Pergi ke kandungan

Burung Kelicap Bukit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Kelicap Bukit
frames
Pengelasan saintifik


Burung Kelicap Bukit
Jantan
Betina
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. jugularis
Nama binomial
Cinnyris jugularis
Linnaeus, 1766
Sinonim

Nectarinia jugularis

Burung Kelicap Bukit atau juga dikenali sebagai burung Madu Sriganti adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Nectarinia jugularis.

Burung Kelicap Bukit, Cinnyris jugularis, merupakan spesies sunbird yang dijumpai dari Asia Selatan hingga Australia.

Burung sunbirds merupakan sekelompok burung passerine Dunia Lama yang amat kecil yang kebanyakannya makan madu, sungguhpun dia memakan serangga, terutama memberi makan anak burung. Penerbangan mereka pantas dan langsung pada sayap pendek mereka. Kebanyakan spesies boleh memakan madu dengan terkantung-kantung, tetapi biasanya bertenggek bagi makan bagi kebanyakan masa.

Burung jantan terkantung sambil makan

Burung Kelicap Bukit biasa terdapat di selatan China hingga ke Filipina dan Malaysia ke bawah sehingga timur laut Australia. Ia merupakan burung lagu terkecil, paling besar sepanjang 12 cm. Dalam kebanyakan spesies kecil, bahagian bawah kedua jantina jantan dan betina bewarna kuning terang, bahagian belakang bewarna perang malap. Di dahi, lengkuk dan atas dada jantan dewasa adalah gelap, belakang biru metalik. Di Filipina (ia dikenali sebagai "tamsi")[1] jantan sesetengah spesis kecil memiliki jalur kuning batapada dada, di Wallacea dan utara New Guinea sesetengah spesies kecil kebanyakannya memiliki bahagian bawah gelap, dan di selatan China dan bahagiang bersebelahan di Vietnam kebanyakan bahagian bawah jantan adalah putih-kelabu.

Berasal dari habitat paya bakau, burung Kelicap Bukit menyesuaikan diri dengan baik bersama manusia, dan kini biasa terdapat malah dikawasan berpenghuni padat, malah membuat sarang di kediaman manusia.[2][3]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Burung Kelicap Bukit ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kelicap Bukit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kelicap Bukit tidak bergigi.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Burung Kelicap Bukit mengawan antara bulan April dan Ogos. Kedua jantan dan betina membantu membina sarang yang berbentuk flaks, dengan beranda tergantung di pintu masuk, dan bahan tergantung pada bahagian bawah.[2]

Selepas membina sarang, burung meninggalkan sarang selama seminggu sebelum burung betina kembali untuk bertelur satu atau dua telor biru kehijauan. Telor mengambil masa selama seminggu sebelum menetas. Burung betina mungkin meninggalkan sarang bagi tempoh pendek pada siang hari semasa mengeram. Selepas anak burung menetas, kedua burung jantan dan betina membantu menjaga anak burung, yang meninggalkan sarang selepas dua atau tiga minggu berikutnya.[3]

Burung Kelicap Bukit membiak dengan bertelur. Telur Burung Kelicap Bukit bercangkerang keras.


  1. ^ Christian Perez. "The Birds of Alabang Hills". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada May 15, 2011.
  2. ^ a b Olive-backed Sunbird
  3. ^ a b Sunbird letters
  • "Nectarinia jugularis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Sunbirds by Cheke, Mann and Allen, ISBN 1-873403-80-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z