41 bilion kepada satu yayasan pendidikan di Timur Tengah.
- 20 Mei - Pertelingkahan di Tripoli, Lubnan mencetuskan Konflik Lubnan 2007.
- 21 Mei - Kapal abad ke-19 Cutty Sark rosak teruk dalam satu kebakaran di London, UK.
- 23 Mei - A.C. Milan menewaskan Liverpool F.C. 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2006-07 di Stadium Olimpik Athens, Greece.
- 24 Mei - Pilihan raya di Republik Ireland: Taoiseach Bertie Ahern dan parti Fianna Fáilnya mendapat majoriti buat kali ketiga berturut-turut.
- 26 Mei - Rusia sekali lagi diiktiraf sebagai kuasa besar penuh oleh Amerika Syarikat.
- 28 Mei - Riyo Mori dimahkotakan sebagai Miss Universe 2007 di bandar raya Mexico.
- 29 Mei - Umaru Yar'Adua dilantik secara rasmi sebagai Presiden Republik Persekutuan Nigeria.
- 31 Mei:
- Valdis Zatlers dilantik sebagai Presiden Latvia selepas memenangi pilihan raya presiden.
- Bulan biru kalendar terjadi di Hemisfera Barat dan sebahagian Hemisfera Timur.
Jun
[sunting | sunting sumber]- 5 Jun:
- 6-8 Jun - Persidangan Kemuncak G8 ke-33 berlangsung di tengah-tengah bantahan kuat di Heiligendamm, Jerman.
- 8 Jun - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (gambar) berjaya dilancarkan pada misi STS-117.
- 10 Jun:
- Pusingan pertama pilihan raya perundangan diadakan di Perancis, manakala pilihan raya umum diadakan di Belgium.
- Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Kanada, menjadikannya pemandu pertama berketurunan campur memenangi perlumbaan Formula Satu.
- Berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.
- 14 Jun - Parti Hijau menyertai kerajaan buat pertama kali di Republik Ireland, bersama dengan Fianna Fáil dan Demokrat Progresif.
- 22 Jun - Satu puting beliung F5 melanda Elie, Manitoba, namun tiada kecederaan dilaporkan.
- 24 Jun - Millennium Dome yang telah diubah suai, kini dipanggil The O2, dibuka semula di London.
- 25 Jun:
- Ahli gusti WWE Chris Benoit, isterinya Nancy Benoit, dan anak lelaki mereka Daniel, ditemui mati akibat pembunuhan-bunuh diri.
- Cuaca panas lampau mula melanda tenggara Eropah dengan suhu setinggi 46 °C di Bulgaria dan Greece.
- 26 Jun-15 Julai - Kejohanan bola sepak Copa América 2007 berlangsung di Venezuela.
- 27 Jun - Pemimpin Parti Buruh UK yang baru Gordon Brown dilantik menggantikan Tony Blair sebagai Perdana Menteri United Kingdom oleh Ratu Elizabeth II.
- 28 Jun - Cuaca panas di Greece menyebabkan 11 orang maut akibat strok matahari, kira-kira 200 kebakaran liar terjadi, dan grid elektrik negara hampir runtuh akibat permintaan melampau.
- 29 Jun - iPhone Apple mula dipasarkan di A.S.
- 30 Jun:
- Bulan biru kalendar terjadi di sebahagian besar Hemisfera Timur.
- Pilihan raya parlimen diadakan di Papua New Guinea.
Julai
[sunting | sunting sumber]- 1 Julai:
- Portugal mengambil alih sebagai Presiden Majlis Kesatuan Eropah daripada Jerman.
- Merokok di tempat awam dan kerja diharamkan di England. Merokok di kelab dan pub pula dilarang di New South Wales dan Victoria, Australia.
- Undang-undang yang menurunkan umur mengundi dalam pilihan raya persekutuan dari 18 kepada 16 di Austria mula berkuatkuasa.
- 2 Julai - Zuhrah dan Zuhal berada dalam gabungan, pemisahan 46 saat lengkok.
- 3 Julai:
- 4 Julai - Selepas menjadi tahanan selama 114 hari, wartawan BBC Alan Johnston dibebaskan oleh penculiknya di Palestin.
