Ali Abul Hassan Sulaiman
Tan Sri Dato’ Sri Ali Abul Hassan Sulaiman PSM; SSAP (Phg); SSMT (Trg); DGPN (PP); DGSM (Mel); JSM, AMN | |
---|---|
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-6 | |
Dalam jawatan September 1998 – Mei 2000 | |
Didahului oleh | Ahmad Mohd Don |
Digantikan oleh | Zeti Akhtar Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 3 April 1941 Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
Mati | 25 Mac 2013 (umur 71) Kemensah Heights, Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Tempat belajar |
|
Laman web | Bank Negara Malaysia |
Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (3 April 1941 – 25 Mac 2013) pernah menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-6, dari September 1998 - April 2000. Beliau menggantikan Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd Don (1995-1998). Gabenor Bank Negara sebelum ini ialah Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000-2016), kemudian disandang oleh Muhammad bin Ibrahim (2016-2018) dan kini disandang oleh Nor Shamsiah Mohd Yunus (2018–kini).
Tanda tangan Ali Abul Hassan terdapat pada wang kertas yang diedarkan pada masa itu.[1]
Pendidikan dan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Ali Abul Hassan memiliki ijazah Universiti Malaya dalam bidang ekonomi dan sarjana pembangunan ekonomi dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1965 di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjadi setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 1985.
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Beliau meninggal dunia pada 25 Mac 2013 pada usia 71 tahun akibat komplikasi jantung dan kanser prostat.Beliau meninggal dunia 9 hari sebelum hari lahirnya kali ke-72 tahun.[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "APA KELEBIHAN RM 1 TANDA TANGAN 'AISHAH' @ TAN SRI ALI ABUL HASSAN ?". Aku Budak Pahang. 26 April 2015. Dicapai pada 9 Jun 2018.
- ^ "Bekas Gabenor Bank Negara Ali Abul Hassan meninggal dunia". Sinar Harian. 25 Mac 2013. Dicapai pada 9 Jun 2018.
- ^ "Former Bank Negara Governor Ali Abul Hassan dies". The Star (Malaysia). 25 Mac 2013. Dicapai pada 9 Jun 2018.