Arthur Henderson
Arthur Henderson PC (13 September 1863 – 20 Oktober 1935) merupakan ahli politik dari Parti Buruh. Beliau berkhidmat merupakan pemimpin Parti Buruh untuk tiga penggal yang berbeza dalam tiga dekad yang berbeza.
Henderson telah dilahirkan di Jalan 10 Paterson, Anderston, Glasgow, Scotland, pada tahun 1863, merupakan anak kepada David Henderson, pekerja tekstil dan Agnes, pembantu rumah. Bapa Henderson telah meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun dan selepas kematian bapa, mereka sekeluarga berpindah ke Timur Laut England, dan kemudiannya Agnes mengahwini Robert Heath.
Beliau bekerja dengan Liga Keamanan Dunia dan mempengerusikan Persidangan Perlucutan Senjata Geneva sebelum diberikan Hadiah Keamanan Nobel 1934. (Pada 3 April 2013, pingat Nobelnya telah dicuri).[1] Beliau menjadi menteri kabinet dari Parti Buruh yang pertama menerima Hadiah Keamanan Nobel.
Henderson telah meninggal dunia pada 20 Oktober 2935, di usia 72 tahun. Anak sulungnya, David, telah terbunuh pada tahun 1916 ketika menjadi Kapten bersama Rejimen Middlesex. Manakala dua orang lagi anaknya, William dan Arthur menjadi ahli politik Parti Buruh.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nobel Peace Prize Medal Stolen in Newcastle". BBC News. 3 April 2013.
Bacaan tambahan
[sunting | sunting sumber]- Carlton, David (1970). MacDonald versus Henderson: The Foreign Policy of the Second Labour Government. Palgrave Macmillan.
- Hamilton, Mary Agnes. Arthur Henderson: A Biography (1938), a detailed and favourable account by a former colleague
- McKibbin, Ross. "Arthur Henderson as Labour Leader," International Review of Social History (1978) pp. 79–101
- Riddell, Neil. "Arthur Henderson, 1931–1932," in Leading Labour: From Keir Hardie to Tony Blair, ed. Kevin Jefferys (1999)
- Thorpe, Andrew. "Arthur Henderson and the British Political Crisis of 1931," Historical Journal (1988) pp. 117–139 in JSTOR
- Winkler, Henry H. "Arthur Henderson," in The Diplomats, 1919–1939, ed. Gordon A. Craig and Felix Gilbert (1953)
- Winter, J M. "Arthur Henderson, the Russian Revolution and the Reconstruction of the Labour Party," Historical Journal (1972) pp. 753–73. in JSTOR
- Wrigley, Chris. Arthur Henderson (1990), a scholarly biography
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arthur Henderson |
- Templat:Hansard-contribs
- Nobel biography
- J. Keir Hardie and Arthur Henderson, Manifesto to the British People Diarkibkan 2018-08-31 di Wayback Machine (1 August 1914)
{{#switch:||Kategori=