- 7 Julai - Konsert Live Earth diadakan di 9 bandar raya utama di dunia.
- 7-29 Julai - Tour de France 2007 berlangsung, dan akhirnya dimenangi oleh Alberto Contador.
- 7-29 Julai - Pertandingan bola sepak Piala Asia 2007 berlangsung Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam, dan akhirnya dimenangi oleh Iraq.
- 8 Julai - Boeing melancarkan pesawat Boeing 787.
- 10 Julai - Zheng Xiaoyu, ketua Pentadbiran Makanan dan Dadah Negara Republik Rakyat China menjalani hukuman mati.
- 11 Julai - Sukan Seluruh Afrika ke-9 bermula di Algiers, Algeria.
- 13 Julai - Sukan Seluruh Amerika ke-15 (gambar) dibuka di Rio de Janeiro, Brazil.
- 14 Julai - Atas dekri presidennya, Rusia menarik diri dari Perjanjian Angkatan Tentera Biasa di Eropah.
- 15 Julai:
- Brazil menewaskan Argentina 3-0 dalam perlawanan akhir Copa América 2007.
- Bidang kedua Jambatan Tacoma Narrows dibuka kepada trafik, menjadikannya jambatan gantung kembar terpanjang di dunia.
- 16 Julai:
- Gempa bumi terjadi di perairan wilayah Niigata, Jepun, mengorbankan tujuh orang dan menyebabkan kebakaran dan kebocoran sebatang paip di sebuah loji nuklear, membocorkan kira-kira 300 gelen air beradioaktif.
- IAEA mengesahkan bahawa Korea Utara telah menutup reaktor nuklear utamanya di Yongbyon.
- Britain mengusir empat diplomat Rusia sebagai gerak balas keengganan Rusia menyerah balik Andrei Lugovoi yang disyaki di balik kes pembunuhan bekas perisikp KGB Alexander Litvinenko di London.
- 17 Julai - Penerbangan 3054 TAM Linhas Aereas terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Congonhas-São Paulo, membunuh kesemua 186 di dalam kapal terbang serta beberapa lagi.
- 18 Julai:
- Nelson Mandela mengadakan persidangan sekumpulan pemimpin dunia untuk mencari idea menangani beberapa masalah dunia yang paling rumit.
- Semasa waktu sibuk di bandar raya New York, sebatang paip stim pecah, mengeluarkan berjuta gelen air mendidih dan arus superpanas. Cuma seorang maut.
- 19 Julai:
- Rusia mengusir empat kakitangan kedutaan British sebagai balas balik pengusiran empat diplomatnya oleh Britain. Rusia juga enggan bekerjasama dengan Britain dalam hal perang melawan keganasan.
- Indeks Perindustrian Dow Jones ditutup di atas 14,000 buat kali pertama dalam sejarahnya.
- 21 Julai - Buku terakhir siri Harry Potter, Harry Potter and the Deathly Hallows mula dijual. Lebih 11 juta naskhah terjual dalam tempoh 24 jam pertama, suatu rekod baru.
- 22 Julai:
- Argentina menewaskan Republik Czech untuk memenangi Piala Dunia Bawah-21 FIFA 2007.
- Banjir di Britain, terutamanya di kaunti Gloucestershire, Warwickshire, Worcestershire, dan Oxfordshire menyebabkan ratusan kehilangan tempat tinggal dan ribuan kenderaan terkandas di jalan raya.
- Menara Burj Dubai menjadi bangunan tertinggi di dunia dengan 512.1 meter, mengatasi Taipei 101.
- Pilihan raya parlimen diadakan di Turki.
- Yokozuna Asashoryu memenangi Piala Maharaja di Pertandingan Besar Sumo Nagoya (Nagoya Basho) di Nagoya, Jepun.
- 25 Julai - Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik sebagai Presiden India.
- 27 Julai - Dua helikopter berita televisyen berlanggar di udara semasa membuat liputan mengenai kejar mengejar polis di Phoenix, Arizona. Kesemua empat anak kapal terbunuh.
- 29 Julai:
- Kerajaan campuran Jepun kehilangan majoriti di dewan atas selepas pilihan raya terbaru.
