Bichon
Bichon[a] ialah sejenis anjing mainan; ia biasanya dibela sebagai anjing teman. Ia dipercayai berasal daripada barbet. Jenis bichon dipercayai bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke abad ke-11; ia agak lazim di Perancis abad ke-14, dengan orang yang membelanya sebagai haiwan peliharaan golongan diraja dan bangsawan.[1][2] Dari Perancis, anjing ini tersebar ke serata isi istana Eropah, dengan anjing berbentuk sangat serupa yang terlihat dalam sebilangan potret golongan atasan Jerman, Portugal, dan Sepanyol; dari Eropah, jenis ini juga tersebar ke tanah jajahan di Afrika dan di Amerika Selatan.[2][3] Nama "bichon" dipercayai sebagai singkatan bagi "barbichon", yang memaksudkan "barbet kecil".[4]
Baka
[sunting | sunting sumber]Bichon frisé
[sunting | sunting sumber]Bichon frisé, dahulu dikenali sebagai bichon Tenerife, anjing Tenerife, atau anjing riba Pulau Canaria, dibiakbakakan di pulau Tenerife; ia dipercayai diturunkan daripada anjing jenis bichon yang diperkenalkan dari Sepanyol pada abad ke-16.[5][6] Dari Kepulauan Canaria, baka ini diimport kembali ke tanah besar dan di sana menjadi kegemaran isi istana Eropah kadang-kadang, nasibnya bergantung pada fesyen pada masa itu; semasa kepopularan baka ini semakin surut, ia akhirnya terdapat di sebilangan sarkas, membuat persembahan di seluruh Eropah dengan pengisar organ.[5][6] Baka ini sekali lagi kurang diminati sejak lewat abad ke-19 dan, oleh sebab usaha penggemar Belgium dan Perancis pada tahun 1930-an yang menyelamatkannya daripada kepupusan, ia kini diiktiraf sebagai baka anjing Perancis-Belgium.[5][7]
Bichon Havana
[sunting | sunting sumber]Bichon Havana, yang juga dikenali sebagai anjing Havana, anjing kejutan Cuba, anjing sutera Havana, atau spaniel Havana, ialah satu baka jenis bichon dari Cuba, yang mendapat namanya daripada Havana.[8][9] Baka ini dipercayai diturunkan daripada anjing jenis bichon yang diimport ke Cuba oleh orang Eropah pada abad ke-18. Di sana, ia berkembang subur.[8][9] Nasib baka ini berubah dengan Revolusi Cuba pada tahun 1950-an; pihak Komunis memandang anjing ini sebagai hak milik bekas golongan elit dan berniat untuk menghapuskan anjing sedemikian; baka ini telah diselamatkan oleh ekspatriat yang melarikan diri dengan haiwan peliharaan mereka ke Amerika Syarikat.[8][10]
Anjing Bologna
[sunting | sunting sumber]Anjing Bologna, yang juga dikenali sebagai bichon Bologna, anjing mainan Bologna, Gutschen Hundle, atau Schoshundle, mendapat namanya daripada kota Bologna di Itali utara. Baka ini biasanya didakwa diturunkan daripada anjing Malta.[6][11] Contoh baka ini dipercayai dibela oleh keluarga Medici, yang menghadiahkan anjing ini untuk mendapatkan sokongan. Ada kata-kata bahawa Louis XIV dari Perancis, Felipe II dari Sepanyol, dan Yekaterina Agung dari Rusia, kesemuanya membela beberapa ekor anjing ini.[6][11]
Bolonka
[sunting | sunting sumber]Bolonka, yang juga dikenali sebagai bolonka berwarna, ialah baka yang baru dikembangkan dari Rusia. Ia merupakan variasi berwarna bagi bolonka putih Perancis yang diasaskan sebagai baka pada tahun 1988.[12]
Bolonka Perancis
