Pergi ke kandungan

Adrián Beltré

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adrián Beltré
Beltré bersama Texas Rangers pada tahun 2017
Third baseman
Dilahirkan: (1979-04-07) 7 April 1979 (umur 45)
Santo Domingo, Republik Dominika
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
MLB debut
24 Jun, 1998, untuk Los Angeles Dodgers
Penampilan MLB terakhir
30 September, 2018, untuk Texas Rangers
Statistik MLB
Purata pukulan.286
Pukulan3,166
Home run477
RBI1,707
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2024
Undian95.1% (cabutan pertama)

Adrián Beltré Pérez (lahir 7 April 1979) ialah bekas pemain besbol Dominika yang bermain di posisi third baseman. Semasa kariernya, beliau pernah bermain untuk pasukan Los Angeles Dodgers, Seattle Mariners, Boston Red Sox dan Texas Rangers di saingan Major League Baseball (MLB). Beliau telah dianggap sebagai salah seorang pemain yang terhebat di posisinya pada sepanjang zaman.

Beltré pada mulanya ditandatangani sebagai seorang ejen bebas amatur. Beliau melakukan debutnya bersama Dodgers pada tahun 1998 ketika berusia 19 tahun. Beliau merupakan pemain bertangan kanan. Beltré berjaya memukul 48 home run semasa musim 2004, seterusnya menjadi pemain terbaik Red Sox pada tahun 2010, selanjutnya beraksi di Siri Dunia 2011 sebagai pemain Rangers serta mengetuai pukulan terbanyak di MLB pada musim 2013. Pada 19 September 2014, Beltré telah meleburkan rekod Vladimir Guerrero sebagai pemain Dominika yang menghasilkan pukulan terbanyak di MLB sebelum ia dileburkan oleh Albert Pujols pada tahun 2019. Pada 30 Julai 2017, beliau telah menjadi pemain ke-31 dalam sejarah MLB yang berjaya menghasilkan 3,000 pukulan dan membuktikan pemain Dominika pertama yang meraihnya. Beltré kemudiannya mengumumkan persaraan berikutan musim 2018 dengan membawa rekod 3,166 pukulan, 477 home run dan 1,707 RBI. Beliau juga telah meraih pencapaian 'hit for the cycle' sebanyak tiga kali dalam kariernya (2008, 2012, 2015) sekali gus menjadi salah seorang daripada enam pemain yang berhasil mencapainya dalam sejarah MLB.

Beliau berjaya merangkul Rawlings Gold Glove Award sebanyak lima kali dalam kariernya. Beltré dikenali sebagai pemain yang hebat bertahan, mempunyai daya pukulan yang kuat serta menempuh karier yang panjang. Beliau telah beraksi dalam empat Perlawanan All-Star MLB dan memenangi empat kali Silver Slugger Award. Sejak persaraannya, Beltré merupakan satu-satunya pemain third baseman dalam sejarah yang menghasilkan 3,000 pukulan dan 400 home run. Berdasarkan kepada Baseball Reference, Beltré merupakan pemain third baseman yang memiliki WAR (win above replacement) ketiga tertinggi sepanjang zaman.[1] Beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol pada tahun pertama pencalonnya iaitu pada tahun 2024.

  1. ^ "Third Base JAWS Leaders". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 24, 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Baseballstats