- Iraq menewaskan Arab Saudi 1-0 untuk menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- 31 Julai:
- Beberapa orang rakyat Korea Selatan yang diculik telah dibunuh oleh Taliban.
- Majlis Keselamatan PBB bersetuju menghantar pasukan pengaman UNAMID ke Darfur bagi menyelesaikan konflik Darfur.
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 1 Ogos:
- Jambatan Sungai Mississippi I-35W di Minneapolis, Minnesota, A.S. runtuh pada jam 6:05 pm CST di akhir waktu sibuk, mengorbankan 13 orang.
- Pengakap menyambut hari lahir ke-100nya.
- 4 Ogos - Kapal angkasa lepas Phoenix dilancarkan ke planet Marikh.
- 5 Ogos - Banjir dahsyat yang berlaku di India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh mengorbankan 1,400 jiwa.
- 6 Ogos - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert tiba di bandar bersejarah Palestin Jericho, menjadi Perdana Menteri Israel pertama melawat Tebing Barat atau Gaza dalam tempoh 7 tahun.
- 14 Ogos - Beberapa pengeboman berani mati membunuh 572 orang di Qahtaniya, utara Iraq.
- 15 Ogos - Gempa bumi 8.0 melanda Peru, mengorbankan 512 orang, mencederakan lebih 1,500, dan mencetuskan amaran tsunami di Lautan Pasifik.
- 16 Ogos - Lombong Ngarai Crandall di Kaunti Emery, Utah, runtuh buat kali kedua dalam masa dua minggu, mengorbankan 3 pekerja penyelamat dan mencederakan 6 lagi.
- 17 Ogos - Vladimir Putin mengumumkan bahawa Rusia akan menyambung latihan penerbangan pengebom strategiknya di kawasan terpencil. Penerbangan ini telah dihentikan pada 1991 selepas keruntuhan Kesatuan Soviet.
- 18 Ogos - Taufan Sepat mencecah daratan di timur Taiwan.
- 21 Ogos - Taufan Dean melanda Semenanjung Yucatán Mexico yang sebahagian besarnya telah dikosongkan.
- 25 Ogos:
- Perdana Menteri Greece Kostas Karamanlis mengumumkan darurat selepas satu siri kebakaran liar dahsyat (gambar) membinasakan barat Peloponese dan selatan Euboea, membunuh 68 orang.
- 44 orang maut selepas dua bom meletup di Hyderabad, India.
- 29 Ogos - Abdullah Gül dipilih sebagai Presiden Turki ke-11.
- 30 Ogos - Sebuah B-52 Stratofortress terbang dari Minot AFB, Dakota Utara ke Barksdale AFB, Louisiana membawa enam muncung perang nuklear.
- 31 Ogos:
- Taliban membebaskan saki-baki tebusan Korea Selatan sebaik sahaja Korea Selatan bersetuju untuk mengundurkan 200 anggota tenteranya dalam masa setahun dan menggantung tugas mubaligh di Afghanistan.
- Malaysia merayakan 50 tahun kemerdekaan.
September
[sunting | sunting sumber]- 1 September - Finland menutup semua isyarat televisyen terestrial analognya sebagai sebahagian dari peralihan ke televisyen digitalnya.
- 2–9 September - APEC mengadakan mesyuarat tahunan ke-19nya di Sydney.
- 3 September - Askar British berundur dari kawasan Basra di Iraq.
- 4 September - Bahagian timur laut Nicaragua dilanda Taufan Felix, satu taufan Kategori 5.
- 6 September:
- Operasi Orchard: Pesawat Israel menyerang kawasan yang disyaki sebagai tapak nuklear Syria.
- Sebutir bom meletup di Batna, Algeria ketika orang ramai berkumpul untuk melihat Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika; 19 orang maut manakala 107 lagi cedera.
- 8 September - Lebih 50 orang terbunuh apabila sebuah bom kereta meletup di bandar pelabuhan Dellys, Algeria.
- 12 September:
- Rusia mendedahkan Bapa segala bom.
- Sandiganbayan mendapati bekas Presiden Filipina Joseph Estrada bersalah atas tuduhan melakukan rampasan, tetapi membebaskannya dari tuduhan sumpah bohong.
- Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan perletakkan jawatannya, berkuat kuasa 19 September.
- Perdana Menteri Rusia Mikhail Fradkov dan seluruh kabinetnya meletakkan jawatan.
- 13 September:
- Burj Dubai menjadi struktur berdiri sendiri tertinggi di dunia, mengatasi Menara CN di Toronto.
- Google Lunar X Prize diperkenalkan oleh Peter Diamandis.
- 14 September:
- Kapal angkasa lepas SELENE berlepas. JAXA menggelarkan misi itu sebagai "misi qamari terbesar sejak program Apollo."
- Viktor Zubkov diperkenan sebagai Perdana Menteri Rusia yang baru selepas satu undian di Duma.
- 16 September - Penerbangan 269 One-Two-GO Airlines terhempas di Phuket, Thailand, membunuh 90 orang penumpang dan anak kapal.
- 19 September - Taufan Wipha melanda Fuding, China. Lebih 2 juta orang telah dipindahkan sebelum taufan ini melanda.
- 21 September - Mahkamah Agung Chile memutuskan bahawa bekas Presiden Peru Alberto Fujimori mesti diserah balik kepada Peru, untuk menghadapi tuduhan rasuah dan penganiayaan hak asasi.
- 26 September:
- Maharaja Akihito menerima angkat sumpah Yasuo Fukuda sebagai Perdana Menteri Jepun ke-91.
- Kematian pertama akibat tindakan keras tentera Myanmar terhadap protes anti-kerajaan disahkan. Sami Buddha (gambar) turut ditahan dan capaian Internet disekat.
Oktober
[sunting | sunting sumber]- 2 Oktober - Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-il bertemu di Pyongyang, untuk sidang kemuncak antara-Korea kedua.
- 8 Oktober - Bintang olahraga Marion Jones menyerahkan kembali 5 pingat Olimpik yang dimenanginya di Sukan Olimpik Sydney 2000, selepas mengaku mengambil dadah.
- 17 Oktober - Whitehaven menjadi lokasi pertama di United Kingdom beralih ke televisyen digital apabila salah satu siaran televisyen terestrial analognya dihentikan.
- 18 Oktober - Selepas 8 tahun dalam buangan, Benazir Bhutto kembali ke Pakistan. Pada malam yang sama, pengebom berani mati menyerang konvoi beliau, membunuh 136 orang, termasuk 20 anggota polis.
- 19 Oktober - Letupan gas di pusat membeli-belah Glorietta di Makati, Filipina mengorbankan 11 orang dan mencederakan lebih 100 lagi.
- 20 Oktober – 9 November - Kebakaran liar di California Selatan (gambar) menyebabkan lebih sejuta orang terpaksa berpindah, manakala lebih 1,600 rumah dan kedai musnah.
- 24 Oktober - Komet Holmes membentuk koma dan menyala sehingga 500 ribu kali lebih terang dari sebelumnya hingga boleh dilihat dengan mata kasar.
- 28 Oktober - Cristina Fernández de Kirchner menjadi presiden wanita pertama Argentina.
- 31 Oktober - Forum Ekonomi Dunia mengeluarkan Laporan Daya Saing Global 2007-2008.
November
[sunting | sunting sumber]- 1 November - Perkhidmatan Polis Metropolitan London didapati bersalah membahayakan orang awam dalam penembakan Jean Charles de Menezes yang dianggap sebagai pengebom berani mati.
- 4 November - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
- 10 November - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- 14 November - High Speed 1 dari London ke Terowong Selat dibuka kepada penumpang.
- 16 November - Lebih 3,000 orang dipercayai maut apabila Taufan Sidr melanda Teluk Benggala, terutama pantai Bangladesh.
- 20 November - Her Majesty's Revenue and Customs UK mengaku menyalahletakkan dua cakera komputer yang mengandungi maklumat mengenai tuntutan faedah kanak-kanak, menyebabkan sehingga 7.25 juta keluarga boleh kecurian identiti.
- 23 November - CHOGM 2007 diadakan di Kampala, Uganda.
- 24 November - Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
- 25 November - Lebih seribu penganut Hindu menyertai perhimpunan haram berhubung nasib orang India Malaysia.