[sunting | sunting sumber]Sejak Zaman Renaisans, anjing riba Bologna telah menikmati kepopularan dan kekaguman hebat di istana putera dan raja. Hubungan rapat antara kebangsawanan Perancis dengan kebangsawanan Rusia membawa kepada penyebaran anjing riba wanita Perancis kepada Rusia pemerintahan tsar. Malah Yekaterina Agung menyukai dan memuja anak anjing kerdil ini. Baginda memiliki beberapa ekor anak anjing semasa pemerintahan baginda di Istana Romanov Tsar.[13]
Anjing kapas Tuléar
[sunting | sunting sumber]Anjing kapas Tuléar mendapat namanya daripada bandar pelabuhan Tuléar di Madagaskar, tempat asalnya.[14][15] Leluhur kepada anjing ini berkemungkinan dibawa ke Madagaskar pada abad ke-17 dan di sana ia menjadi sangat popular sesama golongan pemerintah tempatan; ia menjadi sangat popular sehingga undang-undang telah diluluskan untuk menghalangnya daripada dimiliki oleh orang kebanyakan.[14][15] Baka ini agak kurang diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1970-an, apabila contoh dieksport ke Eropah dan ke Amerika Utara.[16][17]
Anjing singa kecil
[sunting | sunting sumber]Anjing singa kecil ialah satu lagi baka Perancis daripada jenis bichon.[18] Baka ini dikenali seawal abad ke-16; menjelang tahun 1970-an, hanya anggaran 70 ekor anjing tinggal, walaupun atas jasa dorongan publisiti baka ini telah pulih.[18][19] Lapis bulu baka ini biasanya digunting untuk menyerupai singa dengan surai. Apabila bulunya tumbuh secara semula jadi, keserupaannya dengan baka lain sejenis adalah jelas.[18][19]
Anjing Malta
[sunting | sunting sumber]Anjing Malta, yang kadang-kadang dipanggil bichon Malta, didakwa diturunkan daripada anjing yang dibawa ke Malta oleh orang Fenikia pada zaman purba. Penyokong teori ini mengutip karya seni purba dari Malta dengan anjing berbentuk serupa, walaupun catatan kukuh pertama bagi baka ini bertarikh dari tahun 1805 apabila Kesateria Malta menulis bahawa anjing tempatan yang pernah terkenal itu hampir pupus.[20][19] Anjing Malta kini berkemungkinan merupakan hasil daripada silangan berturut-turut dan ia menjadi semakin popular sepanjang abad ke-19 dan abad ke-20.[20][21]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Kutipan
[sunting | sunting sumber]- ^ Morris (2001), m/s. 293 & 516.
- ^ a b Rice (2002), m/s. 96.
- ^ Fogle (2009), m/s. 268.
- ^ Morris (2001), m/s. 516.
- ^ a b c Morris (2001), m/s. 514–515.
- ^ a b c d Alderton (2008), m/s. 108.
- ^ Rice (2002), m/s. 97.
- ^ a b c Fogle (2009), m/s. 271.
- ^ a b Morris (2001), m/s. 573–574.
- ^ Alderton (2008), m/s. 117.
- ^ a b Morris (2001), m/s. 516–517.
- ^ Morris (2001), m/s. 700.
- ^ "Hunderassen | Bolonka franzuska" (dalam bahasa Jerman).
- ^ a b Alderton (2008), m/s. 114.
- ^ a b Morris (2001), m/s. 531–532.
- ^ Fogle (2009), m/s. 273.
- ^ Rice (2002), m/s. 125.
- ^ a b c Morris (2001), m/s. 511–512.
- ^ a b c Alderton (2008), m/s. 123.
- ^ a b Morris (2001), m/s. 529–531.
- ^ Fogle (2009), m/s. 270.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Alderton, David (2008). The encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon Books Ltd. ISBN 978-1-4454-0853-8.
- Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, United Kingdom: DK Publishing. ISBN 978-0-7566-6004-8.
- Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 1-57076-219-8.
- Rice, Dan (2002). Small dog breeds (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series Inc. ISBN 0-7641-2095-6.