Daroyah Alwi
Daroyah Alwi ADN; BDent | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Getah Malaysia | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2021 | |
Didahului oleh | Raja Idris Raja Kamaruddin |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N32 Sementa | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Palil |
Majoriti | |
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam | |
Dalam jawatan 6 Ogos 2020 – 22 Oktober 2021 | |
Didahului oleh | Mohammad Mentek |
Digantikan oleh | Rizalman Mokhtar |
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 18 Mac 2019 – 24 Jun 2020 | |
Didahului oleh | Mohd Khairuddin Othman |
Digantikan oleh | Hasnul Baharuddin |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Timbalan Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 2010 – 13 Jun 2020 | |
Ketua | Haniza Mohamed Talha |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Daroyah binti Alwi 21 Ogos 1962 Kampung Bukit Kapar, Meru, Klang, Selangor |
Kewarganegaraan | Rakyat Malaysia |
Parti politik | Parti Bangsa Malaysia (2022–kini) (2020–2022) (????–2020) |
Pendidikan | Ijazah Fakulti Pergigian |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor gigi |
Yang Berhormat Dr. Daroyah Alwi (lahir 21 Ogos 1962) ialah seorang ahli politik dan doktor gigi Malaysia. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya memenangi kawasan Dewan Negeri Selangor N43 Sementa atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.
Politik
[sunting | sunting sumber]Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Timbalan Ketua Angkatan Wanita Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2010 dan menewaskan dua calon lain. Beliau dikenali sebagai salah seorang ahli kem Mohamed Azmin Ali iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Pada 13 Jun 2020, beliau telah mengumumkan bahawa dia telah keluar daripada parti PKR pada 13 Jun dan menjadi seorang ADUN bebas yang menyokong Perikatan Nasional. Beliau keluar dengan alasan bahawa beliau telah “hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden (Anwar Ibrahim) dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan”. Seramai 35 orang ahli PKR yang lain turut serta keluar parti bersamanya.[1]
Daroyah telah dilantik sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia bagi menggantikan Raja Idris Raja Kamaruddin.[2]
Pada 27 Disember 2022, beliau dilaporkan telah dipecat daripada jawatan Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ruwaida Md Zain (13 Jun 2020). "Dr Daroyah Alwi bawa 35 pemimpin, akar umbi keluar PKR". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2020. Dicapai pada 14 Jun 2020.
- ^ Daroyah Alwi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi MRC, berkuat kuasa 1 Oktober
- ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan