Pergi ke kandungan

Dev Anand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dev Anand
Kelahiran
Dharam Dev Pishorimal Anand

(1923-09-26)26 September 1923
Meninggal dunia3 Disember 2011(2011-12-03) (umur 88)
WarganegaraIndia
Nama lainDev Sahaab
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah, pengasas bersama Navketan Films (1949)
Tahun aktif1946–2011
PasanganKalpana Kartik (1954–2011; kematiannya)

Dev Anand atau Dharam Dev Pishorimal Anand (26 September 1923 – 3 Disember 2011) ialah seorang pelakon lelaki India.

Pada 1946, filem lakonan pertamanya ialah Hum Ek Hain. Selepas filem Ziddi (1947), bakat lakonan Dev mula menyinar dan terus menempa nama sebagai seorang selebriti terkenal Bollywood.Filem hit lain seperti Paying Guest, Baazi, Jewel Thief, CID, Johny Mera Naam, Amir Garib, Warrant, Hare Rama Hare Krishna dan Des Pardes.

Anugerah yang diterima menerusi filem 'Padma Bhushan' (2001) dan 'Dada Saheb Phalke' (2002). Dev menubuhkan syarikat produksi filem, Navketan International Films pada tahun 1949 yang menghasilkan lebih 35 buah filem.

Dev berkahwin dengan pelakon Kalpana Kartik (Mona Singha nama sebenar) pada tahun 1954 dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.[1]

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Disember 2011, pelakon Dev Anand meninggal dunia malam pada usia 88 tahun selepas mengalami serangan jantung. Dev menjalani pemeriksaan doktor di London kerana tidak sihat sejak beberapa hari. Beliau bersama anaknya, Sunil ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.