Daerah Tuaran
Daerah Tuaran | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat |
Pusat pentadbiran | Tuaran |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Tuaran |
• Pegawai daerah | Hadzlan Jablee |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,170 km2 (450 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 135,665 |
• Kepadatan | 120/km2 (300/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | SK |
Laman sesawang | https://mdtuaran.sabah.gov.my/ |
Daerah Tuaran merupakan sebuah daerah di Bahagian Pantai Barat, barat daya negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Tuaran. Antara pekan utama lain yang terletak di daerah ini termasuklah Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan. Majoriti penduduk di daerah Tuaran merupakan masyarakat Kadazandusun.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan “Tawaran” iaitu tawaran yang diperolehi semasa proses tawar-menawar semasa jual beli di Tamu. Para petani yang terdiri daripada suku kaum Dusun dari perkampungan tanah rata dan bukit datang ke Tamu untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pesisir pantai yang terdiri daripada suku kaum Bajau serta masyarakat Cina yang tinggal di kawasan pekan. Proses tawar menawar atau tawaran inilah yang menghasilkan nama Tuaran.[2]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Tuaran terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tuaran yang berpusat di Pekan Tuaran. Terdapat dua daerah kecil dalam daerah Tuaran iaitu Daerah Kecil Tamparuli dan Daerah Kecil Kiulu. Daerah Tuaran juga dibahagikan kepada 16 mukim;
- Mukim Berungis
- Mukim Indai
- Mukim Mangkaladoi
- Mukim Mengkabong
- Mukim Lembah
- Mukim Nabalu
- Mukim Pantai
- Mukim Pekan
- Mukim Serusop
- Mukim Tambalang
- Mukim Tamparuli
- Mukim Tengah
- Mukim Tenghilan
- Mukim Topokon
- Mukim Tuaran Bandar
- Mukim Ulu
Dari segi politik, Daerah Tuaran merangkumi empat kawasan DUN iaitu Kiulu, Pantai Dalit, Sulaman dan Tamparuli yang terletak di bawah Parlimen Tuaran.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Tuaran terletak di barat laut negeri Sabah, bersempadan dengan;
- Daerah Kota Belud di timur
- Daerah Ranau di tenggara
- Daerah Penampang dan Tambunan di selatan
- Daerah Kota Kinabalu di barat
- Laut China Selatan di barat laut
Keadaan bentuk muka bumi Daerah Tuaran kebanyakannya merupakan kawasan tanah rendah di sebelah pesisir pantai manakala di kawasan pedalamannya pula merupakan kawasan tanah tinggi yang berbukit bukau. Titik tertinggi daerah Tuaran terletak di Gunung Alab yang mencapai ketinggian 1,951 meter, Sungai terpanjang di daerah ini pula ialah Sungai Tuaran manakala pulau terbesar ialah Pulau Lipan.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 84,974 | — |
2010 | 105,435 | +24.1% |
2020 | 135,665 | +28.7% |
Sumber: [3] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tuaran ialah seramai 135,665 orang dengan kepadatan penduduk 120 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[5] Majoriti penduduk di daerah Tuaran merupakan penduduk berbangsa Kadazan-Dusun, dan antara etnik lain termasuklah Bajau dan Melayu.[1]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 13,503 |
Bumiputera lain | 110,580 | |
Cina | 3,035 | |
India | 159 | |
Lain-lain | 911 | |
Bukan warganegara | - | 7,477 |
Jumlah | 135,665 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Tuaran, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 62 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 36 peratus dan agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]
Agama | Jumlah penduduk |
---|---|
Islam | 84,285 |
Kristian | 49,119 |
Buddha | 2,030 |
Hindu | 118 |
Lain-lain | 58 |
Tidak beragama | 49 |
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Daerah Tuaran dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 75 buah sekolah rendah, 10 buah sekolah menengah, enam buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, enam buah klinik kesihatan, 13 klinik desa dan dua buah klinik komuniti di sekitar daerah.
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Perindustrian
[sunting | sunting sumber]Seluas 70% daripada kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Zon Perindustrian Kota Kinabalu adalah terletak di Daerah Tuaran. Ini sekaligus merapatkan lagi jurang tanah kosong diantara Daerah Tuaran dengan Bandaraya Kota Kinabalu.
Pertanian
[sunting | sunting sumber]Kedudukan Ekonomi penduduk daerah Tuaran adalah bergantung kepada hasil pertanian. Pada asasnya, daerah Tuaran mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian. Sehingga kini, keluasan yang diusahakan berjumlah 16,165.55 hektar. Berikut adalah jenis tanam-tanaman yang ditanam:-
Pertanian[6] | ||
---|---|---|
No. | Jenis Tanaman | Keluasan yang ditanam (Ha) |
1 | Getah | 9491.0 |
2 | Padi | 2,619 ha
(Sawah - 2,389) (Padi Bukit - 230) |
3 | Buah-buahan (Campuran) | 20,519.3 ha |
4 | Kelapa Sawit | 427.8 ha |
5 | Nenas | 325 ha |
6 | Pisang | 220 ha |
7 | Sayur-Sayuran | 136.7 ha |
8 | Kelapa | 43.9 ha |
9 | Tembikai | 31 ha |
10 | Kontan | 393.3 ha |
11 | Rempah
(Halia/Kunyit/Lengkuas/Serai) |
56.0 ha |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Asal Usul Nama Tuaran". Majlis Daerah Tuaran. Dicapai pada 19 April 2024.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Ekonomi". www.sabah.gov.my. 2018-11-29. Dicapai pada 2020-02-11.