Arab Kristian
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Brazil: 6,000,000[1] Mesir: | |
Bahasa | |
kebanyakannya Bahasa Arab | |
Agama | |
Kristian |
Arab Kristian adalah orang yang etniknya atau kebudayaannya Arab dan bahasanya Arab dan menganuti agama Kristian.
Kebanyakan warga Arab Kristian menetap di Timur Tengah, kawasan yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, dan terdapat sesetengah golongan minoriti beragama lain tetapi agak ketara yang tinggal di sebilangan negara. Bilangan penduduk Arab Kristian terbanyak, samada dari segi jumlah sebenar atau nisbah kepada bilangan penduduk sesebuah negara, boleh didapati di Mesir, Israel/Palestin, Jordan, Lubnan, dan Syria. Komuniti emigran Arab sekitar Amerika, terutamanya di kalangan penduduk Arab Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, dan Amerika Syarikat, adalah kebanyakannya beragama Kristian. Dalam Brazil sahaja, bilangan orang Arab adalah melebihi 12 juta orang dan kebanyakannya beragama Kristian.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada beberapa era dalam sejarah, Arab Kristian telah hidup secara agak amannya bersama-sama penganut agama-agama lain di Timur Tengah (khususnya Islam dan Yahudi). Walaupun selepas perkembangan pesat agama Islam dari abad ke-7 M dan seterusnya, banyak penganut Kristian memilih untuk tidak menganut agama Islam sebaliknya mengekalkan kepercayaan agama mereka. Sebagai "Ahli Kitab", penganut Kristian di daerah tersebut diberikan hak-hak tertentu di bawah hukum Islam teori Syariah untuk mengamalkan agama mereka bebas dari gangguan atau hukuman (dalam restrictions tertentu mengenai sifat pada ibadah awam).
Arab Kristian telah wujud lebih awal daripada golongan Arab Muslim, sebagaimana ada banyak puak-puak Arab telah menganut agama Kristen sejak abad pertama, termasuk golongan Nabatean (yang merupakan keturunan Aramea) dan Ghassanid (yang asalnya Qahtani dan bercakap Bahasa Arab-Yaman dan juga Yunani), yang melindungi batasan tenggara Empayar Byzantin di utara Arab. Arab Kristian memberikan banyak sumbangan kepada tamadun Arab dan masih lagi berbuat sedemikian. Sesetengah penyajak tinggi pada masa tertentu adalah Arab Kristian, dan banyak Arab Kristian adalah pakar perubatan, penulis, pegawai kerajaan, dan orang-orang kesusasteraan.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Dalam sejarah, beberapa penyebar Kristian dihukum sebagai penyelewang di bawah pemerintahan Byzantine (seperti Monophysites). Sebenarnya Arab Kristian mula menikmati lebih kebebasan beragama di bawah pemerintahan Muslim daripada yang mereka alami semasa di bawah pemerintahan Byzantine.
Tidak semua Arab Kristian di Timur Tengah menganggap diri mereka sebagai etnik Arab, walaupun mereka mengaku perkataan Arab berlainan, terpulang kepada aspek mana mereka ingin ditekankan (politik, bahasa, etnik). Contohnya, sesetengah orang Maronite Lebanon sehingga kini menganggap mereka adalah waris kepada bangsa kuno Phoenicians atau Mardaites dan menghadkan pengenalan bangsa Arab pada orang yang tinggal di Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Sebaliknya, sesetengah nasionalis Arab yang amat berpengaruh adalah Kristian Ortodoks seperti Michel Aflaq, pengasas Parti Baath, George Habash, pengasas Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Constantin Zureiq.
Doktrin
[sunting | sunting sumber]Seperti Arab Muslim dan Arab Yahudi, Arab Kristian juga merujuk kata ganti nama Tuhan mereka sebagai Allah. Kegunaan perkataan Allah dalam gereja-gereja Arab Kristian asalnya dari sebelum kemunculan Islam lagi. Pada masa kini, terutamanya sejak pertengahan 1800an, sesetengah Arab Kristian dari wilayah Levant (Syria, Lebanon, Jordan dan juga wilayah Palestin) telah bertukar mazhab gereja mereka ke mazhab gereja Protestant, terutamanya dari aliran Baptis ataupun Metodis. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh penyebaran missionary ajaran ini dari Barat, terutamanya dari Amerika.
Arab Kristian terkenal
[sunting | sunting sumber]- Gibran Khalil Gibran, penulis dan penyajak terkenal (Orang Lubnan, Kristian Maruniyah).
- Edward Said, prominent intellectual dan penulis (Orang Palestin, Kristian Protestan).
- Michel Aflaq, rakan pengasas Parti Baath, (Orang Syria, Kristian Ortodoks Yunani).
- Constantin Zureiq, ahli intelektual dan akademik, (Orang Syria, Kristian Ortodoks Yunani).
- Onsi Sawiris, pengasas Orascom Kumpulan, (Orang Mesir, Kristian Koptik).
- George Habash, pengasas PFLP, (Orang Palestin, Kristian Ortodoks Yunani).
- Nayef Hawatmeh, pengasasDFLP, (Orang Palestin, Kristian Katolik Yunani).
- Boutros Boutros-Ghali, bekas Menteri Luar Mesir (Mesir) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu United Nations, (Orang Mesir, Kristian Koptik).
- Yousef Beidas, Bendahari, (Orang Palestin, Kristian Ortodoks Yunani).
- Elias Farah, ahli falsafah Iraq, (Syria, Kristian Ortodoks Yunani).
- John Sununu, pemimpin politik AS, (Palestin-Lebanon, Kristen Katolik Yunani).
- Carlos Ghosn, Industrialis Perancis-Brazil, (orang Lebanon, Kristian Maruniyah).
- Shakira, penyanyi pop Colombia, (orang Lebanon, Kristian Katolik Roma).
- Nancy Ajram , Penyanyi Pop [Lebanon] Kristian [Orthodox
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b diaspora Arab
- ^ Egypt
- ^ Syria#Demographics
- ^ Demografi of Lebanon
- ^ Demografi of Jordan
- ^ The Canadian Arab Federation & Arab Community Centre of Toronto (1999). "Sebuah A Profile of Arabs in Canada". Virtual Library. Toronto Centre of Excellence.
- ^ List of Canadians by ethnicity
- ^ "2001 Census: Ancestry - Detailed paper" (PDF). Australian Bureau of Statistics.
- ^ "Appendices to Isma". Human Rights and Equal Opportunity Commission's Publications Unit.
- ^ Israel#Religion in Israel
- ^ "Republic of Iraq". Operation World.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Arab-Christian Heritage Diarkibkan 2008-02-08 di Wayback Machine
- Arab World Studies Notebook Diarkibkan 2006-01-11 di Wayback Machine
- The Arab Christians: From the Eastern Question to the Recent Political Situation of the Minorities Diarkibkan 2007-06-19 di Wayback Machine (article)
- The Arab Christians of the Middle East: A Demographic Perspective (article)