Beseri, Perlis
Mukim Beseri | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Keluasan | |
• Jumlah | 67.5 km2 (26.1 batu persegi) |
Penduduk (2010) | 13,485 |
• Kepadatan | 199.8/km2 (517/batu persegi) |
Beseri ialah mukim di negeri Perlis, Malaysia.[1]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Beseri merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Beseri terletak di Beseri yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Beseri juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Beseri ialah 67.5 km persegi dan dihuni kira-kira 13,485 orang pada 2010.[3]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Mukim Beseri terletak di bahagian utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kurong Batang di barat, mukim Chuping di timur, mukim Paya dan Abi di selatan serta mukim Titi Tinggi di utara. Bukit Manek yang terletak berhampiran Tasik Timah Tasoh merupakan antara titik tertinggi di mukim Beseri iaitu setinggi 327 meter.[2]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Kegiatan ekonomi utama penduduk Beseri ialah berniaga. Kepesatan aktiviti perniagaan dan penempatan di Beseri menjadikan kawasan ini sebagai aktiviti perniagaan dan penempatan kakitangan.
Kepesatan aktiviti perniagaan di Beseri menyebabkan pembangunan bangunan kerajaan dan bangunan kedai yang baharu.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk di mukim Beseri ialah sebanyak 13,485 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 200 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk padat.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 94 peratus dari jumlah penduduk.[4]
Warganegara | Kaum | Jumlah | |
---|---|---|---|
Warganegara
Malaysia |
Bumiputera | Melayu | 12,694 |
Bumiputera lain | 39 | ||
Cina | 374 | ||
India | 83 | ||
Lain-lain | 120 | ||
Bukan warganegara | tiada data | 175 |
Kumpulan umur | Jumlah |
---|---|
70 tahun dan ke atas | 548 |
60 hingga 69 tahun | 771 |
50 hingga 59 tahun | 1,410 |
40 hingga 49 tahun | 1,813 |
30 hingga 39 tahun | 1,540 |
20 hingga 29 tahun | 1,938 |
10 hingga 19 tahun | 3,173 |
0 hingga 9 tahun | 2,292 |
Jantina | Jumlah |
---|---|
Lelaki | 7,100 |
Wanita | 6,385 |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH PERLIS" (PDF). Geoportal Malaysia.
- ^ a b "APLIKASI CARIAN KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH (UPI)".
- ^ a b "Beseri population". Citypopulation (dalam bahasa Inggeris). 2010.
- ^ a b c d "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010.