Dannii Minogue
Dannii Minogue | |
---|---|
Kelahiran | Danielle Jane Minogue 20 Oktober 1971 |
Pekerjaan | Penulis lagu, Pelakon, Model |
Pasangan | Julian McMahon (k. 1994; c. 1995) |
Rakan kongsi domestik | Jacques Villeneuve (bers. 1999; berp. 2001)[1] Kris Smith (bers. 2008; berp. 2012) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Kylie Minogue (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | |
Laman sesawang | danniiminogue |
Danielle Jane Minogue (lahir 20 Oktober 1971) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan model Australia. Beliau mencapai kejayaan menerusi peranan wataknya dalam rancangan pertandingan bakat Australia Young Talent Time (1982-1988) dan lipur lara Home and Away (1989-1990), sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pop pada awal 1990-an.[2] Minogue meraih kejayaan awalnya menerusi album studio sulungnya, Love and Kisses (1991), yang menampilkan lagu "Love and Kisses", "This Is It", "Jump to the Beat", dan "Baby Love". Susulan pelancaran album kedua, Get into You (1993), populariti Minogue sebagai penyanyi telah menurun, beliau muncul dalam pelbagai persembahan pentas muzikal termasuk Grease (1997) dam Notre-Dame de Paris (1999), dan kredit lakonan lain The Vagina Monologues dan Lady Macbeth (kedua-duanya 2000).
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Dannii (1990)
- Love and Kisses (1991)
- Get into You (1993)
- Girl (1997)
- Neon Nights (2003)
- Club Disco (2007)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2009. Dicapai pada 21 Disember 2006.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Success: Biography". (dalam bahasa Inggeris) DanniiMusic.com. Dicapai pada 16 November 2008. Diarkibkan 13 April 2010 di Wayback Machine
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dannii Minogue |
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Inggeris)
- Dannii Minogue di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)