Abdul Kadir Annuar
Dato' Abdul Kadir Annuar SPMJ, DPMJ (Johor); KMN, AMN; PIS, BSI (Johor) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pulai, Johor | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mohamed Rahmat |
Digantikan oleh | Nur Jazlan Mohamed |
Majoriti | 24,568 (PRU-10) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor | |
Dalam jawatan 1989–1995 | |
Menteri Besar | Muhyiddin Yassin |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tambatan | |
Dalam jawatan 1989–1995 | |
Didahului oleh | Mahmood Daud |
Digantikan oleh | Loh Teh Hian |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1933 |
Mati | 28 Disember 2015 | (umur 81–82)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Samiah Mohd Said |
Anak | 5 (termasuk Radziah Abdul Kadir) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Abdul Kadir bin Annuar (1933 – 28 Disember 2015) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Pulai selama sepenggal (1999-2004), mantan EXCO Johor (1989-1995) dan mantan ADUN Tambatan selama dua penggal (1989-1995). Beliau juga pernah menjadi guru agama kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim.[1]
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau mula menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor bagi Tambatan selepas kematian penyandangnya, Mahmood Daud pada tahun 1989 hingga tahun 1995. Beliau kemudiannya digantikan oleh Low Teh Hian. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1989 ke tahun 1995 lepas.
Kemudian, beliau bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan memenanginya pada tahun 1999 dan berakhir pada tahun 2004 lalu.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada 29 Disember 2015, jam 5.10 petang akibat mengalami radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1933
- Kematian 2015
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Orang dari Johor
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-7
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10