Akademi Nasyid
Akademi Nasyid | |
---|---|
Format | Televisyen realiti |
Juri | Farihin Abdul Fatah dan 2 juri jemputan |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan musim | 1 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | selama 1.5 jam |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Siaran asal | 21 Jun 2008 – 30 Ogos 2008 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Akademi Nasyid merupakan rancangan realiti muzikal nasyid pertama di Malaysia terbitan TV9. Setelah menjelajah ke enam lokasi terpilih untuk sesi uji bakat (Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Kuantan, Kedah, dan Melaka), seramai 12 peserta terpilih untuk musim pertama rancangan realiti ini.
Objektif
[sunting | sunting sumber]Program realiti Akademi Nasyid diperkenalkan TV9 bagi melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid sejagat. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.
Program ini diharap memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.
Syarat pertandingan
[sunting | sunting sumber]Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.
Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.
Musim
[sunting | sunting sumber]Musim 1
[sunting | sunting sumber]Pelajar Akademi Nasyid (dengan tarikh penyingkiran) | |
Musim 1 | |
Azhan Atan | Juara |
Mohamad Aiman Mohd Sidek | Naib juara |
D'Vision | 30 Ogos |
Mohd Shukri Nasrun (Cicik) | 30 Ogos |
Muslim Voice | 16 Ogos |
Eda Fazilah Ismail | 9 Ogos |
In Heart | 2 Ogos |
Farhan | 26 Julai |
Mohd Shahridzal Lokma | 19 Julai |
Voice of Men | 2 Julai |
Zuriana Ishak (Ana) | 5 Julai |
Sofieya | 28 Jun |
Cabaran Akademi Nasyid bermula dengan konsert mingguan yang disiarkan setiap minggu hari Sabtu pada jam 8.30 malam di TV9 bermula 21 Jun 2008. Program ini dikendalikan oleh penyanyi dan penggubah Hafiz Hamidun yang juga bekas anggota kumpulan nasyid U.N.I.C. Juri tetap rancangan ini ialah Farihin Abdul Fatah (bekas pengurus kumpulan Raihan).
Dalam konsert akhir pada 30 Ogos, Azhan berjaya muncul juara dan mendapat hadiah RM100,000. Aiman di tempat kedua manakala kumpulan Division tempat ketiga.