- 27 November - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 29 November - Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- 29 November - Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- 30 November - Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
Disember
[sunting | sunting sumber]- 2 Disember - Cadangan pindaan Perlembagaan Venezuela oleh Presiden Hugo Chávez tewas tipis dalam satu pemungutan suara.
- 3 Disember - Hujan akibat ribut musim sejuk menyebabkan banjir di Pasifik Barat Laut. Lapan orang mati dan kerosakan berbilion dolar terjadi di Washington, A.S.
- 3 - 14 Disember - Kerangka Konvensyen Terhadap Perubahan Cuaca PBB diadakan di Nusa Dua di Bali, Indonesia.
- 7 Disember - Ekuinoks terjadi di Uranus.
- 8 Disember - Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah-Afrika 2007 diadakan di Lisbon, Portugal, yang kedua sejak tujuh tahun.
- 10 Disember - Tarikh akhir PBB untuk penyelesaian perundingan mengenai masa depan Kosovo berlalu tanpa sepersetujuan antarabangsa.
- 11 Disember - Di Algiers, Algeria, 2 bom meletup dalam masa 10 minit, mengorbankan 31 orang.
- 13 Disember:
- Pemimpin Eropah menandatangani Perjanjian Lisbon di Lisbon, Portugal.
- Versi semakan Konvensyen Paten Eropah (EPC), dikenali sebagai EPC 2000, mula berkuatkuasa.
- 15 Disember - Presiden Pakistan Pervez Musharraf menamatkan keadaan darurat di Pakistan.
- 19 Disember - Presiden Rusia Vladimir Putin diisytiharkan sebagai Person of the Year majalah Time 2007.
- 20 Disember:
- Satu gempa bumi bermagnitud 6.6 ML melanda pantai timur Pulau Utara New Zealand, menyebabkan seorang maut dan kemusnahan teruk bandar Gisborne.
- Lukisan Pablo Picasso Portrait of Suzanne Bloch, bersama dengan lukisan Candido Portinari O Lavrador de Café, dicuri daripada Muzium Kesenian São Paulo.
- 21 Disember - Republik Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia dan Slovenia menyertai zon bebas-sempadan Schengen.
- 23 Disember - Konjungsi (astronomi dan astrologi): Satu penjajaran cakerawala agung berlaku.
- 24 Disember - Kerajaan Nepal mengumumkan bahawa pemerintahan beraja negara itu yang berusia 240 tahun akan dibubarkan pada 2008 dan satu republik baru akan diisytiharkan.
- 27 Disember - Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dibunuh, dan sekurang-kurangnya 20 lagi maut akibat letupan bom di sebuah perhimpunan pilihan raya di Rawalpindi.
- 31 Disember - Lebih 200 orang terbunuh dalam rusuhan di Kenya, yang disebabkan oleh keputusan pilihan raya presiden 27 Disember.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- Mac: NISER dinamai semula menjadi CyberSecurity Malaysia selepas peranannya ditingkatkan.
- Mei: Hampir seluruh teknologi bahasa pengaturcaraan Java siap dipindahkan oleh Sun Microsystems ke bawah Pelesenan Am Awam GNU.
- Jun: Mamma.com Inc. dinamai semula sebagai Copernic Inc.
- September: Technorati, sebuah enjin carian blog, menjejaki melebihi 106 juta blog dalam internet.
- Pemeringkatan yang diterbitkan oleh Millward Brown Optimor terhadap 100 jenama yang paling berkuasa di dunia menunjukkan nilai jenama Perbadanan Intel jatuh 10 tempat, iaitu dari tempat ke-15 ke tempat ke-25.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 21 Januari - Chombi, penyanyi wanita Malaysia
- 12 April - Puteri Balqis, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia
- 9 Jun - Maisha Kanna, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia
- 27 Jun - Naufal Ho, pelakon lelaki Indonesia
- 2 Julai - Mohamad Darwisy Amsyar Sahamizam, chef selebriti Malaysia
- 27 September - Aieman Rafique Azman, pelakon lelaki Malaysia
- 7 Oktober - Muhammad Khairullah Syahmi Muhamad Najib, pelakon lelaki Malaysia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 11 Julai - Lady Bird Johnson
- 6 September - Luciano Pavarotti, penyanyi tenor Itali (lahir 1935)
- 27 Disember - Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan