Pergi ke kandungan

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Singapura)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (Inggeris: Internal Security Act atau ISA) Singapura[1] memberikan kerajaan hak untuk menangkap atau menahan individu-individu tanpa perbicaraan dalam beberapa situasi yang timbul. Perundangan ini muncul pada era Perang Dunia Kedua apabila beberapa negara di seluruh dunia memperkenalkan perundangan yang menentang hak-hak asasi penyokong-penyokong komunis

Kes paling dinotakan mengenai penggunaan ISA adalah Operasi Coldstore pada tahun 1963 yang melihat sebanyak 100 ahli politik dan ahli kesatuan sekerja bersayap kiri ditahan, termasuk mereka dari Barisan Sosialis yang menentang penggabungan Singapura dengan Malaysia. Walaupun ISA tidak digunakan menentang pembangkang dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kewujudannya dilihat sebagai menghalang bangkangan dan kritikan terhadap kerajaan Singapura.[2]

Penjajahan British keatas Malaya memperkenalkan beberapa 'Peraturan Darurat' pada tahun 1948 semasa Darurat di Malaya sebagai tindak balas kepada kebangkitan komunis. Peraturan-peraturan ini membenarkan polis menangkap sesiapa pun yang bertindak atau "seakan bertindak" dalam satu cara yang mengancam keselamatan tanpa bukti atau waran tangkapan, menahan mereka incommunicado untuk penyiasatan dan tanpa perlu dirujuk kepada perbicaraan mahkamah.

Pada tahun 1960, tiga tahun selepas Malaya merdeka, Darurat diistiharkan tamat. Tetapi Akta Keselamatan Dalam Negeri No. 8 dari 1960 kini diluluskan menggantikan undang-undang darurat yang lalu. Semasa debat di parlimen, Tunku Abdul Rahman mengatakan bahawa ISA hanya akan digunakan untuk saki baki penyokong komunis yang tinggal.

Pada pemisahannya dari Malaysia pada tahun 1965, Singapura terus menggunakan ISA.

Situasi-situasi pengaplikasian ISA

[sunting | sunting sumber]
  • 1963Operasi Coldstore, operasi bersama Malaysia-Singapura untuk menahan 117 penyokong parti pembangkang dan ahli kesatuan perkerja Singapura, dan sesetengah daripada mereka ditahan sehingga 17 tahun.
  • 1966Chia Thye Poh, seorang ahli parti Barisan Sosialis, ditahan tanpa perbicaraan selama 32 tahun dibawah ISA. Dia menghabiskan sembilan tahun akhirnya dibawah beberapa tahanan kurungan dalam rumah dan sekatan terhadap hak awamnya, termasuk dikurung di pulau Sentosa.
  • 1987 – Dalam operasi keselamatan yang bernama Operasi Spektrum, 22 penyokong Gereja Roman Katolik dan hak sosial dan golongan profesional ditahan di bawah ISA. Mereka dituduh menjadi sebahagian daripada konspirasi Marx dan cadangkan penggulungan kerajaan secara paksa dan menggantikannya dengan negara Marksis.
  • Disember 2001 – Lima belas ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) ditahan kerana penglibatan mereka dalam rancangan menyerang kedutaan-kedutaan di Singapura.[3]
  • Ogos–September 2002 – Lagi 21 ahli JI ditahan.[perlu rujukan]
  • Februari 2006 - Ketua JI Mas Selamat bin Kastari diekstridasi dari Indonesia dan ditahan tanpa perbicaraan di bawah ISA. Dia melarikan diri daripada tahanan pada bulan Februari 2008.

Pengarang ISA, mendiang Reginald Hugh Hickling, peguam, pengarang dan profesor British, berkata pada tahun 1989:

Saya tidak menyangkakan yang masanya akan tiba apabila kuasa penahanan, secara terancang dan sengaja dikaitkan dengan Perkara 149 Perlembagaan, akan digunakan menentang pembangkang politik, pekerja kebajikan dan lainnya yang berdedikasi tidak membuat aktiviti yang tidak mengganas.[4]

  1. ^ Internal Security Act (Cap. 143, 1985 Rev. Ed.).
  2. ^ Singapore: U.S. State Department Country Reports on Human Rights Practices - 2005 [1]
  3. ^ The Jemaah Islamiyah Arrests and the Threat of Terrorism : White Paper (Cmd. 2 of 2003). Singapore: Ministry of Home Affairs. 2003. ISBN 9810481640.The white paper is available on-line from the website of the Ministry of Home Affairs Diarkibkan 2005-07-28 di Wayback Machine.
  4. ^ "Author of Malaysia's Notorious Internal Security Act Died in Britain – Report", International Herald Tribune (28 February 2007).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]