Pergi ke kandungan

Alamanni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alamanni merujuk kepada kumpulan etnik yang tergolong dalam puak-puak Jermanik. Penggunaan nama ini dikesan seawal tahun 213 dalam karya Cassius Dio. Namun, kumpulan ini dikatakan telah mula terbentuk sejak abad ke-3 daripada pelbagai kumpulan kecil seperti Suebi yang mendiami kawasan di antara Sungai Rhine, Main dan Lech.